Tuesday 22 November 2016

Pre-order MrKiller Smile




Bismillahirrahmanirrahim..
Pre-order untuk Mr Killer Smile... penerbitan dan akak sendiri, buka utk order online..
Detail2nya akak letakkan di dalam gambar di bawah..
Cintazzz boleh order dgn akak sdn (utk buku MrKiller Smile shj) atau
dengan Penerbitan Kaseh Aries (kombo / buku2 lain)
utk order dgn akak.. akak bukak hingga 14hb Disember ini..
setelah bank in, pm atau whatsapp akak..
tunjukkan bukti pembelian & sertakan nama, alamat & no phone..
pengeposan akan dibuat selepas EB1M / PB1M.. 






Wednesday 9 November 2016

MR KILLER SMILE akhirnya publish..

Assalamualaikum cintazz..

Maaf lama tak bersiaran di sini.. kesibukan dengan manuskrip yg banyak membatasi ruang masa akak sekarang... tambahan lagi dgn urusan rumahtangga yg tak pernah habis.. anak2 dan suami yg minta diberi perhatian, pelajaran, tingkahlaku... semua itu hanya seorang isteri dan ibu yg tahu apa... akak juga seorang anak kpd mak abah, walau kami jauh tp tetap dekat dihati.. kaklong, kpd adik2 yg ramai. sayang semuanya...

Untuk cintazzz yg sudi membaca di sini..yg follow akak diam2 atau terangan..akhirnya akak dengan lega hati mengumumkan..

MR KILLER SMILE, kau membunuhku perlahan bakal terbit.. dengan tajuk yg diubah sedikit iaitu hanya MR KILLER SMILE sahaja... kepada yg selalu ikut cerita ni dip2u, blog dulu2.. ini adalah buah tangan akak utk kamu2 semua..Alhamdulillah segalanya terasa berbaloi..dengan perjalanan ia jauh dan lama..nanti akak akan ceritakan apa yg jauh dan lama tu tau..

Di sini, di bawah ni akak kasi cover rasmi Mr Killer Smile yg dibuat oleh pihak penerbitan.. terima kasih kpd Penerbitan Kaseh Aries, kerana sudi terbitkan karya pertama akak..terharu sangat2

Saturday 5 March 2016

Delete Dari Hati (bab1:2)

BAB 1 ( bahagian 2)

"Awak, kejap..." menarik lengan baju Zara Ain.

Menonong seketika Zara Ain. Mulutnya bagaikan terkunci, mengikut si comel. Tiba di hadapan satu lukisan, mereka berhenti. Si comel memandang Zara Ain yang sudah melopong mulutnya.

"Maaf saya tarik je awak... boleh tak tafsirkan maksud lukisan yang ni?" matanya masih memandang Zara Ain.

Tiada jawapan. Hanya gumaman kecil daripada Zara Ain. Nampak seakan mengelamun.

"Maaf ye... nama saya Zuri Naufal. Awak?" soal Naufal.

"Keindahan tarian tangan. Menyerlahkan karektor si pelukis. Warna yang teradun. Tampak sepadan bagai ikan berenang manja di tepian kali." Zara Ain hanyut dalam dunianya. Bercakap seakan tiada orang di samping.

Naufal mengangakan mulutnya. Kagum! Pandai si gadis mentafsir maksud lukisan.

"Awak... awak..." mula memetik jari di hadapan Zara Ain. Naufal seakan tahu dia perlu menyedarkan si gadis yang hanyut entah ke mana tika itu.

"Hahh?" Zara Ain terpinga-pinga. Warna merah mula menyerbu ke wajahnya.

"Nama... siapa nama awak? Saya Zuri Naufal. Panggil saja Naufal." Menghulurkan tangan.

"Giler kau nak bersalam!" Zara Ain mencerlungkan matanya. Bahang merah masih terasa di wajahnya.

"Maaf..." tertunduk-tunduk Naufal. Terkejut.

"Sape yang lukis ni?" jari telunjuk menunjuk ke arah Lukisan di hadapan.

"Kenapa?" terjongkit kening Naufal.

"Nampak fikirannya bercelaru. Giler agaknya pelukis ni."

"Gi... giler?" soal Naufal. Matanya bersilih ganti dengan lukisan dan Zara Ain.

"Yapp... giler! Dan you... saya Zara Ain. Panggil saja Zara. Nak chau dulu... nice to meet you, Naufal." Terus berlalu setelah berkata-kata. Lambaian tangan turut diberikan kepada Naufal.

Terpaku di situ. Naufal hanya menghantar langkah Zara Ain dengan matanya. Sebaik si gadis hilang disebalik selekoh, terus matanya memandang lukisan di hadapan.

"Pelukis giler rupanya... emmm... menarik!" menggaru-garu dagu yang terdapat sejemput janggut. Bersama senyuman terukir, Naufal turut melangkah pergi.

Thursday 3 March 2016

Delete Dari Hati (Bab1:1)

BAB 1 ( bahagian 1)

Air itu bukannya tumpah di pipi. Ianya tumpah dalam hati. Jiwa yang merasai. Jasad yang terkaku. Jemari retak menggigil sepi. Lakaran itu dilakarkan ikut rasa. Kecamukan jiwa terluah dengan contengan. Dia tenggelam dalam kealpaan seorang insan. Keasyikan tumpuan tiada teralih malahan titik fokusnya static. Zara Ain masih membelek denagn mata, helaian yang sudah tercorak. Bagi penggemar seni, itu adalah satu muzik. Bagaikan muzik hati yang sering berdendang, menghanyutkan insan.

"Tiada kecantikan. Hanyalah kekurangan. Tiada terlihat tingginya kemegahan. Hanya si biduk yang berlalu dilaluan berkelodak, sembunyikan diri," berbisik sendirian itulah kelebihan Zara Ain. Mengelamun namun suara terlepas ke udara seperti biasa.

"Awak faham maksud lukisan tu?" sapa satu suara. Di sebelah. Turut merenung imej berwarna yang terlekat di dinding.

"Tak..." jawapan biasa bagi Zara Ain. Sememangnya biasa. Sebab utamanya adalah, dia memang tak pandai mentafsir maksud lukisan itu. Sebab kedua pula adalah, dia tak pandai melukis.

"Merah kusangka hijau. Hijau kedamaian laksana terlindungnya puteri bangsawan." Zara Ain masih melalut. Tembusan makrifatnya setajam bilahan pedang yang tembus di kanvas putih tercorak.

Ngangaan mulut jika bola sepak tersepak masuk. Gol akan dikira tak? Jiran sebelah sudah ternganga mulutnya. Mujur nampak comel. Kalau kacak yang terpamer? Rasanya Zara Ain yang jadi bola tu. Memuatkan diri masuk ke dalam mulut. Viral sungguhkan? Kalau cantik atau kacak je, mulalah menjadi satu viral dalam dunia tanpa sempadan ni. Kasih yang terpilih, itu yang pernah Zara Ain terbaca. Manusia masih menilai sesuatu perkara berdasarkan rupa. Emm...

######

pstt- entah apa yg akak melalut ni..tak pasti nak buat cete apa...muahahahhahhaaa