Bab
5
Qai dipapah senget oleh Harris dan
Putera Aiman. Puteri Diana pula mengekori dari belakang dengan membawa bersama
beg sandang. Qai mengadoi dalam hati. Rupanya sakit sungguh apabila dibelasah
dan membelasah. Sangkaannya sakit sikit sahaja. Terfikir, rupanya inilah yang
dirasakan oleh abangnya, Qaizer. Qailah adik yang selalu mencari masalah. Walau
hakikatnya orang yang selalu mencari masalah dengan Qai.
Sebenarnya Qai sendiri tidak pasti
kenapa dia dicemburui oleh semua dulu. Kini dia berharap di Yusuf Bakti Private
School ini tidak ada perkara sebegitu lagi. Namun perancangan Tuhan tiada yang
mampu meneka, kini ada 5 orang penyangak yang telah menjadi musuh. Hendak buat
macam mana? Agaknya inilah nasib si Qai The Prince, getus Qai di dalam hati
“Kita nak bawa dia ke mana? Bilik
sakit?” tiba-tiba Puteri Diana bertanya. Matanya terarah kepada Harris.
“Oh, no! Bukan bilik sakit.” Cepat-cepat
Qai membantah.
“Luka kau nampak teruk. Mulut pun dah
bengkak.” Harris memberitahu.
Qai menghentikan langkah. Harris dan
Putera Aiman turut berhenti.
“Aku tak nak sesiapa pun tahu tentang
perkara ni,” bisik Qai. Lelah.
Perlahan-lahan Harris melepaskan tangan
Qai. Qai terus duduk di tangga terakhir setelah Putera Aiman turut melepaskan
tangannya.
“Abang… luka abang nampak teruk.” Putera
Aiman memberitahu. Ternyata dia nampak bimbang dengan keadaan Qai.
“Yeah… I know about it but like I’m
saying before… Aku tak nak sesiapa pun tahu tentang perkara ni. That’s it.
Muktamad.” Qai menegaskan kepada mereka.
Qai sememangnya tidak mahu sesiapa pun
tahu. Yang paling penting dia tak mahu papanya tahu. Qai tak mahu papanya risau
sebab yang perlu risaukan adalah abang Qaizer. Abang Qaizer masih belum
sedar-sedar lagi semenjak sebulan yang lalu. Jadi bagi Qai setakat luka dan
bengkak di tubuh dan muka tidak menjejaskan langsung dirinya. Inikan Qai, hero
yang kacak dan bergaya, Qai mendabik dada sendirian.
“Habis tu… kita nak bawa dia ke mana?
Luka-luka tu mesti dirawat. Saya bimbang takut ada kuman nanti.” Puteri Diana
kerisauan.
“Nanti aku fikir.” Harris meraup-raup
rambutnya.
“Tak payah fikir-fikir. Biar aku yang
tentukan. Hah, kau… kau tinggal kat mana?”
“Sape? Saya?” Puteri Diana menunjukkan
dirinya dengan jari telunjuk.
“Yes… kaulah. Tinggal kat mana? Aku ikut
kau balik rumah.” Qai memutuskan cara.
“Eh, ikut saya balik rumah? Errr….”
“Yapp… ikut kau balik rumah. Why? Tak
boleh ke?”
“Errr…” Puteri Diana tergagap seketika.
Tiba-tiba satu ketukan hinggap di kepala
Qai. Dia bingkas bangun. Mencerlung matanya memandang Harris.
“Kau kenapa?” bertanya kasar. Qai
bengang.
Terasa Harris main kotor. Siap sekeh
kepala! Sudahlah badan dan mulutnya sakit. Kepala yang sudah tersedia sakit
semakin sakit.
“Kau tu kenapa? Dah gila kot sebab kena
belasah tadi? Tak pun dah biul kot?” perli Harris.
“Kau tu apahal? Are you jealous? Yeah… I
know… in your eye… you like her, right?”
“What? Nonsense!” nafi Harris. Mukanya
bertukar warna.
“You are nonsense!”
“DIAM!!!” jerit Puteri Diana.
Serta-merta ia mendiamkan keduanya.
Qai dan Harris berpandangan sesama
sendiri sebelum tumpuan beralih ke arah Puteri Diana. Wajah gadis itu keruh dan
kelihatan setitis dua air matanya jatuh. Menangis? Kenapa? Harris sudah
kelihatan menggelabah. Qai? Dengan selamba stail dia, menghampiri gadis itu dan
menyekat air mata dengan jarinya.
Tiba-tiba satu lagi ketukan hinggap lagi
di kepala Qai. Qai makin bengang. Pantas dia berpaling dan menghadiahkan satu
tumbukan ke muka Harris. Harris terpusing sikit ke kanan. Sedikit darah
kelihatan menitis dari mulut Harris. Qai senyum sinis dan menggosok-gosokkan
tangan kanan. Sakit! Harris mengesat darah di mulutnya dengan belakang telapak
tangan kanan.
“Sudahlah tu!” Puteri Diana menjerit
lagi.
“Awak!” Puteri Diana menunjuk ke arah Qai.
Ibu jari Qai menekan dadanya. “Saya?”
Puteri Diana menganggukkan kepalanya.
“Saya dah tahu cara macam mana nak buat dengan awak.” Dia memberitahu.
“Panggil aku, Qai… bukan awaknya, awak!
Dah macam bunyi burung pulak. Yeah, apa caranya?” kening terjongkit. Bibir
terukir senyuman senget.
“Awak! Emm… Qai, awak ikut saya ke bilik
saya. Err… saya duduk asrama sebenarnya. Tapi bukan awak sorang. Aiman dan
Harris pun ikut sekali. Kita cuci luka awak dulu tapi setakat itu saja.” Puteri
Diana menerangkan caranya.
“Ok… aku setuju tapi lepas tu aku nak
keluar dari sekolah ni.” Cepat Qai setuju. Dia memang hendak keluar sekejap
dari sekolah ini. Sekejap pun jadilah.
“Kau tak boleh keluar dari sekolah ni!”
suara Harris tiba-tiba mencelah.
Qai memandang tajam ke arah Harris.
Terlintas pertanyaaan, siapa Harris hendak menentukan arah tuju hidupnya?
Seorang bodyguard sahaja. Bukan ada kaitan kekeluargaan atau hubungan darah
sekalipun.
“Aku tak tanya kau dan tak minta
kebenaran kau pun.” Qai memang sengaja sinis dengan guard yang tidak reti
bahasa macam Harris.
Diam. Harris terdiam dan sesekali dia
mengesat mulutnya yang Qai tumbuk tadi. Agaknya kuat sangat tumbukan tadi
hinggakan kelihatan Harris sedikit diam dari bercakap. Pandangannya ditala jauh
ke depan. Entah apa yang Harris pandang, Qai pun tidak tahu dan yang pasti dia
tidak mahu tahu.
“Emm… ok, kita gerak sekarang!”
tiba-tiba sahaja Harris berkata Serentak itu dia terus bergerak tanpa menolong
memapah Qai seperti tadi.
“Selfish…” Qai menahan rasa yang
pelbagai. Sempat jugak memberi gelaran kepada Harris.
Putera Aiman segera memapah Qai dengan
tubuh kecilnya. Tangan kanan Qai disangkutkan ke bahunya. Dengan susah payah
Putera Aiman cuba mengangkat. Namun dengan tubuhnya yang kecil dan kurus
tentulah Qai semacam menjadi beban kepadanya. Umpama ‘tiada beban batu
digalas’. Namun Qai pasti dia bukanlah ‘batu’. Dia hanyalah yang jadi ‘beban’
itu. Mana cool kalau jadi batu, biarlah menjadi beban sahaja. Nyaris keduanya
terjatuh namun segera di sambar oleh satu tangan ‘besar’ di sebelah kiri Qai.
Si selfish Harris rupanya, ingatkan
Puteri Diana. Gumam Qai dalam hati yang bengkak. Hampir terkejut juga dia tadi.
Sangkanya tangan halus Puteri Diana sudah bertukar menjadi besar secara
tiba-tiba. Transformer pun terkejut kalau perkara sebegitu terjadi. Inikan pula
Ironman yang baru hendak ‘menjadi’ macam Qai. Mereka melangkah perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment