Thursday 8 June 2017

Contest!!



Salam aling cintazzz.. 

Siapa2 yg pernah baca, miliki #MrKillerSmile..apa kata akak buat satu contest review...cuma syaratnya adalah kena review di #Goodread dan kasi akak butir2 bintang ...tak kiralah berapa jumlahnya..paling2 sikit pong 4-5 butir πŸ˜muaahahahaa...

Hadiahnya? InsyaaAllah sebuah buku baru akak (jika publish) atau akak ganti dgn hadiah lain InsyaaAllah..pemenangnya 3 orang shj...contest ini berjalan selama sebulan mulai hari ini..

Cepat2 cintaz review di GR...kasi Bintang dan sreenshot/ share di fb masing2...dan jangan lupa tag akak serta Penerbitan Kaseh

πŸ˜‚ tetiba pulak kan πŸ‘‰πŸ‘ˆ ngeee...ni namanya mood raya sepoi2 meniup diri akak.. jangan marah ye laling cintazz πŸ˜˜ muahhh satu kiss utk semua.. 

Yg belum beli & miliki #MKS tu jangan susah hati..masih berpeluang tau sbb tempoh sebulan tu cukup utk berlari ke kedai..zupp2 beli & balik rumah, baca πŸ˜‰... Atau pm laju2 Penerbit Kaseh utk belian online..zummm #IskandarAuni terus berada dlm dakapan cintazz.. 

Apa tunggu lagi? Jom sertai contest yg julung2 kali akak buat ni ...

 

 



 

Thursday 4 May 2017

assalamualaikum cintazzz..



sudah miliki MR KILLER SMILE? belum? apa kata singgah sebentar di PWTC, PBKL sedang berlangsung tau.. cari bilik MAWAR - M06 & M07... reruai PENERBITAN KASEH / PENERBITAN BESQ & PROLOG MED.. Iskandar Auni ada di Kaseh Aries tau..

cepat2 datang ke PWTC sekarang.. katanya ada potongan RM5 utk MKS..harga asalnya RM30 tau, berbaloi2 dah tu.. cepat cintazzz jangan ketinggalan miliki ia <3 <3 <3

Saturday 29 April 2017



assalamualaikum..
hai tengah buat apa tu? dlm perjalanan ke pbkl pwtc ke? baguslah tu cintazzz..perjalanan yg bawak kebaikan tu tau..membaca tu kan jambatan ilmu..membacalah, menuntut ilmulah hingga ke akhir usia..berbaloi..
buku apa yg nak dipilih? novel kreatif? buku akademik? majalah? semua tu ada ilmu di dalamnya tau..tak percaya? cubalah beli, baca dan miliki sebahagian dpdnya..
boleh jugak cuba #MrKillerSmile akak..ehh3 tajuk english? mcm tak best je? iye ke cintazzz tak best? byk tau feedback positif utk buku pertama akak ni..tak percaya?cuba selak2 album fb akak yg tajuk mrkillersmile, feedback & review...insyaaAllah positif..ada jugaklah sikit2 akak selitkan ilmu selain CINTA tu tunjang novel tu..
kat sini akak letak gambar lama tau..ni gambar akak dgn org kuat Penerbitan Kaseh jugak..comei putih2 orgnya, baik dan peramah (gambar bulan 12 dulu)..skrg masih ada lg tau stok #MKS..cepat2 lah sambar dan miliki ia sblm kehabisan.. berbaloi2 tau baca novel ni..insyaaAllah heronya walau taklah sweet sgt tp cintazzz masih boleh jatuh chenta dgn dia tau..hero kejung tp kalau sampai sweet sengal dia..mmg termimpi2lah muaahahaahaaaa..
 
 
ok terima kasih utk yg pernah beli, baca dan miliki MKS..terima kasih jugak utk yg baru2 cuba membaca MKS..jangan lupa ye, MKS akak di pbkl pwtc tu..jommm membeli
salam CINTA dikejauhan ini..
 
 
 
 

Tuesday 18 April 2017

Bonus (1) Bidadara...


Bab 15

 

Panggilan telefon dari papa membuatkan aku termenung sedikit malam itu. Huhh, kenapa tercepat pulak? Papa cakap minggu depan nenda mahu bertemu dengan aku. Di awalkan. Bukannya lagi sebulan seperti yang di beritahu dulu. Itu bermakna lagi 12 hari. Hari ini sudah hari Isnin. Minggu depan pada hari Sabtu, aku akan bersua rupa dengan keluarga sebelah papa. Keluarga yang tidak pernah aku temui seumur hidup dan lebih menyesakkan dadaku ialah aku terpaksa menyamar menjadi abang.

Mujur juga mereka semua tidak pernah di tunjukkan gambar abang dan juga tidak di beritahu tentang kewujudan aku dan Alex. Rupanya selama ini, kemas papa menyorokkan kami. Kenapa? Persoalan yang hanya papa ada jawapannya. Sebenarnya aku teringin juga bertemu dengan nenda dan ahli keluarga yang lain. Katanya aku ramai sepupu perempuan. Agak-agaknya comel tak? Hehehe…

“Jom…kau dah siap?” suara Harris menerjah kuat.

Tersentak sekejap aku, “Dah. Kita nak ke mana pulak malam-malam ni. Aku dahlah banyak homeworks tak siap lagi ni.” Kepala aku garu-garukan.

“Kan dah janji dengan makcik Dah. Kita nak ke rumah dia la ni. Dinner.” Harris mengingatkan aku.

Aku menepuk dahi dengan tangan. Hampir aku terlupa. Wajah Aida segera terbayang di mata. Senyumannya, suaranya, lenggok cara jalannya dan taik lalat bawah bibirnya. Aku bingkas bangun, homeworks tolak ke tepi. Kena denda pun aku sanggup kerana Aida yang jelita. Aku mencapai jaket hitam dan menyarungnya. Rambut hanya aku kemaskan dengan jari sahaja. Rambut yang sudah pendek itu rasanya tidak perlu di sikat. Aku terperasan Harris hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat aku. Kenapa? Tak percaya kot, rambutku boleh kemas bergaya dengan hanya gunakan jari sebagai sikat.

“Jom..dah siap!” aku menuruni tangga. Cepat seperti flash.

“Kau nak pergi camtu je?” laung Harris dari muka pintu.

“Apasal pulak? Rupa aku tetap kacak seperti selalu.” aku memandang wajahku di cermin tepi motorbike.

Harris menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. “Tu…seluar lembik nak di bawa ke rumah orang?” soalnya sambil menunjukkan ke arah bawah aku.

Hiss..hampir menitik air mata alligator aku ni. Cepat aku bergegas naik semula ke atas dan masuk dalam bilik. Salin baju dan seluar. Kenapalah aku tak ingat tadinya aku hanya memakai baju dan seluar tidur. Baju takpe lagi sebab terlindung oleh jaket hitam yang tersarung tetapi seluar? Manalah aku nak sorok seluar lembik ni dari pandangan mata orang? Nak macho tapi yang jadinya hancur. Kalau telur hancur sedap jugak di makan begitu saja tapi ni biskut yang hancur di ramas-ramas. Jilat boleh kot, hehehe.

 

#########

 

 
“Jeput makang Arih…Qai…” makcik Dah mempelawa.

Aku senyum saja tanda menghormati tuan rumah. Nak balas jawab dalam loghat Terengganu, takut tersalah sebut pulak. Kang tak pasal-pasal, bukan aku yang makan nasi tapi nasi yang terbang melayang masuk dalam mulut aku. Beberapa kali naya pun tak terbilang jadinya. Di sebelah makcik Dah, sesimpuh ayu si Aida. Lembut saja dia menyuapkan nasi. Aku tak berkelip memandang dia. Huhh, santunnya. Sesopan gadis Melayu, bersimpuh dan menyusun jemari runcing mengangkat sembah.

Aku pulak sudah beberapa kali berkalih duduk. Sebenarnya aku tak selesa makan dengan duduk bersila dan menyuap nasi menggunakan tangan. Bukan setakat tak selesa, memang aku tak pernah makan begitu pun. Aduslah, perut yang lapar rasanya sudah kenyang sebab angin yang lebih banyak masuk dari nasi rasanya. Last-lastnya aku meneguk air banyak-banyak. Hahh, kenyang jugakkan? Nasiblah kau perut. Hari ini makan sikit sajalah.

“Tak boh nambah ke Qai?” tok guru bertanya. Tak silap akulah, dia sudah tiga kali menambah nasi. Selera betul.

“Takpe tok guru. Saya memang biasa makan sikit sebab mudah naik tubuh kalau makan banyak ni.” Kelentong pun kelentonglah Qai.

“Sedap ni Qai…nangka masak lemak, gulai ayam kampung, ikan talang masin, celur jantung pisang, ulam raja dan pegaga. Tambahan lagi dengan pencicah, sambal belacan plus mempelam masak dan budu di penyet cili padi. Huhh, sayang betul kau makan sikit. Bukan senang nak jumpa masakan kampung macam ni.” Ayat-ayat Harris telah mengecurkan air liur aku pulak. Telan air liur je lah kau, Qai.

Aku senyum lagi. Selebar mungkin. Agak-agaknya kalau aku telan kepala Harris, muat tak dalam mulut aku? Air sirap aku minum lagi. Entah gelas yang ke berapa, aku pun tak mengiranya. Teguk dan teguk saja. Biar kenyang.

“Abang Qai nak air lagi?” lembut suara Aida mempelawa aku air. Di tangannya satu jag air sirap yang nampaknya macam baru di bancuh.

Cepat-cepat aku menganggukkan kepala. Biarlah…biarlah perut leper aku kembung dengan air sirap. Biarlah…biarlah six pack yang baru mula di bina menjadi one pack saja, asalkan si Aida yang jelita yang menuangkan air sirap kepada aku. Kalau jag itu yang di tawarkan pengganti gelas pun aku sanggup menadah mulut meneguknya. Perlahan Aida menuangkan air kepadaku. Aduslah, perlahannya! Agaknya dia bilang satu-satu zarah air tu kot?

“Agaknya ada berapa jumlah zarah air sirap ni?” mulut aku memang tak boleh di zipkan. Lancar saja keluar menjengukkan dirinya yang tak seberapa macho tu.

“Hahh?” Ya, Allah! Penyakit dia datang lagi.

“Aku tanya…emm.. agaknya berapa sudu gula yang Aida masukkan dalam air ni.” Terpaksa melencongkan soalan.

 Kalau tidak bimbang, jag itu yang aku kena mamah nanti. Bukan boleh percaya perempuan yang pandai bersilat ni. Walaupun nampak kecil dan lembut saja pergerakkan mereka. Sekali bunga dan buah silat dah keluar, tak pasal-pasal aku yang terbang melayang kang. Aku senyum ke arah Aida, memaniskan muka yang sudah tersedia manis rasanya.

“Hahh?” lagi. Tagline dia agaknya perkataan tu. Emm…menarik.

“Takde apa-apalah.” Akhirnya aku mengalah. Penat minum banyak tak habis lagi, nak menambahkan penat bersoal jawab pulak?

“Tapi tadi saya dengar abang Qai cakap pasal zarah dan gula. Apa tu? Cakap pasal apa sebenarnya?” eekkk, dengar pulak. Aida memandang tepat ke mataku.

“Eaaa…apa ya nak cakap. Emm…zarah gula tu…banyakkan? Dan…dan…molekul gula tu berbentuk-bentuk dan rupa yang seperti berlian pun ada.” Hahaha…lencongan yang paling hebat telah aku lakukan. Lencongan tu boleh juga di panggil ‘konar leper’.

Terkelip-kelip mata coklat jernih si Aida berkelip. Alahai comel la pulak! Kalau di rendam dalam air panas selama 2 minit sure kembang cepat. Pandai mak ajar maggi buat kari, ehhh….hahaha…tapi betullah. Macam maggi pun ada. Di rendam selama 2 minit, dah kembang dan suam-suam saja. Laju je masuk mulut. Cepat di masak sedap di makan. Cuma ini tak boleh langsung di makan. Silap-silap hari bulan aku yang tertelan biji mata sendiri nanti. Emm…

Wednesday 1 February 2017

Mr Killer Smile sudah berada dipasaran (kedai-kedai)

Mr Killer Smile sudah berada di kedai-kedai.. ingin milikinya?
Apakata cintazzz serbu di kedai-kedai yang dinyatakan di dalam gambar di bawah...
mungkin sekarang is sudah "kill" di kedai berdekatan rumah cintazz..
tunggu apa lagi kan? start motor/ kereta.. grab, bayar di kaunter, balik rumah dan baca.. rasai keterujaan sebagai pembaca..
 atau ingin menjadi Iskandar? si hero yang kejung tapi ada sifat-sifat romantic yang tersembunyi.. dia bukan sahaja "jahat" tau cintazzz.. dia juga pencinta yang malu mengakui cinta..
atau ingin jadi seperti Auni? gadis naΓ―f, polos dan sesuci embun pertama yang menitis dari daunan hijau..di sini akak juga sertakan sikit teaser.. enjoy tau muahh muahhh..





~Dia, sanggup 'membunuh' dengan kata-kata..
Dia, lelaki yang penuh 'bara' di dada..
Dia, mula menyerlahkan 'jahat' yang ketara..~

“Aku tak kira… aku mahu batalkan perkara mengarut macam ni sebelum terlambat.” Tiba-tiba Iskandar bersuara semula.

Auni tersentak dari lamunnya. Sekilas dijeling sedikit ke wajah Iskandar. 

“Maafkan saya sekali lagi Is... saya betul tak tahu Is tidak bersetuju dengan cadangan Atuk Hasyim. Betul-betul tak tahu.” Suaranya perlahan. Menyimpan sebak di dalam. Menahan pilu di dasar. Semuanya di hati.

“Kau kan tahu minta maaf je kan? Ahh! Sudahlah Auni. Rasanya baik kau turun dari kereta ni.” Entah kenapa ayat itu terluncur laju dari mulut Iskandar. Wajahnya betul-betul tegang. Tiada segaris senyuman pun.

Auni memandang ke sisinya. Lelaki itu nampak betul-betul memaksudkan kata-katanya itu. Auni menarik nafas panjang. Ya, dia tahu dan faham sesuatu kini. Dirinya betul-betul sebatang kara. Tanpa keluarga dan kini tanpa kawan. Perlahan-lahan pintu di sebelah kirinya dibuka. Kakinya melangkah keluar. Sebelum betul-betul keluar, dipandangnya lagi Iskandar yang bersandar di kerusi.

“Saya betul-betul minta maaf dan terima kasih kerana pernah menjadi sahabat yang baik. Terima kasih juga kerana sudi menolong.” Pintu kereta ditutupnya kemas sebelum kaki melangkah entah ke mana.

Kereta dipandu laju. Hilang disebalik kegelapan. Air mata Auni menitis juga rupanya. Laju membasahi pipi. Perlahan dikesatnya air mata. Cuba menghapuskan segala bukti tentang jatuhnya sekeping hati. Di tangan hanya ada purse yang berisi beberapa puluh ringgit. Auni tidak pasti ke arah mana dia mahu tujui. Terasa walaupun ke utara, selatan, timur dan barat, segalanya semuanya menolak diri. Tubuh mula menggigil kesejukan. Pada tubuhnya saat ini hanya terdapat t’shirt lengan panjang dan dia berseluar track suit sahaja. Namun kaki tetap melangkah ke arah bertentangan dari arah yang diambil oleh Iskandar tadi.

Beberapa langkah. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Auni yang melangkah menunduk tadi, mengangkat wajahnya. Iskandar? Lelaki itu? Kenapa pula? Auni bimbang. Bimbang Iskandar akan memarahinya lagi. Dia melangkah semula. Namun kereta turut bergerak. Beriringan. Kenapa? Auni tidak faham dengan tindakan Iskandar. 

Cermin tingkap kereta diturunkan.

“Kau nak suruh aku heret kau masuk kereta ke?” soalan itu yang ditanya oleh Iskandar secara tiba-tiba. Keras bunyinya.

Auni terkedu seketika namun dia faham maksud pertanyaan Iskandar. Tetapi wajarkah mengikut sahaja segala kata dan arahan daripada seorang lelaki seperti Iskandar? Auni melemparkan senyuman semanis mungkin. Dia menggelengkan kepala dan teruskan melangkah. Keegoan seorang perempuan adakalanya memang diperlukan dalam hidup yang serba pantas dan sempit ini.

Kereta turut bergerak seiring dengan langkah kaki Auni. Hon juga dibunyikan berkali-kali. Ia mengundang mata lain di situ. Auni menjadi tontonan. Kaki terhenti. Kereta juga berhenti namun bunyi enjin bagaikan ditekan kuat. Asap juga sudah berkepul-kepul keluar dari ekzos. Nafas ditarik panjang dan dengan perlahan Auni melintasi depan kereta dan pergi ke bahagian penumpang. Dia terpaksa mengalah. Membuka pintu, duduk dan menutupnya semula. 

“Pakai tali pinggang!” arah Iskandar. Langsung tidak menoleh ke arah Auni.

Cepat Auni menarik tali pinggang namun tersekat. Beberapa kali dia cuba menariknya namun masih belum berjaya.

“Pakai tali pinggang pun tak tau ke?” soal Iskandar.

“Patutnya kau kawen dengan Atuk saja. Itu lebih elok lagi. Dah sama-sama setuju, kau berdua sajalah yang kawen. Mudah aje. Atuk dapat bini muda dan aku dapat nenek cantik.” Sambung Iskandar lagi. Killer grinnya pula terserlah disebalik bibirnya.