Friday 30 January 2015

ANAKKU TERTINGGAL DI IKEA


ANAKKU  TERTINGGAL  DI IKEA

“Uuuuu…” aku menjeling orang di sebelah.

“Emmm…” ringkas je.

“Awakkkk…” aku sudah mengadap dia.

“Emmm…” itu pun jawapan jugakkan?

“Abangggg…!!!” aku sudah geram. Rasa nak cekik-cekik je tukang jawab ‘emmm’ tadi.

“Haa…kan sedap je bunyi panggilan tu hehehe…” dia ketawa. Suka sangat ketawa.

Aku? Menarik muncung anak itik hodohku. Dia makin kuat ketawa. Apa? Hodoh sangat ke aku ni?

“I think I’m ugly…and nobody wants to love me…just like her…I wanna be pretty…don’t lie to my face…telling me I pretty…couse I know I’m ugly…” kuat aku menyanyi. Sengaja. Biar dia tahu aku terasa hati dengan tawanya.

“Mummy…” satu suara kecil di belakangku memanggil.

Segera aku berpaling. “Adam…kan ibu dah cakap jangan panggil ibu, mummy!”

Dia yang berada di sebelah ketawa lagi. Badannya bergerak-gerak macam tangannya yang memulas stereng. Adoilah…anak dengan bapak sama saja. Bapak tukang ketawakan aku. anak pulak asyik panggil mummy…mummy…tak nak…aku tak suka…bunyi macam mumia…takut aku!

“Mummy…ugly tu apa?” petah sungguh Adam bertanya. Anak siapalah yang cerdik sangat tu? Hehehe…

“Ugly tu macam mummy la sayang…” si dia ketawa lagi sambil memberitahu.

Aku menjeling tajam. Muncungku makin panjang. Mujur muncung yang panjang, kalau hidung yang panjang? Pinochio moden rasanya aku sekarang.

“Adam…kan ibu dah beritahu banyak kali, jangan panggil ibu, mummy!” suaraku makin kuat. Geramkan bapak, geramkan anak. Dua-dua aku geram.

“Sayang…” si dia pula yang menjeling.

Sentap sekejap. Aku terdiam. Kesian Adam, tak pasal-pasal kena marah dengan seorang ibu yang garang macam harimau tak bertaring. Dan inchik suami yang penyabar selalu sahaja mententeramkan aku. Panas di dalam di simbah ais berketul-ketul. Cepat betul sejuk.

“Sorry sayang…ibu minta maaf! I’m sorry okay!!” itulah aku, selalu cepat minta maaf jika betul aku yang salah. Tapi kalau aku rasa aku betul? Memang tak makan berminggulah si tukang yang buat salah tu.

“It’s ok mummy…actually I know, what is ugly mean. Tapi Adam rasa my mummy is a beautiful mum in the word. Ratu cantik pun kalah.” Wow, my Adamkah itu? Aku terpesona dengan anak sendiri.

Inchik suami ketawa lagi. “That’s my boy. Tengok tu…mummy dah ternganga.” Memang sengaja dia mengenakan aku.

Sabar sajalah Rin. Terimalah kenyataan bahawasanya si bapak itu memang tukang sakat, tukang ketawa dan tukang menyabarkan aku. Sehingga akhir nanti. Dan yang mewarisinya pun begitu juga. Pandai mengayat macamlah sudah besar. Baru berumur 4 tahun sudah pandai mencairkan hati perempuan. Anak siapalah tu?

“Abangggg…” aku sengaja melembutkan suara. Menggoda.

“Emmm…” jawapan itu lagi.

“Bangggg…” menggoda lagi. Kali ini tangan kirinya yang berada di gearbox aku main-mainkan dengan jari jemariku.

“Kita singgah Ikea ye?” hasrat hati terus aku sampaikan. Lagi beberapa meter bangunan Ikea akan kelihatan.

“Nak buat apa ke sana?”

“Rin ingat nak beli kuali la. Yang lama tu dah tak elok.” Hasrat hati jangan di pendam. Takut nanti, merana diri. Siapa yang susah? Berbulan aku yang susah hehehe…

“Ehh…bukannya kuali baru lagi kita beli? Baru seminggu rasanya.” Dia bertanya. Sesekali aku di jelingnya.

“Dah rosak. Semalam rosak.” Jujur aku memberitahu. Hidup ini mestilah kena jujur jika mahu hajat di penuhikan?

“Rosak?” nada pelik kedengaran keluar dari mulut dia.

“Emmm…” aku menjawab sebaik mungkin.

“Kuali yang stainless steel, coated with Teflon platinum and guarantee 5 years dah rosak?” nada terkejut. Mata dia pun bulat semacam je.

“Abah…mummy rosakkan masa nak masak telur semalam.” Adam yang petah memberitahu. Dia memang tukang mengadu. Huhhh…

“Kenapa rosak? Bukankah ianya tahan lama?” nada pelik lagi kedengaran.

Apa pelik sangat ke kalau ada guarantee 5 tahun tapi hanya tahan 5 hari? Mesin basuh yang guarantee 4-5 tahun pun boleh rosak dalam masa setahunkan? Aku rasa tidak ada yang pelik tentang kerosakan yang berlaku.

“Habis tu dah nak rosak. Rin nak buat macam mana?” rasa-rasa nak merajuk ke tidak ni? Muncung dan hidung aku rasanya dah memanjang.

Hidung aku di cuitnya. Dia ketawa lagi. Kenapalah aku bersuamikan lelaki yang suka ketawa yekk? Rajuk yang mahu di panjangkan sudah terbantut jadinya. Aku mengukir senyuman sebab aku tahu, nanti hajat mahukan kuali yang baru akan tercapai. Si dia bukannya boleh menolak kuasa godaan dan rajuk aku lama-lama. Bahagianya hidupku sebagai seorang Sharina. Encik Faizal memang suami yang baik dan suka ketawa.

“Abah…” si kecik di belakang memanggil manja.

“Yes, my son.”

“Kuali tu rosak sebab mummy buat ketuk lipas!”

Errkkk…anakku! Kenapa kau beritahu? Aku sudah merah muka. Geram. Adam aku pandang dengan mata yang sengaja aku bulatkan. Si dia pun membulatkan matanya juga tetapi memandang ke arah aku.

“Kuatnya Rin ketuk!” terkejut ke nak perli aku ni?

“Abanggg…abangkan tahu Rin tak suka lipas. Time tu nak gorengkan telur untuk Adam. Tiba-tiba seekor lipas datang kat kaki Rin. Rin ketuklah lipas kotor tu dengan kuali. Tak pecah pun, kan ianya dari steel.” Panjang dan senafas aku bercerita. Janganlah dia cancelkan nak ke Ikea. Tak pasal-pasal tak sampai hajt di hati.

“Kalau tak pecah…kenapa nak beli baru?”

“Errr…tak pecah tapi…tapi… bengkok dua.”

Dia ketawa. Ketawa lagi. Kuat dan besar pulak tu. Adam di belakang turut ketawa. Aku? aku rasa nak menangis. Waaa…kenapalah hidup aku di kelilingi oleh lelaki-lelaki yang suka ketawakan aku? Anak dan bapak memang betul-betul serupa.

##########

“Rin pilihlah yang mana Rin suka ok.” Lampu hijau sudah di berikan.

Aku menolak troli perlahan-lahan. Adam, aku letakkan di dalam troli. Bimbang dia akan terlepas. Bukannya apa…aku kurang percaya sikit dengan budak nakal tu. Biasanya kalau dia berjalan sendiri, habis semua benda di pegangnya. Semua mahu di belinya. Anak siapalah itu agaknya? Si dia juga perlahan-lahan beriringan berjalan. Mataku sudah rambang. Kenapa aku rasa makin banyak barang yang ada di Ikea ni? Rasanya baru seminggu lalu aku turun ke situ. Hari ini sudah ada barang yang lain pulak.

Tangan mencapai Gunstig tea towel. Emm…yang kat rumah sudah hampir lusuh rasanya. Beberapa helai tuala kecik itu aku masukkan ke dalam troli.

“Mummy…I want that.” Adam menunjukkan ke arah barang-barang yang menempatkan mainan dan barangan untuk kanak-kanak.

“Itu? Tu untuk girls…boys main benda macam tu.”

“I want that! I want that!” Laa anak siapakah itu? Aku serba salah.

“Biar jelah Rin…” lembut dia berkata.

Aku menurunkan Adam dari troli. Cepat je budak tu berlari dan mencapai beberapa barang. Duktig plate / bowl, duktig 7-piece baking set dan duktig soft toy salmon. Apakah itu? Bukannya mainan untuk budak perempuan? Aduhlah Adam…nampaknya ibu kena belek semula benda tu…kot-kot dah tertukar pulak.

“Hey, Dadam pun ada cine?” suara halus itu menerjah ke telingaku. Halus tapi nyaring.

Aku berpaling. Seorang budak perempuan kecil sedang memegang duktig soft toy salmon bersuara. Emil Emeriz. Aku mencari mamanya. Tersenyum lebar mama Emeriz, Mazira memandang aku. oh, my best friend. Segera aku memeluk Zie. Dia mengekek ketawa. Zie memang suka ketawa. Suaminya, Syahril turut ada. Bersalaman dan berbual dengan suami aku, Faizal. Kami memang karib sejak zaman belajar lagi. Sekarang lagi rapat apabila tinggal berdekatan. Hanya selang dua buah rumah.

Anak pun hampir sebaya. Adam berumur 4 tahun dan Emeriz berumur 3 tahun. Sebenarnya aku pernah bertanyakan Zie, kenapa menamakan anaknya Emeriz. Setahu aku ada satu movie yang wataknya bernama Emeriz, iaitu Merlin si tukang sihir. Tak pasti apa jawapan Zie, aku pun bukannya ingat sangat.

“Kenapa Adam nak main toys tu sayang…” Zie bertanya setelah di lihatnya dalam troli terdapat mainan itu.

Aku terpaksa ketawa sikit. “I pun tak taulah Zie. Nampaknya terpaksa tengok semula benda tu, kot-kot tertukar.” Sengaja melawak.

Mengekek lagi Zie ketawa. Dia memang boleh join dengan suami aku nampaknya. Suka sanagt ketawa. Suaminya si Syahril pun kuat ketawa. Cuma aku yang kurang ketawa, di ketawakan adalah. Meriah hidupku.

“Takpelah Rin. Budak-budak lagi. Barangan dapur pun boleh jadi mainan boys jugak. Nanti dah besar dia akan tahu sendiri nak tolong kita kat dapur. Lelaki pun kena pandai memasak tau sekarang. Menolong isteri di dapur. Suami mithali.”

“Itu aku tau Zie…tapi sebagai seorang ibu kepada anak lelaki ni..takut jugak. Bimbang jadi acuan yang lain. Seram…” aku memegang tengkukku yang sudah meremang.

##########

“Dah dapat kuali tu?” suamiku bertanya.

Aku hanya menganggukkan kepala. Semua barang yang mahu di bayar, aku letakkan di atas kauter. Bukan setakat kuali yang aku beli.saucepan, steamer pun aku beli. Orang kata dah alang-alang sampai Ikea. Borong sajalah.

Selesai membayar, cepat aku menarik tangan suamiku keluar. Aku mahu terus balik ke rumah. Sebentar tadi ada client yang telefon. Cupecake sebanyak 100 cawan di tempah. Esok mahunya. Adoilah, pelanggan pun satu. Kalau hendak banyak, sepatutnya tempah awal-awal. Ini tidak. Petang esok sudah mahunya. Mujur juga masih ada bahan-bahan untuk membakar. Kalau tidak, harus aku baking ketuhar saja.

“Cepatlah bang…” aku menarik kuat tangan inchik suami yang sedang menjawab telefon.

“Yelah…cepatlah ni.”

Barang-barang segera aku masukkan ke dalam kereta. Si dia langsung tidak menolong. Dia pandang saja. Aku mengerutkan dahi. Keningku angkat, bertanya dengan bahasa isyarat.

“Rin tak tinggal apa-apa?” soalnya.

Aku membelek-belek barang-barang yang ada dalam bonet kereta. “Takde…semua ada. Kuali Rin beli dua terus. Kalau dah bengkok dua sebab ketuk lipas. Nanti ada lagi satu.” Aku memberitahu.

“Emm..oklah kalau macam tu. Jom”

Dalam kereta, aku memasang radio. Mencari siaran Era ataupun Sinar FM. Itu antara siaran radio yang aku minat. Huhh, iklan. Banyaknya iklan. Aku tergelak mendengar satu iklan maggi yang terbaru.

‘Pandai mak ajar maggi buat kari.’ Hahaha…pandai sungguh budak tu. Anak siapalah agaknya? Serupa macam Adam. Ehhh, mana Adam? Aku berpaling ke belakang. Adam takde? Aku pandang inchik suami yang sedang memandu. Rilex je dia. Dia tak perasan ke, Adam takde? Atau…aku menjengok ke belakang lagi. Kot-kot Adam tertidur atau dia sengaja menyorok. Ehh, memang takdelah. Hatiku mula cuak.

“Bang…bang…huhuhu…” aku sudah tidak dapat berkata-kata. Menangis kuat.

“Kenapa?” dia bertanya.

“Adam takde! Dia takde!! Dia tertinggal kat Ikea ke?” aku menangis lagi. “Patah balik…patah balik…” sudah macam orang sasau aku menangis. Kuat dan menguatkan.

Inchik suami ketawa. Ketawa saja yang dia tahu. huhuhu…anakku. Kamu di mana? Panggil mummy pun mummylah…jadi mumia pun ibu sanggup. Aku makin melalak kuat tetapi inchik suami makin kuat ketawa.

“Tadi Zie dan Syahril dah call abang. Dia orang kata Adam sedang bermain dengan Emeriz. Tulah. Lain kali kalau ke Ikea. Kena tengok selalu anak-anak ni. Dan jangan cepat-cepat nak balik. Barang ada tapi anak tertinggal.” Ketawa si dia lagi.

Aku? aku menangis lagi. Benci. Benci bila di usik begitu. Rupanya sebelum keluar dari parking Ikea lagi dia dah tahu Adam bersama Zie dan Syahril. Patut pun dia tanya tadi, takde barang yang tertinggal ke? Huaaa…memang sengaja.

Dan yang menjadi persoalannya…anakku tertinggal di Ikea??

Tuesday 20 January 2015

memang dah lama terjatuh suka kat lagu ni...n hari ini baru ada kesempatan nak menaipnya.. walaupun tak menang langsung kat AJL baru2 ni...namun lagu ini telah menang dalam hati...

SESAL SEPARUH NYAWA

Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru
Teringat masa lalu
Tetap tiada ku lupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan
Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang
Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Tenang dihembus bayu
Membawa kabar rindu
Tapi sulit ku teruskan
Engkau jauh ke hadapan
Aku tabah berjalan
Sembunyikan harapan
Mana harus ku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang....
Separuh nyawamu di hati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentukannya

~andai aku tidak tinggalkanmu...adakah aku yang akan di tinggalkan?
~andai aku tidak tinggalkanmu...adakah aku yang akan di kecewakan?
~persoalan itu yang kerap bermain difikiran...ianya bagai menjadi racun dan juga penawar...di saat aku teringatkanmu...
~hakikatnya tiada jodoh kita berdua bersatu dalam suatu perhubungan yang halal...mungkin hanya satu persahabatan...itupun jikalau kau mahukan persahabatan...
~aku tetap begini...berjalan ke hadapan...yang di belakang tetap ku toleh untuk pastikan kepahitan itu aku ingat sebagai pedoman...


salam CINTA di kejauhan












Thursday 8 January 2015

Assalamualaikum pembuka bicara...salam diberi tanda setia.Setia membelek blog yang dekat dimata...huhh,lelah terasa.Penat tak terkata.Namun kerana minat dan suka.Aku meneruskan segala yang ku mulakan.Dengan lafaz bismillah,aku menggenggam rasa.

Nak cerita apa yekk...emmm...baru beberapa hari lalu aku dapat join satu group.Penulis2 yang masih baru macam aku.Ada 10 orang semuanya.Matlamat kami satu.Ingin mendakap sendiri buku di dada.InsyaAllah jika diizinkannya.Kami berkumpul,menghasilkan 2 buah cerpen setiap seorang.Untuk dipostkan ke satu Pub..jika berjaya diterima.Alhamdullilah.Jika tidak pun Alhamdulillah juga.Mungkin rezeki masih tiada.

Dalam 10 org...2 adalah lelaki...dan jangan tidak percaya sorang ceritanya menunggu masa diterbitkan.Sudah diterima.Manakala ada 2 org lagi,sudah dilamar oleh pihak penerbitan.Alhamdulillah rezeki mereka.Aku?Masih menanti dan akan sabar menanti.Doa dan harapan tidak pernah pudar.

Baru tadi menyiapkan satu cerpen.Yang akan dihantar untuk dinilai.Moga diterima.Group kami masih baru.Seiring kami melangkah.Harap yang sudah diatas masih mahu memandang kami yg dibawah nanti.Kawan2...aku ucapkan selamat berjaya semua.Untuk aku juga kerana ini adalah salah satu cita2ku..walaupun dikira usia yg sudah berangka besar.Cita2 ini tidak pernah pudar.Ianya tetap mekar sewangi sutera.Kenapa sewangi sutera?Kerana sutera adalah wangi jika dicium.Sutera juga lembut bila dipegang.Sutera juga selesa bila dipakai.

salam CINTA di kejauhan ini.....

Tuesday 6 January 2015

BAB TUJUH : BIDADARA


Bidadara Putera






Bab 7

 

“Abang… Abang Qai…”

“Qai… Qai… Awak…”

“Dia tak bangun lagi?”

“Tak… tidur kot?”

“Tepi sikit….biar aku yang tolong kejutkan.”

GEDEBUK!!! Ooo… papa… mama… SAKITNYA! Hampir tercabut rasa jantung, Qai membebel dalam hati

Memandang tajam Harris yang tersengih. Qai betul-betul rasa Harris kurang ajar. Qai dihumbannya dari kereta sorong. Qai bangun perlahan-lahan dengan dibantu oleh Puteri Diana dan Putera Aiman. Belakang seluarnya ditepuk-tepuk bagi membuang debu.

“Kau berangan naik Ferrari ke tadi?” Harris bertanya. Dia memeluk tubuhnya sambil bersandar di tepi tiang. Ada sengihan senget di bibirnya

“Ferrari?” Qai ketawa terbahak-bahak. Ketawa yang sengaja dibuat-buatnya.

“Ingatkan aku naik rollercoaster tadi. Cuma rollercoaster ni ‘semput’ sikit. Kadang-kadang tu rasa macam keretapi yang takde roda… berkeriuk-keriuk bunyinya.” Qai sengih senget juga.

Apa, si Harris itu ingat dia seorang saja yang pandai sengih senget? Gumam Qai dalam hati sambil melebarkan sengihannya.

“Harris…Qai…sudah-sudah la tu. Jom kita ke bilik saya. Rawat dulu luka tu.” Puteri Diana cepat-cepat meleraikan sebelum perbalahan terjadi. Dia berdiri di tengah-tengah antara Qai dan Harris.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Puteri Diana melangkah masuk. Diikuti oleh Qai yang melangkah perlahan, Putera Aiman dan Harris. Nombor 5 ditekan, menandakan bilik yang ditujui berada di tingkat lima bangunan.

Qai memicit kepala. Tiba-tiba terasa pening sedikit. Namun bibirnya mengorak senyuman lebar.

“Pinjam tubuh awak sekejap.” Tanpa amaran Qai memeluk pinggang Puteri Diana dengan tangan kanannya dan melentokkan kepala ke bahu.

Puteri Diana tersentak. “A… a… awak…”

Qai mengangkat sedikit wajahnya, memandang si gadis.

“Kenapa? Tak boleh ke?” pertanyaan dengan diikuti kening yang terangkat oleh Qai.

“Errr….” Puteri Diana kelihatan sedikit gugup.

“Kejap je….” Qai melentokkan kembali kepalanya ke bahu Puteri Diana. Sebelum dia rebahkan kepala sempat juga mengenyitkan mata sekilas sambil senyum kepada gadis itu.

Tiba-tiba Qai ditarik oleh Harris dengan kasar.

“Kau ni tak tahu hukum halal haram ke?” pandangan mata Harris kelihatan berapi.

Qai tersenyum. Sempat juga dia merasakan Harris lucu dengan pertanyaan sebegitu.

“Dia tak marah pun. Kau saja yang lebih-lebih. Aku boleh jadi yang halal dengan dialah.” Qai tidak mahu mengalah. Bibirnya senget-senget tersengih.

“Ma… maksud kau… kawen dengan dia?” Harris sudah kelihatan blur.

Ketawa  besar Qai mendengar Harris berkata begitu. Betul-betul kelakar. Rupanya tak sangka, Harris pandai membuat joke!

“Are you jealous? Yeah, I saw that before… in your eye! In your face! You like her, right?” tebak Qai. Sebelah keningnya terangkat tinggi.

“What a nonsense? Jealous? Aku bercakap pasal hukum Tuhan, bukannya cakap-cakap tanpa faedah! Atau perlu ke aku tolong belikan sebuah lagi otak untuk kau pakai guna jikalau otak di kepala kau sudah tidak mampu berfikir? Haram tetap haram. Lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan. Muktamad.” Bersungguh Harris memberitahu.

‘Malas nak jawab. Sekarang ini aku sakit. Seluruh badan aku sakit dan aku mahu berehat. Tunggulah aku sudah ‘baik’ sikit nanti.’ Hanya gumaman yang berbuku dalam hati. Qai masih dengan sengihan panjang.

 Tiba-tiba Harris menarik Qai. Menjauhi Puteri Diana yang menunduk sedari tadi. Qai dibawa ke tengah antara dia dan Putera Aiman.

Muka Qai sudah berubah warna. Terasa Harris melampau dengan tindakannya.

Tapi tiba-tiba. “Eh, apahal ni?” Qai betul-betul terkejut.

Harris memegang tangan kanan Qai dan dibawa melingkari pinggangnya. Cepat-cepat Qai menolak tubuh Harris dengan pantas. Dia betul-betul rasa tidak selesa.

“Laa… tadi beria sangat nak tumpang Diana. Ni, tumpang aku je lah. Tak pun kau tumpang saja si Aiman tu.” Harris menerangkan tindakannya.

“Yelah, Abang Qai tumpang tubuh saya pun tak pe.” Putera Aiman menyampuk.

“It’s ok. Tak pe… tak pe…” Qai tersengih memandang ke dua-dua mereka.

 

##########

 

“Masuk la Harris… Aiman…” Puteri Diana mempelawa Harris dan Aiman.

Qai? Sebaik sahaja Puteri Diana membuka pintu biliknya, tanpa segan silu melulu Qai masuk dan sekarang siap terbaring cantik atas katil yang bercadar warna pink. Mata Qai liar memandang sekeliling. ‘Cantik! Pandai sang Puteri ini menghias biliknya. Seluruh bilik di cat warna putih. Manakala perabot yang ada berwarna pink lembut dan merah.’ Qai terkagum seketika dengan seni hiasan dalam bilik Puteri Diana.

“Kau orang tak nak masuk ke?” aku kehairanan melihat Harris dan Aiman masih tercegat di depan pintu.

“Tak.” Jawapan dari Harris.

“Boleh ke?” jawapan dari Aiman.

Kelakar betul la melihat kedua-dua makhluk tuhan yang bernama lelaki itu. Hendak masuk bilik perempuan pun takut-takut. Bukan kena makan pun dan si Harris pun satu. Semasa membelasah geng penyangak celup tepung ubi a.k.a goreng pisang melekit, bukan main garang dan berani lagi tapi bab masuk bilik perempuan….hishishis…penakut rupanya.

“Masuk jelah. Takut kena tangkap khalwat ke? Kau orang jangan risau la. Takkan Puteri ni kena kawen dengan 3 orang sekaligus. Lagipun khalwatkan sebab berdua-duaan tapi kita berempat dan pintu pun terbuka luas.” Cewah, aku terasa aku betul-betul pandai bab hukum la pulak tapi betul ke apa yang aku cakap tadi? Minta penjelasan dari yang pakar!

 

##########

 

“Thanks Puteri sebab tolong cucikan luka.” Aku betul-betul berterima kasih dengan Puteri Diana walaupun betapa sakitnya muka aku bila di cuci dengan Dettol tadi.

“Tak pe. Biasa je, lagipun awak luka sebab saya dan Aiman. Sepatutnya saya yang kena berterima kasih.” Puteri Diana tersenyum manis. Cantik.

“Emm…cermat kerja awak. Cantik….secantik tuannya.” Aku membelek-belek mukaku di hadapan cermin muka kepunyaan gadis itu.

“Betul ke awak tak nak saya tengok badan awak? Kot-kot ada luka jugak tak pun lebam-lebam.” Sekali lagi Puteri Diana bertanya soalan itu kepadaku.

“Emm…it’s okay…I think.”

“Bagi jelah dia tengok….kot-kot ada luka.” Harris yang tadi macam orang bisu kembali bersuara bagaikan sengaja menghangatkan suasana.

“It’s okay….aku rasa takde luka pun. Kalau lebam pun sikit je kot. Oouhhh…”

Harris tiba-tiba menekan sikit belakangku dengan tangannya. Oouhhh…sakit!! “Tuu….sakitkan?” dia bertanya. Matanya tajam memandang aku.

“Aku kata tak apa-apa, tak apa-apalah!!” susah betul dengan guard seekor ni. Betul-betul tidak faham bahasa.

Dan dia memang betul-betul tidak faham bahasa, tiba-tiba cuba menarik bajuku dari belakang. Aku betul-betul marah dengan tindakannya. Terasa mukaku sudah betul-betul bertukar menjadi Ghost Rider. Berapi dan membakar namun masih kacak. Aku pantas bangun, berpusing dan bergerak ke belakang Harris. Menarik pantas tangan kirinya dan mengilas. Aku juga menjatuhkan Harris dan lutut kiriku menekan kuat belakang badannya. Cis, rasakanlah kau Jebat durhaka!!

“Qai!!” jerit Puteri Diana. Terkejut.

Aku faham maksud jeritan itu. Perlahan-lahan aku bangun. Harris juga kelihatan macam terkejut dengan tindakan refleks aku, duduk sambil menggosok-gosokkan tangan kirinya. Dahinya berkerut. Matanya tajam memandang aku tanpa suara.

“Akukan dah cakap, aku tak apa-apa!! Yang kau tak faham bahasa tu, kenapa?” aku memang betul-betul bengang sebenarnya dengan makhluk yang bernama Harris.

“Qai….sudahlah tu. Saya pun minta maaf sebab asyik tanya pasal badan awak. Maafkan saya.” Sayu kedengaran suara Puteri Diana.

Aku memandang gadis itu. Wajah itu keruh. “It’s okay…Puteri. Awak tak salah apa-apa. Emm…lupakanlah.” Aku sudah malas hendak fikirkan perkara yang remeh-remeh.

“Thanks…Puteri, terima kasih sekali lagi sebab tolong rawat luka aku.” Aku melemparkan senyuman sekacak mungkin untuk Puteri Diana. Biar dia tidak lena tidur malam ini.

“Tak pe. Awak…emm…Qai…saya pun nak ucapkan terima kasih sebab tolong saya dan Aiman tadi.” Puteri Diana turut melemparkan senyuman manisnya.

Aku segera melangkah, mahu keluar dari bilik pink putih sang Puteri. Harris dan Aiman pula  sudah sedia menunggu di hadapan pintu. Selangkah lagi dari muka pintu tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku segera berpaling dan melangkah menghampiri Puteri Diana yang masih tercegat berdiri memerhatikan kami, hero-hero Malaya.

Sampai di hadapan Puteri Diana, aku mencapai tangan kanannya dan mencium lembut tangan itu. “Merci. Nous esperons vous revoir et esperer d se familiarises advantage avec vous. (Terima kasih. Moga kita berjumpa lagi dan harap dapat berkenalan lebih rapat dengan awak.)” Sekilas aku mengenyitkan mata dan tersenyum kepada Puteri Diana yang ternganga mulutnya.

“Ehemmm!!!” Harris berdehem kuat.

Hahaha….aku tahu dia marah. Ya…ya…ya…aku faham maksudnya. Perempuan jangan di sentuh!! Tapi….aku tidak perduli. Tangan aku…aku punya sukalah hendak ‘sentuh’ siapa-siapa pun. Mulut aku…aku punya sukalah nak ‘cium’ gadis mana pun, apa kau perduli?

Aku melangkah keluar dari bilik Puteri Diana namun langkahku sedikit perlahan. Sakit sebab jatuh tersembam tadi masih terasa. Begitu juga sakit sebab di terajang oleh penyangak 5 ekor tadi. Putera Aiman mengekori dari belakang manakala Harris sudah berjalan beriringan dengan aku. Cis, tinggi sungguhlah budak bidadara yang tidak faham bahasa ni! Terasa aku ‘rendah’lah pulak. Nasib baik Putera Aiman lebih rendah dari aku.

“Kau nak tahu kenapa kadang-kadang ada lelaki lebih sukakan kecantikan dari kepintaran?” tiba-tiba Harris bertanya.

Pelik betul soalan tu. “Emm…entahlah. Mungkin sekarang ni lebih ramai perempuan cantik dan seksi walaupun dia orang buat plastic surgery daripada perempuan yang hodoh dan nerd?” jawapan yang terbaik aku berikan untuk soalan yang pelik dan tidak berfaedah langsung.

“Sebab sebenarnya ialah ramai lelaki yang bodoh berbanding lelaki yang buta.”

Aku berhenti melangkah dan memandang tajam ke wajah Harris. “Apa maksud kau sebenarnya?” rasa-rasanya dia mahukan ‘hadiah’ terbaik aku kot?

“Seperti aku katakan tadi. Perlukah aku tolong belikan sebuah lagi otak untuk kau guna pakai jikalau otak di kepala kau sudah tidak mampu berfikir? Agaknya inilah yang Tuan Pengerusi cakapkan kat aku pasal kau.” Harris memberitahu.

“Papa cakap apa? Pasal apa?” aku sudah sedikit berdebar. Apa yang papa ceritakan tentang aku kepada si Harris ini.

“Abang Harris…abang Qai….” Suara Putera Aiman mengendurkan suasana yang tiba-tiba terasa hangat kembali.

Aku dan Harris berpaling serentak memandang budak kecil itu. Kami sama-sama tersenyum kepadanya. Kesian pula melihat rupa suci Putera Aiman. Agaknya dia berumur berapa tahun yek? Aku agak-agak, mungkin dia berumur 12 atau 13 tahun. Tipikal budak Melayu yang masih belum baligh lagi, rendah dan kecil sahaja tubuh mereka namun masih cute dengan cara mereka yang tersendiri.

“Kita sambung nanti…” aku berkata seakan berbisik kepada Harris. Dia mengangguk-angguk tanda faham.

“Emm…Aiman baliklah ke kelas Aiman yek…abang dan abang Qai nak keluar sekejap dari sekolah.” Harris menepuk-nepuk mesra bahu Putera Aiman. Dia turut mengukirkan senyuman kepada budak itu.

“Ok…thanks abang Harris dan abang Qai…sebab dah tolong saya dan kakak Diana tadi.” Putera Aiman turut tersenyum.

Tiba-tiba dia menerpa ke arah Harris dan memeluk mesra Harris tanda betul-betul berterima kasih. Putera Aiman berpaling ke arah aku selepas melepaskan pelukannya dari Harris. Oh, no! Dia nak peluk aku jugak ke? Oh, tidak!

Segera aku menepuk-nepuk dan mengusap rambutnya. Senyuman turut aku lemparkan. “ It’s okey, Aiman. Tak payah berterima kasih. Kalau Aiman perlukan apa-apa pertolongan lagi, you just call me. Abang akan jadi Superman terbang macam taufan. Abang akan jadi Flash lari macam kilat.  Abang juga akan jadi Wolverine menunjukkan cakar untuk melindungi Aiman.” Bersungguh-sungguh aku memberitahu.

Putera Aiman tersenyum. Namun ketawa kecil yang bagai di tahan kedengaran dari Harris. Ye…ye…aku tahu, kata-kata aku ini macam budak kecil je. Budak kecil yang masih tidak matang dan dewasa. Yap…nama pun budak kecil dan umur aku pun baru 14 tahun bukannya 17 tahun seperti sangkaan orang lain.
 
 

BAB ENAM : BIDADARA


BIDADARA PUTERA







Bab 6

 

“Kenapa ni nak?” tiba-tiba seorang pakcik menegur mereka.

Pemakaiannya. Bertopi besar, berkasut boot dan bersarung tangan. Dia kelihatan seperti seorang tukang kebun sekolah.

“Kawan kami kena belasah dengan geng-geng Johar tadi.” Putera Aiman memberitahu.

“Geng Johar lagi? Entah kenapalah budak tu jadi macam tu. Ada saja yang dia buat. Habis tu kau orang nak ke mana ni? Bilik sakit kat sebelah sana.” Pakcik itu menunjukkan ke arah yang sebelah satu lagi.

‘Ooo… geng Johar rupanya nama geng-geng penyangak celup tepung ubi a.k.a goreng pisang melekit tu, macam tak best je. Best lagi nama yang aku beri. Dan pakcik ni, macam kenal-kenal je dengan geng penyangak celup tepung ubi. Ada apa-apa ke?’ rungut Qai dalam hati.

“Pakcik… pakcik guna tak kereta sorong ni?” Harris bertanya. Dia memegang kereta sorong yang kosong itu dengan tangannya yang sebelah lagi.

“Tak. Nak buat apa dengan kereta sorong ni?”

“Kalau macam tu, saya pinjam sekejap. Nak buat jadi wheelchair.”

What? Bulat mata Qai mendengar kata-kata Harris. Nak jadikan ‘benda’ yang bertayar satu itu menjadi wheelchair? What a nonsense? Ini mesti hendak angkut aku dengan benda bertayar satu tu. Apa dia ingat aku ni sayur ke? Eh, bukan sayur. Dia ingat aku ni rumput ke? Mengguman geram. Bibir Qai gigit kuat.

“What the hell? Kaulah yang guna benda tu, aku boleh jalan sendiri.” Qai menjadi tidak sabar. Cepat dia menarik kuat tangannya daripada pegangan Harris.

“Aiman… lepaskan abang! Abang boleh jalan sendiri! Lagipun kaki abang ni bukannya patah!” Qai turut menyuruh Putera Aiman melepaskan tangan kirinya.

Perlahan-lahan Qai menapak. Puteri Diana dan Putera Aiman mengekorinya dari belakang.

Harris? Lantak dialah. Esok aku nak suruh papa menukar bodyguard. Si Harris itu harapkan rupa saja macam bidadara City Hunter a.k.a Lee Min Ho, tangkas macam Jacky Chan tetapi hati keras macam The Thing geng Fantastic Four dan aku yang sekacak Cameron Bright ini terpaksa menapak dalam kesakitan dan muka berapi macam Ghost Rider. Memang betul-betul bengang. Qai melangkah senget.

Bedebuk!! Tiba-tiba Qai tersungkur ke hadapan. Mujur juga dia sempat menahan tubuh dan muka dari mencium lantai dengan kedua tangannya. Namun walaupun tubuh dan mukanya ‘tak jadi hendak sakit’, tetapi penangan menahan ‘beban’ diri sendiri telah sedikit sebanyak menyakitkan kedua-dua tangannya pula.

Harris betul-betul kurang ajar. Bentak hati Qai. Segera dia berpaling dan melihat tubuh besar di sebelahnya.

“Kau apahal? Nak rasa lagi ke tangan berapi aku?” Qai sudah berapi dengan guard yang tidak diiktirafnya.

“Awak… Qai… awak tak apa-apa?” Puteri Diana menerpa pantas.

“It’s okay… aku tak apa-apa.”

Puteri Diana memandang Harris yang tersengih. “Awak kenapa, Harris? Qai, kan sakit? Kenapa buat macam tu lagi?”

Puteri Diana cuba mengangkat dengan dibantu oleh Putera Aiman.

“Cuba awak bangun perlahan-lahan.” Keduanya serentak menyuruh.

Qai cuba bangun tetapi kaki yang telah dihadang oleh Harris tadi terasa sakit. Berkerut dahi menahan rasa sakit yang menjalar. Bergabung pula dengan rasa sakit kerana menjadi Ironman demi melindungi Puteri Diana dan Putera Aiman tadi. Perlahan-lahan Qai menggelengkan kepala. Kesakitan itu bagaikan melumpuhkan setiap sendi dan anggotanya.

Weh, janganlah patah wahai kakiku, bisik Qai, bimbang.

“Hah, kan dah tak boleh bergerak tu? Kaki patah ke? Emm… nampaknya awak terpaksalah naik wheelchair cute ni. Budak-budak berdua ni tak akan dapat mengangkat awak. Emm… nampak kecik tapi berat macam tong gas plus tong dram buruk!” Sinis kedengarannya suara Harris dan di tangannya sudah ada wheelchair yang cute-miut.

Qai memang terpaksa dan memaksa diri supaya diam dan bisu seketika. ‘Okay, hari ini hari dia dan hari esok mungkin hari aku. Kalau tidak, jangan panggil aku… Qai.’

 Qai dipapah oleh Puteri Diana dan Putera Aiman masuk ke dalam wheelchair cute dan Harris menjadi ‘pemandu’nya. Sesekali terdengar Harris bersiul.

Agaknya dia ingat dia sedang memandu jentera Ferrari dan sedang berlumba dalam siri Formula One? Hati bengang Qai berbisik.

‘Wahai hati Qai… sabarlah. Sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Wahai rasa marah Qai… padamlah. Padamlah dengan hembusan kesabaran. Wahai budak yang bernama Qai…. balutlah kemarahan dengan hati yang penuh kesabaran. Ingatlah papa dan abang kesayanganmu begitu mengharapkan dirimu. Sabarlah… sabarlah…’ Qai memujuk hati dengan kata-kata hikmah ciptaannya sendiri. Tetiba dia perasan diri sendiri macam pujangga!

Qai hanyut dalam kata-kata yang dititipkan untuk diri sendiri. Qai hanyut dalam kesakitan yang menyeluruh. Perlahan-lahan matanya tertutup namun seperti dia terdengar suara Harris yang berkata sesuatu kepadanya. Ia seakan berbisik.

“Aku tak pernah kata aku sempurna. Aku tak pernah kata aku baik. Kesempurnaan itu hanyalah milik Allah SWT. Kebaikan itu juga datang dari-Nya. Aku hanya insan yang telah diberi amanah. Amanah yang aku terima dengan rasa ikhlas. Aku juga mengharapkan keikhlasan dari kau, budak. Supaya memahami amanah yang dititipkan kepada aku. Before you assume, learn the facts. Before you judge, understand why. Before you hurt someone, feel. Before you speak, think. Wahai budak yang berumur 14 tahun, aku tahu kau belum matang serta dewasa. Namunku berharap kematangan aku akan merubah kau menjadi sedikit ‘dewasa’. Kerana aku tahu kau seorang budak yang tabah serta kuat. InsyaAllah.”
 
 

BAB LIMA : BIDADARA

BIDADARA PUTERA






Bab 5

 

Qai dipapah senget oleh Harris dan Putera Aiman. Puteri Diana pula mengekori dari belakang dengan membawa bersama beg sandang. Qai mengadoi dalam hati. Rupanya sakit sungguh apabila dibelasah dan membelasah. Sangkaannya sakit sikit sahaja. Terfikir, rupanya inilah yang dirasakan oleh abangnya, Qaizer. Qailah adik yang selalu mencari masalah. Walau hakikatnya orang yang selalu mencari masalah dengan Qai.

Sebenarnya Qai sendiri tidak pasti kenapa dia dicemburui oleh semua dulu. Kini dia berharap di Yusuf Bakti Private School ini tidak ada perkara sebegitu lagi. Namun perancangan Tuhan tiada yang mampu meneka, kini ada 5 orang penyangak yang telah menjadi musuh. Hendak buat macam mana? Agaknya inilah nasib si Qai The Prince, getus Qai di dalam hati

“Kita nak bawa dia ke mana? Bilik sakit?” tiba-tiba Puteri Diana bertanya. Matanya terarah kepada Harris.

“Oh, no! Bukan bilik sakit.” Cepat-cepat Qai membantah.

“Luka kau nampak teruk. Mulut pun dah bengkak.” Harris memberitahu.

Qai menghentikan langkah. Harris dan Putera Aiman turut berhenti.

“Aku tak nak sesiapa pun tahu tentang perkara ni,” bisik Qai. Lelah.

Perlahan-lahan Harris melepaskan tangan Qai. Qai terus duduk di tangga terakhir setelah Putera Aiman turut melepaskan tangannya.

“Abang… luka abang nampak teruk.” Putera Aiman memberitahu. Ternyata dia nampak bimbang dengan keadaan Qai.

“Yeah… I know about it but like I’m saying before… Aku tak nak sesiapa pun tahu tentang perkara ni. That’s it. Muktamad.” Qai menegaskan kepada mereka.

Qai sememangnya tidak mahu sesiapa pun tahu. Yang paling penting dia tak mahu papanya tahu. Qai tak mahu papanya risau sebab yang perlu risaukan adalah abang Qaizer. Abang Qaizer masih belum sedar-sedar lagi semenjak sebulan yang lalu. Jadi bagi Qai setakat luka dan bengkak di tubuh dan muka tidak menjejaskan langsung dirinya. Inikan Qai, hero yang kacak dan bergaya, Qai mendabik dada sendirian.

“Habis tu… kita nak bawa dia ke mana? Luka-luka tu mesti dirawat. Saya bimbang takut ada kuman nanti.” Puteri Diana kerisauan.

“Nanti aku fikir.” Harris meraup-raup rambutnya.

“Tak payah fikir-fikir. Biar aku yang tentukan. Hah, kau… kau tinggal kat mana?”

“Sape? Saya?” Puteri Diana menunjukkan dirinya dengan jari telunjuk.

“Yes… kaulah. Tinggal kat mana? Aku ikut kau balik rumah.” Qai memutuskan cara.

“Eh, ikut saya balik rumah? Errr….”

“Yapp… ikut kau balik rumah. Why? Tak boleh ke?”

“Errr…” Puteri Diana tergagap seketika.

Tiba-tiba satu ketukan hinggap di kepala Qai. Dia bingkas bangun. Mencerlung matanya memandang Harris.

“Kau kenapa?” bertanya kasar. Qai bengang.

Terasa Harris main kotor. Siap sekeh kepala! Sudahlah badan dan mulutnya sakit. Kepala yang sudah tersedia sakit semakin sakit.

“Kau tu kenapa? Dah gila kot sebab kena belasah tadi? Tak pun dah biul kot?” perli Harris.

“Kau tu apahal? Are you jealous? Yeah… I know… in your eye… you like her, right?”

“What? Nonsense!” nafi Harris. Mukanya bertukar warna.

“You are nonsense!”

“DIAM!!!” jerit Puteri Diana. Serta-merta ia mendiamkan keduanya.

Qai dan Harris berpandangan sesama sendiri sebelum tumpuan beralih ke arah Puteri Diana. Wajah gadis itu keruh dan kelihatan setitis dua air matanya jatuh. Menangis? Kenapa? Harris sudah kelihatan menggelabah. Qai? Dengan selamba stail dia, menghampiri gadis itu dan menyekat air mata dengan jarinya.

Tiba-tiba satu lagi ketukan hinggap lagi di kepala Qai. Qai makin bengang. Pantas dia berpaling dan menghadiahkan satu tumbukan ke muka Harris. Harris terpusing sikit ke kanan. Sedikit darah kelihatan menitis dari mulut Harris. Qai senyum sinis dan menggosok-gosokkan tangan kanan. Sakit! Harris mengesat darah di mulutnya dengan belakang telapak tangan kanan.

“Sudahlah tu!” Puteri Diana menjerit lagi.

 “Awak!” Puteri Diana menunjuk ke arah Qai.

Ibu jari Qai menekan dadanya. “Saya?”

Puteri Diana menganggukkan kepalanya. “Saya dah tahu cara macam mana nak buat dengan awak.” Dia memberitahu.

“Panggil aku, Qai… bukan awaknya, awak! Dah macam bunyi burung pulak. Yeah, apa caranya?” kening terjongkit. Bibir terukir senyuman senget.

“Awak! Emm… Qai, awak ikut saya ke bilik saya. Err… saya duduk asrama sebenarnya. Tapi bukan awak sorang. Aiman dan Harris pun ikut sekali. Kita cuci luka awak dulu tapi setakat itu saja.” Puteri Diana menerangkan caranya.

“Ok… aku setuju tapi lepas tu aku nak keluar dari sekolah ni.” Cepat Qai setuju. Dia memang hendak keluar sekejap dari sekolah ini. Sekejap pun jadilah.

“Kau tak boleh keluar dari sekolah ni!” suara Harris tiba-tiba mencelah.

Qai memandang tajam ke arah Harris. Terlintas pertanyaaan, siapa Harris hendak menentukan arah tuju hidupnya? Seorang bodyguard sahaja. Bukan ada kaitan kekeluargaan atau hubungan darah sekalipun.

“Aku tak tanya kau dan tak minta kebenaran kau pun.” Qai memang sengaja sinis dengan guard yang tidak reti bahasa macam Harris.

Diam. Harris terdiam dan sesekali dia mengesat mulutnya yang Qai tumbuk tadi. Agaknya kuat sangat tumbukan tadi hinggakan kelihatan Harris sedikit diam dari bercakap. Pandangannya ditala jauh ke depan. Entah apa yang Harris pandang, Qai pun tidak tahu dan yang pasti dia tidak mahu tahu.

“Emm… ok, kita gerak sekarang!” tiba-tiba sahaja Harris berkata Serentak itu dia terus bergerak tanpa menolong memapah Qai seperti tadi.

“Selfish…” Qai menahan rasa yang pelbagai. Sempat jugak memberi gelaran kepada Harris.

Putera Aiman segera memapah Qai dengan tubuh kecilnya. Tangan kanan Qai disangkutkan ke bahunya. Dengan susah payah Putera Aiman cuba mengangkat. Namun dengan tubuhnya yang kecil dan kurus tentulah Qai semacam menjadi beban kepadanya. Umpama ‘tiada beban batu digalas’. Namun Qai pasti dia bukanlah ‘batu’. Dia hanyalah yang jadi ‘beban’ itu. Mana cool kalau jadi batu, biarlah menjadi beban sahaja. Nyaris keduanya terjatuh namun segera di sambar oleh satu tangan ‘besar’ di sebelah kiri Qai.

Si selfish Harris rupanya, ingatkan Puteri Diana. Gumam Qai dalam hati yang bengkak. Hampir terkejut juga dia tadi. Sangkanya tangan halus Puteri Diana sudah bertukar menjadi besar secara tiba-tiba. Transformer pun terkejut kalau perkara sebegitu terjadi. Inikan pula Ironman yang baru hendak ‘menjadi’ macam Qai. Mereka melangkah perlahan-lahan.