Friday 30 January 2015

ANAKKU TERTINGGAL DI IKEA


ANAKKU  TERTINGGAL  DI IKEA

“Uuuuu…” aku menjeling orang di sebelah.

“Emmm…” ringkas je.

“Awakkkk…” aku sudah mengadap dia.

“Emmm…” itu pun jawapan jugakkan?

“Abangggg…!!!” aku sudah geram. Rasa nak cekik-cekik je tukang jawab ‘emmm’ tadi.

“Haa…kan sedap je bunyi panggilan tu hehehe…” dia ketawa. Suka sangat ketawa.

Aku? Menarik muncung anak itik hodohku. Dia makin kuat ketawa. Apa? Hodoh sangat ke aku ni?

“I think I’m ugly…and nobody wants to love me…just like her…I wanna be pretty…don’t lie to my face…telling me I pretty…couse I know I’m ugly…” kuat aku menyanyi. Sengaja. Biar dia tahu aku terasa hati dengan tawanya.

“Mummy…” satu suara kecil di belakangku memanggil.

Segera aku berpaling. “Adam…kan ibu dah cakap jangan panggil ibu, mummy!”

Dia yang berada di sebelah ketawa lagi. Badannya bergerak-gerak macam tangannya yang memulas stereng. Adoilah…anak dengan bapak sama saja. Bapak tukang ketawakan aku. anak pulak asyik panggil mummy…mummy…tak nak…aku tak suka…bunyi macam mumia…takut aku!

“Mummy…ugly tu apa?” petah sungguh Adam bertanya. Anak siapalah yang cerdik sangat tu? Hehehe…

“Ugly tu macam mummy la sayang…” si dia ketawa lagi sambil memberitahu.

Aku menjeling tajam. Muncungku makin panjang. Mujur muncung yang panjang, kalau hidung yang panjang? Pinochio moden rasanya aku sekarang.

“Adam…kan ibu dah beritahu banyak kali, jangan panggil ibu, mummy!” suaraku makin kuat. Geramkan bapak, geramkan anak. Dua-dua aku geram.

“Sayang…” si dia pula yang menjeling.

Sentap sekejap. Aku terdiam. Kesian Adam, tak pasal-pasal kena marah dengan seorang ibu yang garang macam harimau tak bertaring. Dan inchik suami yang penyabar selalu sahaja mententeramkan aku. Panas di dalam di simbah ais berketul-ketul. Cepat betul sejuk.

“Sorry sayang…ibu minta maaf! I’m sorry okay!!” itulah aku, selalu cepat minta maaf jika betul aku yang salah. Tapi kalau aku rasa aku betul? Memang tak makan berminggulah si tukang yang buat salah tu.

“It’s ok mummy…actually I know, what is ugly mean. Tapi Adam rasa my mummy is a beautiful mum in the word. Ratu cantik pun kalah.” Wow, my Adamkah itu? Aku terpesona dengan anak sendiri.

Inchik suami ketawa lagi. “That’s my boy. Tengok tu…mummy dah ternganga.” Memang sengaja dia mengenakan aku.

Sabar sajalah Rin. Terimalah kenyataan bahawasanya si bapak itu memang tukang sakat, tukang ketawa dan tukang menyabarkan aku. Sehingga akhir nanti. Dan yang mewarisinya pun begitu juga. Pandai mengayat macamlah sudah besar. Baru berumur 4 tahun sudah pandai mencairkan hati perempuan. Anak siapalah tu?

“Abangggg…” aku sengaja melembutkan suara. Menggoda.

“Emmm…” jawapan itu lagi.

“Bangggg…” menggoda lagi. Kali ini tangan kirinya yang berada di gearbox aku main-mainkan dengan jari jemariku.

“Kita singgah Ikea ye?” hasrat hati terus aku sampaikan. Lagi beberapa meter bangunan Ikea akan kelihatan.

“Nak buat apa ke sana?”

“Rin ingat nak beli kuali la. Yang lama tu dah tak elok.” Hasrat hati jangan di pendam. Takut nanti, merana diri. Siapa yang susah? Berbulan aku yang susah hehehe…

“Ehh…bukannya kuali baru lagi kita beli? Baru seminggu rasanya.” Dia bertanya. Sesekali aku di jelingnya.

“Dah rosak. Semalam rosak.” Jujur aku memberitahu. Hidup ini mestilah kena jujur jika mahu hajat di penuhikan?

“Rosak?” nada pelik kedengaran keluar dari mulut dia.

“Emmm…” aku menjawab sebaik mungkin.

“Kuali yang stainless steel, coated with Teflon platinum and guarantee 5 years dah rosak?” nada terkejut. Mata dia pun bulat semacam je.

“Abah…mummy rosakkan masa nak masak telur semalam.” Adam yang petah memberitahu. Dia memang tukang mengadu. Huhhh…

“Kenapa rosak? Bukankah ianya tahan lama?” nada pelik lagi kedengaran.

Apa pelik sangat ke kalau ada guarantee 5 tahun tapi hanya tahan 5 hari? Mesin basuh yang guarantee 4-5 tahun pun boleh rosak dalam masa setahunkan? Aku rasa tidak ada yang pelik tentang kerosakan yang berlaku.

“Habis tu dah nak rosak. Rin nak buat macam mana?” rasa-rasa nak merajuk ke tidak ni? Muncung dan hidung aku rasanya dah memanjang.

Hidung aku di cuitnya. Dia ketawa lagi. Kenapalah aku bersuamikan lelaki yang suka ketawa yekk? Rajuk yang mahu di panjangkan sudah terbantut jadinya. Aku mengukir senyuman sebab aku tahu, nanti hajat mahukan kuali yang baru akan tercapai. Si dia bukannya boleh menolak kuasa godaan dan rajuk aku lama-lama. Bahagianya hidupku sebagai seorang Sharina. Encik Faizal memang suami yang baik dan suka ketawa.

“Abah…” si kecik di belakang memanggil manja.

“Yes, my son.”

“Kuali tu rosak sebab mummy buat ketuk lipas!”

Errkkk…anakku! Kenapa kau beritahu? Aku sudah merah muka. Geram. Adam aku pandang dengan mata yang sengaja aku bulatkan. Si dia pun membulatkan matanya juga tetapi memandang ke arah aku.

“Kuatnya Rin ketuk!” terkejut ke nak perli aku ni?

“Abanggg…abangkan tahu Rin tak suka lipas. Time tu nak gorengkan telur untuk Adam. Tiba-tiba seekor lipas datang kat kaki Rin. Rin ketuklah lipas kotor tu dengan kuali. Tak pecah pun, kan ianya dari steel.” Panjang dan senafas aku bercerita. Janganlah dia cancelkan nak ke Ikea. Tak pasal-pasal tak sampai hajt di hati.

“Kalau tak pecah…kenapa nak beli baru?”

“Errr…tak pecah tapi…tapi… bengkok dua.”

Dia ketawa. Ketawa lagi. Kuat dan besar pulak tu. Adam di belakang turut ketawa. Aku? aku rasa nak menangis. Waaa…kenapalah hidup aku di kelilingi oleh lelaki-lelaki yang suka ketawakan aku? Anak dan bapak memang betul-betul serupa.

##########

“Rin pilihlah yang mana Rin suka ok.” Lampu hijau sudah di berikan.

Aku menolak troli perlahan-lahan. Adam, aku letakkan di dalam troli. Bimbang dia akan terlepas. Bukannya apa…aku kurang percaya sikit dengan budak nakal tu. Biasanya kalau dia berjalan sendiri, habis semua benda di pegangnya. Semua mahu di belinya. Anak siapalah itu agaknya? Si dia juga perlahan-lahan beriringan berjalan. Mataku sudah rambang. Kenapa aku rasa makin banyak barang yang ada di Ikea ni? Rasanya baru seminggu lalu aku turun ke situ. Hari ini sudah ada barang yang lain pulak.

Tangan mencapai Gunstig tea towel. Emm…yang kat rumah sudah hampir lusuh rasanya. Beberapa helai tuala kecik itu aku masukkan ke dalam troli.

“Mummy…I want that.” Adam menunjukkan ke arah barang-barang yang menempatkan mainan dan barangan untuk kanak-kanak.

“Itu? Tu untuk girls…boys main benda macam tu.”

“I want that! I want that!” Laa anak siapakah itu? Aku serba salah.

“Biar jelah Rin…” lembut dia berkata.

Aku menurunkan Adam dari troli. Cepat je budak tu berlari dan mencapai beberapa barang. Duktig plate / bowl, duktig 7-piece baking set dan duktig soft toy salmon. Apakah itu? Bukannya mainan untuk budak perempuan? Aduhlah Adam…nampaknya ibu kena belek semula benda tu…kot-kot dah tertukar pulak.

“Hey, Dadam pun ada cine?” suara halus itu menerjah ke telingaku. Halus tapi nyaring.

Aku berpaling. Seorang budak perempuan kecil sedang memegang duktig soft toy salmon bersuara. Emil Emeriz. Aku mencari mamanya. Tersenyum lebar mama Emeriz, Mazira memandang aku. oh, my best friend. Segera aku memeluk Zie. Dia mengekek ketawa. Zie memang suka ketawa. Suaminya, Syahril turut ada. Bersalaman dan berbual dengan suami aku, Faizal. Kami memang karib sejak zaman belajar lagi. Sekarang lagi rapat apabila tinggal berdekatan. Hanya selang dua buah rumah.

Anak pun hampir sebaya. Adam berumur 4 tahun dan Emeriz berumur 3 tahun. Sebenarnya aku pernah bertanyakan Zie, kenapa menamakan anaknya Emeriz. Setahu aku ada satu movie yang wataknya bernama Emeriz, iaitu Merlin si tukang sihir. Tak pasti apa jawapan Zie, aku pun bukannya ingat sangat.

“Kenapa Adam nak main toys tu sayang…” Zie bertanya setelah di lihatnya dalam troli terdapat mainan itu.

Aku terpaksa ketawa sikit. “I pun tak taulah Zie. Nampaknya terpaksa tengok semula benda tu, kot-kot tertukar.” Sengaja melawak.

Mengekek lagi Zie ketawa. Dia memang boleh join dengan suami aku nampaknya. Suka sanagt ketawa. Suaminya si Syahril pun kuat ketawa. Cuma aku yang kurang ketawa, di ketawakan adalah. Meriah hidupku.

“Takpelah Rin. Budak-budak lagi. Barangan dapur pun boleh jadi mainan boys jugak. Nanti dah besar dia akan tahu sendiri nak tolong kita kat dapur. Lelaki pun kena pandai memasak tau sekarang. Menolong isteri di dapur. Suami mithali.”

“Itu aku tau Zie…tapi sebagai seorang ibu kepada anak lelaki ni..takut jugak. Bimbang jadi acuan yang lain. Seram…” aku memegang tengkukku yang sudah meremang.

##########

“Dah dapat kuali tu?” suamiku bertanya.

Aku hanya menganggukkan kepala. Semua barang yang mahu di bayar, aku letakkan di atas kauter. Bukan setakat kuali yang aku beli.saucepan, steamer pun aku beli. Orang kata dah alang-alang sampai Ikea. Borong sajalah.

Selesai membayar, cepat aku menarik tangan suamiku keluar. Aku mahu terus balik ke rumah. Sebentar tadi ada client yang telefon. Cupecake sebanyak 100 cawan di tempah. Esok mahunya. Adoilah, pelanggan pun satu. Kalau hendak banyak, sepatutnya tempah awal-awal. Ini tidak. Petang esok sudah mahunya. Mujur juga masih ada bahan-bahan untuk membakar. Kalau tidak, harus aku baking ketuhar saja.

“Cepatlah bang…” aku menarik kuat tangan inchik suami yang sedang menjawab telefon.

“Yelah…cepatlah ni.”

Barang-barang segera aku masukkan ke dalam kereta. Si dia langsung tidak menolong. Dia pandang saja. Aku mengerutkan dahi. Keningku angkat, bertanya dengan bahasa isyarat.

“Rin tak tinggal apa-apa?” soalnya.

Aku membelek-belek barang-barang yang ada dalam bonet kereta. “Takde…semua ada. Kuali Rin beli dua terus. Kalau dah bengkok dua sebab ketuk lipas. Nanti ada lagi satu.” Aku memberitahu.

“Emm..oklah kalau macam tu. Jom”

Dalam kereta, aku memasang radio. Mencari siaran Era ataupun Sinar FM. Itu antara siaran radio yang aku minat. Huhh, iklan. Banyaknya iklan. Aku tergelak mendengar satu iklan maggi yang terbaru.

‘Pandai mak ajar maggi buat kari.’ Hahaha…pandai sungguh budak tu. Anak siapalah agaknya? Serupa macam Adam. Ehhh, mana Adam? Aku berpaling ke belakang. Adam takde? Aku pandang inchik suami yang sedang memandu. Rilex je dia. Dia tak perasan ke, Adam takde? Atau…aku menjengok ke belakang lagi. Kot-kot Adam tertidur atau dia sengaja menyorok. Ehh, memang takdelah. Hatiku mula cuak.

“Bang…bang…huhuhu…” aku sudah tidak dapat berkata-kata. Menangis kuat.

“Kenapa?” dia bertanya.

“Adam takde! Dia takde!! Dia tertinggal kat Ikea ke?” aku menangis lagi. “Patah balik…patah balik…” sudah macam orang sasau aku menangis. Kuat dan menguatkan.

Inchik suami ketawa. Ketawa saja yang dia tahu. huhuhu…anakku. Kamu di mana? Panggil mummy pun mummylah…jadi mumia pun ibu sanggup. Aku makin melalak kuat tetapi inchik suami makin kuat ketawa.

“Tadi Zie dan Syahril dah call abang. Dia orang kata Adam sedang bermain dengan Emeriz. Tulah. Lain kali kalau ke Ikea. Kena tengok selalu anak-anak ni. Dan jangan cepat-cepat nak balik. Barang ada tapi anak tertinggal.” Ketawa si dia lagi.

Aku? aku menangis lagi. Benci. Benci bila di usik begitu. Rupanya sebelum keluar dari parking Ikea lagi dia dah tahu Adam bersama Zie dan Syahril. Patut pun dia tanya tadi, takde barang yang tertinggal ke? Huaaa…memang sengaja.

Dan yang menjadi persoalannya…anakku tertinggal di Ikea??

17 comments:

  1. Miahahaha... XD
    Kesian betul Rin, suami gitu. Adam pun gitu. Bertabahlah! Mujur bukan suami tertinggal sekali. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau somi yg tertinggal sape pulak nak bawak kete...tolak sampai rumah, mau bertahun baru jumpa kot?

      Delete
  2. Pandai sungguh sahabatku menulis...teruskn berkarya Wan..moga success sokmo..

    ReplyDelete
  3. kikikiki...kak ruby...adesss...skit perut sy gelak. Boleh plk kuali bengkok sbb pukul lipas & yg x mnahan tu ank boleh trtinggal kat ikea. Nsb baik yg isterinya x trtinggal skali. kalo x lg haru... cerepen akk memg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuali hentak kuat sangat kot...tah2 lantai pun berlubang kena hentak...agak2nya lipas tu mati tak?

      Delete
  4. Emaknya hebohkan kuali sampai anak hilang pun tak sedar...kuikuikui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kualikan nyawa org pompuan..nak goreng menggoreng xde kuali...xkan nak goreng dlm periuk pulak...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Hahhaa...bestlah cta ni...!!!
    Sweet sangat..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik...insyaAllah akak akan cuba wat cerpen setiap minggu...jika xde aral n diizinkanNya...

      Delete
  6. Replies
    1. Thanks dik...sudi2 la baca cerita yg lain...

      Delete