Bab
6
“Kenapa ni nak?” tiba-tiba seorang
pakcik menegur mereka.
Pemakaiannya. Bertopi besar, berkasut
boot dan bersarung tangan. Dia kelihatan seperti seorang tukang kebun sekolah.
“Kawan kami kena belasah dengan
geng-geng Johar tadi.” Putera Aiman memberitahu.
“Geng Johar lagi? Entah kenapalah budak
tu jadi macam tu. Ada saja yang dia buat. Habis tu kau orang nak ke mana ni?
Bilik sakit kat sebelah sana.” Pakcik itu menunjukkan ke arah yang sebelah satu
lagi.
‘Ooo… geng Johar rupanya nama geng-geng
penyangak celup tepung ubi a.k.a goreng pisang melekit tu, macam tak best je.
Best lagi nama yang aku beri. Dan pakcik ni, macam kenal-kenal je dengan geng
penyangak celup tepung ubi. Ada apa-apa ke?’ rungut Qai dalam hati.
“Pakcik… pakcik guna tak kereta sorong
ni?” Harris bertanya. Dia memegang kereta sorong yang kosong itu dengan
tangannya yang sebelah lagi.
“Tak. Nak buat apa dengan kereta sorong
ni?”
“Kalau macam tu, saya pinjam sekejap.
Nak buat jadi wheelchair.”
What? Bulat mata Qai mendengar kata-kata
Harris. Nak jadikan ‘benda’ yang bertayar satu itu menjadi wheelchair? What a
nonsense? Ini mesti hendak angkut aku dengan benda bertayar satu tu. Apa dia
ingat aku ni sayur ke? Eh, bukan sayur. Dia ingat aku ni rumput ke? Mengguman
geram. Bibir Qai gigit kuat.
“What the hell? Kaulah yang guna benda
tu, aku boleh jalan sendiri.” Qai menjadi tidak sabar. Cepat dia menarik kuat
tangannya daripada pegangan Harris.
“Aiman… lepaskan abang! Abang boleh
jalan sendiri! Lagipun kaki abang ni bukannya patah!” Qai turut menyuruh Putera
Aiman melepaskan tangan kirinya.
Perlahan-lahan Qai menapak. Puteri Diana
dan Putera Aiman mengekorinya dari belakang.
Harris? Lantak dialah. Esok aku nak
suruh papa menukar bodyguard. Si Harris itu harapkan rupa saja macam bidadara
City Hunter a.k.a Lee Min Ho, tangkas macam Jacky Chan tetapi hati keras macam
The Thing geng Fantastic Four dan aku yang sekacak Cameron Bright ini terpaksa
menapak dalam kesakitan dan muka berapi macam Ghost Rider. Memang betul-betul
bengang. Qai melangkah senget.
Bedebuk!! Tiba-tiba Qai tersungkur ke
hadapan. Mujur juga dia sempat menahan tubuh dan muka dari mencium lantai
dengan kedua tangannya. Namun walaupun tubuh dan mukanya ‘tak jadi hendak
sakit’, tetapi penangan menahan ‘beban’ diri sendiri telah sedikit sebanyak
menyakitkan kedua-dua tangannya pula.
Harris betul-betul kurang ajar. Bentak
hati Qai. Segera dia berpaling dan melihat tubuh besar di sebelahnya.
“Kau apahal? Nak rasa lagi ke tangan
berapi aku?” Qai sudah berapi dengan guard yang tidak diiktirafnya.
“Awak… Qai… awak tak apa-apa?” Puteri
Diana menerpa pantas.
“It’s okay… aku tak apa-apa.”
Puteri Diana memandang Harris yang
tersengih. “Awak kenapa, Harris? Qai, kan sakit? Kenapa buat macam tu lagi?”
Puteri Diana cuba mengangkat dengan
dibantu oleh Putera Aiman.
“Cuba awak bangun perlahan-lahan.”
Keduanya serentak menyuruh.
Qai cuba bangun tetapi kaki yang telah
dihadang oleh Harris tadi terasa sakit. Berkerut dahi menahan rasa sakit yang
menjalar. Bergabung pula dengan rasa sakit kerana menjadi Ironman demi
melindungi Puteri Diana dan Putera Aiman tadi. Perlahan-lahan Qai menggelengkan
kepala. Kesakitan itu bagaikan melumpuhkan setiap sendi dan anggotanya.
Weh, janganlah patah wahai kakiku, bisik
Qai, bimbang.
“Hah, kan dah tak boleh bergerak tu?
Kaki patah ke? Emm… nampaknya awak terpaksalah naik wheelchair cute ni.
Budak-budak berdua ni tak akan dapat mengangkat awak. Emm… nampak kecik tapi
berat macam tong gas plus tong dram buruk!” Sinis kedengarannya suara Harris
dan di tangannya sudah ada wheelchair yang cute-miut.
Qai memang terpaksa dan memaksa diri
supaya diam dan bisu seketika. ‘Okay, hari ini hari dia dan hari esok mungkin
hari aku. Kalau tidak, jangan panggil aku… Qai.’
Qai dipapah oleh Puteri Diana dan Putera Aiman
masuk ke dalam wheelchair cute dan Harris menjadi ‘pemandu’nya. Sesekali terdengar
Harris bersiul.
Agaknya dia ingat dia sedang memandu
jentera Ferrari dan sedang berlumba dalam siri Formula One? Hati bengang Qai
berbisik.
‘Wahai hati Qai… sabarlah. Sabar itu
adalah sebahagian daripada iman. Wahai rasa marah Qai… padamlah. Padamlah
dengan hembusan kesabaran. Wahai budak yang bernama Qai…. balutlah kemarahan
dengan hati yang penuh kesabaran. Ingatlah papa dan abang kesayanganmu begitu
mengharapkan dirimu. Sabarlah… sabarlah…’ Qai memujuk hati dengan kata-kata
hikmah ciptaannya sendiri. Tetiba dia perasan diri sendiri macam pujangga!
Qai hanyut dalam kata-kata yang
dititipkan untuk diri sendiri. Qai hanyut dalam kesakitan yang menyeluruh.
Perlahan-lahan matanya tertutup namun seperti dia terdengar suara Harris yang
berkata sesuatu kepadanya. Ia seakan berbisik.
“Aku tak pernah kata aku sempurna. Aku
tak pernah kata aku baik. Kesempurnaan itu hanyalah milik Allah SWT. Kebaikan
itu juga datang dari-Nya. Aku hanya insan yang telah diberi amanah. Amanah yang
aku terima dengan rasa ikhlas. Aku juga mengharapkan keikhlasan dari kau,
budak. Supaya memahami amanah yang dititipkan kepada aku. Before you assume,
learn the facts. Before you judge, understand why. Before you hurt someone,
feel. Before you speak, think. Wahai budak yang berumur 14 tahun, aku tahu kau
belum matang serta dewasa. Namunku berharap kematangan aku akan merubah kau
menjadi sedikit ‘dewasa’. Kerana aku tahu kau seorang budak yang tabah serta
kuat. InsyaAllah.”
No comments:
Post a Comment