Bidadara Putera
Bab
9
Bunyi laungan suara azan telah
mengejutkan aku dari tidur. Astaghfirullahhal’azim… mujur aku tidak terbabas
tidur. Jam tangan jenama Ferrari Flyback yang di hadiahkan oleh papa, aku
belek. Rupanya sudah pukul 1.17 tengahari. Perlahan-lahan aku bangun dari
pembaringan. Mengeliat sekali dua macam kucing. Sebenarnya aku lebih suka
mengeliat macam harimau ataupun singa tapi oleh kerana badan aku masih
sakit-sakit maka niat itu aku batalkan. Bimbang pulak kalau-kalau terpatah
tulang belakang ke….jadi macam sotong lembik pula nanti, naya. Tak pun terpatah
tulang peha ke….menjalar pulak aku macam ular, dua kali naya.
Aku menyelongkar backpack, mencari tuala
dan jubah mandi. Toiletries juga aku keluarkan. Aku mahu mandi, badan terasa
sudah melekit-lekit macam gam tepung kanji. Agak-agaknya gam tepung kanji pun
tak melekit macam ni. Harap-harap janganlah gam tepung kanji tu jelous dengan
aku, sudah.
Sebaik aku keluar dari bilik,
sayup-sayup aku terdengar bunyi orang bersembang di luar rumah. Pelahan aku
melangkah menghampiri tingkap di ruang tamu yang terbuka luas. Aku menjenguk ke
luar. Kelihatan Harris sedang bersembang dengan dua orang perempuan. Ada juga
tiga orang kanak-kanak di situ. Mereka duduk di sebuah gazebo, kalau boleh di
panggil gazebolah sebab rupanya tak macam gazebo. Lebih kepada seperti sebuah
bangsal tapi ada tempat duduk. Nampak
macam agak uzur dah gazebo alias bangsal itu.
Mereka memandang aku yang sedang
menjenguk. “Qai! Marilah turun kejap!” Harris melaung dari bawah.
“Apahal? Aku tak mandi lagi ni.
Sembahyang pun tak lagi.” Aku menjawab dari atas.
Harris menggaru-garukan kepalanya. Ada
kelemumur kot? “Ok…lepas kau mandi dan sembahyang….turun kejap. Sedara aku nak
kenal kau.” Harris memberi arahan.
Arahan? Berani betul dia memberi arahan
kepada aku? Apa dia ingat dia Leftenan Komander ke? Tak pun dia ingat dia
Laksamana Madya? Tapi… “Ok….” Aku menjawab. Saja je aku menurut perintah dia.
Nanti jatuh air muka dia depan saudara-mara. Prinsip aku, jaga air muka kawan.
Prinsip yang baru sesaat tadi aku buat. Sesaat je….dua tiga saat nanti…aku burn
je prinsip tu. Habis cerita. Dan kawan? Dia bukan kawan aku….dia bodygourd aku.
Ada bezanya dua perkataan itu. Dan jauh bezanya maksud perkataan itu.
##########
Aku melangkah perlahan ke arah mereka
sambil tersenyum. Kedua-dua saudara Harris turut tersenyum. Manakala tiga orang
kanak-kanak yang sedang bermain kejar-mengejar terhenti dan mereka turut
memandang aku.
“Wah, semaq rupenye kawang mu, Arih!”
salah seorang saudara Harris bersuara.
“Yelah…semaq!” seorang lagi turut
bersuara.
Harris ketawa kecil. “Semaq guanenye mok
Mek, mok Zura….muke bekok-bekok gitu? Macang kene ketek tebuang adelah.”
Aku? Aku blur. Tak faham apa yang mereka
cakapkan tapi ada satu perkataan yang aku betul-betul faham iaitu bekok alias
bengkak. Bengkak sangat ke muka aku ni? Tadi masa aku tengok dalam cermin,
taklah bengkak. Lebih kepada lebam sikit je.
“Abang! Abang hensemlah.” Tiba-tiba
seorang kanak-kanak perempuan bersuara.
Aku tersenyum. “Adik pun cantik…cute dan
comel.” Aku mengusap-ngusap kepala kanak-kanak perempuan itu.
Serius aku cakap. Budak perempuan itu
memang comel dan cute. Bibirnya merah dan nipis. Alis yang terbentuk cantik.
Pipi merah bagaikan di pakai…pakai apa tu…ala benda yang perempuan selalu pakai
tu. Pakai kat pipi kasi merah punya. Maskara ke? Tak pun celak? Entahlah, aku
tak pasti dan tak tahu apa nama benda ‘alah’ tu. Bila dia besar nanti, aku sure
dia pasti cantik. Maka bertambahlah perempuan-perempuan cantik di dunia ini.
“Ehem….hai, budak kecik pun nak masuk
jarum ke?” perli Harris.
“Ni aku kenalkan….yang ini namanya mak
Mek dan yang ini mak Zura.” Harris memperkenalkankan kepadaku kedua-dua
saudaranya itu.
Aku betul-betul tak faham. Kedua-duanya
di panggil mak? Pangkat mak ke? Atau sebab dia orang dah beranak dan menjadi
mak?
“Sebenarnya dia orang sepupu ayah
aku….kiranya macam berpangkat maklah.” Harris menerangkan. Mungkin dia nampak
aku blur sangat kot.
“Name mende? Asa orang mane? Nampok
bukang macang orang kite. Orang puteh ke? Dok pung doh capur-capur doh?” mak
Mek bertanya bertalu-talu. Aku rasa macam peluru penaburlah pulak. Asalkan
jangan air liur bertabur sudahlah.
Aku mulai faham sikit-sikit apa yang di
tanya. Akukan Qai…cepat sahaja ‘menangkap’ dan memahami. “Saya asal orang
Malaysia juga mak Mek. Cuma lahir je kat luar tapi masih orang Malaysia.” Wah,
lembutlah pulak aku bercakap. Aku terasa aku nak termuntah dengan kelembutan
suara aku sendiri.
“Ooo….gituuuu…tapi kaler mate
tu…biru…mok ke ayoh, orang puteh ni?” mak Mek bertanya lagi. Kuat betul dia
bertanya.
Aku tersenyum. “Mama saya orang
Perancis.” Ringkas saja jawapan aku.
“Ooo…patut pun semaq…leh wat nantu ni.”
Wah, hampir tersembur air liur aku!
Menantu? Yang mana satu anak dia? “Yang mana anak mak Mek. Layak ke saya jadi
menantu mak Mek?” berbahasa. Aku? Berbahasa? Yelah makcik Suri atau aku
memanggilnya ibu banyak sebenarnya mengajar aku tentang ‘berbahasa’. Adat
Melayu yang tak pernah ibu lupakan walau di mana pun kita di lahirkan.
“Tu…yang paqa baju meroh tu.” Mak Mek
menunjukkan anaknya yang sedang bermain-main dengan dua orang lagi kanak-kanak.
Wah! Sekarang memang air liur aku
betul-betul boleh tersembur. Malahan dengan air hidung dan air mata sekali
boleh keluar. Budak perempuan yang berbaju merah itu anak dia? Siap bergincu
merah delima dan berbedak sekilo? Itu anak dia? Budak perempuan itu kelihatan
terkedek-kedek berlari membawa dirinya yang kelihatan terlebih. Serba-serbi
terlebih, memang serupa betul anak dengan maknya.
Aku tersenyum pahit. Harris pula aku
lihat terlebih senyumnya. Banyak sangat kot gula kat mulut dia? “Err…layak ke
saya?” aku mengulang kembali pertanyaan tapi dalam hati, aku hendak cakap
begini sebenarnya ‘layak ke anak mak Mek dengan saya’.
“Eh, layok…layok sangak-sangak. Mu
tunggu la 10 taung lagi…anok mok Mek baru 9 taung. Lepah 10 taung, masuk la
meminang. Kecik tapok tangang, sebesor Kampong Che Amar ni, mok Mek tadoh kang.
Ni…toksoh pangge mok Mek doh…pangge Ummi ja.” Lebar senyuman mak Mek tapi kendur
senyuman aku.
Apahal ni? Aku sudah di jodohkan ke? Di
risik? Paksaan? What the hell? Oh, no! Qai….bala? Kau cari sendiri ke atau
memang ‘dia’ sentiasa mengekori aku?
“Doh…doh la tu mok Mek….dia datang sini
bukangnye nok cari jodoh. Mok Mek pong…die tu pong tengoh belajor lagi…anok mok
Mek pong kecik lagi.” Puh, selamat! Terima kasih Harris. Betul-betul punya
terima kasih.
Aku yang tersenyum pahit dan kelat tadi
sedikit sebanyak sudah mampu senyum bergula semula. Banyak betul mak Mek tu
bercakap tapi mak Zura, aku lihat senyap saja. Sekali- sekala dia tersenyum dan
ketawa kecil apabila ada perkara yang ‘kelakar’. Kontras betul perangai mereka
berdua. Seorang mulut gajah, seorang mulut semut.
“Mok Zura nak jemput kau orang berdua ke
rumah malam nanti.” Lembut sahaja mak Zura berkata-kata. Selembut wajahnya.
“Buak pe mok Zura?” Harris bertanya.
“Makang-makang sikit. Abang Zaharimu
suruh jemput, datang makang. Boleh kenal-kenal dengan kawanmu ni.” Cukup
teratur bahasa mak Zura. Perkataan atau ayat slang Terengganu kurang
kedengaran. Agaknya dia bukan asal dari Terengganu kot?
“InsyaAllah. Lepas Isyak kami datang.”
“Aku? Aku, mu dok jeput?” mak Mek
bertanya.
“Mu pun datang la jugok. Ajok abang
Stopa sekali. Hah, si Aziah pun jangan lupe pulok.” Mak Zura mengajak mak Mek.
Lebar senyuman mak Mek. “Eh, anok ambe
takkang ambe lupe pulok. Tu ha, bakal laki die ade….mestilah bini kene ade
same.”
Ya Allah, tolonglah hambaMu yang tidak
berdaya ini. Tolonglah hapuskan rasa hati mak Mek hendak bermenantukan aku. Aku
memang tidak layak untuk anaknya yang ‘terlebih’ itu. Biar sahajalah yang layak
mengambilnya menjadi isteri. Amin…amin ya robal alamin. Aku bertul-betul
berdoa. Doa dalam hatilah sebab kalau dengar dek mak Mek…..bimbang mak Mek
kecil hatilah pulak. Silap-silap hari bulan bukan aku jadi menantu tapi aku
jadi hantu. Hantu apa yek aku nak jadi? Hah, hantu…orang minyak. Bila di kejar
oleh mak Mek atau anak ‘terlebih’ dia tu, di tangkap tapi masih boleh terlepas
sebab badan aku yang licin dengan minyak tar. Eh, kejap? Orang minyak tu hantu
ke orang? Minta penjelasan.
“Mok mek…mok Zura, mitok maaf bebanyok.
Saye nok naik dulu, nok sembahyang Zohor. Takut tok dang pulok, seput duk
dalang kubur nanti.” Harris berkata lembut. Dia minta izin untuk naik ke rumah.
“Ho alah, mok Mek pun nok balik gok ni.
Malang kik gi la kite sambung sembang.” Mok Mek turut minta diri.
“Yelah Harris dan emm….siapa yek nama
kawanmu ni. Tok ingat nok tanye tadi?” mok Zura pula bersuara.
“Saya Qai…gembira bertemu dengan mok-mok
semua.”
“Pangge ummi! Qai ni…lupe la tu…” sampuk
mok Mek.
Dah tertelan air liur dah aku ni.
Panggil ummi? Ya Allah…..tolonglah….tolonglah hambaMu yang tidak berdosa ini.
Tolonglah Ya Allah…. “Maaflah mak Mek….saya tak biasa dan tak berapa suka
berbahasakan orang yang selain daripada ibu saya sendiri sebagai ibu, mama,
mummy atau ummi. Janggal la pulak rasanya.” Lembut aku menolak cadangan
panggilan itu.
Phuh, lega! Lega setelah berjaya menolak
cadangan mak Mek. Kalau dia hendak terasa hati, lantaklah. Asalkan aku bebas….hahaha…dan
ah! Ketawa yang bergema dalam hati aku mati, bila aku lihat Harris bagaikan
menahan ketawa. Kurang pahit payau punya bodygourd. Bukannya nak tolong aku
menepis serangan jodoh dari saudara dia tapi dia tolong ketawa pulak.
Betul-betul pahit, payau, masin, masam dan apa lagi yek?
“Takpe kalu gitu. Tapi kalu doh nikoh
dengang si Aziah nanti…pangge ummi ye?” wah, masih tidak mahu mengalah lagi
rupanya mak Mek ni.
Aku tersenyum. Sumbing dan kering. Tidak
mahu berkata apa-apa lagi. Bimbang dan takut. Manalah tahu silap hari bulan
malam ini jugak aku kena paksa nikah dengan anak ‘terlebih’ dia itu. Kalau jadi
macam itu, rasanya bukan sahaja langkah seribu aku nanti tetapi siap terbang
dan tidak bertemu tanah pulak aku. Si Harris pulak betul-betul menaikkan darah
aku. Tadi menahan ketawa tetapi kini….sudah ketawa besar! Bulat, besar dan
gemuk-gemuk pula aku nampak si Harris. Kalau di kukus, panggang, goreng….sedap
rasanya. Aku terpaksa senyum lagi kepada mak Mek sehinggalah dia dan anak
‘terlebih’ dia berlalu dari situ.
“Maaflah Qai…mok Mek memang macam tu.
Suka promosi anak dia. Emm…jangan lupa malam ni datang yek. Jangan tak datang
pula sebab takutkan mok Mek. Mok Zura balik dulu la yek…Harris! Jangan lupa
ye….malam ni.” Mujur mak Zura jenis yang slow and stedy. Cukup memahami dan…dan
aku teringatkan ibu tiba-tiba.
Aku terusan memandang sehingga mak Zura
masuk ke rumahnya. Rupanya rumah mak Mek, mak Zura dan Harris ini berdekatan
sahaja. Terletak bersebelahan dan terpisah hanya dengan pagar yang menandakan
sempadan. Seketika kemudian aku berpaling mencari Harris. Ada hutang yang aku
mahu dia jelaskan. Ada muka yang aku mahu dia tadahkan. Biar bengkak sikit.
Biar sama-sama tergolek.
Sudah tiada? Dia sudah tiada. Agaknya
takut dengan jurus Kame Hame Hah ciptaan professor penyu yang telah di turunkan
kepada Son Goku dan Son Guku turunkan kepada aku agaknya. Baik betul nasib dia
kali ini. Maka terpaksalah aku simpan sahaja jurus itu seperti Wolverine
menyimpan cakarnya. Dia pulak macam Nightcrawler, hilang tiba-tiba dari situ.
Ajaib. Maka kisah antara Dragon Ball dan X-Men pun tamat tanpa sempat
menunjukkan naga dan mutanisasinya.
No comments:
Post a Comment