Bab
15
Panggilan telefon dari papa membuatkan
aku termenung sedikit malam itu. Huhh, kenapa tercepat pulak? Papa cakap minggu
depan nenda mahu bertemu dengan aku. Di awalkan. Bukannya lagi sebulan seperti
yang di beritahu dulu. Itu bermakna lagi 12 hari. Hari ini sudah hari Isnin.
Minggu depan pada hari Sabtu, aku akan bersua rupa dengan keluarga sebelah
papa. Keluarga yang tidak pernah aku temui seumur hidup dan lebih menyesakkan
dadaku ialah aku terpaksa menyamar menjadi abang.
Mujur juga mereka semua tidak pernah di
tunjukkan gambar abang dan juga tidak di beritahu tentang kewujudan aku dan
Alex. Rupanya selama ini, kemas papa menyorokkan kami. Kenapa? Persoalan yang
hanya papa ada jawapannya. Sebenarnya aku teringin juga bertemu dengan nenda
dan ahli keluarga yang lain. Katanya aku ramai sepupu perempuan. Agak-agaknya
comel tak? Hehehe…
“Jom…kau dah siap?” suara Harris
menerjah kuat.
Tersentak sekejap aku, “Dah. Kita nak ke
mana pulak malam-malam ni. Aku dahlah banyak homeworks tak siap lagi ni.”
Kepala aku garu-garukan.
“Kan dah janji dengan makcik Dah. Kita
nak ke rumah dia la ni. Dinner.” Harris mengingatkan aku.
Aku menepuk dahi dengan tangan. Hampir
aku terlupa. Wajah Aida segera terbayang di mata. Senyumannya, suaranya,
lenggok cara jalannya dan taik lalat bawah bibirnya. Aku bingkas bangun,
homeworks tolak ke tepi. Kena denda pun aku sanggup kerana Aida yang jelita.
Aku mencapai jaket hitam dan menyarungnya. Rambut hanya aku kemaskan dengan
jari sahaja. Rambut yang sudah pendek itu rasanya tidak perlu di sikat. Aku
terperasan Harris hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat aku.
Kenapa? Tak percaya kot, rambutku boleh kemas bergaya dengan hanya gunakan jari
sebagai sikat.
“Jom..dah siap!” aku menuruni tangga.
Cepat seperti flash.
“Kau nak pergi camtu je?” laung Harris
dari muka pintu.
“Apasal pulak? Rupa aku tetap kacak
seperti selalu.” aku memandang wajahku di cermin tepi motorbike.
Harris menggeleng-gelengkan kepalanya
lagi. “Tu…seluar lembik nak di bawa ke rumah orang?” soalnya sambil menunjukkan
ke arah bawah aku.
Hiss..hampir menitik air mata alligator
aku ni. Cepat aku bergegas naik semula ke atas dan masuk dalam bilik. Salin
baju dan seluar. Kenapalah aku tak ingat tadinya aku hanya memakai baju dan
seluar tidur. Baju takpe lagi sebab terlindung oleh jaket hitam yang tersarung
tetapi seluar? Manalah aku nak sorok seluar lembik ni dari pandangan mata
orang? Nak macho tapi yang jadinya hancur. Kalau telur hancur sedap jugak di
makan begitu saja tapi ni biskut yang hancur di ramas-ramas. Jilat boleh kot,
hehehe.
#########
“Jeput makang Arih…Qai…” makcik Dah
mempelawa.
Aku senyum saja tanda menghormati tuan
rumah. Nak balas jawab dalam loghat Terengganu, takut tersalah sebut pulak.
Kang tak pasal-pasal, bukan aku yang makan nasi tapi nasi yang terbang melayang
masuk dalam mulut aku. Beberapa kali naya pun tak terbilang jadinya. Di sebelah
makcik Dah, sesimpuh ayu si Aida. Lembut saja dia menyuapkan nasi. Aku tak
berkelip memandang dia. Huhh, santunnya. Sesopan gadis Melayu, bersimpuh dan
menyusun jemari runcing mengangkat sembah.
Aku pulak sudah beberapa kali berkalih
duduk. Sebenarnya aku tak selesa makan dengan duduk bersila dan menyuap nasi
menggunakan tangan. Bukan setakat tak selesa, memang aku tak pernah makan
begitu pun. Aduslah, perut yang lapar rasanya sudah kenyang sebab angin yang
lebih banyak masuk dari nasi rasanya. Last-lastnya aku meneguk air
banyak-banyak. Hahh, kenyang jugakkan? Nasiblah kau perut. Hari ini makan sikit
sajalah.
“Tak boh nambah ke Qai?” tok guru
bertanya. Tak silap akulah, dia sudah tiga kali menambah nasi. Selera betul.
“Takpe tok guru. Saya memang biasa makan
sikit sebab mudah naik tubuh kalau makan banyak ni.” Kelentong pun kelentonglah
Qai.
“Sedap ni Qai…nangka masak lemak, gulai
ayam kampung, ikan talang masin, celur jantung pisang, ulam raja dan pegaga.
Tambahan lagi dengan pencicah, sambal belacan plus mempelam masak dan budu di
penyet cili padi. Huhh, sayang betul kau makan sikit. Bukan senang nak jumpa
masakan kampung macam ni.” Ayat-ayat Harris telah mengecurkan air liur aku
pulak. Telan air liur je lah kau, Qai.
Aku senyum lagi. Selebar mungkin.
Agak-agaknya kalau aku telan kepala Harris, muat tak dalam mulut aku? Air sirap
aku minum lagi. Entah gelas yang ke berapa, aku pun tak mengiranya. Teguk dan
teguk saja. Biar kenyang.
“Abang Qai nak air lagi?” lembut suara
Aida mempelawa aku air. Di tangannya satu jag air sirap yang nampaknya macam baru
di bancuh.
Cepat-cepat aku menganggukkan kepala.
Biarlah…biarlah perut leper aku kembung dengan air sirap. Biarlah…biarlah six
pack yang baru mula di bina menjadi one pack saja, asalkan si Aida yang jelita
yang menuangkan air sirap kepada aku. Kalau jag itu yang di tawarkan pengganti
gelas pun aku sanggup menadah mulut meneguknya. Perlahan Aida menuangkan air
kepadaku. Aduslah, perlahannya! Agaknya dia bilang satu-satu zarah air tu kot?
“Agaknya ada berapa jumlah zarah air
sirap ni?” mulut aku memang tak boleh di zipkan. Lancar saja keluar
menjengukkan dirinya yang tak seberapa macho tu.
“Hahh?” Ya, Allah! Penyakit dia datang
lagi.
“Aku tanya…emm.. agaknya berapa sudu
gula yang Aida masukkan dalam air ni.” Terpaksa melencongkan soalan.
Kalau tidak bimbang, jag itu yang aku kena
mamah nanti. Bukan boleh percaya perempuan yang pandai bersilat ni. Walaupun
nampak kecil dan lembut saja pergerakkan mereka. Sekali bunga dan buah silat
dah keluar, tak pasal-pasal aku yang terbang melayang kang. Aku senyum ke arah
Aida, memaniskan muka yang sudah tersedia manis rasanya.
“Hahh?” lagi. Tagline dia agaknya
perkataan tu. Emm…menarik.
“Takde apa-apalah.” Akhirnya aku
mengalah. Penat minum banyak tak habis lagi, nak menambahkan penat bersoal
jawab pulak?
“Tapi tadi saya dengar abang Qai cakap
pasal zarah dan gula. Apa tu? Cakap pasal apa sebenarnya?” eekkk, dengar pulak.
Aida memandang tepat ke mataku.
“Eaaa…apa ya nak cakap. Emm…zarah gula
tu…banyakkan? Dan…dan…molekul gula tu berbentuk-bentuk dan rupa yang seperti berlian
pun ada.” Hahaha…lencongan yang paling hebat telah aku lakukan. Lencongan tu
boleh juga di panggil ‘konar leper’.
Terkelip-kelip mata coklat jernih si
Aida berkelip. Alahai comel la pulak! Kalau di rendam dalam air panas selama 2
minit sure kembang cepat. Pandai mak ajar maggi buat kari, ehhh….hahaha…tapi
betullah. Macam maggi pun ada. Di rendam selama 2 minit, dah kembang dan
suam-suam saja. Laju je masuk mulut. Cepat di masak sedap di makan. Cuma ini
tak boleh langsung di makan. Silap-silap hari bulan aku yang tertelan biji mata
sendiri nanti. Emm…
No comments:
Post a Comment