Labels

Showing posts with label Bidadara. Show all posts
Showing posts with label Bidadara. Show all posts

Tuesday, 18 April 2017

Bonus (1) Bidadara...


Bab 15

 

Panggilan telefon dari papa membuatkan aku termenung sedikit malam itu. Huhh, kenapa tercepat pulak? Papa cakap minggu depan nenda mahu bertemu dengan aku. Di awalkan. Bukannya lagi sebulan seperti yang di beritahu dulu. Itu bermakna lagi 12 hari. Hari ini sudah hari Isnin. Minggu depan pada hari Sabtu, aku akan bersua rupa dengan keluarga sebelah papa. Keluarga yang tidak pernah aku temui seumur hidup dan lebih menyesakkan dadaku ialah aku terpaksa menyamar menjadi abang.

Mujur juga mereka semua tidak pernah di tunjukkan gambar abang dan juga tidak di beritahu tentang kewujudan aku dan Alex. Rupanya selama ini, kemas papa menyorokkan kami. Kenapa? Persoalan yang hanya papa ada jawapannya. Sebenarnya aku teringin juga bertemu dengan nenda dan ahli keluarga yang lain. Katanya aku ramai sepupu perempuan. Agak-agaknya comel tak? Hehehe…

“Jom…kau dah siap?” suara Harris menerjah kuat.

Tersentak sekejap aku, “Dah. Kita nak ke mana pulak malam-malam ni. Aku dahlah banyak homeworks tak siap lagi ni.” Kepala aku garu-garukan.

“Kan dah janji dengan makcik Dah. Kita nak ke rumah dia la ni. Dinner.” Harris mengingatkan aku.

Aku menepuk dahi dengan tangan. Hampir aku terlupa. Wajah Aida segera terbayang di mata. Senyumannya, suaranya, lenggok cara jalannya dan taik lalat bawah bibirnya. Aku bingkas bangun, homeworks tolak ke tepi. Kena denda pun aku sanggup kerana Aida yang jelita. Aku mencapai jaket hitam dan menyarungnya. Rambut hanya aku kemaskan dengan jari sahaja. Rambut yang sudah pendek itu rasanya tidak perlu di sikat. Aku terperasan Harris hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat aku. Kenapa? Tak percaya kot, rambutku boleh kemas bergaya dengan hanya gunakan jari sebagai sikat.

“Jom..dah siap!” aku menuruni tangga. Cepat seperti flash.

“Kau nak pergi camtu je?” laung Harris dari muka pintu.

“Apasal pulak? Rupa aku tetap kacak seperti selalu.” aku memandang wajahku di cermin tepi motorbike.

Harris menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. “Tu…seluar lembik nak di bawa ke rumah orang?” soalnya sambil menunjukkan ke arah bawah aku.

Hiss..hampir menitik air mata alligator aku ni. Cepat aku bergegas naik semula ke atas dan masuk dalam bilik. Salin baju dan seluar. Kenapalah aku tak ingat tadinya aku hanya memakai baju dan seluar tidur. Baju takpe lagi sebab terlindung oleh jaket hitam yang tersarung tetapi seluar? Manalah aku nak sorok seluar lembik ni dari pandangan mata orang? Nak macho tapi yang jadinya hancur. Kalau telur hancur sedap jugak di makan begitu saja tapi ni biskut yang hancur di ramas-ramas. Jilat boleh kot, hehehe.

 

#########

 

 
“Jeput makang Arih…Qai…” makcik Dah mempelawa.

Aku senyum saja tanda menghormati tuan rumah. Nak balas jawab dalam loghat Terengganu, takut tersalah sebut pulak. Kang tak pasal-pasal, bukan aku yang makan nasi tapi nasi yang terbang melayang masuk dalam mulut aku. Beberapa kali naya pun tak terbilang jadinya. Di sebelah makcik Dah, sesimpuh ayu si Aida. Lembut saja dia menyuapkan nasi. Aku tak berkelip memandang dia. Huhh, santunnya. Sesopan gadis Melayu, bersimpuh dan menyusun jemari runcing mengangkat sembah.

Aku pulak sudah beberapa kali berkalih duduk. Sebenarnya aku tak selesa makan dengan duduk bersila dan menyuap nasi menggunakan tangan. Bukan setakat tak selesa, memang aku tak pernah makan begitu pun. Aduslah, perut yang lapar rasanya sudah kenyang sebab angin yang lebih banyak masuk dari nasi rasanya. Last-lastnya aku meneguk air banyak-banyak. Hahh, kenyang jugakkan? Nasiblah kau perut. Hari ini makan sikit sajalah.

“Tak boh nambah ke Qai?” tok guru bertanya. Tak silap akulah, dia sudah tiga kali menambah nasi. Selera betul.

“Takpe tok guru. Saya memang biasa makan sikit sebab mudah naik tubuh kalau makan banyak ni.” Kelentong pun kelentonglah Qai.

“Sedap ni Qai…nangka masak lemak, gulai ayam kampung, ikan talang masin, celur jantung pisang, ulam raja dan pegaga. Tambahan lagi dengan pencicah, sambal belacan plus mempelam masak dan budu di penyet cili padi. Huhh, sayang betul kau makan sikit. Bukan senang nak jumpa masakan kampung macam ni.” Ayat-ayat Harris telah mengecurkan air liur aku pulak. Telan air liur je lah kau, Qai.

Aku senyum lagi. Selebar mungkin. Agak-agaknya kalau aku telan kepala Harris, muat tak dalam mulut aku? Air sirap aku minum lagi. Entah gelas yang ke berapa, aku pun tak mengiranya. Teguk dan teguk saja. Biar kenyang.

“Abang Qai nak air lagi?” lembut suara Aida mempelawa aku air. Di tangannya satu jag air sirap yang nampaknya macam baru di bancuh.

Cepat-cepat aku menganggukkan kepala. Biarlah…biarlah perut leper aku kembung dengan air sirap. Biarlah…biarlah six pack yang baru mula di bina menjadi one pack saja, asalkan si Aida yang jelita yang menuangkan air sirap kepada aku. Kalau jag itu yang di tawarkan pengganti gelas pun aku sanggup menadah mulut meneguknya. Perlahan Aida menuangkan air kepadaku. Aduslah, perlahannya! Agaknya dia bilang satu-satu zarah air tu kot?

“Agaknya ada berapa jumlah zarah air sirap ni?” mulut aku memang tak boleh di zipkan. Lancar saja keluar menjengukkan dirinya yang tak seberapa macho tu.

“Hahh?” Ya, Allah! Penyakit dia datang lagi.

“Aku tanya…emm.. agaknya berapa sudu gula yang Aida masukkan dalam air ni.” Terpaksa melencongkan soalan.

 Kalau tidak bimbang, jag itu yang aku kena mamah nanti. Bukan boleh percaya perempuan yang pandai bersilat ni. Walaupun nampak kecil dan lembut saja pergerakkan mereka. Sekali bunga dan buah silat dah keluar, tak pasal-pasal aku yang terbang melayang kang. Aku senyum ke arah Aida, memaniskan muka yang sudah tersedia manis rasanya.

“Hahh?” lagi. Tagline dia agaknya perkataan tu. Emm…menarik.

“Takde apa-apalah.” Akhirnya aku mengalah. Penat minum banyak tak habis lagi, nak menambahkan penat bersoal jawab pulak?

“Tapi tadi saya dengar abang Qai cakap pasal zarah dan gula. Apa tu? Cakap pasal apa sebenarnya?” eekkk, dengar pulak. Aida memandang tepat ke mataku.

“Eaaa…apa ya nak cakap. Emm…zarah gula tu…banyakkan? Dan…dan…molekul gula tu berbentuk-bentuk dan rupa yang seperti berlian pun ada.” Hahaha…lencongan yang paling hebat telah aku lakukan. Lencongan tu boleh juga di panggil ‘konar leper’.

Terkelip-kelip mata coklat jernih si Aida berkelip. Alahai comel la pulak! Kalau di rendam dalam air panas selama 2 minit sure kembang cepat. Pandai mak ajar maggi buat kari, ehhh….hahaha…tapi betullah. Macam maggi pun ada. Di rendam selama 2 minit, dah kembang dan suam-suam saja. Laju je masuk mulut. Cepat di masak sedap di makan. Cuma ini tak boleh langsung di makan. Silap-silap hari bulan aku yang tertelan biji mata sendiri nanti. Emm…

Saturday, 25 April 2015

BAB SEPULUH : BIDADARA


 





Bab 10

 

 “Tambahlah lagi Qai…jangang malu-malu.” Abang Zahari mempelawa.

“Takpe…saya dah kenyang.” Aku menolak.

“Eh, sikit makangnya? Makang banyok sikit biar besar sikit tubuh tu. Tengok si Harris ni, makang banyak siap bertambah lagi, kan sasa tubuhnya.”

Agaknya ini sudah kali yang ke berapa, asyik hendak tersembur sahaja air liur aku. Kalau abang Zahari sebut lagi pasal si Harris, aku rasa aku sudah tidak dapat menahan segala apa yang sedang berada dalam mulut aku dari terkeluar. Dan kalau ianya betul-betul keluar, aku akan pastikan ‘benda’ itu akan mendarat tepat pada muka Harris….hahaha….tidak dapat aku bayangkan kalaulah perkara sebegitu berlaku. Perlahan-lahan aku menelan suapan terakhir aku sebelum meneguk seteguk dua air masak. Siap.

“Eh, Qai dah siap? Kenapa sikit sangat makang.” Mak Zura yang datang dari dapur menegur aku. Tadi, dia dan kaum perempuan yang lain makan di dapur sahaja.

“Saya biasanya memang makan sikit, mak Zura.” Aku memberitahu.

“Kalau macam tu, makanglah dessert pulak.” Mak Zura mempelawa sambil tangannya terus mengisi strawberry triplet ke dalam piring dan menghulurkan kepadaku.

Aku menyambutnya. “Terima kasih. Siapa yang buat? Mak Zura ke?”

“Tok. Mok Zura tok pandai buat dessert-dessert ni. Anok sulung mok Zura yang buatkan.”

“Anak sulung? Yang ada tengahari tadi ke?” aku segera teringatkan budak perempuan yang comel dan cute, siang tadi.

“Bukanlah….yang tadi anok nombor dua, Anis. Baru tahun tiga, sama umur dengan Aizah anak mok Mek. Ni Aleesya…dan anok yang bongsu mok Zura namanya Adib.” Mak Zura menerangkan.

Aleesya? Oho…ada ‘bunga’ yang sedang mekar rupanya mak Zura dan abang Zahari ini rupanya. Tapi kenapa aku tak nampak dari tadi. Kalau si Aizah, Anis dan Adib tu aku adalah nampak jugak ke hulu ke hilir sebelum makan tadi. Takde berhidungkah gadis itu? Atau pipinya lompong? Takpun dahi jendul? Rambut berserabai? Haha…tak dapat aku bayangkan rupa si Aleesya macam tu.

“Dia tu pemalu sikit. Lebih-lebih lagi kalau ada orang lelaki yang datang bertandang. Menyoroklah jawabnya.” Mak Zura menerangkan.

“Ehem!!!” tiba-tiba terdengar suara Harris. Sakit tekak agaknya.

“Bakpe Arih? Sakit tekok ke?” abang Stopa yang baru siap makan setelah tiga kali menambah nasi tiba-tiba bertanya.

“Aha, sakit rasanye tekok ni. Takpe sikek je abang Stopa.”

“Doh siak belake? Kite ke depang pulok la. Zura…suruh Leesya buak kopi. Nok nyembang-nyembang sikek same-same jantang ni.” Kemudian abang Zahari mempelawa kami semua ke ruang tamu rumahnya.

“Saya minta tumpang ke tandas sekejap.” Aku meminta izin.

“Sile-sile. Sebelah sini ja.” Abang Zahari menunjukkan kepadaku ke arah kiri bersebelahan ruang keluarga rumahnya.

 

##########

 

Phuh, lega! Aku keluar dari bilik air dan mahu menuju ke ruang tamu sebelum mataku tertarik dengan bayangan orang yang berada di beranda bersebelahan ruang keluarga rumah itu. Siapa? Malam-malam berani duduk sendirian. Dalam gelapnya malam dan terangnya lampu pagar pulak tu. Walaupun hatiku sedikit culas tetapi kakiku tetap melangkah sebab jiwa nakalku ini meronta-ronta ingin terjun papan anjal dan berenang-renang acara bebas.

“Buat apa duduk sorang-sorang kat sini? Tak takut ke?” aku melabuhkan punggung, duduk bersebelahan si gadis.

Terangkat sedikit tubuhnya, terkejut agaknya. Yelah, tanpa salam aku terus menerjah. Alahai, Qai! Janganlah si gadis menjerit sebab terkejut. Silap-silap hari bulan aku tertonggeng di terajang oleh abang Zahari nanti. Si gadis kelihatan mengurut-ngurut dadanya tetapi dia tidak menjerit pun. Mujurlah.

“Tak takut ke? Ada hantu ke nanti, tak pun ada harimau ke?” aku mengulang soalan.

“Apa nak takut. Allah SWT kan ada….Dia sentiasa ada untuk kita. Walau di mana kita berada, walau di ceruk mana pun kita. Kita masih berbumbungkan langit yang sama. Kita masih berpijak di bumi yang nyata lainlah kalau kita sudah berada di perut bumi. Kalau masa tu, hanya amalan baik selain dari suruhanNya yang kita tak pernah lupa dan tinggalkan sahaja yang mampu menolong kita.” Lembut si gadis berbicara.Berbisa dan berisi.

Tersentak aku seketika. Budak itu memang tidak boleh di buat main, nampaknya. Spesis si Harris juga rupanya. “Yelah, abang tahu Allah SWT sentiasa ada. Tetapi kita sebagai manusia kena juga sentiasa berwaspada. Jangan cuai, jangan lalai, sentiasa bersedia. Bahaya sentiasa ada. Di mana-mana pun walau dalam rumah sendiri. Misalannya jika kita terlupa menutup api sebaik selesai memasak, periuk pula masih ada di tungku dapur. Kering kuah tu, melengkung periuk tu, tak ke melompat sang periuk. Tak ke hangus sang periuk. Terkena pula kain buruk ke yang ada di dapur atau barang-barang plastik lain. Macam mana?” aku tidak mahu mengalah sebelum berjuang.

Kedengaran tawa kecil dari mulut si gadis. “Kenapa ketawa?” aku bertanya, hairan. Salah ke kata-kata aku tadi. Hiss…malulah pulak! Kenapalah dalam banyak-banyak benda yang boleh di jadikan contoh, periuk pulak yang tiba-tiba keluar dari mulut aku?

“Abang…mana ada periuk boleh melompat. Kalau katak tu bolehlah.” Si gadis bersuara sambil menutup mulutnya dengan kedua tangan kecilnya menahan tawa.

Aku pun turut ketawa. Betul juga. Ada ke periuk boleh melompat? “Awak Aleesyakan?” aku bertanya. Sengaja tanya sedangkan aku sudah tahu dialah Aleesya.

Aleesya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum. Aku turut tersenyum memandang gadis itu. Cantik dan comel. Kalau tadinya aku cakap adiknya si Anis cantik apabila sudah besar nanti. Inilah dia di hadapanku perempuan yang memang cantik dan bila sudah dewasa nanti makin cantik plus jelita dan anggun. Agaknya di kampung ni ramai gadis-gadis dan perempuan yang cantik-cantik kot? Kecuali mak Mek dan anak ‘terlebih’nya. Yang itu ketegori yang biasa-biasa sahaja.

“Berapa umur Aleesya?”

“11 tahun.”

“11 tahun?”

“Yap…hari ini genap saya 11 tahun.” Tulus Aleesya memberitahu.

“Jadi…hari ni sepatutnya birthday Aleesyalah?”

“Emm…”

“Kenapa takde birthday cake?”

“Abi tak kasi. Dia cakap, bukan amalan kita berkek-kek ni. Sepatutnya bila bertambah umur kita semakin bersyukur sebab Allah SWT masih panjangkan umur kita untuk melihat dunia lagi. Banyakkan sembahyang, bukan sembahyang 5 waktu sahaja. Sembahyang sunnat yang lain pun kita harus lakukan juga. Berpuasa di bulan Ramadhan, puasa sunnat pun boleh kita lakukan. Bersedekah kepada yang susah. Jika kita ada sedikit, beri sedikit. Jika kita ada banyak, beri banyak tetapi jika kita tiada apa-apa….senyum sahaja dan doa. Itu juga di kira sedekah. Amalan ini banyak sebenarnya jika kita pandai dan tahu mencarinya. InsyaAllah.”

Aduhai! Petahnya berkata-kata. Pandainya menyusun ayat. Aku terkedu seketika. Budak yang baru berumur 11 tahun begitu pandai sekali berbicara tentang kehidupan. Agaknya jika sudah dewasa….muslimah yang bagus di jadikan isteri. Apa aku melalut ni? Isteri? Untuk Harris sesuailah.

“Ok….oleh sebab hari ini birthday Aleesya dan tadi Aleesya sudah buatkan dessert yang sedap untuk abang….abang nak bagi satu hadiah untuk Aleesya.” Aku segera bangun dan menyeluk kocek seluarku dan mengeluarkan wallet.

“Eh, tak payahlah hadiah-hadiah! Nanti abi dan ibu marah sebab terima hadiah dari orang yang kita tak kenal.” Aleesya menggeleng-gelengkan kepalanya.

“La…Aleesya tak kenal abang ke?”

“Kawan abang Harris.”

“Hah, kawan abang Harris kawan Aleesya jugakkan? Nama abang dah tahu?”

“Abang Qai. Qairul Bunyamin.”

“Itukan dah tahu nama abang. Dah kenal la tu.”

Aleesya menunduk dan dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku segera mengeluarkan sesuatu dari wallet aku. Benda yang sudah lama aku simpan. Salah satu kenangan dari arwah mama yang papa kata di wasiatkan kepada aku. Aku rasa hadiah yang paling bermakna dalam hidup aku ini wajar di serahkan kepada yang layak menerimanya. Yang aku rasa mampu memikul dan memiliki benda yang paling bernilai.

Tangan kecil Aleesya aku tarik lembut. “Ehhh…..” terkejut dan Aleesya menarik balik tangannya. Tapi aku tidak lepaskan. Cincin emas aku sarungkan ke jari manisnya. Padan dan nampak sesuai dengan Aleesya Cincin itu betul-betul padan di jarinya. Longgar pun sikit je tapi tidaklah boleh terlucut.

“Kau buat apa, Qai!!” tiba-tiba suara Harris menerpa di telingaku.

Serentak aku dan Aleesya berpaling ke belakang. Dalam kesamaran cahaya lampu dari pagar rumah dan cahaya bulan, wajah Harris kelihatan merah bagaikan menahan marah. Pasal apa? Angin tiada, ribut tiada, banjir pun tiada….apasal dia nak marah?

“Apahal?” aku bertanya dan aku masih duduk serta memegang tangan kecil Aleesya.

“Aleesya!!” serentak dengan Harris memanggil namanya, Aleesya pantas menarik tangannya daripada pegangan aku.

“Aleesya…pergi masuk rumah. Sekarang!!” Harris mengarahkan Aleesya.

“Apahal kau ni? Budak kecik pun nak marah. Tiba-tiba pulak tu. No Aleesya, you stay….”

“Aleesya….go!!”

“Stay!!”

“Go!! Pergi!!”

“No…Aleesya…stay!!”

Aleesya yang sudah berdiri sedari tadi, teragak-agak kelihatannya. “Aleesya…pergi masuk rumah! Dan beritahu ibu dan abi, apa yang Qai hadiahkan….pergi!!” serentak itu Aleesya segera masuk ke dalam rumah meninggalkan Harris dan aku yang sudah berdiri dan berhadapan antara satu sama lain.

“Kecoh! Beri hadiah pun kecoh!” aku mula bersuara semula.

“Aku tak tahulah, kau faham atau tak tindakan kau tadi?”

“Faham apa? Beri hadiah sahaja, a present to the very beautiful little girl. Yang kau nak marah, apahal. Jealous? Jangan cakap kau cemburu?” aku berkata sinis sambil ketawa kecil.

“Kau tahu tak apa maksud apabila seorang lelaki memberi cincin lebih-lebih lagi cincin emas kepada seorang perempuan?”

“Itu lelaki…aku bukan lelaki. Aku budak lelaki. Banyak bezanya. Aku beri sebab hari ini birthday dia. Apa salahnya memberi hadiah.” Aku memang tidak mahu mengalah. Pantang benar rasanya mengalah tanpa bertempur lebih-lebih lagi dengan manusia yang tiba-tiba jadi makhluk hijau dan besar di hadapanku ini. The hulk yang tidak menakutkan pun.

“Jadi kau tak fahamlah maksud sebenarnya jika seorang lelaki memberi cincin kepada seorang perempuan? Tak kisahlah dia tu budak ke, bapak budak ke hatta datuk budak sekali pun. Lelaki tetap lelaki.” Harris bertubi-tubi mengasakku dengan kata-katanya.

Dengan keluhan aku menganggukkan kepala. Apahallah susah-susah sangat, menyesakkan kepala memikirkan maksud pemberian seseorang. Adakah setiap benda mempunyai maksud-maksud tertentu ke? Seingat akulah, selalu juga aku memberi cincin walaupun hanya cincin plastik ataupun besi kepada kawan-kawan perempuan di sekolah lamaku dulu tanda mereka menjadi kawan aku. Tidaklah kecoh macam sekarang.

Harris menggeleng-gelengkan kepalanya. “Patut pun tuan pengerusi menyuruh aku jangan lepas dari memerhatikan kau. Pantau segala perlakuan kau. Tegah mana yang salah. Betulkan apa yang rebah. Rupanya beginilah kau. Buat apa sahaja yang terlintas. Lakukan apa sahaja yang boleh. Ikut segala kata hati. Mati. Ikut rasa. Binasa.”

“Back to the point. Apahal sebenarnya? Kecoh. Bukan aku beri emas segunung pun. Tak pun intan permata sebukit.” Hatiku mulai sedikit panas. Harris bermadah, berhelah pulak tu.

“Maksudnya ialah ikatan kasih yang abadi. Faham?”

“Habis tu? Kenapa?”

Harris menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. “Kau ni memanglah tak faham langsung. Kalau dah budak tu, memang budak. Tak matang. Duduk pulak kat negara orang. Adat Melayu pun tak tahu. Maksudnya kau sudah merisik dia!! Dan…dan…kau sarungkan pulak cincin tu ke jarinya. Kau sudah menyentuh. Kau dan Aleesya….seperti sudah bertunang. Cuma belum rasmi lagi.”

Aku? Weh, hampir terduduk aku mendengar penerangan dari Harris! Betul ke? Aku…aku dan Aleesya….seperti sudah bertunang? Dengan Aleesya? Dengan budak yang berumur 11 tahun tu? Weh, logik ke? Aku yang berumur 14 tahun bertunang dengan budak berumur 11 tahun? Hahaha…aku memang mahu ketawa. Mana boleh aku tiba-tiba bertunang dengan Aleesya. Mati aku. Mana nak lari ni?

Aku cuba berlagak tenang. “Apa salahnya kalau aku bertunang dengan Aleesya pun? Dia pun cantik, lawa, cerdik dan lemah lembut. Pandai buat dessert pula tu. 10 tahun pun aku sanggup tunggu dia.” Aku tersengih kepada Harris yang masih tegang wajahnya.

“Betul ke apa yang Qai cakap tu? Sanggup tunggu walaupun 10 taung?” tiba-tiba terdengar suara mak Zura dari belakang.

“Yelah Qai! Mu sanggup tunggu Leesya? Walau 10 taung pung?” abang Zahari pula menyampuk.

Sekali lagi aku hampir terduduk. Malahan rasanya hampir terkencing. Alamak, Qai! Apa yang kau telah buat ni. Patutlah papa dan abang selalu kata aku ni si trouble maker. Segala mak ayah trouble pun tak teruk macam ni. Tiba-tiba teringin pula rasanya aku menjadi Nighcrawler, teleport ke mana saja yang terlintas difikiran. Tak pun menjadi Hollowman, menghilangkan diri sekelip mata.

Semangat Rambo yang sanggup berjuang tak mati-mati sudah mengendur. Semangat Hang Tuah yang setia sudah menjadi Jebat derhaka. Semangat Superman menjadi lembik dek kerana Kristal hijau. Semangat itu bagaikan cabaran ice bucket yang tidak menjadi, bukan sahaja aku kuyup di simbah air malahan kepalaku turut di telangkup baldi dan aku tergelincir terus masuk ke kolam mandi yang tiada air walaupun setitik.

“Lain kali berfikir sebelum bertindak. Itu adalah perkara paling penting dalam kehidupan. It’s not who you are, it’s what you do. Apa yang kita buat, apa yang kita lakukan. Haruslah di fikir kesan di atas tindakan itu. Lihat sekeliling. Boleh atau tidak perkara sebegitu kita lakukan. Kalau tidak tahu, kalau tidak faham. Tanya. Tanyalah walau sesiapa pun, lebih-lebih lagi tanyalah dengan orang yang lebih arif. Kalau tidak, tuhankan ada. Allah SWT sentiasa ada. Tanyalah DIA. InsyaAllah akan ada jawapan yang diberikanNya. Selagi langitNya kita junjung. Selagi bumiNya kita pijak. DIA akan sentiasa ada untuk kita. Jangan ikut hati. Mati. Jangan ikut rasa. Binasa. Ingat tu….” Harris yang berada bersebelahanku bertutur perlahan. Walaupun yang lain tidak mendengar tapi cukup untuk aku mendengarnya.

Kesemua mereka yang ada di situ, aku pandang. Aku tersenyum dalam kepahitan. “InsyaAllah, nanti saya akan cuba memberitahu papa tentang perkara ini. Dia tahulah apa nak buat nanti.” Aku mengakhiri malam yang tiba-tiba terasa begitu panjang hari itu dengan kata-kata yang terpaksa aku lafazkan dan aku telan segala rasa payau, pahit dan masin.
 

Sunday, 5 April 2015

BAB SEMBILAN : BIDADARA


Bidadara Putera

 



           

Bab 9


 


Bunyi laungan suara azan telah mengejutkan aku dari tidur. Astaghfirullahhal’azim… mujur aku tidak terbabas tidur. Jam tangan jenama Ferrari Flyback yang di hadiahkan oleh papa, aku belek. Rupanya sudah pukul 1.17 tengahari. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan. Mengeliat sekali dua macam kucing. Sebenarnya aku lebih suka mengeliat macam harimau ataupun singa tapi oleh kerana badan aku masih sakit-sakit maka niat itu aku batalkan. Bimbang pulak kalau-kalau terpatah tulang belakang ke….jadi macam sotong lembik pula nanti, naya. Tak pun terpatah tulang peha ke….menjalar pulak aku macam ular, dua kali naya.


Aku menyelongkar backpack, mencari tuala dan jubah mandi. Toiletries juga aku keluarkan. Aku mahu mandi, badan terasa sudah melekit-lekit macam gam tepung kanji. Agak-agaknya gam tepung kanji pun tak melekit macam ni. Harap-harap janganlah gam tepung kanji tu jelous dengan aku, sudah.

Sebaik aku keluar dari bilik, sayup-sayup aku terdengar bunyi orang bersembang di luar rumah. Pelahan aku melangkah menghampiri tingkap di ruang tamu yang terbuka luas. Aku menjenguk ke luar. Kelihatan Harris sedang bersembang dengan dua orang perempuan. Ada juga tiga orang kanak-kanak di situ. Mereka duduk di sebuah gazebo, kalau boleh di panggil gazebolah sebab rupanya tak macam gazebo. Lebih kepada seperti sebuah bangsal tapi ada tempat duduk.  Nampak macam agak uzur dah gazebo alias bangsal itu.

Mereka memandang aku yang sedang menjenguk. “Qai! Marilah turun kejap!” Harris melaung dari bawah.

“Apahal? Aku tak mandi lagi ni. Sembahyang pun tak lagi.” Aku menjawab dari atas.

Harris menggaru-garukan kepalanya. Ada kelemumur kot? “Ok…lepas kau mandi dan sembahyang….turun kejap. Sedara aku nak kenal kau.” Harris memberi arahan.

Arahan? Berani betul dia memberi arahan kepada aku? Apa dia ingat dia Leftenan Komander ke? Tak pun dia ingat dia Laksamana Madya? Tapi… “Ok….” Aku menjawab. Saja je aku menurut perintah dia. Nanti jatuh air muka dia depan saudara-mara. Prinsip aku, jaga air muka kawan. Prinsip yang baru sesaat tadi aku buat. Sesaat je….dua tiga saat nanti…aku burn je prinsip tu. Habis cerita. Dan kawan? Dia bukan kawan aku….dia bodygourd aku. Ada bezanya dua perkataan itu. Dan jauh bezanya maksud perkataan itu.

 

##########

Aku melangkah perlahan ke arah mereka sambil tersenyum. Kedua-dua saudara Harris turut tersenyum. Manakala tiga orang kanak-kanak yang sedang bermain kejar-mengejar terhenti dan mereka turut memandang aku.

“Wah, semaq rupenye kawang mu, Arih!” salah seorang saudara Harris bersuara.

“Yelah…semaq!” seorang lagi turut bersuara.

Harris ketawa kecil. “Semaq guanenye mok Mek, mok Zura….muke bekok-bekok gitu? Macang kene ketek tebuang adelah.”

Aku? Aku blur. Tak faham apa yang mereka cakapkan tapi ada satu perkataan yang aku betul-betul faham iaitu bekok alias bengkak. Bengkak sangat ke muka aku ni? Tadi masa aku tengok dalam cermin, taklah bengkak. Lebih kepada lebam sikit je.

“Abang! Abang hensemlah.” Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan bersuara.

Aku tersenyum. “Adik pun cantik…cute dan comel.” Aku mengusap-ngusap kepala kanak-kanak perempuan itu.

Serius aku cakap. Budak perempuan itu memang comel dan cute. Bibirnya merah dan nipis. Alis yang terbentuk cantik. Pipi merah bagaikan di pakai…pakai apa tu…ala benda yang perempuan selalu pakai tu. Pakai kat pipi kasi merah punya. Maskara ke? Tak pun celak? Entahlah, aku tak pasti dan tak tahu apa nama benda ‘alah’ tu. Bila dia besar nanti, aku sure dia pasti cantik. Maka bertambahlah perempuan-perempuan cantik di dunia ini.

“Ehem….hai, budak kecik pun nak masuk jarum ke?” perli Harris.

“Ni aku kenalkan….yang ini namanya mak Mek dan yang ini mak Zura.” Harris memperkenalkankan kepadaku kedua-dua saudaranya itu.

Aku betul-betul tak faham. Kedua-duanya di panggil mak? Pangkat mak ke? Atau sebab dia orang dah beranak dan menjadi mak?

“Sebenarnya dia orang sepupu ayah aku….kiranya macam berpangkat maklah.” Harris menerangkan. Mungkin dia nampak aku blur sangat kot.

“Name mende? Asa orang mane? Nampok bukang macang orang kite. Orang puteh ke? Dok pung doh capur-capur doh?” mak Mek bertanya bertalu-talu. Aku rasa macam peluru penaburlah pulak. Asalkan jangan air liur bertabur sudahlah.

Aku mulai faham sikit-sikit apa yang di tanya. Akukan Qai…cepat sahaja ‘menangkap’ dan memahami. “Saya asal orang Malaysia juga mak Mek. Cuma lahir je kat luar tapi masih orang Malaysia.” Wah, lembutlah pulak aku bercakap. Aku terasa aku nak termuntah dengan kelembutan suara aku sendiri.

“Ooo….gituuuu…tapi kaler mate tu…biru…mok ke ayoh, orang puteh ni?” mak Mek bertanya lagi. Kuat betul dia bertanya.

Aku tersenyum. “Mama saya orang Perancis.” Ringkas saja jawapan aku.

“Ooo…patut pun semaq…leh wat nantu ni.”

Wah, hampir tersembur air liur aku! Menantu? Yang mana satu anak dia? “Yang mana anak mak Mek. Layak ke saya jadi menantu mak Mek?” berbahasa. Aku? Berbahasa? Yelah makcik Suri atau aku memanggilnya ibu banyak sebenarnya mengajar aku tentang ‘berbahasa’. Adat Melayu yang tak pernah ibu lupakan walau di mana pun kita di lahirkan.

“Tu…yang paqa baju meroh tu.” Mak Mek menunjukkan anaknya yang sedang bermain-main dengan dua orang lagi kanak-kanak.

Wah! Sekarang memang air liur aku betul-betul boleh tersembur. Malahan dengan air hidung dan air mata sekali boleh keluar. Budak perempuan yang berbaju merah itu anak dia? Siap bergincu merah delima dan berbedak sekilo? Itu anak dia? Budak perempuan itu kelihatan terkedek-kedek berlari membawa dirinya yang kelihatan terlebih. Serba-serbi terlebih, memang serupa betul anak dengan maknya.

Aku tersenyum pahit. Harris pula aku lihat terlebih senyumnya. Banyak sangat kot gula kat mulut dia? “Err…layak ke saya?” aku mengulang kembali pertanyaan tapi dalam hati, aku hendak cakap begini sebenarnya ‘layak ke anak mak Mek dengan saya’.

“Eh, layok…layok sangak-sangak. Mu tunggu la 10 taung lagi…anok mok Mek baru 9 taung. Lepah 10 taung, masuk la meminang. Kecik tapok tangang, sebesor Kampong Che Amar ni, mok Mek tadoh kang. Ni…toksoh pangge mok Mek doh…pangge Ummi ja.” Lebar senyuman mak Mek tapi kendur senyuman aku.

Apahal ni? Aku sudah di jodohkan ke? Di risik? Paksaan? What the hell? Oh, no! Qai….bala? Kau cari sendiri ke atau memang ‘dia’ sentiasa mengekori aku?

“Doh…doh la tu mok Mek….dia datang sini bukangnye nok cari jodoh. Mok Mek pong…die tu pong tengoh belajor lagi…anok mok Mek pong kecik lagi.” Puh, selamat! Terima kasih Harris. Betul-betul punya terima kasih.

Aku yang tersenyum pahit dan kelat tadi sedikit sebanyak sudah mampu senyum bergula semula. Banyak betul mak Mek tu bercakap tapi mak Zura, aku lihat senyap saja. Sekali- sekala dia tersenyum dan ketawa kecil apabila ada perkara yang ‘kelakar’. Kontras betul perangai mereka berdua. Seorang mulut gajah, seorang mulut semut.

“Mok Zura nak jemput kau orang berdua ke rumah malam nanti.” Lembut sahaja mak Zura berkata-kata. Selembut wajahnya.

“Buak pe mok Zura?” Harris bertanya.

“Makang-makang sikit. Abang Zaharimu suruh jemput, datang makang. Boleh kenal-kenal dengan kawanmu ni.” Cukup teratur bahasa mak Zura. Perkataan atau ayat slang Terengganu kurang kedengaran. Agaknya dia bukan asal dari Terengganu kot?

“InsyaAllah. Lepas Isyak kami datang.”

“Aku? Aku, mu dok jeput?” mak Mek bertanya.

“Mu pun datang la jugok. Ajok abang Stopa sekali. Hah, si Aziah pun jangan lupe pulok.” Mak Zura mengajak mak Mek.

Lebar senyuman mak Mek. “Eh, anok ambe takkang ambe lupe pulok. Tu ha, bakal laki die ade….mestilah bini kene ade same.”

Ya Allah, tolonglah hambaMu yang tidak berdaya ini. Tolonglah hapuskan rasa hati mak Mek hendak bermenantukan aku. Aku memang tidak layak untuk anaknya yang ‘terlebih’ itu. Biar sahajalah yang layak mengambilnya menjadi isteri. Amin…amin ya robal alamin. Aku bertul-betul berdoa. Doa dalam hatilah sebab kalau dengar dek mak Mek…..bimbang mak Mek kecil hatilah pulak. Silap-silap hari bulan bukan aku jadi menantu tapi aku jadi hantu. Hantu apa yek aku nak jadi? Hah, hantu…orang minyak. Bila di kejar oleh mak Mek atau anak ‘terlebih’ dia tu, di tangkap tapi masih boleh terlepas sebab badan aku yang licin dengan minyak tar. Eh, kejap? Orang minyak tu hantu ke orang? Minta penjelasan.

“Mok mek…mok Zura, mitok maaf bebanyok. Saye nok naik dulu, nok sembahyang Zohor. Takut tok dang pulok, seput duk dalang kubur nanti.” Harris berkata lembut. Dia minta izin untuk naik ke rumah.

“Ho alah, mok Mek pun nok balik gok ni. Malang kik gi la kite sambung sembang.” Mok Mek turut minta diri.

“Yelah Harris dan emm….siapa yek nama kawanmu ni. Tok ingat nok tanye tadi?” mok Zura pula bersuara.

“Saya Qai…gembira bertemu dengan mok-mok semua.”

“Pangge ummi! Qai ni…lupe la tu…” sampuk mok Mek.

Dah tertelan air liur dah aku ni. Panggil ummi? Ya Allah…..tolonglah….tolonglah hambaMu yang tidak berdosa ini. Tolonglah Ya Allah…. “Maaflah mak Mek….saya tak biasa dan tak berapa suka berbahasakan orang yang selain daripada ibu saya sendiri sebagai ibu, mama, mummy atau ummi. Janggal la pulak rasanya.” Lembut aku menolak cadangan panggilan itu.

Phuh, lega! Lega setelah berjaya menolak cadangan mak Mek. Kalau dia hendak terasa hati, lantaklah. Asalkan aku bebas….hahaha…dan ah! Ketawa yang bergema dalam hati aku mati, bila aku lihat Harris bagaikan menahan ketawa. Kurang pahit payau punya bodygourd. Bukannya nak tolong aku menepis serangan jodoh dari saudara dia tapi dia tolong ketawa pulak. Betul-betul pahit, payau, masin, masam dan apa lagi yek?

“Takpe kalu gitu. Tapi kalu doh nikoh dengang si Aziah nanti…pangge ummi ye?” wah, masih tidak mahu mengalah lagi rupanya mak Mek ni.

Aku tersenyum. Sumbing dan kering. Tidak mahu berkata apa-apa lagi. Bimbang dan takut. Manalah tahu silap hari bulan malam ini jugak aku kena paksa nikah dengan anak ‘terlebih’ dia itu. Kalau jadi macam itu, rasanya bukan sahaja langkah seribu aku nanti tetapi siap terbang dan tidak bertemu tanah pulak aku. Si Harris pulak betul-betul menaikkan darah aku. Tadi menahan ketawa tetapi kini….sudah ketawa besar! Bulat, besar dan gemuk-gemuk pula aku nampak si Harris. Kalau di kukus, panggang, goreng….sedap rasanya. Aku terpaksa senyum lagi kepada mak Mek sehinggalah dia dan anak ‘terlebih’ dia berlalu dari situ.

“Maaflah Qai…mok Mek memang macam tu. Suka promosi anak dia. Emm…jangan lupa malam ni datang yek. Jangan tak datang pula sebab takutkan mok Mek. Mok Zura balik dulu la yek…Harris! Jangan lupa ye….malam ni.” Mujur mak Zura jenis yang slow and stedy. Cukup memahami dan…dan aku teringatkan ibu tiba-tiba.

Aku terusan memandang sehingga mak Zura masuk ke rumahnya. Rupanya rumah mak Mek, mak Zura dan Harris ini berdekatan sahaja. Terletak bersebelahan dan terpisah hanya dengan pagar yang menandakan sempadan. Seketika kemudian aku berpaling mencari Harris. Ada hutang yang aku mahu dia jelaskan. Ada muka yang aku mahu dia tadahkan. Biar bengkak sikit. Biar sama-sama tergolek.

Sudah tiada? Dia sudah tiada. Agaknya takut dengan jurus Kame Hame Hah ciptaan professor penyu yang telah di turunkan kepada Son Goku dan Son Guku turunkan kepada aku agaknya. Baik betul nasib dia kali ini. Maka terpaksalah aku simpan sahaja jurus itu seperti Wolverine menyimpan cakarnya. Dia pulak macam Nightcrawler, hilang tiba-tiba dari situ. Ajaib. Maka kisah antara Dragon Ball dan X-Men pun tamat tanpa sempat menunjukkan naga dan mutanisasinya.

 

 

Monday, 9 February 2015

BAB LAPAN : BIDADARA


Bidadara Putera




Bab 8

 

 “Kita nak ke mana?” aku bertanya ketika kami menghampiri kawasan parking sekolah.

“Aku nak bawa kau ke rumah aku.” Ringkas jawapan Harris.

“Apahal pulak nak ke rumah kau? Aku nak keluar sekejap je dari sekolah ni dan lepas tu balik rumah aku.”

Langkah Harris terhenti. “Aku dah beritahu Tuan Pengerusi pasal incident yang berlaku dan aku beritahu dia, aku akan tolong ‘jaga’kan kau seminggu dua ni.”

“Apahal kau beritahu dia? Aku kan dah cakap tadi, aku tak nak papa tahu pasal perkara ni? Dan…dan…aku boleh duduk rumah aku sampai bengkak kat muka ni baik. Lagipun makcik Zaiton ada, dia boleh tolong ‘jaga’kan aku.” Geram tahap Gaban dah aku ni. Siapa dia pandai-pandai hendak tolong ‘jaga’kan aku? Macamlah aku budak kecik!

“Tuan Pengerusi beritahu pembantu rumah kau tak de. Tiba-tiba saja dia ada emergency tadi, cucunya jatuh dan patah tangan. Mungkin lama dia akan duduk di rumah anaknya. Kau jangan risaulah, kat rumah aku tak de sesiapa pun. Aku duduk sorang je.”

“Aku boleh duduk sorang-sorang la kat rumah aku dan…dan…aku tak selesa dan tak pernah duduk rumah orang lain.”

“Emm…macam nilah. Kau call Tuan Pengerusi dan cakap sendiri dengan dia. Aku hanya ikut arahan sahaja.” Harris cuba berdiplomasi.

Tenang…tenang Qai…. “Okay, aku call papa. But kalau dia kata aku boleh duduk sendirian, kau jangan cuba pandai-pandai nak ingkar arahan.”

Cepat-cepat aku mendail nombor handphone papa. Malas hendak melambatkan perkara yang tiba-tiba penting pada saat ini. Aku sebenarnya tidak percaya bahawa papa suka-suka hati sahaja memberi perlepasan Harris supaya men ‘jaga’ aku dan mustahil pula rasanya papa mengizinkan aku duduk di rumah Harris. Macamlah aku tidak berumah.

Nada dering berbunyi sesaat sebelum di angkat. “Assalamualaikum papa. I want to ask you something….it that true that makcik Zaitun was not at home? And I have to stay at Harris’s house?”

Aku mendengar berhati-hati tiap patah perkataan yang di beritahu oleh papa. “Emm…if you say like that….it’s okay….and are he know?”

Aku menganggukkan kepala dan sedikit lega sebenarnya dengan penjelasan papa. Telefon aku hulurkan kepada Harris kemudiannya, papa hendak bercakap dengannya pula.

Aku mendengar sahaja perbualan Harris dengan papa. “Yes, tuan. Saya akan jaga Qai dengan baik. Ok…ok…” telefon di serahkan kembali kepadaku.

“Kita ke rumah kau dulu kemudian barulah balik rumah aku. Kemas pakaian untuk seminggu dua dan jangan bawa banyak sangat barang.” Harris berkata dan dia berhenti melangkah di tempat parking untuk motorsikal.

Terdapat deretan motosikal di situ. Nampaknya ramai juga murid di sekolah ini menaiki motor ke sekolah selain di hantar pemandu dan membawa sendiri kereta. Emm…apa hendak di hairankan. Sekolah prive dan terkenal di Kuala Terengganu ini mempunyai ramai murid-murid dari golongan berada. Parents mereka mampu menyediakan apa juga kemudahan untuk mereka. Ramai juga murid-murid yang tinggal di asrama, atas sebab-sebab tertentu seperti berasal dari negeri yang lain dan mungkin juga mahu study berkumpulan di waktu prep lebih-lebih lagi bagi yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kalau ada duit, apa-apa pun boleh jadi.

Aku sedikit teruja sebenarnya melihat deretan motorbike yang berbagai jenama dan warna. Aku betul-betul teringin menunggang dan memiliki sebuah motorbike namun kerana faktor umur dan masih belum memiliki lesen menyebabkan hasrat itu terpendam sahaja. Agak-agaknya apa jenama motorbike si Harris yek?

##########

Aku rasa sepanjang perjalanan ke rumah aku, sudah beberapa orang dah berpaling memandang kami berdua dengan pandangan yang pelik. Pelik tetapi benar. Muka aku pun sudah naik tebal. Kali ini memang aku betul-betul geram tahap Gaban bercampur tahap SuperSaiya Goku, ada ke patut rupa yang kacak dan segak ini membonceng motorsikal entah dari zaman bila tah! Agak-agak aku la, motor ini sudah berdekad tidak di keluarkan apatah lagi dipakai orang. Helmet pulak macam helmet askar zaman jepun je. Motorsikal Honda C70 berwarna merah.

Aku betul-betul musykil, Harris ini bukan anak orang berada ke? Tetapi macam mana pulak dia boleh bersekolah di sekolah papa? Dan siapa dia sebenarnya? Banyak perkara yang aku musykil sekarang ini. Dia bagaikan mempunyai rahsia. Papa tahu ke? Dan…dan….lambatnya sampai……bontot aku dah berkematu duduk atas motor antik ini.

 

##########

 

“Kita dah sampai.”

Aku segera turun dari motorbike Honda CBR 250R bukannya motorsikal Honda C70. Emm…motor tu sebenarnya dan sepatutnya kepunyaan abang. Papa yang sediakan untuk abang supaya senang dia hendak pergi dan balik dari sekolah. Di sebabkan perkara yang berlaku kepada abang, motor ini tersadai saja di depan rumah. Dan di sebabkan motor antik Harris itu begitu memukau kalbu, maka aku dengan senang hatinya menyerahkan kepadanya motorbike abang. Habis cerita. Mujur juga Harris tidak banyak kerenah menerima dan sudi menggunakan motorbike abang. Esok-esok aku nak belikan dia jaket dan glove yang betul-betul sepadan pulak. Harap dia terima juga.

“Ini ke kampung kau?” aku yang sudah menanggalkan helmet segera bertanya.

“Ye…kampung aku. Kg.Che Amar, Atas Tol.Tempat aku bermain. Jemputlah naik.”

Aku memandang Harris yang sudah memanjat tangga rumahnya. Rumah kampung yang unik pada pandangan mataku. Bumbungnya begitu cantik, ciri-ciri tradisional Terengganu begitu menyerlah. Rumah kayu itu memang cantik tetapi kelihatan agak suram mungkin kerana tidak bercat. Perlahan-lahan aku turut memanjat tangga yang diperbuat daripada kayu juga.

Ruang tamu yang agak luas, ada beberapa buah kerusi rotan menghiasi ruang itu. Sebuah TV hitam dan kecil yang terletak di atas rak besi berwarna hitam juga ada. Hiasan yang simple di dalam ruang yang luas. Pelik gayanya dekorasi yang di pamerkan. Citarasa siapalah agaknya? Harris? Ye kot? Tapi macam tak padan pulak dengan karakter yang di pamerkan oleh tuan empunya badan. Harris….emm…apa ya…hendak aku gambarkan. Lelaki misteri? Budak tinggi aneh? Hehehe….itulah gambaran aku.

“Qai….kau gunalah bilik tengah ni. Bilik ni elok sikit tapi sorilah sebab ada katil dan almari je.” Harris muncul dari bilik tengah dengan penyapu di tangan.

“Bilik kau mana?”

“Bilik aku sebelah bilik kau je yang depan sekali. Kenapa? Kau nak tukar bilik ke?”

“Tak…”

“Kalau kau nak tukar….boleh jugak tapi bilik aku serupa je dengan bilik tengah ni cuma kat hujung katil, lantai dia reput dah sikit. Bimbang kot-kot kau tersalah pijak, naya…”

Aku menjenguk bilik Harris. Ada katil kelamin yang bertiang tinggi, antik. Almari dan meja study. Simple. “Emm…aku duduk bilik tengah jelah.” Aku berpaling dan masuk ke bilik tengah, bilik yang elok sikit kata Harris tadi.

Backpack aku letakkan di sisi katil. Katil bujang yang bercadar warna kuning, bercorak abstrak. Aku terus merebahkan tubuh, penat dan badanku betul-betul terasa sakit kini. Perlahan-lahan aku lepaskan keluhan. Nampaknya macam-macam perkara telah terjadi semenjak aku di Malaysia. Sebulan lalu abang dan aku di timpa kemalangan. Abang terlantar di katil dan aku cedera di belakang badanku. Sikit je tetapi luka di belakang bahuku terpaksa di jahit. 3 jahitan.

Kini, hari ini, demi menolong orang. Aku di belasah. Memang aku melawan dan membelasah juga tetapi kerana aku tidak pernah berlawan secara live dan yang paling penting, sebenarnya aku tidak pernah belajar mana-mana seni mempertahankan diri pun. Cuma cara berlawan itu aku kutip dari filem-filem aksi yang pernah aku tonton dan sedikit keberanian.

Aku mengeluh lagi. Sakit. Badan aku sakit tetapi sebenarnya tidak sesakit hati kerana seorang bodygourd. Selain melindungi aku, rupanya dia juga bermulut pedas. Sedikit pendiam tetapi kalau bercakap….sinis dan mencucuk. Mujur juga aku ni jenis yang turut cakap ‘mencucuk’. Padanlah aku di gourd oleh bodygourd yang saling ‘cucuk mencucuk’. Padan muka aku…hehehe….tapi….

Rasanya sebelum aku terlelap dalam wheelchair tadi aku seperti terdengar Harris seperti berbisik. Jelas kedengaran di telingaku dan kata-kata akhirnya ‘wahai budak yang berumur 14 tahun, aku tahu kau belum matang dan dewasa dan aku harap kematangan aku akan merubah kau menjadi sedikit ‘dewasa’ kerana aku tahu kau seorang budak yang tabah serta kuat.’ 14 tahun!! Dia tahu aku berumur 14 tahun? Papa yang beritahu? Tapi kenapa? Apa lagi yang papa beritahu kepadanya?

 

##########

 

“Qai….” Harris memanggil.

Dia menjengah. “Tidur rupanya….” Terdengar dia bercakap sendirian.

Aku sengaja memejamkan mataku. Aku malas hendak ‘mencucuk’ dia sekarang. Aku penat dan sakit. Badan sakit. Hati sakit. Rasa geram pun ada. Geramkan papa. Geramkan Harris. Mujur juga Harris sedikit ‘baik’ sejak di rumahnya ini. Jadi aku juga mahu ‘baik’.

“Tidurlah budak….tidurlah dengan damai dan tenteram. Aku akan menjaga kau seperti adikku sendiri. Namun dalam tidurmu, ingatlah dalam hidup ini….biasanya jalan yang selalu di sukai dan di lalui orang lain tidak semestinya kita lalui juga. Jalan yang kita sukai pula tidak semestinya orang lain suka dan lalui. Setiap hamba Allah SWT di berikan jalan yang berlainan. Kita sebagai hambaNya haruslah bersyukur dengan setiap jalan yang di beri. Hadapi dan tempuhi tanpa rasa kecewa dan marah. Di akhir jalan nanti kita pasti temui kebahagian yang dijanjikanNya. Jadi tabahlah wahai budak….mungkin jalan yang diberi ini berliku dan berduri….insyaAllah selagi aku memegang amanah, kau akan selamat. InsyaAllah.”

Aku membuka mataku perlahan-lahan setelah Harris menutup kembali pintu bilik. Terkelip-kelip mataku. Otak kecilku ligat mencerna maksud setiap kata-kata Harris tadi. Kata-katanya melambangkan kematangannya. Terlebih matangkah budak yang berumur 17 tahun itu? Ataupun ada ‘rahsia’ yang tersembunyi? Entahlah.