JIKA
ITU YANG TERTULIS
~Aku
bisikan kata-kata itu. Aku terjemahkannya dari suara hati. Rindu dan rasa itu
bertahun dan semakin membara. Ianya menyala dan semarak~
Bab
1
Tahun
2014, bulan Disember
Sebaik
habis waktu rehatnya, Izzad Firdaus segera kembali ke pejabat. Hari ini dia sedikit
bergegas kerana banyak kerja yang bagaikan cemburu dengannya yang menanti.
Yalah, hari ini adalah hari pertama dia berkerja setelah hampir seminggu dia bercuti.
Perlahan-lahan dia sedikit mengeluh, ‘masa bercuti tak ingat kerja tapi ia sudah
balik…..emm….’
Dalam beberapa langkah lagi Izzad bakal menghampiri
pintu utama Cengal Kasturi , sayup-sayup dan agak perlahan kedengaran suara nyanyian
suara kanak-kanak perempuan yang cukup comel. Langkahnya terhenti, bukan sahaja
kecomelan kanak-kanak itu yang mengingatkannya kepada sseorang tetapi lirik dan
senikata lagu itu yang menggentarkan hatinya.
Ketika
cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu,
Kembang
kempis dadaku merangkai butir cinta,
Garis
tangan tergambar tak bisa aku menentang,
Sujud
syukur padaMu atas segala cinta……..
Sungguh. Izzad sungguh terkejut dengan kelancaran
kanak-kanak perempuan itu menyanyikan lagu yang telah mengingatkannya pada seseorang. Dia membuka mulutnya mahu menyapa kanak-kanak
comel itu namun suara lain yang terlebih dahulu memanggil kanak-kanak itu.
Dengan senyuman yang dia tidak pernah lupakan, wajah pemilik suara menampakkan
diri. Izzad bagaikan terpaku seketika.
Ya, wajah itu. Suara itu. Wajah empunya badan masih
tidak berubah. Namun si dia bagaikan tidak mengenalinya, hanya tersenyum dan
berlalu dengan memimpin pergi kanak-kanak perempuan yang persis wajah si dia.
Di hujung bangunan telah menanti sebuah kereta yang dipandu seseorang yang
setia menanti. Dia memandang sehingga kereta tersebut hilang di sebalik selekoh.
Tangan dilekapkan ke dada. Rupanya sakit itu masih ada. Masih menyala.
Dengan rasa yang dia sendiri tidak mampu tafsirkan, kakinya
mengheret tubuh yang seakan beku. Perlahan dia berbisik dengan dirinya sendiri
‘Aku bisikan kata-kata itu. Aku terjemahkannya dari suara hati. Rindu dan rasa
itu bertahun dan semakin membara. Ianya menyala dan semarak. Dengarlah bisikan
yang aku lagukan ini, gadisku. Dengarlah dan jangan berpaling lagi.’ Rasa rindu dan sesak yang bertahun di pendam, bagaikan
kembali lagi. Kali ini bukan sahaja kembali tetapi mengalir bagaikan air bah
yang tidak pasti bila surutnya. Mengalir bagaikan arus songsang yang melawan
aliran sungai yang menggila.
##########
Perlahan Farha Kirana menuruni tangga bangunan itu.
Baginya biarlah lambat atau perlahan asalkan selamat. Sebenarnya bukan dia
tidak mahu menggunakan lif tetapi bagaikan menjadi satu kebiasaan baginya yang
dia sendiri tidak pasti bila, dia lebih suka menggunakan tangga daripada lif.
Lagipun dari info yang dia pernah baca bahawa jikalau menggunakan tangga ketika
naik atau turun dari tangga jantung kita akan lebih sihat. Yalah,turun atau
naik tangga sebenarnya bagaikan satu senaman juga.
Setelah dia keluar dari pintu utama Cengal Kasturi, dia
segera mencari Farah Arisya. Farah Arisya ialah kanak-kanak perempuan yang baru
menjangkau 10 tahun semalam. Seorang kanak-kanak yang ceria. Kiri kanan dia
mencari, nun di sebelah kanan, Farah sedang berseorangan sambil menyanyi dengan
nada yang agak perlahan namun masih dapat di dengarinya.
Geli juga hatinya melihat aksi Farah, lagaknya
seperti penyanyi profesional.Satu-satu bait senikata lagu kedengaran, ianya
begitu menggetarkan hati kecilnya. Sebenarnya dia tidak pasti kenapa tetapi
lagu itu bagaikan telah menjadi jiwanya bertahun dulu. Ya, dia memang tidak
pasti kenapa, mindanya kelam bagaikan ada satu tembok yang menghalangnya.
Farha melambaikan tangannya sambil melemparkan
senyuman kepada kanak-kanak perempuan yang semakin di hampirinya itu. Farah
Arisya turut membalas lambaian tangannya. Di belakang Farah Arisya kelihatan
seseorang yang bagaikan bergegas mengejar waktu. Mungkin dia salah seorang
pekerja di salah satu bangunan yang terdapat di situ. Dari segi pemakaiannya
pekerja itu kelihatan berjawatan tinggi. Ah, tidak kisahlah siapa pun dia.
Farah Arisya di hampirinya dan dipimpin. Pekerja
tadi kelihatan berdiri tegak selang beberapa langkah di belakang. Dia segera
melemparkan senyuman kepada pekerja tersebut, yalah sekadar menunjukkan
kemesraan sebagai seorang manusia. Lagipun senyum itukan satu sedekah. Dia
segera membawa Farah Arisya berlalu dari situ.
Nun di sebelah bangunan yang lain sebuah kereta
setia menanti. Setelah dia dan Farah menaiki kereta sempat dipandang sekilas ke
arah pekerja tadi, kelihatan pekerja itu masih di situ bagaikan kaku dan
membeku. Dia tersenyum sendirian melihat keadaan itu dan baginya perkara
tersebut adalah perkara biasa sahaja. Terlalu biasa. Tiada yang istimewa.
‘Ya,tiada yang istimewa…..’ dia berbisik sendirian
namun sebelum kereta yang dinaiki bergerak meninggalkan kawasan itu dia
memandang sekilas ke arah pekerja tadi, tiba-tiba hatinya terasa sesuatu yang
dia tidak pasti apa puncanya. Hatinya pedih, mindanya kosong, jiwanya melara
dan setitis dua air matanya mengalir. Cepat-cepat dia mengesat air matanya
apabila dirasakan ‘teman’ pemandu di sebelah memandang sekilas dua ke arahnya.
‘Tiada yang istimewa….’ Bisik hatinya lagi
mententeramkan perasaan yang dia sendiri tidak pasti apa. Namun kepalanya
berdenyut keras. Rupanya memikirkan perkara itu turut mempengaruhi kepalanya
yang sentiasa sakit bertahun lamanya.
##########
Tahun
2010
“Kita putus!” cepat Kirana
menuturkan perkataan itu. Lega.
Izzad membulatkan matanya. “Putus?
Kenapa? Why?”
“I rasa kita tak sesuai antara satu
sama lain so jalan terbaiknya adalah…putus. Itu saja.” Kirana tekad. Dia mesti
putuskan hubungan dengan Izzad.
“Ok…kalau itu yang you mahukan but
beritahu reasonnya. Apa sebabnya? Sebab I tak cukup kacak? Tak cukup kaya? Or
apa dia? Just tell me…” mata Izzad hampir berkaca. Dia menelan liur. Pahit.
Kirana menggeleng-gelengkan
kepalanya. “Actually you punya semua dan segalanya. Kacak. Berharta. But hati I
ni…I rasa you sudah tidak seronok. Asyik-asyik you ajak I kawen. I tak suka. I
nak bebas tak nak terikat.” Kirana menyatakan sebab-sebabnya.
Helaan nafas di tarik panjang Izzad.
“Tu saja? Hanya itu sebabnya? Kalau gitu kita kawen yee manja, please!” Izzad
masih tidak putus asa. Baginya putus asa adalah tanda kekalahan sebelum
berjuang.
“Nonsense! Kan I dah cakap. I tak
nak kawen. I suka bebas. You tak faham ke?” Kirana mula meninggikan nada
suaranya. Rimas. Dia betul-betul rimas dengan Izzad.
“Manja…you masih boleh bebas
walaupun kita dah kawen nanti. I akan beri you semua kebebasan. 100% kebebasan. Asalkan you kawen dengan I.
Emm…please, manja!” Izzad sanggup. Segalanya dia sanggup asalkan Kirana di
milikinya.
Kasihnya
terhadap Kirana melebihi maruahnya sebagai seorang lelaki. Jika di suruh
berlutut pun dia sanggup. Baginya Kiranalah kekasih awal dan akhirnya. Kiranalah
berlian yang di campakkan di atas timbunan jongkongan emas. Tetap menyerlah
walaupun kilauan emas memukau pandangan mata.
“But I tak nak beranak. Nanti rosak tubuh I. Emm… I rimaslah dengan you, Izad!!”
Kirana yang duduk di bangku segera bangun. Matanya terarah tajam ke wajah
Izzad.
“Manja…habis tu…apa salah I sebenarnya?” masih tidak
puas hati dengan penjelasan Kirana. Wajah ayu gadis kesayangannya di pandangnya
sungguh hati.
“Senang cerita macam nilah, Izad. Anggap saja ini
semua takdir. Kita memang bukan jodoh antara satu sama lain. You bukan jodoh I
dan I pun bukan jodoh you. Selama ini kita berkawan rapat sahaja. Takdir jodoh
bukan milik kita. Titik.” Kirana tetap memutuskannya. Hubungan mereka tetap
putus.
Izzad memandang sayu wajah Kirana. Wajah anggun
itulah yang pertamanya membuatkan hati lelakinya mengenali erti cinta. Wajah
itulah yang menjadi peneman setiap malam sepinya. Berat rasanya melepaskan
gadis itu pergi namun dia pasrah. Mungkin memang benar kata-kata Kirana. Takdir
jodoh bukan milik mereka. Mereka hanya boleh menjadi teman biasa sahaja.
Pandangannya sedikit berkaca. Bukan mudah melupakan kesayangan. Bukan mudah
melepaskan pergi segala kenangan. Izzad akur dengan apa yang tertulis. Namanya
dan nama Kirana tidak mungkin bersatu.
##########
Malas. Tahap kemalasannya sudah
menghampiri 200%. Selepas sarapan tadi, Izzad longlai memanjat tangga. Bilik
tidur di tujuinya. Mahu tidur semula. Tidur dan tidur. Biar siangnya menjadi
malam. Mengelam di sebalik mentari yang semakin memancarkan kuasa apinya.
Hampir seminggu sebenarnya Izzad berkeadaan begitu. Nama itu masih bergema
dalam hati dan ingatannya. Kirana. Kirana. Maya Kirana. Nama seindah orangnya.
Sedikit kasar perwatakan tapi itulah penyeri pada mata Izzad.
Independent. Seorang gadis yang
berdikari. Jarang meminta pertolongan Izzad di atas apa-apa urusan pun. Dalam
perwatakan kasarnya masih mengekalkan kelembutan sebagai seorang gadis. Jangan
tidak percaya, Kirana suka memakai heel 3 inci. Kaler pilihan juga melambangkan
karektornya. Merah menyala ataupun corak leopard. Cara berpakaian juga
melambangkan Kirana gadis yang bagaimana. Skirt pendek separas lutut dan blouse
sendat. Elegant tetapi simple. Tiada perhiasan yang melatari pemakaiannya
kecuali tali pinggang jika perlu.
Bukan sekali dua yang menoleh ke arah Kirana jika
dia melewati sesuatu tempat. Itu begitu membanggakan Izzad. Gadisnya menjadi
pujaan ramai. Dirinyalah bertuah memiliki Kirana. Tapi itu cerita dulu. Cerita
seminggu yang lalu ketika hubungan mereka masih sepasang kekasih. Kini, Izzad
keseorangan meratap kehilangan tanpa punca yang jelas. Kirana memutuskan dengan
alasan yang remeh. Namun Izzad sedar, walau bagaimana rayuannya gadis itu tidak
akan berganjak dengan pendiriannya. Selama 5 tahun menyulam kasih, dia sudah
masak dengan sikap Kirana. Jika di katakan tidak, semestinya tidak hingga ke
akhir.
Ketukan di pintu kedengaran. “Zad..Izad!” suara Puan
Nazrina menerjah.
Dengan malas Izzad bangun dari pembaringan. Mengheret
diri menuju ke pintu bilik. Membuka. “Kenapa mama?” soalnya tika terlihat
mamanya.
“Zad kenapa? Sepatutnya mama yang tanya soalan tu.”
Puan Nazrina melangkah masuk ke dalam bilik anak bujang.
Belakang kepala di garu-garunya. Bilik bersepah
dengan pakaian kotor berlonggok di tepi bakul di kuis-kuis oleh Puan Nazrina.
“Ni kenapa? Tak reti nak masukkan dalam bakul? Dah berapa hari tak berbasuh?
Patutlah mama bau hapak sampai ke luar.” Bebel Puan Nazrina.
Izzad tersengeh. Cepat-cepat dia mengambil pakaian
kotornya dan meletakkan ke dalam bakul yang hanya separuh penuh itu. Mamanya
masih berlegar di dalam bilik. Semua di checknya. Atas meja . Atas katil. Dalam
almari. Bilik mandi pun dia masuk. Mulut tidak berhenti mengomen apa-apa sahaja
yang kurang pada pandangan matanya. Kalau sudah namanya perempuan memang
begitulah. Berleter dan komplen memang sudah tabiat semulajadi agaknya.
“Mama nak pegi kenduri tengahari nanti.” Penat
berleter barulah Puan Nazrina memberitahu tujuan sebenarnya.
“Kenduri? Tahlil?”
“Tak…ada majlis perkahwinan. Anak kepada kawan papa.
Muda-muda lagi dah ada gelaran Dato’. Dialah yang akan kawen. Ni ha…kad
jemputan yang di beri.” Puan Nazrina menghulurkan satu kad. Cantik dan wangi. Izzad
mengambilnya. Membuka dan membaca dengan perlahan-perlahan.
Walimatul Urus
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Tan Sri Fazli Bin Azmi & Puan Sri
Hajar Zarina Binti Tanty
Dengan segala hormatnya mempersilakan
Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
………………………………………….
Ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki kami
Dato’ Hafiz Azizi Bin Tan Sri Fazli
Dengan
pasangannya
Maya Kirana Binti Min Azhar
Mata Izzad terpaku pada nama
pengantin perempuannya. Kirana? Maya Kirana? Pelanduk dua serupa ataupun
namanya di kelabukan oleh panahan Kirana? Izzad menenyeh-nenyeh matanya
berkali-kali namun nama itu tetap serupa. Kirana? Kenapa? Why? You cakap you
tak nak kawen…you cakap you takut hilang kebebasan…you cakap you bimbang
alignment badan you lari….
“Mama nak pergi dah ni. Zad nak ikut
tak?” pelawa Puan Nazrina.
Izzad menggeleng-gelengkan
kepalamya. “Mama pergilah. Zad nak tidur sikit. Kepala rasa sakit…” beralasan.
Puan Nazrina melangkah keluar dari
bilik Izzad. Meninggalkan anak bujang melayani hati dan perasaan. Izzad
merebahkan dirinya di atas katil bujang. Matanya terkebil-kebil memandang
siling bilik. Mujur warna siling di cat putih, rasa tenang dapat di serap
sebaiknya. Puas terlentang, Izzad meniarap. Kedua tangannya terjuntai di
lantai. Huhhh…hebat rupanya pukulan perasaan. Lebih-lebih lagi jika di tinggalkan
tanpa alasan.
“Alasan apanya? Dia yang main kayu
tiga rupanya.” Suara Izzad bergema dalam bilik kecilnya. Sengaja menguatkan
nada.
“Aku ajak kawen tak nak. Macam-macam
alasan. ‘Kita muda lagi la Izad…baru 22 tahun. I tak nak kawen muda’. ‘I suka bebas
la Izad, you suka mengongkong’. ‘I tak nak beranak, nanti alignment badan I
akan lari’. Puhhh…pompuan. 1001 alasan kalau dah suka rupanya. Kalau tak suka
cakap sajalah. Ingat aku nak tunggu sangat ke muka macam tu?” Izzad membahang.
Panas dan sejuk terasa berputar-putar di dalam.
Dadanya padat. Liurnya kelat. “Kirana…you tahu I
sayangkan you. Kenapa buat I macam ni?” Izzad memegang dadanya. Jantung laju
mengepam darah.
Semuanya terasa sakit, pedih dan terluka. Berdarah?
Mungkin juga, kerana ianya tidak nampak. Jika ternampak pun, Izzad tidak
sanggup melihatnya. Bimbang darah itu mengalir laju seperti arus lumpur yang
mengganas lantaran terjadinya runtuhan bukit yang semakin gondol. Benarlah kata
orang ‘perempuan…tangisnya jelas di mata. Nampak air hangat yang mengalir
meluahkan rasa. Namun lelaki, tangisnya di hati. Lemas sendirian di dalam tanpa
pautan kemas genggaman’. Izzad bangun dan duduk di birai katil. Berteleku
dengan siku di paha. Merenung masa depan yang masih tidak pasti.
Bab 2
Sudah beberapa kali Izzad berkalih
badannya. Gelisah dan resah memberontak dalam jiwanya. Masing-masing bersatu
hati menghembus meniup kencang jiwa laranya. Kirana…Kirana…kirana…ahhh, nama
itu masih berlegar dalam benaknya. Tidak mahu hilang. Tidak mahu lari. Puas
mengusirnya. Ianya tetap utuh, gagah bersama senyum yang terpamer. Maya Kirana,
nama seindah orangnya. Senyuman manisnya sentiasa terukir. Tidak pernah lokek
dengannya. Namun pemilik senyuman itu sekarang berada di jambangan orang.
Izzad bangun dari pembaringannya.
“Kirana…” bisiknya.
Bergegas masuk ke dalam bilik air.
Menyiapkan diri. Izzad tidak mahu menjadi lelaki yang lemah. Kirana mahu di
hadapinya. Banyak persoalan yang mahu di ajukannya kepada gadis itu. Kenapa?
Gema itu bergema di mana-mana. Ruangan waktu pun turut bergema nama itu. Walau
ianya bagaikan terhenti tiba-tiba. Terhenti di saat Izzad mendapat perkhabaran
tentang Kirana. Harap-harap si dia sudi menemuinya dan memberikan jawapan yang
dia perlukan. Ya, Izzad memerlukan jawapan yang utuh supaya dia dapat
meneruskan hidupnya tanpa bayangan Kirana. Maya Kirana.
Menuruni anak tangga. Tergesa. “Izad
nak ke mana?” suara itu menghentikan langkah.
“Izad nak keluar kejap, mama…”
tersengih memandang mamanya yang sedang siapkan meja untuk makan malam.
“Makan dulu…” pelawa Puan Nazrina
kepada anak bujang.
“Emm…takpelah mama. Izad tak lapar.
Mama makanlah.”
Hanya gelengan kepala membalas
jawapan si anak. Puan Nazrina meneruskan kerja-kerjanya. Melihatkan tiada lagi
soalan dari mamanya, Izzad segera menuju ke pintu besar. Tangannya segera
mencapai kunci keretanya. Matlamat hatinya sudah meluncur laju dari jasad.
Pengakhiran mindanya sudah sampai sebelum tubuhnya. Izzad mahu segera ke rumah
Kirana. Ada perhitungan yang perlu di lakukan. Namun dia tidak akan merebut
bunga milikan orang. Cuma dia mahukan penjelasan. Itu saja sebenarnya. Untuk
mengurangkan rasa resah di hati.
##########
Orang semakin lengang. Mungkin
kerana majlisnya sudah berakhir petang tadi maka sudah tidak ramai yang hadir
di waktu malam. Kanopi masih terpasang. Cuma kerusi meja sudah tersusun untuk
di simpan. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak riang bermain walaupun malam
semakin pekat. Mungkin kerana suluhan lampu dari segenap ceruk tempat
menerangkan suasana. Maka malam di lihat terang oleh kanak-kanak itu.
Izzad mendekati seorang kanak-kanak
lelaki. Comel dengan raup wajah persis Kirana. Agaknya anak saudara gadis itu.
Kerana setahunya Kirana merupakan anak bongsu. “Dik..” panggil Izzad.
Mendekati. “Ye…” bulat mata
kanak-kanak itu menyahut. Comel.
“Boleh tolong panggilkan Kirana
tak?” ujar Izzad tidak teragak-agak.
“Kirana? Kakak Kirana?” soal budak
lelaki yang pada perkiraan Izzad berumur 7 tahun.
“Emm…kakak Kirana.” Izzad senyum
selebar mungkin.
“Ok…kejap. Nanti Am panggilkan kakak
Kirana.” Cepat si kecil berlari setelah berkata.
Izzad tersenyum melihat keletah
comel kanak-kanak lelaki itu. Terdapat beberapa orang lagi kanak-kanak yang
tidak langsung memperdulikan kehadiran Izzad. Masing-masing ligat berkejaran
antara satu sama lain. Bergelak ketawa tanpa memperdulikan keadaaan sekeliling.
“Kak Kira…nilah orang yang nak jumpa
kakak…” jelas suara kanak-kanak itu pada pendengaran Izzad.
Dia yang tadinya duduk dalam kereta
segera keluar. Tersenyum melihat susuk tubuh kesayangan yang semakin
menhampiri. Rasa rindunya tiba-tiba menyerbu menghangatkan hati dan
perasaannya. Perasaan marahnya sudah tiada. Hanya ada rasa rindu yang
menggunung. Hanya ada rasa rindu tanpa tertahan. Kirana…gadis manjanya.
“Manja…” Izzad memanggil kesayangan.
Dia terus menerpa. Tanpa rasa bersalah, memeluk milikan orang lain.
“Ehh…lepaskan! Lepaskan saya…!!”
ronta pemilik tubuh. Terkejut dan tergamam dengan tindakan tiba-tiba.
Masih memeluk erat. Tidak mahu
melepaskan. Rindu seminggu mahu di lepaskan seminit. Izzad menguatkan lagi
pelukan. Rontaan dan jeritan kecil ‘manja’nya tidak di perdulikan. Biar
jasadnya cedera sekalipun. Biar tubuhnya parah sekalipun. Hatinya mahu mendakap
rindu. Jiwanya mahu memeluk sayang.
“Tolonggg…!!” bergentar suara
halus.
Izzad bagaikan tersedar setelah
memdengar jeritan itu. Dia melepaskan tubuh. Menatapnya dengan memegang bahu.
Menatapnya bagi menghirup rindu. Namun matanya membulat. Mulutnya terbuka.
“Awak siapa?” soal Izzad.
Sang gadis yang sedang menggigil
kecil tidak menjawab. Hampir terjelepok namun kuat Izzad memegangnya. Dia
sendiri dapat merasanya tubuh kecil itu menggigil. Dia pun sebenarnya sudah
sedikit menggigil. Terkejut dan tergamam juga. Tubuh lemah itu di bawanya ke
kereta. Mendudukkan di tempat duduk penumpang belakang. Izzad bertinggung di
depan sang gadis yang semakin kurang gigilnya.
“Awak siapa?” soal Izzad lagi.
“Awak tu…siapa sebenarnya?” sang
gadis pula menyoal. Rasa gigilnya sudah berkurangan cuma rasa hairan pula yang
timbul.
“La…saya yang tanya dulukan. So awak
kena jawab dulu soalan saya. Awak siapa?” Izzad menggaru-garu belakang
kepalanya.
“Habis tu…awak yang tiba-tiba peluk
saya tuu…sepatutnya awak yang kena jawab dulu. Awak siapa…?” sang gadis tidak
mahu mengalah.
Izzad makin menggaru belakang
kepalanya. Buntu. Bagaimana gadis ini yang di panggil. “Ok…macam nilah. Siapa
nama awak?” sengaja berdiplomasi.
“Saya Kirana. Farha Kirana. Awak
siapa?” sang gadis memperkenalkan dirinya.
Mulut Izzad terbuka separuh. Dia
tersenyum kemudiannya. Patut pun…dia berkira-kira dalam hati. “Maafkan
saya…emm…macam nilah. Anggap saja perkara tadi tak pernah berlaku ok…” Izzad
bangun dari tinggungnya.
“Ok…” sang gadis turut bangun dan
keluar dari kereta.
Langkah lembut itu di pandangnya.
Sang gadis berlalu dari situ tanpa menoleh. Nampak laju langkah dalam lembutnya
lenggok. Izzad tersenyum lagi. Entah kenapa hatinya berlagu irama yang lain.
Wangian tubuh sang gadis masih tercium. Dia masuk ke dalam kereta. Berlalu dari
situ dengan satu rasa yang lain. Mungkin itu semua sudah tertulis untuknya.
Tapi adakah itu yang benar-benar di tulis untuknya?
##########
Laju Farha berjalan. Hampir-hampir
tersungkur. Dadanya laju berlari umpama ingin keluar dan menyelamatkan dirinya
sendiri. Beberapa kali juga Farha tertoleh-toleh di belakangnya. Bimbang lelaki
yang di rasakan seorang yang gila mengekorinya. ‘Harap muka je hensem tapi
giler, kesian. Muda-muda lagi dah giler…’ getus hatinya. Iyalah, apa lagi
istilah yang boleh di gambarkan lagi seorang yang memeluk tiba-tiba. Giler…!!!
Ruang tamu di lewatinya. Mahu segera
ke dalam bilik yang di kongsi dengan sepupu-sepupu yang lain. Di ruang tamu
kelihatan berkumpul kaum keluarganya. Masing-masing berborak dan bermesra
sesama sendiri. Biasanya begitulah keadaan rumah neneknya jika terdapat
majlis-majlis tertentu. Bising…!!! Namun itulah pengerat ikatan antara adik
beradik dan antara sepupu- sepupunya. Ibu dan abinya juga ada. Tersenyum dan
ketawa sahaja. Mungkin gembira kerana dapat berkumpul begitu.
“Allah…!!!” Farha terdengar
perkataan itu di sebut.
“Maaf maksu…Farha tak sengaja.” Farha
meminta maaf. Bahunya terasa sakit.
Maya turut menggosok-gosok bahunya.
Sakit namun dia tersenyum. “Farha nak ke mana? Tergesa-gesa je nampaknya?” soal
Maya kepada anak saudaranya itu.
“Farha nak naik ke bilik, maksu…”
jujur memberitahu.
“Emm…pergilah. Mengantuk ye? Ajak si
Farah dan Fatin sekali. Nampaknya budak berdua tu pun mengantuk jugak tu…” Maya
menunjuk ke arah Fatin dan Farah, kedua kembar tak seiras yang berusia 6 tahun.
Kelihatan kedua-duanya sudah menguap beberapa kali.
Farha segera menuju ke arah kedua
kembar tidak seiras itu. Menggamit keduanya supaya mengikut ke tingkat atas.
Terkedek-kedek keduanya berjalan mengekori Farha, kakak sepupu yang paling tua
sambil masing-masing memegang Spongebob dan Patrick The Starfish seorang satu.
Mainan yang tidak pernah di lepaskan malahan itulah ‘bantal busuk’ mereka.
“Selamat malam maksu…” ucap Farha.
Dia memeluk dan mencium pipi Maya.
“Selamat malam manja…” ucapan
balasan Maya kepada anak saudara.
Sebenarnya mereka berkongsi nama yang sama. Ibu
saudara ialah Maya Kirana dan anak saudara ialah Farha Kirana. Nama yang
sedikit unik. Ibu Farha tertarik dengan nama Kirana, walaupun tahu adik iparnya
juga bernama Kirana. Katanya biarlah nama itu hampir sama sekalipun, jangan
mereka berkongsi lelaki yang sama nanti. Hahaha…kata-kata seorang ibu
kadang-kadang begitu mendalam maksudnya. Ataupun itu adalah naluri seorang ibu?
Maya menghantar pandang Farha, Fatin dan Farah
menaiki anak tangga. Dia memegang pipinya dengan tangan kanan. Mengusap dan
membawa tangannya ke hidung. Mencium bau. Bauan itu cukup di kenalinya.
ORIGINAL Dunhill Pure EDT. Kenapa bauan itu melekat pada Farha? Matanya masih
mengekori langkah gadis sunti itu menaiki tangga dengan memimpin kedua kembar.
“Yanggg…kenapa?” tiba-tiba Maya di kejutkan satu
suara di tepi telinga seakan berbisik.
Maya memandang ke sisi. Tersenyum seseorang yang
cukup di sayanginya kini. Seseorang yang menjadi masa depannya. Seseorang yang
cukup sempurna pada pandangan matanya. Maya membalas senyuman dan memaut lengan
suaminya. Bersama-sama mereka menuju ke ruang tamu rumah bagi menyertai
himpunan adik beradik yang lain. Perihal bauan yang dia kenali tadi sudah luput
dari ingatannya.
##########
Farha terkelip-kelip memandang
siling. Dia berkalih tubuh. Mengiring. Memandang kedua sepupu kembar, Fatin dan
Farah yang sudah nyenyak tidur bertemankan Spongebob yang berwarna kuning dan
Patrick The Starfish yang berwarna pink. Senang benar mereka terlelap. Di saat
melabuhkan kepala tadi, terus keduanya di buai mimpi-mimpi indah. Ah, senang
betul menjadi kanak-kanak. Segala perkara adalah permainan bagi mereka. Farha
teringin menjadi kanak-kanak semula, andai itu yang boleh di putarkan waktu
kepadanya.
Tiba-tiba debaran menyerbu ke dada.
Farha teringatkan lelaki gila yang tiba-tiba memeluknya tadi. Namun betul ke
lelaki itu gila? Ada ke orang gila memakai perfume yang wangi? Mungkin ada agaknya…lelaki
gila yang pembersih. Farha ketawa kecil. Tapi ada ke macam tu? Lelaki gila yang
wangi dan pandai pula memandu kereta.
Farha berkalih lagi tubuhnya.
Telentang kembali. Memandang siling bilik. Kemudiannya memejamkan mata.
Membayangkan sesuatu. Hatinya mengira butiran pasir di pantai. Satu persatu.
Cuba mencuri rasa mengantuk masuk ke dalam mata. Tidak berjaya. Celik kembali.
Beberapa saat kemudian memejamkan matanya semula. Hatinya mengira helaian uban
rambut neneknya yang pernah di cabut. Cuba menjalin rasa mengantuk masuk ke
dalam fikiran. Ahh! Masih tidak berjaya. Matanya segar. Di segarkan oleh
wanginya yang masih melekat di tubuhnya. Wangian lelaki gila.
##########
Izzad membuang pandang pada gambar
di tangannya. Ianya untuk kali yang terakhir. Gambar di renyukkannya.
Menggumpalnya menjadi seperti bola. Membuangnya ke dalam tong sampah besi. Di
dalam tong itu juga terdapat banyak lagi gambar-gambar. Semuanya di rejukkan
dan di gumpal. Lalu di nyalakan mancis dan melemparkannya ke dalam tong sampah
besi itu. Marak. Api marak membakar segalanya yang berada di dalam.
Menghapuskan segalanya. Tidak meninggalkan walau secebis pun. Semuanya menjadi
debu. Moga angin akan menerbangkan pula debuan itu. Biar ianya tidak wujud
langsung dalam diari hidupnya.
Izzad memegang dadanya. Ianya
menghentak bagaikan beduk yang di palu. Paluan itu bergendang lesu seketika.
Sebahagian bahagianya telah di ragut oleh perempuan yang bernama Kirana. Maya
Kirana. Namun tadinya, jantungnya bergendang hebat semula. Sebahagian
bahagianya yang telah berlalu kini kembali. Mencantum kembali rasa bahagia itu.
Dan bahagia itu kerana seorang lagi perempuan yang bernama Kirana. Farha
Kirana.
Top 10 best casino games - Jammy Monkey - JeRHub
ReplyDeleteWe give you titanium tubing the 광양 출장마사지 best casino games. 전주 출장안마 It's time to join the hottest online slots site! Play free casino 경산 출장안마 games for real money 안성 출장안마 online.