Wednesday 1 February 2017

Mr Killer Smile sudah berada dipasaran (kedai-kedai)

Mr Killer Smile sudah berada di kedai-kedai.. ingin milikinya?
Apakata cintazzz serbu di kedai-kedai yang dinyatakan di dalam gambar di bawah...
mungkin sekarang is sudah "kill" di kedai berdekatan rumah cintazz..
tunggu apa lagi kan? start motor/ kereta.. grab, bayar di kaunter, balik rumah dan baca.. rasai keterujaan sebagai pembaca..
 atau ingin menjadi Iskandar? si hero yang kejung tapi ada sifat-sifat romantic yang tersembunyi.. dia bukan sahaja "jahat" tau cintazzz.. dia juga pencinta yang malu mengakui cinta..
atau ingin jadi seperti Auni? gadis naïf, polos dan sesuci embun pertama yang menitis dari daunan hijau..di sini akak juga sertakan sikit teaser.. enjoy tau muahh muahhh..





~Dia, sanggup 'membunuh' dengan kata-kata..
Dia, lelaki yang penuh 'bara' di dada..
Dia, mula menyerlahkan 'jahat' yang ketara..~

“Aku tak kira… aku mahu batalkan perkara mengarut macam ni sebelum terlambat.” Tiba-tiba Iskandar bersuara semula.

Auni tersentak dari lamunnya. Sekilas dijeling sedikit ke wajah Iskandar. 

“Maafkan saya sekali lagi Is... saya betul tak tahu Is tidak bersetuju dengan cadangan Atuk Hasyim. Betul-betul tak tahu.” Suaranya perlahan. Menyimpan sebak di dalam. Menahan pilu di dasar. Semuanya di hati.

“Kau kan tahu minta maaf je kan? Ahh! Sudahlah Auni. Rasanya baik kau turun dari kereta ni.” Entah kenapa ayat itu terluncur laju dari mulut Iskandar. Wajahnya betul-betul tegang. Tiada segaris senyuman pun.

Auni memandang ke sisinya. Lelaki itu nampak betul-betul memaksudkan kata-katanya itu. Auni menarik nafas panjang. Ya, dia tahu dan faham sesuatu kini. Dirinya betul-betul sebatang kara. Tanpa keluarga dan kini tanpa kawan. Perlahan-lahan pintu di sebelah kirinya dibuka. Kakinya melangkah keluar. Sebelum betul-betul keluar, dipandangnya lagi Iskandar yang bersandar di kerusi.

“Saya betul-betul minta maaf dan terima kasih kerana pernah menjadi sahabat yang baik. Terima kasih juga kerana sudi menolong.” Pintu kereta ditutupnya kemas sebelum kaki melangkah entah ke mana.

Kereta dipandu laju. Hilang disebalik kegelapan. Air mata Auni menitis juga rupanya. Laju membasahi pipi. Perlahan dikesatnya air mata. Cuba menghapuskan segala bukti tentang jatuhnya sekeping hati. Di tangan hanya ada purse yang berisi beberapa puluh ringgit. Auni tidak pasti ke arah mana dia mahu tujui. Terasa walaupun ke utara, selatan, timur dan barat, segalanya semuanya menolak diri. Tubuh mula menggigil kesejukan. Pada tubuhnya saat ini hanya terdapat t’shirt lengan panjang dan dia berseluar track suit sahaja. Namun kaki tetap melangkah ke arah bertentangan dari arah yang diambil oleh Iskandar tadi.

Beberapa langkah. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di sebelahnya. Auni yang melangkah menunduk tadi, mengangkat wajahnya. Iskandar? Lelaki itu? Kenapa pula? Auni bimbang. Bimbang Iskandar akan memarahinya lagi. Dia melangkah semula. Namun kereta turut bergerak. Beriringan. Kenapa? Auni tidak faham dengan tindakan Iskandar. 

Cermin tingkap kereta diturunkan.

“Kau nak suruh aku heret kau masuk kereta ke?” soalan itu yang ditanya oleh Iskandar secara tiba-tiba. Keras bunyinya.

Auni terkedu seketika namun dia faham maksud pertanyaan Iskandar. Tetapi wajarkah mengikut sahaja segala kata dan arahan daripada seorang lelaki seperti Iskandar? Auni melemparkan senyuman semanis mungkin. Dia menggelengkan kepala dan teruskan melangkah. Keegoan seorang perempuan adakalanya memang diperlukan dalam hidup yang serba pantas dan sempit ini.

Kereta turut bergerak seiring dengan langkah kaki Auni. Hon juga dibunyikan berkali-kali. Ia mengundang mata lain di situ. Auni menjadi tontonan. Kaki terhenti. Kereta juga berhenti namun bunyi enjin bagaikan ditekan kuat. Asap juga sudah berkepul-kepul keluar dari ekzos. Nafas ditarik panjang dan dengan perlahan Auni melintasi depan kereta dan pergi ke bahagian penumpang. Dia terpaksa mengalah. Membuka pintu, duduk dan menutupnya semula. 

“Pakai tali pinggang!” arah Iskandar. Langsung tidak menoleh ke arah Auni.

Cepat Auni menarik tali pinggang namun tersekat. Beberapa kali dia cuba menariknya namun masih belum berjaya.

“Pakai tali pinggang pun tak tau ke?” soal Iskandar.

“Patutnya kau kawen dengan Atuk saja. Itu lebih elok lagi. Dah sama-sama setuju, kau berdua sajalah yang kawen. Mudah aje. Atuk dapat bini muda dan aku dapat nenek cantik.” Sambung Iskandar lagi. Killer grinnya pula terserlah disebalik bibirnya.