Assalamualaikum cintazz..
Maaf lama tak bersiaran di sini.. kesibukan dengan manuskrip yg banyak membatasi ruang masa akak sekarang... tambahan lagi dgn urusan rumahtangga yg tak pernah habis.. anak2 dan suami yg minta diberi perhatian, pelajaran, tingkahlaku... semua itu hanya seorang isteri dan ibu yg tahu apa... akak juga seorang anak kpd mak abah, walau kami jauh tp tetap dekat dihati.. kaklong, kpd adik2 yg ramai. sayang semuanya...
Untuk cintazzz yg sudi membaca di sini..yg follow akak diam2 atau terangan..akhirnya akak dengan lega hati mengumumkan..
MR KILLER SMILE, kau membunuhku perlahan bakal terbit.. dengan tajuk yg diubah sedikit iaitu hanya MR KILLER SMILE sahaja... kepada yg selalu ikut cerita ni dip2u, blog dulu2.. ini adalah buah tangan akak utk kamu2 semua..Alhamdulillah segalanya terasa berbaloi..dengan perjalanan ia jauh dan lama..nanti akak akan ceritakan apa yg jauh dan lama tu tau..
Di sini, di bawah ni akak kasi cover rasmi Mr Killer Smile yg dibuat oleh pihak penerbitan.. terima kasih kpd Penerbitan Kaseh Aries, kerana sudi terbitkan karya pertama akak..terharu sangat2
Kasih, sayang, cinta, harapan, impian dan cita-cita. Itulah engkau dihatiku, dijiwaku, dijasadku dan diseluruh hidupku...
Labels
- Bidadara (11)
- cerpen (4)
- Cinta (3)
- Delete (2)
- Lagu n Cinta (4)
- Lain-lain (6)
- Luahan Hati Kecilku (11)
- Mr.Killer Smile (10)
- Tertulis (3)
Showing posts with label Luahan Hati Kecilku. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati Kecilku. Show all posts
Wednesday, 9 November 2016
Thursday, 20 August 2015
Cara Tangani Panik?? Iye ke??
Salam CINTA dikejauhan ini...
Lama tidak menaip bicara hati di sini.... kesibukan dalam cubaan merealisasikan impian membatasan masa akak... namun hari ini, dalam masa kebuntuan mengarang ayat yang padu... akak lakarkan sedikit coretan yang merapu... bukan idea takde, ada dan banyak... namun setakat idea tanpa penghayatan dan seninya bicara buku... apa gunanya... sebagai seorang penulis contengan yang alam tidak nyata ini... akak telah membina satu 'tanda' untuk akak rupanya... akak tidak sedari itu semua jika tiada yang bercerita... rupanya gaya penulisan dan penceritaan telah akak bina tanpa akak sedari.. emm ramai yang menyukainya... namun akak percaya...yang tidak suka pun ramai... biasalah tu setiap manusia tidak akan pernah sempurna... dan bukan semua orang akan sukakan kita sepertimana kita juga adakalanya tidak sukakan seseorang... sebab? kadangkala sesuatu perkara itu tidak ada sebab..
sekarang akak sebenarnya mendapat serangan PANIK... panik apabila dateline semakin menghampiri... ia menghimpit sesak nafas dan jantung akak... akak jarang melayan rasa panik itu namun adakalanya kepala masih teringatkan date... jika itu terjadi... perbagai cara akak lakukan untuk hilangkan rasa panik itu antaranya ialah...
1- Akak akan upkan teaser cerita-cerita lain...
2- Akak mula mencari gambar-gambar yang menarik, download dan akak edit. Bukan edit gambar tu tapi ia lebih kepada akak menambah kata-kata ke atas gambar.
3- Mula timbul segala macam kata-kata rapuan daripada akak yang akak upkan di fb akak...
4- Cuba siapkan secepat mungkin....
Ok itu sahaja rapuan daripada akak hari ini... dan terimalah sebahagian panic akak...
SEMILIR KASIH ( novel yang ketiga bakal akak siapkan...)
Segalanya kudendangkan...
seputih hati kuberikan...
Moga leraian kasih kau lagukan...
Aku tak punya jiwa...
JIka itu penyebab lara...
Aku hanya sekujur tubuh...
Tanpa harapan cinta...
Jika sudi lenyapkan duka...
Nyanyian syahdu...
Cinta dan lara bersatu..
lenyapkan segala nestapa...
~ Ruby Nur Airis ~
Sunday, 15 February 2015
Salam CINTA dikejauhan...kenapa CINTA? Kerana bagi akak dalam cinta ada segalanya..kasih, sayang, rindu, belaian, manja, lelah, gelisah, resah, benci dan juga dendam... Segalanya berkaitan cinta...n photo kat bawah takde kena mengena langsung dengan CINTA..hehehe...tu hanyalah photo yg di curik ambik dek adik aka Ady or Carl...chehh konon nak jadi omputeh dgn nama camtu...hahaha..n akak terperasan pulak diri cam model air oren twister...ohmaiiii...perasannya aku...erkkk...tak kisah apa orang nak kata. Asalkan air tu penghilang dahaga kannn..

Friday, 6 February 2015
Lama tak meluahkan perasaan kat dalam benda ni...nak di ikutkan hati...semua benda nak tulis...semua perkara nak di luahkan...emmm...apa yg ingin aku tulis hari ini ialah...aku sedang mencuba menarik perhatian reader membaca karya aku yg satu lagi iaitu Bidadara? Siapa? Aku atau dia?..karya ini tercetus dari lagu Arjuna Beta sebenarnya...tapi dalam karya ini memang takde kena mengena langsung dengan lagu tu...cuma cetusan idea sahaja..
N karya ini juga dari cetusan movie City Hunter lakonan Lee Min Ho...n sekali lagi aku nak beritahu...karya ini takde kena mengena langsung dengan movie itu...hanya cetusan idea sahaja..
Sebahagian kata2 heronya...I really desired you like crazy...I always prayed that I could see you again...
Enjoy yourself...moga2 karya ini akan menjadi karya yg di minati seperti MrKiller Smile, Kau Membunuhku Perlahan...

Thursday, 8 January 2015
Assalamualaikum pembuka bicara...salam diberi tanda setia.Setia membelek blog yang dekat dimata...huhh,lelah terasa.Penat tak terkata.Namun kerana minat dan suka.Aku meneruskan segala yang ku mulakan.Dengan lafaz bismillah,aku menggenggam rasa.
Nak cerita apa yekk...emmm...baru beberapa hari lalu aku dapat join satu group.Penulis2 yang masih baru macam aku.Ada 10 orang semuanya.Matlamat kami satu.Ingin mendakap sendiri buku di dada.InsyaAllah jika diizinkannya.Kami berkumpul,menghasilkan 2 buah cerpen setiap seorang.Untuk dipostkan ke satu Pub..jika berjaya diterima.Alhamdullilah.Jika tidak pun Alhamdulillah juga.Mungkin rezeki masih tiada.
Dalam 10 org...2 adalah lelaki...dan jangan tidak percaya sorang ceritanya menunggu masa diterbitkan.Sudah diterima.Manakala ada 2 org lagi,sudah dilamar oleh pihak penerbitan.Alhamdulillah rezeki mereka.Aku?Masih menanti dan akan sabar menanti.Doa dan harapan tidak pernah pudar.
Baru tadi menyiapkan satu cerpen.Yang akan dihantar untuk dinilai.Moga diterima.Group kami masih baru.Seiring kami melangkah.Harap yang sudah diatas masih mahu memandang kami yg dibawah nanti.Kawan2...aku ucapkan selamat berjaya semua.Untuk aku juga kerana ini adalah salah satu cita2ku..walaupun dikira usia yg sudah berangka besar.Cita2 ini tidak pernah pudar.Ianya tetap mekar sewangi sutera.Kenapa sewangi sutera?Kerana sutera adalah wangi jika dicium.Sutera juga lembut bila dipegang.Sutera juga selesa bila dipakai.
salam CINTA di kejauhan ini.....

Tuesday, 30 December 2014
Apa lagi cara untuk berhubung??? Tanyalah diri sendiri....kalau dulu2...orang tulis surat, telegram, poskad, telefon awam, telefon rumah....
Sekarang??? Lagi senang...masing2 ada telefon bimbit...ataupun nak canggih lagi sebut...telefon pintar...hahh, pintar la sangat...selain itu boleh berhubung melalui facebook atau MukaBuku kata Najwa Latif...whatsApp...messenger..weChat...email..blog dan sebagainya...
Tapi apa yang aku nak tekankan di sini...lebih baik bertanya khabar melalui suara...maksud aku ialah dengan mendengar suara sahaja akan terleraikan segala persoalan...dengan suara akan terhapuslah rasa...pelbagai rasa...tepuk dada tanyalah hati...
Sebenarnya ramai yang tak tahu betapa pentingnya mendengar suara...suara mak abah, suara adik2, suara kawan2 n suara sesiapa pun...dengan mendengar suara kita dapat meneka apa keadaan mereka sebenarnya...sakit? sihat? penat? lelah? rindu? sayang? dan sebagainya....
Selain itu...keraplah bermesej dengan kawan2 n keluarga...moga2 mereka tahu keadaan kamu2 semua...moga2 mereka tahu isi hatimu...
Emm..apa aku nak cakap sebenarnya yekkk??? Kepala rasa tingtong...tak paham apa rasa hati n perasaan sendiri...selebihnya aku suka diam dan lihat sahaja...selasa malam memang aku free dr menaip...teringin nak call sesiapa yg terlintas...tapi hati menidakkan...n di sinilah aku...membebel..
salam CINTA di kejauhan....
Sunday, 28 December 2014
awak di mana awak di mana.....
wasap berdesup-desap masuk...macam-macam berita...macam-macam cerita...masing-masing ada ceria tersendiri... ada kisah suka...ada kisah duka...aku bertukar-tukar tengok dan komen di group-group yang ada..tak banyak pun...3 group zaman sekolah dulu...2 lagi family group...
Tapi aku dok tunggu satu 'benda' lagi...messenger...ada seseorang yang rajin bermesej dengan aku...seronok berbual dengannya tapi tak tahu kenapa hari ini...hilang sejak hampir 6 jam yang lalu..
Puas aku tengok kat telepon...takde...kenapa yek...setahu aku...dia memang tak pernah lekang dengan telefon dia...habis bateri ke? ataupun telefon rosak? pelik? kat facebook pun takde...sedangkan itulah tempat dia selalu bermain...
Ke dia marahkan aku? Tapi sebab pe yek? Kalau betul marahhh...emmm...takpe la nak buat macam mana...orang nak marah...marah jelah...dah biasa kena marah pun...n aku seperti biasa...kalau kena marah...aku senyap je...
tapi kalau tak marah....kenapa yek? Pelik dan pelik rasanya...apa-apa pun aku harap tak terjadi apa-apa kat dia...harap semuanya baik-baik belaka...yelah, dengan cuaca yang tidak menentu ni...dengan banjir dan bah...dengan hujan dan gerimis...risau jugak sebenarnya...baru dapat kawan yang betul-betul sejiwa...tiba-tiba hilang pulak...emmmm
salam CINTA di kejauhan....
Thursday, 25 December 2014
Macam-macam perasaan yang hadir...tetapi RINDU lebih nyata dan terang
Macam-macam rasa timbul....tetapi PEDIH itu lebih menyerlah
Macam-macam perasaan...macam-macam rasa...silih berganti...
Lelah dengan RINDU yang tidak bertepi...
Penat dengan PEDIH tidak menentu....
Hanya senyum dalam kepahitan...
Hanya tawa dalam keresahan...
Itu sahaja yang mampu aku lakukan...
Perasaan itu...rasa itu...aku tak bisa hindarinya
Perasaan itu...rasa itu...aku fahami maksudnya
Puas menepis...puas menghalangnya
Tetapi ia umpama menghalang air deras dengan kedua tapak tangan
Tetapi ia umpama menghalang angin kencang dengan segenap kudrat
Ia masih di situ...teguh berdiri tanpa tergugat sedikit pun
Ia masih di situ...tegap berdiri tanpa rebah menyembah bumi
Kuat dan gagah...ia tetap di situ...
RINDU dan PEDIH itu bersatu dalam perasaan dan rasa..
RINDU dan PEDIH itu bersama dalam hati dan perasaan....
Hanya Allah swt yang mampu menghapuskan segenap RINDU dan PEDIH itu...
InsyaAllah...

Wednesday, 24 December 2014
Assalamualaikum....bertemu lagi kita di sini...aku tidak pasti adakah ada yang melihat atau membaca setiap coretan dari aku...emmm...tak apalah, tak kisah sebenarnya kerana selain dari tempat berkarya. Blog ini juga aku wujudkan untuk aku berinteraksi dengan diri sendiri...ianya lebih kepada diary yang terbuka...luahan hati kecilku...yang kadang-kadang tu begitu merapu...
Di sini...aku juga mahu menyeru kepada semua warga Malaysia yang prihatin kepada mangsa-mangsa banjir kita...apa kata tadahkan kedua tangan kamu semua dan berdoa...dengan maksud dalam Bahasa Melayunya adalah....
"Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." surah Hud 44....
Hati sebak melihat keadaan mereka....namun aku nampak jelas di wajah mereka...walaupun musibah itu terjadi, mereka tetap tenang. Ya, tenangnya mereka walaupun hati mereka mungkin pedih. Kepedihan itu mereka telan. Itulah wajah-wajah yang sentiasa redha dengan ketentuanNya. Ya Allah...aku tidak pasti jikalau aku berada di tempat mereka, adakah aku boleh setenang itu?? Ya...Allah swt menurunkan ujian itu untuk orang-orang yang terpilih sahaja. Orang-orang yang sentiasa bersyukur walau di saat getir sekalipun. Merekalah orang-orang yang terpilih itu. Moga ketenangan itu tetap menjadi milik mereka....amin...
Tadi sempat aku membaca satu status dari Suzana Ghazali, iaitu Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie....katanya...
Jika benar sayang, izinkan dirimu dan si dia tenang....
Jika benar kasih, jangan benarkan dirimu di sisih atau dia tersisish...
Jika benar cinta, laksanakan tanggungjawabmu yang menjadi hak dirinya dan izinkan dirimu menikmati hak yang menjadi tanggungjawabnya....
Usah lafazkan sayang, kasih dan cinta andai tak mampu membuktikan kebenarannya...
salam CINTA di kejauhan....
salam CINTA di kejauhan....
Thursday, 18 December 2014
Seronok jugak mainan baru ni yek....kalau orang lain sibuk dengan games apa tu Clash of Clans kann?? Aku pun sibuk jugak...sibuk dengan games ni laa....blog yang lama sudah aku idamkan....
Tapi susah jugak nak kasi cantik macam orang lain yek...kalau aku masuk blog penulis-penulis ataupun blogger-blogger yang lain...puhh comelnya, cutenya, cantiknya....nak buat macam tu tak reti hehehehe...
Sebenarnya aku memang tak tahu banyakkkkkk perkara. Kena banyakkkkkk belajar dan proses pembelajaran memang susah, lebih-lebih lagi dengan aku yang sudah lama tinggalkan suasana sekolah. Emmm....nak buat macam mana....belajar je la kann...
Wahai blog...kau jadilah cantik sendiri....puhhh...puhhh...puas aku tiup...tak jadi-jadi jugak. Nampaknya aku kena banyak godek-godek jugak ni...
Aku....insan yang adakalanya suka 'lepas' sahaja berkata-kata....lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga sendiri...umpama si Iskandar yang sinis berkata-kata. Namun jauh di sudut hati, aku sebenarnya seperti si Syamir yang lembut bila berbicara. Jika di lihat pada zahirnya aku seperti si Auni....sentiasa menunduk, tidak mampu bertentang mata dengan sebarangan orang dan itu juga aku pada batinnya. Adakalanya aku juga seperti si Aleesya yang tahu serba sedikit perihal agama. Sedikit bukannya banyak. Kurang tetapi cukup untuk mensyarahkan seseorang.
Untuk pembaca semua...blog ini aku wujudkan bukan sahaja untuk menulis cerpen atau novel sahaja tetapi blog ini juga aku jadikan medium perantaraan antara aku dengan aku sendiri....menulis tanpa sekatan....berbicara tanpa sempadan....meluahkan tanpa memperlihatkan wajah....
Akhir kata....salam cinta dari aku untuk kamu....

Tuesday, 16 December 2014
Assalamualaikum....maaf tanpa pembuka bicara yang sepatutnya....saya terus terjah macam tu je tadi...itulah saya yang sebenarnya...menerjah tanpa berfikir panjang....umpama si Qai yang sengal....n baru terfikir...Ya Allah, apa yang telah aku buat ni??? Perlahan-lahan, saya munasabah diri...menilik apa yang tak kena dengan diri....n di sinilah akhirnya saya...menjadi si Harris yang selalu berfikir...namun maaf kalau adakalanya saya tidak mampu menjadi sempurna...kerana saya juga seperti kamu-kamu semua...insan yang serba kekurangan, lemah dan tidak berdaya...
Jika langit itu tinggi...tinggi lagi rasa di hati. Jika lautan itu dalam....dalam lagi jiwa ini. Taipan dari jemari yang semakin gemuk ini, saya tarikan umpama silat pulut yang berseni. Jika terasa ada racun yang berbisa yang keluar dari minda telah saya luahkan. Jika ada parutan luka yang bakal saya goreskan....maafkan saya...maafkan hamba...maafkan aku...yang itulah saya...hehehe...si penulis kecil yang berangan menjadi novelis...agak-agaknya boleh tak? Emmm...ni kena belek diri sendiri lagi nampaknya...
JIWA ini penuh cinta.HATI ini sarat rindu.Cinta dan rindu ini ku gabungkan menjadi satu. Ku realisasikan dalam taipan papan sekeping. Bacalah...bacalah...yang baik di jadikan pegangan, yang buruk di ikut jangan. Aku hanya insan biasa tidak sempurna dan tidak akan sempurna. Hanya kepada Allah swt ku titipkan rasa yang indah ini, kerana bagiku keindahan cinta dan rindu yang pertama hanyalah kepadaNya. Yang kedua untuk yang tersayang dan selebihnya buat kamu, wahai para pembaca semua. Yakinlah, rasa cinta dan rindu ini bukan sedikit. Ianya banyak jika kamu semua sudi mendakapnya, sudi menerimanya dan sudi memilikinya. InsyaAllah. Salam cinta di kejauhan.

Subscribe to:
Posts (Atom)