MR.KILLER SMILE, KAU MEMBUNUHKU PERLAHAN
‘Apalah
yang ada di sebalik kata-kata….itu hanyalah mainan mulut sahaja… dalam hati
tiada siapa yang tahu. Apalah yang ada di sebalik wajah… itu hanyalah pinjaman
dari Yang Maha Esa… tiba saatnya kita akan kembali kepada-Nya jua.’
Bab 10
“Macam mana Is?”
“Macam mana apa?”
“Ala buat tak tahu pulak. Macam mana
dengan first night?”
terjongket-jongket kening Anuar seperti turut bertanyakan soalan itu.
“Aku ingatkan apa tadi. Macam mana?
Macam tulah.” Iskandar sengaja tidak menjawab dengan jawapan yang betul.
“Itu aje? Macam tu? Apa ni…. Weh! Ceritalah
sikit. Nak timba ilmu ni.” Perasaan ingin tahu membuatkan Anuar bertanya lagi.
“Timba ilmu apa ke bendanya… kau kahwin
la cepat-cepat dan timba ilmu sendiri.”
“Weh! Aku muda lagi la.”
“Kau dengan akukan sama umur? Muda apa
ke bendanya,” bidas Iskandar.
Anuar ketawa besar namun keningnya
terjongket-jongket lagi. Isyarat supaya Iskandar bercerita serba sedikit
perihal malam pengantin.
“Takde apa-apalah. Kan aku dah cakap tak
nak ‘sentuh’ dia dulu. Kau dah lupa?”
“Itu memang aku ingat tapi yelah… keju
dah di depan mata, takkanlah tikus dok mengusik misai je.” Anuar berperibahasa
entah dari mana dia mencedok peribahasa itu. Betul-betul merosakkan bahasa.
Iskandar ketawa kecil. Geli hati dengan
peribahasa yang selalu dirosakkan oleh Anuar. Kalaulah cikgu mereka semasa di
sekolah dulu tahu tentang kerosakkan bahasa yang dilakukan oleh Anuar tentu
mereka menangis.
“Akukan dah beritahu dulu, aku cuma mahu
menolong Auni dan sekaligus dapat menggembirakan hati Atuk aku. Itu saja. Tapi
aku adalah ‘cuit’ sikit.” Iskandar tersengih. Teringat ‘cuitan’ yang dia
lakukan.
“Cuit sikit? Cuit dengan jari?”
“Apalah kau ni…. cuit mestilah dengan
jari takkan dengan mulut kot. Aku geramlah juga, sikit je. Mahu tak geram,
diakan cantik dan comel. Aku pun cuitlah
sikit, sikit je.” Iskandar tersengih, tiba-tiba dia terbayangkan wajah Auni
yang manis berlesung pipit di kedua-dua belah pipi.
Anuar mendengar penjelasaan Iskandar
dengan dahi yang berkerut.
“Kau cuit kat mana? Tangan? Muka? Atau
badan?” masih tidak berpuas hati Anuar bertanya lagi.
“Kau takde kerja ke?” tiba-tiba Iskandar
bertanya. Sengaja supaya Anuar tidak bertanya apa-apa soalan lagi.
“Eh! Ada… ada.” Kepalanya
digaru-garukan.
“Habis tu yang kau dok tercongok lagi
ni, apahal?”
“Errkk…. oklah boss. Aku balik bilik aku
dulu la.” Anuar segera bangun dan melangkah ke pintu bilik Iskandar.
“Nuar!!” Anuar berpaling memandang
Iskandar yang memanggilnya. Dia terhenti di depan pintu. Keningnya terangkat.
“Please
don’t tell anyone about my wedding. Termasuklah orang yang paling dekat
dengan kau.” Suara Iskandar mendatar dan perlahan namun masih dapat didengari
oleh Anuar.
“InsyaAllah… I will and always keep this secret. Your secret save in my pocket. Believe me, my friend. Percayalah.”
Anuar memberi jaminan. Seketika kemudian dia berlalu dari situ.
Iskandar tersandar pada kerusinya.
Kerusi empuk yang dahulunya kepunyaan atuknya, Dato’ Hasyim. Semenjak setahun
dua ini, dia telah menerajui Tuah Sejati Development Berhad sebagai CEO.
Sesekali ada juga Dato’ Hasyim selaku turun untuk melihat perkembangan
syarikat. Walaupun Dato’ Hasyim tidak lagi memegang tampuk pentadbiran syarikat
tetapi dia masih memberi nasihat selaku pengarah ataupun managing director dan pendapat untuk kelancaran Tuah Sejati. Iskandar sebenarnya telah diberi kepecayaan
penuh dalam menggerakkan jentera syarikat. Jawatan Dato’ Hasyim selaku pengarah
syarikat juga telah diberi kepada Iskandar.
“Auni….” tiba-tiba nama itu di sebut
Iskandar.
“Auni…. kau memang cantik dan seorang
gadis yang lembut tapi sayangnya, kau tersalah orang untuk dijadikan sandaran
permasalahan kau. Kau sebenarnya mangsa dan akulah pemangsanya. Prey and predator. Sayang betul, kenapa
kau masih berhubung dengan Hanif? Apa yang kau harapkan dengan lelaki ‘jahat’
macam dia?” Iskandar berbisik sendirian, senyuman sinisnya terukir di bibir.
“Sejujurnya… aku tak mahu sebenarnya
menjadikan kau ‘taruhan’ dalam dendam antara aku dan Hanif tetapi apa boleh
buat… kau datang bagaikan menyerah dan cerita ‘kahwin’ ini begitu menguntungkan
aku.”
“Hanif…. kepulangan kau akan aku nanti
dan lihatlah, aku telah merampas salah satu kegembiraan kau. Selepas ini aku
akan rampas setiap satu kebahagiaan kau seperti mana kau merampas kebahagian
adik aku dulu.” Senyuman sinis makin melebar. Mata Iskandar memancar kebencian
yang tidak bertepi.
Iskandar memandang telefon di atas
mejanya. Ganggang diangkat dan jarinya mendail nombor yang dikehendaki.
“Hello… Assalamualaikum… Auni, aku balik
tengahari nanti. Lunch kat rumah. Kau
masaklah, tanya Mak Zah apa yang aku suka.” Iskandar mengarahkan Auni tanpa
gadis itu sempat bercakap sepatah pun perkataan. Terus ganggang diletakkan
kemudiannya.
Iskandar tersandar lagi pada kerusinya.
Fikirannya melayang terbang lalu hinggap dari saat dia bernikah dengan Auni
hinggakan ke saat dia balik ke rumah pada pukul 2.00 pagi tadi. Dia tersenyum
dan terasa malu sendiri. Dadanya berkocak hebat. Perlahan-lahan tangan kanannya
dilekapkan ke dada. Senyumannya semakin lebar, mungkin hanya dia dan tuhan yang
tahu apa yang telah berlaku.
“Harap-harap dia tak tahu.” Iskandar
berbisik lebih kepada dirinya sendiri. Namun senyuman makin melebar. Manis
rupanya ‘sesuatu’ itu.
##########
“Siapa yang telefon?” Mak Zah bertanya.
“Is, Mak Zah!”
“Auni masih panggil dia Is lagi ke?
Bukankah sedap kalau panggil ‘abang’. Is tak suruh ke panggil macam tu?”
“Err… ada… ada…. maaflah Mak Zah… saya
tak berapa biasa lagi panggil dia macam tu.” Auni sedikit gugup. Dia menunduk.
“Kenapa dia telefon? Tak pernah-pernah dia
telefon masa ni? Dia nak apa?”
“Dia… err… Abang Is suruh Auni masak
tengahari. Dia nak balik makan tengahari ni,” jujur Auni memberitahu.
Mak Zah tersenyum. “Selama ni tak pernah
pula dia balik makan tengahari. Selalunya makan dengan Anuar. Tak pun dengan gepren-gepren dia yang ramai tu.”
Auni ketawa kecil mendengar mak Zah
menyebut perkataan gepren. “Girlfriend mak Zah… bukan gepren… kelakarlah Mak Zah.”
“Eh! Kita cerita pasal gepren bukannya nak jeles tapi ketawa pulak.”
Semakin kuat Auni ketawa mendengar
sebutan Mak Zah yang bersahaja. Hatinya berbunga, terasa bagaikan arwah ibunya
hidup kembali dalam diri Mak Zah. Bahagia menyelubungi dirinya seketika. Hilang
sesaat rasa duka yang sejak akhir-akhir ini menyelubunginya. Moga segalanya
pulih kemudian nanti.
Namun tiba-tiba Auni teringatkan
perlakuan Iskandar malam tadi. Badannya menggigil tiba-tiba, debaran terasa
begitu kuat. Dadanya terasa sebak dan sarat. Sarat dengan emosi yang datang
silih berganti. Sebenarnya perasaan Auni lebih kepada takut. Takut dengan
bayangan lelaki itu. Takut dengan situasi yang begitu membingungkan. Namun dia
tahu dia harus pandai mengawal semuanya agar Iskandar tidak mengetahui perasaan
takutnya.
##########
Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.
Iskandar masih belum balik lagi. Auni sendirian di bilik yang besar itu.
Matanya memerhatikan keadaan bilik, segala-gala yang terdapat dalam bilik itu
kelihatan begitu gah sekali seperti pemiliknya. Tadi sebelum Auni merebahkan
diri di atas katil sempat juga dia menjelajah bilik itu.
Rupanya masih terdapat satu lagi tangga
yang menuju ke tingkat paling atas rumah. Itu bermakna dalam bilik Iskandar
sahaja terdapat 3 tingkat dan tingkat teratas itu menempatkan himpunan buku,
majalah dan komik selain terdapat sebuah lagi TV yang besar berserta deretan
VCD dan DVD.
Auni berbaring mengiring pula setelah
penat dia terlentang tadi. ‘Dia tak balik lagi ke?’ hati kecilnya berbisik.
Namun hatinya terasa lega sebab lelaki itu tiada untuk ‘mencuit’nya.
Harap-harap tiada lagi sebarang kejutan dari lelaki itu. Auni menguap beberapa
kali, mengantuk. Entah bila dia tertidur, dia sendiri tidak sedar.
Tiba-tiba Auni terasa ada pergerakan di
sebelahnya. Iskandar? Dadanya berdebar. Bilik itu agak suram dengan hanya lampu
tidur yang menyala. Auni membuka matanya sedikit. Iskandar! Ya, Iskandar duduk
betul-betul di sebelah kanannya. Dia begitu dekat sekali. Auni memejamkan
matanya rapat-rapat. Dadanya berkocak kencang. Terasa kepalanya yang masih
bertudung diusap. Badan Auni menggigil tiba-tiba.
Auni cuba menenangkan dirinya tetapi dia
terasa ingin menjerit. Mindanya merewang dan hinggap pada kata-kata yang
Iskandar katakan sebelum mereka berkahwin tempohari. Tidak ingatkah lelaki itu
dengan kata-katanya sendiri bahawa dia tidak akan ‘menyentuh’. Lelaki itu mahu
menelan kata-katanya sendirikah?
Auni terasa pipinya pula diusap
perlahan. Dia semakin gementar. Deruan nafas keras Iskandar juga jelas
kedengaran ditelinganya kemudian Auni terasa dahinya dikucup. Perlahan, lembut
dan lama. Hampir Auni menjerit tapi tiba-tiba tiada lagi pergerakan dari lelaki
itu. Auni memberanikan dirinya membuka matanya perlahan-lahan.
Iskandar sudah tiada di situ dan
kelihatan satu susuk tubuh terbaring di sofa panjang bersebelahan katil. Jarak
antara katil dan sofa hanya terpisah 2 meter sahaja namun itu sukup melegakan
Auni. Debaran di dada Auni semakin berkurangan tetapi dia tidak dapat tidur
hingga ke pagi. Matanya sentiasa mengawasi setiap pergerakan Iskandar yang
kelihatan lena bagaikan bayi yang baru lahir.
##########
“Auni dah siap masak?” suara Mak Zah
betul-betul mengejutkan Auni.
Mak Zah menggeleng-gelengkan kepalanya
melihat Auni. Dia tersenyum kemudiannya.
“Teringatkan Is ye?” serkap Mak Zah.
“Eh! Tak de lah Mak Zah. Emm! Lauk dah siap.”
Auni senyum memandang Mak Zah yang kelihatan tersenyum sumbing.
“Auni… Auni…. macamlah Mak Zah tak
pernah muda dulu. Sah dia teringatkan Is ni.” Giat Mak Zah lagi.
“Eh! Macam mana Mak Zah boleh tahu yek?”
Auni turut tersenyum sumbing menutup rasa malunya. Terasa mukanya tebal
berinci-inci.
Mak Zah tergelak kecil. “Mak Zah tak
tahu sebenarnya. Aunilah yang beritahu kat Mak Zah baru kejap tadi.”
“Eh! Bila pulak saya beritahu Mak Zah?”
“Tadi.”
“Bila? Tak ingat pun saya cakap kat Mak
Zah. Bila yek?” Auni mula menggaru-garukan kepalanya. Dia kehairanan
lebih-lebih lagi Mak Zah mula kuat gelaknya.
“Auni… Auni… lurus bendul betul. Tadikan
Auni cakap ‘macam mana Mak Zah tahu’ bila Mak Zah cakap ‘sahlah dia teringatkan
Is’. Itu bukannya beritahu secara tak langsung?” Mak Zah meleraikan kehairanan
Auni.
Auni senyum sumbing lagi. Dia
betul-betul malu sekarang. Kalau tadinya mukanya terasa tebal berinci-inci.
Kali ini mukanya terasa di simbah cat merah pula dan cat itu menitis-nitis
membasahi tubuhnya juga.
“Mak Zah nak siapkan meja. Kejap lagi Is
balik la tu.” Mak Zah terus berlalu ke ruangan makan setelah memberitahu
perkara itu.
Ah! Hampir sahaja Auni terlupa bahawa
Iskandar akan balik makan tengahari sebentar lagi. Dia sebenarnya sudah siap
memasak nasi dan beberapa jenis lauk yang digemari Iskandar. Ingatannya pada
kejadian petang dan malam semalam ingin dibuang terus dari ingatannya. Biar
perkara yang berlaku itu hilang tanpa meninggalkan parut yang mampu dilihat.
Janganlah lelaki itu mengulanginya lagi dan Auni sendiri beranggapan lelaki itu
hanya ingin menduganya dengan ‘mencuit’. Mencuit bukan menyentuh.
Auni ingin berfikiran positif kerana dia
pernah terbaca tentang satu penyelidikan di Mayo Clinic AS, bahawa mereka yang
optimis semasa muda di jangka hidup 12 tahun lebih lama berbanding dengan
mereka yang pesimis. Penyelidikan ini juga di sokong oleh Anna L.Marsland,
pakar psikologi dari Pittsburgh Medical Center, bahawa mereka yang moody, mudah tertekan, mempunyai
tindakbalas aktif terhadap vaksin berbanding dengan mereka yang ceria. Ya,
ceria…. Auni ingin ceria dan gembira di samping rasa bahagia. Bahagia?
Dia juga akan mengawal rasa marahnya.
Istilah marah akan dicuba hilangkannya kerana dia tahu tidak elok untuk seorang
isteri berasa marah lebih-lebih lagi terhadap suaminya sendiri. Syurganya
terletak pada seorang suami. Walau seburuk mana pun seorang suami. Walau
semiskin mana pun seorang suami. Seorang isteri wajib mentaatinya selagi tiada
batasan agama yang dilanggar. Selagi tiada kemaksiatan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment