Bab
2
“Papa tahu apa yang cuba kamu buat Qai…
tapi seperti yang kamu tahu, kamu dalam bahaya. Bahaya besar. Kita tak tahu
lagi siapa musuh kita yang sebenar dan mereka ada berapa ramai. Kamu memang
memerlukan bodyguard.”
“Tapi Qai tak berapa percayakan dia dan
boleh ke dia menjaga keselamatan Qai? Lagipun dia tu budak-budak lagikan? Apa
yang budak-budak boleh buat? Entah-entah nak jaga diri sendiri pun tak lepas.”
Qai betul-betul tidak faham kenapa dia memerlukan ‘babysitter’.
“Do
you want to be like your brother?” soal Yusof Bakti
ringkas.
Terdiam. Wajah abangnya terbayang di
mata. Kesian abang, Siapalah yang begitu dajal mahu mengenakan mereka
sekeluarga. Dan oleh kerana apa yang terjadi kepada abang, maka di sinilah dia,
Qai terpaksa…. menggantikan abangnya.
“Papa…. Qai kan dah beritahu papa
syarat-syarat Qai sebelum bersetuju menggantikan abang dulu, papa tak ingat?”
Qai cuba berdiplomasi dengan papanya.
“Papa ingat dan sebab tulah papa berikan
Harris sebagai bodyguard Qai dan dia
bukannya seperti yang Qai nampak. Ya, dia muda tapi tidak terlalu muda
sebenarnya. Sebab rupa mudanyalah dia papa pilih. Qai boleh percayakan dia
seperti papa percayakan dia. Macam nilah…. Qai anggap saja si Harris tu seperti
tidak wujud dan bukannya bodyguard Qai.
Anggap dia sebagai kawan baik. Ok tak?” Yusuf Bakti berusaha memujuk anaknya.
Lambat-lambat Qai menganggukkan kepala.
Separuh setuju sebenarnya. Ah, harap jangan hilanglah kebebasannya.
“Tapi papa harus ingat, Qai bukannya
budak berumur 17 tahun walau hakikatnya terpaksa jadi 17 tahun. Qai tak nak
terlalu fokus dengan study macam
betul-betul nak ambil SPM. Qai mahu enjoy
macam budak-budak 14 tahun yang lain. Ok?”
Yusuf Bakti anggukkan kepala. Dia
tersenyum. Qai pun tersenyum. Lega juga sebab papanya mengotakan janji. Janji
yang papanya janjikan apabila Qai setuju menggantikan abangnya. Ya, Qai
terpaksa menggantikan abangnya. Setelah abangnya terbaring di katil angkara
seseorang. Kenderaan yang mereka naiki telah di sabotaj ketika dalam perjalanan
dari KLIA ke rumah mereka.
Sebulan dari sekarang Nenda iaitu nenek
Qai dan abangnya yang tidak pernah mereka kenali mahu bertemu dengan waris
lelaki tunggalnya. Waris itu adalah abang tetapi Nenda tidak sedar dan tidak
pernah tahu dia masih mempunyai waris yang lain. Orang itu adalah Qai yang
berusia 14 tahun dan Qairil Alexander iaitu adik Qai yang baru berumur 9 tahun.
Kenapa Nenda tidak pernah mengenali
mereka? Sebab yang sebenarnya ialah Nenda tidak pernah menyukai mama mereka,
wanita Perancis yang berambut perang. Dari cerita yang Qai tahu dan dengar,
papa tekad mengahwini mama dan berhijrah ke Perancis. Selepas dia dilahirkan,
Nenda sengaja memerangkap papa mereka dengan lakonannya. Kononnya Nenda sakit
tenat. Maka papa terpaksa meninggalkan mereka seketika untuk kembali ke tanah
air. Abang dan Qai telah diletakkan di bawah jagaan Makcik Suri.
Siapa Makcik Suri? Dia ialah wanita
Malaysia yang belajar di Perancis ketika itu. Bekerja dengan Yusuf Bakti untuk
mencari duit poket bagi menampung pelajarannya. Mama? Mama meninggal ketika
melahirkan Qai. Sejak itu Yusuf Bakti tidak dapat menjenguk kedua anaknya.
Hanya duit belanja yang dikirimkankan. Tetapi selepas 4 tahun kemudian Yusuf
Bakti kembali ke pangkuan mereka walaupun hanya 3 atau 4 kali setahun. Yusuf
Bakti juga mengahwini Makcik Suri kerana jasanya membesarkan dan menjaga
anak-anaknya. Walaupun mereka tiada pertalian darah. Setahun kemudian Alex
dilahirkan.
Sekarang pula secara tiba-tiba Nenda
meminta Yusuf Bakti membawa cucunya kembali ke tanah air. Sebabnya? Sebabnya ialah
abang adalah cucu lelaki tunggalnya (itu kata Nenda). Cucu lelaki tunggal? Emm…
begitulah hakikatnya. Dua orang lagi adik lelaki Yusuf Bakti hanya mempunyai
anak perempuan sahaja. Tiada anak lelaki. Hahaha… lawakkan? Dulu mereka
dipinggirkan, sekarang merekalah ‘harta’ yang tidak ternilai. Waris lelaki
kepada arwah Tan Sri Idris Bakti dan Puan Sri Tengku Puteri Maznah, Nenda
Qai.
Dan Qai pula? Abang dan Qai tidak pernah
menjejakkan kaki ke Malaysia. Hanya sebulan inilah baru dia mengenali secara
terus tentang Malaysia tetapi tragedi berlaku. Mereka di timpa kemalangan. Qai
dan abang. Abang parah dan Qai? Qai di sini sekarang. Sihat dan terpaksa
menjadi abang yang berumur 17 tahun, tetapi yang sebenarnya dia baru berumur 14
tahun.
Mujur juga dia spesis yang tinggi,
mungkin ikut arwah mama yang juga tinggi. Kiranya jika dibandingkan Qai dengan
budak-budak lelaki Melayu lain yang berumur 17 tahun, tidak nampak bezanya.
Tinggi lagi dia dari dia orang adalah? Kejap-kejap… .ada seorang yang mungkin
tidak mampu atasi ketinggiannya…. si Harris, mamat bidadara hantu galah.
“Qai…” suara Yusuf Bakti mengejutkan Qai
dari lamun yang panjang.
“Papa sangat-sangat berterima kasih sebab
membantu papa dalam hal ini.” Mata Yusuf Bakti bergenang. Cepat-cepat Qai
memandang ke arah lain.
“It’s
ok papa. I’m understand and thanks because papa masih
menjadi papa kami walaupun banyak rintangan.” Qai tersenyum.
Yusuf Bakti turut tersenyum. Dia
menggosok-gosok kepala anaknya seperti yang dia selalu lakukan dari Qai kecil
lagi.
“Macam mana dengan Qai? Selesa? Kalau
tak selesa, beritahu papa ok.” Tiba-tiba Yusuf Bakti bertanya.
“Qai ok saja, papa. Setakat ni memang
takde masalah. Kalau ada pun, I can
handle it.” Bersama senyuman Qai memberitahu jawapan yang teramat pasti.
“Ok, Qai boleh keluar dan jumpa dengan
Harris. Dia akan bawakan Qai ke dalam kelas. Dan ingat jangan buat kerenah
pula, papa tahu Qai seorang budak yang baik. Dan satu lagi rahsiakan siapa Qai.
Papa tak mahu kalau ada yang tahu Qai anak papa, Qai pula jadi mangsa. Tidak
sehingga Qai sudah bertemu Nenda nanti.” Cukup risau. Yusuf Bakti kelihatan
cukup risaukan anaknya.
Qai rasa cukup terharu, dia senyum
sahaja tanda faham dengan kata-kata papanya.
##########
Qai keluar dari pejabat papanya. Harris
kelihatan tersengguk-sengguk di atas kerusi taman yang berhadapan pejabat.
‘Wah, cantik punya bodyguard. Kau tidur ye?’ Qai mengangkat tangan kanannya mahu
menyekeh kepala Harris, tetapi cepat Harris menyambar pergelangan tangan. Kuat.
Qai mengerutkan dahinya, sakitlah.
“Kau rupanya. Maaflah, aku ingatkan
musuh mana nak menyerang aku.” Harris melepaskan tangan Qai yang dia pegang.
Aik, sudah berubah cara perbualan
nampaknya? “Musuh? Kelakarnya…. kau pun ada musuh jugak ke? Ni ambil beg aku,
bawa ke dalam kelas.” Qai menghulurkan beg sandang kesayangannya.
Bedebuk! Ah, beg kesayangan! Jatuh? Qai
membulatkan mata memandang Harris. Kurang ajar! Harris tidak sambut beg yang dihulurkan
tadi? Apahal mamat ni? Gerutu hati kecil Qai.
“Kau apahal? Tadi bukan main depan papa,
kau cakap nak patuhi arahan aku. Ni apahal pulak??” rasa-rasanya api sudah
hampir terkeluar dari hidung.
“Itu kalau… dan aku cakap sekali lagi, kalau…
keadaan terdesak. Aku akan patuhi arahan kau tapi ni…. aku bukannya kuli kau. I’m not your babysitter. Beg kau, kau angkat sendirilah. Dahlah tu, jom kita ke
kelas. Aku dah rugi 2 masa sebab kau tahu tak? Dan satu lagi aku nak beritahu
kau, tuan pengerusi suruh aku awasi dan jaga keselamatan kau dari jauh dan
bukannya menjadi pengasuh kau, ok.” Harris segera melangkah dengan langkah yang
panjang meninggalkan Qai yang sedikit terkulat-kulat.
“Ok,
fine. Kalau begitu aku bolehlah buat cara aku tanpa ada
gangguan. Bagus jugak tapi siap kau mamat bidadara. Ini sang arjuna bidadara
bermata biru akan menyaingi kau tidak kira dalam apa juga bidang. Kalau tidak
jangan panggil aku Qai….” Qai mengetap gigi.
Geram dan tercabar dengan bodyguard yang guard dari jauh. Bodyguard yang
tak mahu jadi babysitter. Babysitter? Oh,
no! Mujur juga bukan babysitter….
‘aku dah 17 tahun bukannya 14 tahun, ok.’ Rasanya hampir terjerit Qai dengan
satu perkataan itu.
No comments:
Post a Comment