Bidadara Putera
Bab
8
“Kita nak ke mana?” aku bertanya ketika kami
menghampiri kawasan parking sekolah.
“Aku nak bawa kau ke rumah aku.” Ringkas
jawapan Harris.
“Apahal pulak nak ke rumah kau? Aku nak
keluar sekejap je dari sekolah ni dan lepas tu balik rumah aku.”
Langkah Harris terhenti. “Aku dah
beritahu Tuan Pengerusi pasal incident yang berlaku dan aku beritahu dia, aku
akan tolong ‘jaga’kan kau seminggu dua ni.”
“Apahal kau beritahu dia? Aku kan dah
cakap tadi, aku tak nak papa tahu pasal perkara ni? Dan…dan…aku boleh duduk
rumah aku sampai bengkak kat muka ni baik. Lagipun makcik Zaiton ada, dia boleh
tolong ‘jaga’kan aku.” Geram tahap Gaban dah aku ni. Siapa dia pandai-pandai
hendak tolong ‘jaga’kan aku? Macamlah aku budak kecik!
“Tuan Pengerusi beritahu pembantu rumah
kau tak de. Tiba-tiba saja dia ada emergency tadi, cucunya jatuh dan patah
tangan. Mungkin lama dia akan duduk di rumah anaknya. Kau jangan risaulah, kat
rumah aku tak de sesiapa pun. Aku duduk sorang je.”
“Aku boleh duduk sorang-sorang la kat
rumah aku dan…dan…aku tak selesa dan tak pernah duduk rumah orang lain.”
“Emm…macam nilah. Kau call Tuan
Pengerusi dan cakap sendiri dengan dia. Aku hanya ikut arahan sahaja.” Harris
cuba berdiplomasi.
Tenang…tenang Qai…. “Okay, aku call
papa. But kalau dia kata aku boleh duduk sendirian, kau jangan cuba
pandai-pandai nak ingkar arahan.”
Cepat-cepat aku mendail nombor handphone
papa. Malas hendak melambatkan perkara yang tiba-tiba penting pada saat ini.
Aku sebenarnya tidak percaya bahawa papa suka-suka hati sahaja memberi
perlepasan Harris supaya men ‘jaga’ aku dan mustahil pula rasanya papa
mengizinkan aku duduk di rumah Harris. Macamlah aku tidak berumah.
Nada dering berbunyi sesaat sebelum di
angkat. “Assalamualaikum papa. I want to ask you something….it that true that
makcik Zaitun was not at home? And I have to stay at Harris’s house?”
Aku mendengar berhati-hati tiap patah
perkataan yang di beritahu oleh papa. “Emm…if you say like that….it’s okay….and
are he know?”
Aku menganggukkan kepala dan sedikit
lega sebenarnya dengan penjelasan papa. Telefon aku hulurkan kepada Harris
kemudiannya, papa hendak bercakap dengannya pula.
Aku mendengar sahaja perbualan Harris
dengan papa. “Yes, tuan. Saya akan jaga Qai dengan baik. Ok…ok…” telefon di
serahkan kembali kepadaku.
“Kita ke rumah kau dulu kemudian barulah
balik rumah aku. Kemas pakaian untuk seminggu dua dan jangan bawa banyak sangat
barang.” Harris berkata dan dia berhenti melangkah di tempat parking untuk
motorsikal.
Terdapat deretan motosikal di situ.
Nampaknya ramai juga murid di sekolah ini menaiki motor ke sekolah selain di
hantar pemandu dan membawa sendiri kereta. Emm…apa hendak di hairankan. Sekolah
prive dan terkenal di Kuala Terengganu ini mempunyai ramai murid-murid dari
golongan berada. Parents mereka mampu menyediakan apa juga kemudahan untuk
mereka. Ramai juga murid-murid yang tinggal di asrama, atas sebab-sebab
tertentu seperti berasal dari negeri yang lain dan mungkin juga mahu study
berkumpulan di waktu prep lebih-lebih lagi bagi yang bakal menduduki
peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kalau ada duit, apa-apa
pun boleh jadi.
Aku sedikit teruja sebenarnya melihat
deretan motorbike yang berbagai jenama dan warna. Aku betul-betul teringin
menunggang dan memiliki sebuah motorbike namun kerana faktor umur dan masih
belum memiliki lesen menyebabkan hasrat itu terpendam sahaja. Agak-agaknya apa
jenama motorbike si Harris yek?
##########
Aku rasa sepanjang perjalanan ke rumah
aku, sudah beberapa orang dah berpaling memandang kami berdua dengan pandangan
yang pelik. Pelik tetapi benar. Muka aku pun sudah naik tebal. Kali ini memang
aku betul-betul geram tahap Gaban bercampur tahap SuperSaiya Goku, ada ke patut
rupa yang kacak dan segak ini membonceng motorsikal entah dari zaman bila tah!
Agak-agak aku la, motor ini sudah berdekad tidak di keluarkan apatah lagi
dipakai orang. Helmet pulak macam helmet askar zaman jepun je. Motorsikal Honda
C70 berwarna merah.
Aku betul-betul musykil, Harris ini
bukan anak orang berada ke? Tetapi macam mana pulak dia boleh bersekolah di
sekolah papa? Dan siapa dia sebenarnya? Banyak perkara yang aku musykil
sekarang ini. Dia bagaikan mempunyai rahsia. Papa tahu ke? Dan…dan….lambatnya
sampai……bontot aku dah berkematu duduk atas motor antik ini.
##########
“Kita dah sampai.”
Aku segera turun dari motorbike Honda
CBR 250R bukannya motorsikal Honda C70. Emm…motor tu sebenarnya dan sepatutnya
kepunyaan abang. Papa yang sediakan untuk abang supaya senang dia hendak pergi
dan balik dari sekolah. Di sebabkan perkara yang berlaku kepada abang, motor
ini tersadai saja di depan rumah. Dan di sebabkan motor antik Harris itu begitu
memukau kalbu, maka aku dengan senang hatinya menyerahkan kepadanya motorbike
abang. Habis cerita. Mujur juga Harris tidak banyak kerenah menerima dan sudi
menggunakan motorbike abang. Esok-esok aku nak belikan dia jaket dan glove yang
betul-betul sepadan pulak. Harap dia terima juga.
“Ini ke kampung kau?” aku yang sudah
menanggalkan helmet segera bertanya.
“Ye…kampung aku. Kg.Che Amar, Atas
Tol.Tempat aku bermain. Jemputlah naik.”
Aku memandang Harris yang sudah memanjat
tangga rumahnya. Rumah kampung yang unik pada pandangan mataku. Bumbungnya
begitu cantik, ciri-ciri tradisional Terengganu begitu menyerlah. Rumah kayu
itu memang cantik tetapi kelihatan agak suram mungkin kerana tidak bercat.
Perlahan-lahan aku turut memanjat tangga yang diperbuat daripada kayu juga.
Ruang tamu yang agak luas, ada beberapa
buah kerusi rotan menghiasi ruang itu. Sebuah TV hitam dan kecil yang terletak
di atas rak besi berwarna hitam juga ada. Hiasan yang simple di dalam ruang
yang luas. Pelik gayanya dekorasi yang di pamerkan. Citarasa siapalah agaknya?
Harris? Ye kot? Tapi macam tak padan pulak dengan karakter yang di pamerkan
oleh tuan empunya badan. Harris….emm…apa ya…hendak aku gambarkan. Lelaki
misteri? Budak tinggi aneh? Hehehe….itulah gambaran aku.
“Qai….kau gunalah bilik tengah ni. Bilik
ni elok sikit tapi sorilah sebab ada katil dan almari je.” Harris muncul dari
bilik tengah dengan penyapu di tangan.
“Bilik kau mana?”
“Bilik aku sebelah bilik kau je yang
depan sekali. Kenapa? Kau nak tukar bilik ke?”
“Tak…”
“Kalau kau nak tukar….boleh jugak tapi
bilik aku serupa je dengan bilik tengah ni cuma kat hujung katil, lantai dia
reput dah sikit. Bimbang kot-kot kau tersalah pijak, naya…”
Aku menjenguk bilik Harris. Ada katil
kelamin yang bertiang tinggi, antik. Almari dan meja study. Simple. “Emm…aku
duduk bilik tengah jelah.” Aku berpaling dan masuk ke bilik tengah, bilik yang
elok sikit kata Harris tadi.
Backpack aku letakkan di sisi katil.
Katil bujang yang bercadar warna kuning, bercorak abstrak. Aku terus merebahkan
tubuh, penat dan badanku betul-betul terasa sakit kini. Perlahan-lahan aku
lepaskan keluhan. Nampaknya macam-macam perkara telah terjadi semenjak aku di
Malaysia. Sebulan lalu abang dan aku di timpa kemalangan. Abang terlantar di
katil dan aku cedera di belakang badanku. Sikit je tetapi luka di belakang
bahuku terpaksa di jahit. 3 jahitan.
Kini, hari ini, demi menolong orang. Aku
di belasah. Memang aku melawan dan membelasah juga tetapi kerana aku tidak
pernah berlawan secara live dan yang paling penting, sebenarnya aku tidak
pernah belajar mana-mana seni mempertahankan diri pun. Cuma cara berlawan itu
aku kutip dari filem-filem aksi yang pernah aku tonton dan sedikit keberanian.
Aku mengeluh lagi. Sakit. Badan aku
sakit tetapi sebenarnya tidak sesakit hati kerana seorang bodygourd. Selain
melindungi aku, rupanya dia juga bermulut pedas. Sedikit pendiam tetapi kalau
bercakap….sinis dan mencucuk. Mujur juga aku ni jenis yang turut cakap
‘mencucuk’. Padanlah aku di gourd oleh bodygourd yang saling ‘cucuk mencucuk’.
Padan muka aku…hehehe….tapi….
Rasanya sebelum aku terlelap dalam
wheelchair tadi aku seperti terdengar Harris seperti berbisik. Jelas kedengaran
di telingaku dan kata-kata akhirnya ‘wahai budak yang berumur 14 tahun, aku
tahu kau belum matang dan dewasa dan aku harap kematangan aku akan merubah kau
menjadi sedikit ‘dewasa’ kerana aku tahu kau seorang budak yang tabah serta
kuat.’ 14 tahun!! Dia tahu aku berumur 14 tahun? Papa yang beritahu? Tapi
kenapa? Apa lagi yang papa beritahu kepadanya?
##########
“Qai….” Harris memanggil.
Dia menjengah. “Tidur rupanya….”
Terdengar dia bercakap sendirian.
Aku sengaja memejamkan mataku. Aku malas
hendak ‘mencucuk’ dia sekarang. Aku penat dan sakit. Badan sakit. Hati sakit.
Rasa geram pun ada. Geramkan papa. Geramkan Harris. Mujur juga Harris sedikit
‘baik’ sejak di rumahnya ini. Jadi aku juga mahu ‘baik’.
“Tidurlah budak….tidurlah dengan damai
dan tenteram. Aku akan menjaga kau seperti adikku sendiri. Namun dalam tidurmu,
ingatlah dalam hidup ini….biasanya jalan yang selalu di sukai dan di lalui
orang lain tidak semestinya kita lalui juga. Jalan yang kita sukai pula tidak
semestinya orang lain suka dan lalui. Setiap hamba Allah SWT di berikan jalan
yang berlainan. Kita sebagai hambaNya haruslah bersyukur dengan setiap jalan
yang di beri. Hadapi dan tempuhi tanpa rasa kecewa dan marah. Di akhir jalan
nanti kita pasti temui kebahagian yang dijanjikanNya. Jadi tabahlah wahai
budak….mungkin jalan yang diberi ini berliku dan berduri….insyaAllah selagi aku
memegang amanah, kau akan selamat. InsyaAllah.”
Aku membuka mataku perlahan-lahan
setelah Harris menutup kembali pintu bilik. Terkelip-kelip mataku. Otak kecilku
ligat mencerna maksud setiap kata-kata Harris tadi. Kata-katanya melambangkan
kematangannya. Terlebih matangkah budak yang berumur 17 tahun itu? Ataupun ada
‘rahsia’ yang tersembunyi? Entahlah.
BEST 3X.
ReplyDeleteThanks baby mio..^_^
ReplyDelete