Monday 30 March 2015

BAB 1 dan Bab 2 : TERTULIS


JIKA ITU YANG TERTULIS

~Aku bisikan kata-kata itu. Aku terjemahkannya dari suara hati. Rindu dan rasa itu bertahun dan semakin membara. Ianya menyala dan semarak~

Bab 1

Tahun 2014, bulan Disember

Sebaik habis waktu rehatnya, Izzad Firdaus segera kembali ke pejabat. Hari ini dia sedikit bergegas kerana banyak kerja yang bagaikan cemburu dengannya yang menanti. Yalah, hari ini adalah hari pertama dia berkerja setelah hampir seminggu dia bercuti. Perlahan-lahan dia sedikit mengeluh, ‘masa bercuti tak ingat kerja tapi ia sudah balik…..emm….’

Dalam beberapa langkah lagi Izzad bakal menghampiri pintu utama Cengal Kasturi , sayup-sayup dan agak perlahan kedengaran suara nyanyian suara kanak-kanak perempuan yang cukup comel. Langkahnya terhenti, bukan sahaja kecomelan kanak-kanak itu yang mengingatkannya kepada sseorang tetapi lirik dan senikata lagu itu yang menggentarkan hatinya.

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu,

Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta,

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang,

Sujud syukur padaMu atas segala cinta……..

Sungguh. Izzad sungguh terkejut dengan kelancaran kanak-kanak perempuan itu menyanyikan lagu yang telah mengingatkannya pada seseorang.  Dia membuka mulutnya mahu menyapa kanak-kanak comel itu namun suara lain yang terlebih dahulu memanggil kanak-kanak itu. Dengan senyuman yang dia tidak pernah lupakan, wajah pemilik suara menampakkan diri. Izzad bagaikan terpaku seketika.

Ya, wajah itu. Suara itu. Wajah empunya badan masih tidak berubah. Namun si dia bagaikan tidak mengenalinya, hanya tersenyum dan berlalu dengan memimpin pergi kanak-kanak perempuan yang persis wajah si dia. Di hujung bangunan telah menanti sebuah kereta yang dipandu seseorang yang setia menanti. Dia memandang sehingga kereta tersebut hilang di sebalik selekoh. Tangan dilekapkan ke dada. Rupanya sakit itu masih ada. Masih menyala.

Dengan rasa yang dia sendiri tidak mampu tafsirkan, kakinya mengheret tubuh yang seakan beku. Perlahan dia berbisik dengan dirinya sendiri ‘Aku bisikan kata-kata itu. Aku terjemahkannya dari suara hati. Rindu dan rasa itu bertahun dan semakin membara. Ianya menyala dan semarak. Dengarlah bisikan yang aku lagukan ini, gadisku. Dengarlah dan jangan berpaling lagi.’ Rasa  rindu dan sesak yang bertahun di pendam, bagaikan kembali lagi. Kali ini bukan sahaja kembali tetapi mengalir bagaikan air bah yang tidak pasti bila surutnya. Mengalir bagaikan arus songsang yang melawan aliran sungai yang menggila.

##########

Perlahan Farha Kirana menuruni tangga bangunan itu. Baginya biarlah lambat atau perlahan asalkan selamat. Sebenarnya bukan dia tidak mahu menggunakan lif tetapi bagaikan menjadi satu kebiasaan baginya yang dia sendiri tidak pasti bila, dia lebih suka menggunakan tangga daripada lif. Lagipun dari info yang dia pernah baca bahawa jikalau menggunakan tangga ketika naik atau turun dari tangga jantung kita akan lebih sihat. Yalah,turun atau naik tangga sebenarnya bagaikan satu senaman juga.

Setelah dia keluar dari pintu utama Cengal Kasturi, dia segera mencari Farah Arisya. Farah Arisya ialah kanak-kanak perempuan yang baru menjangkau 10 tahun semalam. Seorang kanak-kanak yang ceria. Kiri kanan dia mencari, nun di sebelah kanan, Farah sedang berseorangan sambil menyanyi dengan nada yang agak perlahan namun masih dapat di dengarinya.

Geli juga hatinya melihat aksi Farah, lagaknya seperti penyanyi profesional.Satu-satu bait senikata lagu kedengaran, ianya begitu menggetarkan hati kecilnya. Sebenarnya dia tidak pasti kenapa tetapi lagu itu bagaikan telah menjadi jiwanya bertahun dulu. Ya, dia memang tidak pasti kenapa, mindanya kelam bagaikan ada satu tembok yang menghalangnya.

Farha melambaikan tangannya sambil melemparkan senyuman kepada kanak-kanak perempuan yang semakin di hampirinya itu. Farah Arisya turut membalas lambaian tangannya. Di belakang Farah Arisya kelihatan seseorang yang bagaikan bergegas mengejar waktu. Mungkin dia salah seorang pekerja di salah satu bangunan yang terdapat di situ. Dari segi pemakaiannya pekerja itu kelihatan berjawatan tinggi. Ah, tidak kisahlah siapa pun dia.

Farah Arisya di hampirinya dan dipimpin. Pekerja tadi kelihatan berdiri tegak selang beberapa langkah di belakang. Dia segera melemparkan senyuman kepada pekerja tersebut, yalah sekadar menunjukkan kemesraan sebagai seorang manusia. Lagipun senyum itukan satu sedekah. Dia segera membawa Farah Arisya berlalu dari situ.

Nun di sebelah bangunan yang lain sebuah kereta setia menanti. Setelah dia dan Farah menaiki kereta sempat dipandang sekilas ke arah pekerja tadi, kelihatan pekerja itu masih di situ bagaikan kaku dan membeku. Dia tersenyum sendirian melihat keadaan itu dan baginya perkara tersebut adalah perkara biasa sahaja.  Terlalu biasa. Tiada yang istimewa.

‘Ya,tiada yang istimewa…..’ dia berbisik sendirian namun sebelum kereta yang dinaiki bergerak meninggalkan kawasan itu dia memandang sekilas ke arah pekerja tadi, tiba-tiba hatinya terasa sesuatu yang dia tidak pasti apa puncanya. Hatinya pedih, mindanya kosong, jiwanya melara dan setitis dua air matanya mengalir. Cepat-cepat dia mengesat air matanya apabila dirasakan ‘teman’ pemandu di sebelah memandang sekilas dua ke arahnya.

‘Tiada yang istimewa….’ Bisik hatinya lagi mententeramkan perasaan yang dia sendiri tidak pasti apa. Namun kepalanya berdenyut keras. Rupanya memikirkan perkara itu turut mempengaruhi kepalanya yang sentiasa sakit bertahun lamanya.

##########

Tahun 2010

            “Kita putus!” cepat Kirana menuturkan perkataan itu. Lega.

            Izzad membulatkan matanya. “Putus? Kenapa? Why?”

            “I rasa kita tak sesuai antara satu sama lain so jalan terbaiknya adalah…putus. Itu saja.” Kirana tekad. Dia mesti putuskan hubungan dengan Izzad.

            “Ok…kalau itu yang you mahukan but beritahu reasonnya. Apa sebabnya? Sebab I tak cukup kacak? Tak cukup kaya? Or apa dia? Just tell me…” mata Izzad hampir berkaca. Dia menelan liur. Pahit.

            Kirana menggeleng-gelengkan kepalanya. “Actually you punya semua dan segalanya. Kacak. Berharta. But hati I ni…I rasa you sudah tidak seronok. Asyik-asyik you ajak I kawen. I tak suka. I nak bebas tak nak terikat.” Kirana menyatakan sebab-sebabnya.

            Helaan nafas di tarik panjang Izzad. “Tu saja? Hanya itu sebabnya? Kalau gitu kita kawen yee manja, please!” Izzad masih tidak putus asa. Baginya putus asa adalah tanda kekalahan sebelum berjuang.

            “Nonsense! Kan I dah cakap. I tak nak kawen. I suka bebas. You tak faham ke?” Kirana mula meninggikan nada suaranya. Rimas. Dia betul-betul rimas dengan Izzad.

            “Manja…you masih boleh bebas walaupun kita dah kawen nanti. I akan beri you semua kebebasan. 100%  kebebasan. Asalkan you kawen dengan I. Emm…please, manja!” Izzad sanggup. Segalanya dia sanggup asalkan Kirana di milikinya.

 Kasihnya terhadap Kirana melebihi maruahnya sebagai seorang lelaki. Jika di suruh berlutut pun dia sanggup. Baginya Kiranalah kekasih awal dan akhirnya. Kiranalah berlian yang di campakkan di atas timbunan jongkongan emas. Tetap menyerlah walaupun kilauan emas memukau pandangan mata.

“But I tak nak beranak. Nanti rosak tubuh I. Emm…            I rimaslah dengan you, Izad!!” Kirana yang duduk di bangku segera bangun. Matanya terarah tajam ke wajah Izzad.

“Manja…habis tu…apa salah I sebenarnya?” masih tidak puas hati dengan penjelasan Kirana. Wajah ayu gadis kesayangannya di pandangnya sungguh hati.

“Senang cerita macam nilah, Izad. Anggap saja ini semua takdir. Kita memang bukan jodoh antara satu sama lain. You bukan jodoh I dan I pun bukan jodoh you. Selama ini kita berkawan rapat sahaja. Takdir jodoh bukan milik kita. Titik.” Kirana tetap memutuskannya. Hubungan mereka tetap putus.

Izzad memandang sayu wajah Kirana. Wajah anggun itulah yang pertamanya membuatkan hati lelakinya mengenali erti cinta. Wajah itulah yang menjadi peneman setiap malam sepinya. Berat rasanya melepaskan gadis itu pergi namun dia pasrah. Mungkin memang benar kata-kata Kirana. Takdir jodoh bukan milik mereka. Mereka hanya boleh menjadi teman biasa sahaja. Pandangannya sedikit berkaca. Bukan mudah melupakan kesayangan. Bukan mudah melepaskan pergi segala kenangan. Izzad akur dengan apa yang tertulis. Namanya dan nama Kirana tidak mungkin bersatu. 

##########

            Malas. Tahap kemalasannya sudah menghampiri 200%. Selepas sarapan tadi, Izzad longlai memanjat tangga. Bilik tidur di tujuinya. Mahu tidur semula. Tidur dan tidur. Biar siangnya menjadi malam. Mengelam di sebalik mentari yang semakin memancarkan kuasa apinya. Hampir seminggu sebenarnya Izzad berkeadaan begitu. Nama itu masih bergema dalam hati dan ingatannya. Kirana. Kirana. Maya Kirana. Nama seindah orangnya. Sedikit kasar perwatakan tapi itulah penyeri pada mata Izzad. 

            Independent. Seorang gadis yang berdikari. Jarang meminta pertolongan Izzad di atas apa-apa urusan pun. Dalam perwatakan kasarnya masih mengekalkan kelembutan sebagai seorang gadis. Jangan tidak percaya, Kirana suka memakai heel 3 inci. Kaler pilihan juga melambangkan karektornya. Merah menyala ataupun corak leopard. Cara berpakaian juga melambangkan Kirana gadis yang bagaimana. Skirt pendek separas lutut dan blouse sendat. Elegant tetapi simple. Tiada perhiasan yang melatari pemakaiannya kecuali tali pinggang jika perlu.

Bukan sekali dua yang menoleh ke arah Kirana jika dia melewati sesuatu tempat. Itu begitu membanggakan Izzad. Gadisnya menjadi pujaan ramai. Dirinyalah bertuah memiliki Kirana. Tapi itu cerita dulu. Cerita seminggu yang lalu ketika hubungan mereka masih sepasang kekasih. Kini, Izzad keseorangan meratap kehilangan tanpa punca yang jelas. Kirana memutuskan dengan alasan yang remeh. Namun Izzad sedar, walau bagaimana rayuannya gadis itu tidak akan berganjak dengan pendiriannya. Selama 5 tahun menyulam kasih, dia sudah masak dengan sikap Kirana. Jika di katakan tidak, semestinya tidak hingga ke akhir.

Ketukan di pintu kedengaran. “Zad..Izad!” suara Puan Nazrina menerjah.

Dengan malas Izzad bangun dari pembaringan. Mengheret diri menuju ke pintu bilik. Membuka. “Kenapa mama?” soalnya tika terlihat mamanya.

“Zad kenapa? Sepatutnya mama yang tanya soalan tu.” Puan Nazrina melangkah masuk ke dalam bilik anak bujang.

Belakang kepala di garu-garunya. Bilik bersepah dengan pakaian kotor berlonggok di tepi bakul di kuis-kuis oleh Puan Nazrina. “Ni kenapa? Tak reti nak masukkan dalam bakul? Dah berapa hari tak berbasuh? Patutlah mama bau hapak sampai ke luar.” Bebel Puan Nazrina.

Izzad tersengeh. Cepat-cepat dia mengambil pakaian kotornya dan meletakkan ke dalam bakul yang hanya separuh penuh itu. Mamanya masih berlegar di dalam bilik. Semua di checknya. Atas meja . Atas katil. Dalam almari. Bilik mandi pun dia masuk. Mulut tidak berhenti mengomen apa-apa sahaja yang kurang pada pandangan matanya. Kalau sudah namanya perempuan memang begitulah. Berleter dan komplen memang sudah tabiat semulajadi agaknya.

“Mama nak pegi kenduri tengahari nanti.” Penat berleter barulah Puan Nazrina memberitahu tujuan sebenarnya.

“Kenduri? Tahlil?”

“Tak…ada majlis perkahwinan. Anak kepada kawan papa. Muda-muda lagi dah ada gelaran Dato’. Dialah yang akan kawen. Ni ha…kad jemputan yang di beri.” Puan Nazrina menghulurkan satu kad. Cantik dan wangi. Izzad mengambilnya. Membuka dan membaca dengan perlahan-perlahan.

Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tan Sri Fazli Bin Azmi & Puan Sri Hajar Zarina Binti Tanty

Dengan segala hormatnya mempersilakan

Dato / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik

………………………………………….

Ke Majlis Perkahwinan Anak Lelaki kami

Dato’ Hafiz Azizi Bin Tan Sri Fazli

Dengan pasangannya

Maya Kirana Binti Min Azhar

            Mata Izzad terpaku pada nama pengantin perempuannya. Kirana? Maya Kirana? Pelanduk dua serupa ataupun namanya di kelabukan oleh panahan Kirana? Izzad menenyeh-nenyeh matanya berkali-kali namun nama itu tetap serupa. Kirana? Kenapa? Why? You cakap you tak nak kawen…you cakap you takut hilang kebebasan…you cakap you bimbang alignment badan you lari….

            “Mama nak pergi dah ni. Zad nak ikut tak?” pelawa Puan Nazrina.

            Izzad menggeleng-gelengkan kepalamya. “Mama pergilah. Zad nak tidur sikit. Kepala rasa sakit…” beralasan.

            Puan Nazrina melangkah keluar dari bilik Izzad. Meninggalkan anak bujang melayani hati dan perasaan. Izzad merebahkan dirinya di atas katil bujang. Matanya terkebil-kebil memandang siling bilik. Mujur warna siling di cat putih, rasa tenang dapat di serap sebaiknya. Puas terlentang, Izzad meniarap. Kedua tangannya terjuntai di lantai. Huhhh…hebat rupanya pukulan perasaan. Lebih-lebih lagi jika di tinggalkan tanpa alasan.

            “Alasan apanya? Dia yang main kayu tiga rupanya.” Suara Izzad bergema dalam bilik kecilnya. Sengaja menguatkan nada.

            “Aku ajak kawen tak nak. Macam-macam alasan. ‘Kita muda lagi la Izad…baru 22 tahun. I tak nak kawen muda’. ‘I suka bebas la Izad, you suka mengongkong’. ‘I tak nak beranak, nanti alignment badan I akan lari’. Puhhh…pompuan. 1001 alasan kalau dah suka rupanya. Kalau tak suka cakap sajalah. Ingat aku nak tunggu sangat ke muka macam tu?” Izzad membahang. Panas dan sejuk terasa berputar-putar di dalam.

            Dadanya  padat. Liurnya kelat. “Kirana…you tahu I sayangkan you. Kenapa buat I macam ni?” Izzad memegang dadanya. Jantung laju mengepam darah.

Semuanya terasa sakit, pedih dan terluka. Berdarah? Mungkin juga, kerana ianya tidak nampak. Jika ternampak pun, Izzad tidak sanggup melihatnya. Bimbang darah itu mengalir laju seperti arus lumpur yang mengganas lantaran terjadinya runtuhan bukit yang semakin gondol. Benarlah kata orang ‘perempuan…tangisnya jelas di mata. Nampak air hangat yang mengalir meluahkan rasa. Namun lelaki, tangisnya di hati. Lemas sendirian di dalam tanpa pautan kemas genggaman’. Izzad bangun dan duduk di birai katil. Berteleku dengan siku di paha. Merenung masa depan yang masih tidak pasti.

Bab 2

            Sudah beberapa kali Izzad berkalih badannya. Gelisah dan resah memberontak dalam jiwanya. Masing-masing bersatu hati menghembus meniup kencang jiwa laranya. Kirana…Kirana…kirana…ahhh, nama itu masih berlegar dalam benaknya. Tidak mahu hilang. Tidak mahu lari. Puas mengusirnya. Ianya tetap utuh, gagah bersama senyum yang terpamer. Maya Kirana, nama seindah orangnya. Senyuman manisnya sentiasa terukir. Tidak pernah lokek dengannya. Namun pemilik senyuman itu sekarang berada di jambangan orang.

            Izzad bangun dari pembaringannya. “Kirana…” bisiknya.

            Bergegas masuk ke dalam bilik air. Menyiapkan diri. Izzad tidak mahu menjadi lelaki yang lemah. Kirana mahu di hadapinya. Banyak persoalan yang mahu di ajukannya kepada gadis itu. Kenapa? Gema itu bergema di mana-mana. Ruangan waktu pun turut bergema nama itu. Walau ianya bagaikan terhenti tiba-tiba. Terhenti di saat Izzad mendapat perkhabaran tentang Kirana. Harap-harap si dia sudi menemuinya dan memberikan jawapan yang dia perlukan. Ya, Izzad memerlukan jawapan yang utuh supaya dia dapat meneruskan hidupnya tanpa bayangan Kirana. Maya Kirana.

            Menuruni anak tangga. Tergesa. “Izad nak ke mana?” suara itu menghentikan langkah.

            “Izad nak keluar kejap, mama…” tersengih memandang mamanya yang sedang siapkan meja untuk makan malam.

            “Makan dulu…” pelawa Puan Nazrina kepada anak bujang.

            “Emm…takpelah mama. Izad tak lapar. Mama makanlah.”

            Hanya gelengan kepala membalas jawapan si anak. Puan Nazrina meneruskan kerja-kerjanya. Melihatkan tiada lagi soalan dari mamanya, Izzad segera menuju ke pintu besar. Tangannya segera mencapai kunci keretanya. Matlamat hatinya sudah meluncur laju dari jasad. Pengakhiran mindanya sudah sampai sebelum tubuhnya. Izzad mahu segera ke rumah Kirana. Ada perhitungan yang perlu di lakukan. Namun dia tidak akan merebut bunga milikan orang. Cuma dia mahukan penjelasan. Itu saja sebenarnya. Untuk mengurangkan rasa resah di hati.

##########

            Orang semakin lengang. Mungkin kerana majlisnya sudah berakhir petang tadi maka sudah tidak ramai yang hadir di waktu malam. Kanopi masih terpasang. Cuma kerusi meja sudah tersusun untuk di simpan. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak riang bermain walaupun malam semakin pekat. Mungkin kerana suluhan lampu dari segenap ceruk tempat menerangkan suasana. Maka malam di lihat terang oleh kanak-kanak itu.

            Izzad mendekati seorang kanak-kanak lelaki. Comel dengan raup wajah persis Kirana. Agaknya anak saudara gadis itu. Kerana setahunya Kirana merupakan anak bongsu. “Dik..” panggil Izzad.

            Mendekati. “Ye…” bulat mata kanak-kanak itu menyahut. Comel.

            “Boleh tolong panggilkan Kirana tak?” ujar Izzad tidak teragak-agak.

            “Kirana? Kakak Kirana?” soal budak lelaki yang pada perkiraan Izzad berumur 7 tahun.

            “Emm…kakak Kirana.” Izzad senyum selebar mungkin.

            “Ok…kejap. Nanti Am panggilkan kakak Kirana.” Cepat si kecil berlari setelah berkata.

            Izzad tersenyum melihat keletah comel kanak-kanak lelaki itu. Terdapat beberapa orang lagi kanak-kanak yang tidak langsung memperdulikan kehadiran Izzad. Masing-masing ligat berkejaran antara satu sama lain. Bergelak ketawa tanpa memperdulikan keadaaan sekeliling.

            “Kak Kira…nilah orang yang nak jumpa kakak…” jelas suara kanak-kanak itu pada pendengaran Izzad.

            Dia yang tadinya duduk dalam kereta segera keluar. Tersenyum melihat susuk tubuh kesayangan yang semakin menhampiri. Rasa rindunya tiba-tiba menyerbu menghangatkan hati dan perasaannya. Perasaan marahnya sudah tiada. Hanya ada rasa rindu yang menggunung. Hanya ada rasa rindu tanpa tertahan. Kirana…gadis manjanya.

            “Manja…” Izzad memanggil kesayangan. Dia terus menerpa. Tanpa rasa bersalah, memeluk milikan orang lain.

            “Ehh…lepaskan! Lepaskan saya…!!” ronta pemilik tubuh. Terkejut dan tergamam dengan tindakan tiba-tiba.

            Masih memeluk erat. Tidak mahu melepaskan. Rindu seminggu mahu di lepaskan seminit. Izzad menguatkan lagi pelukan. Rontaan dan jeritan kecil ‘manja’nya tidak di perdulikan. Biar jasadnya cedera sekalipun. Biar tubuhnya parah sekalipun. Hatinya mahu mendakap rindu. Jiwanya mahu memeluk sayang.

            “Tolonggg…!!” bergentar suara halus. 

            Izzad bagaikan tersedar setelah memdengar jeritan itu. Dia melepaskan tubuh. Menatapnya dengan memegang bahu. Menatapnya bagi menghirup rindu. Namun matanya membulat. Mulutnya terbuka.

            “Awak siapa?” soal Izzad.

            Sang gadis yang sedang menggigil kecil tidak menjawab. Hampir terjelepok namun kuat Izzad memegangnya. Dia sendiri dapat merasanya tubuh kecil itu menggigil. Dia pun sebenarnya sudah sedikit menggigil. Terkejut dan tergamam juga. Tubuh lemah itu di bawanya ke kereta. Mendudukkan di tempat duduk penumpang belakang. Izzad bertinggung di depan sang gadis yang semakin kurang gigilnya.

            “Awak siapa?” soal Izzad lagi.

            “Awak tu…siapa sebenarnya?” sang gadis pula menyoal. Rasa gigilnya sudah berkurangan cuma rasa hairan pula yang timbul.

            “La…saya yang tanya dulukan. So awak kena jawab dulu soalan saya. Awak siapa?” Izzad menggaru-garu belakang kepalanya.

            “Habis tu…awak yang tiba-tiba peluk saya tuu…sepatutnya awak yang kena jawab dulu. Awak siapa…?” sang gadis tidak mahu mengalah.

            Izzad makin menggaru belakang kepalanya. Buntu. Bagaimana gadis ini yang di panggil. “Ok…macam nilah. Siapa nama awak?” sengaja berdiplomasi.

            “Saya Kirana. Farha Kirana. Awak siapa?” sang gadis memperkenalkan dirinya.

            Mulut Izzad terbuka separuh. Dia tersenyum kemudiannya. Patut pun…dia berkira-kira dalam hati. “Maafkan saya…emm…macam nilah. Anggap saja perkara tadi tak pernah berlaku ok…” Izzad bangun dari tinggungnya.

            “Ok…” sang gadis turut bangun dan keluar dari kereta.

            Langkah lembut itu di pandangnya. Sang gadis berlalu dari situ tanpa menoleh. Nampak laju langkah dalam lembutnya lenggok. Izzad tersenyum lagi. Entah kenapa hatinya berlagu irama yang lain. Wangian tubuh sang gadis masih tercium. Dia masuk ke dalam kereta. Berlalu dari situ dengan satu rasa yang lain. Mungkin itu semua sudah tertulis untuknya. Tapi adakah itu yang benar-benar di tulis untuknya?

##########

            Laju Farha berjalan. Hampir-hampir tersungkur. Dadanya laju berlari umpama ingin keluar dan menyelamatkan dirinya sendiri. Beberapa kali juga Farha tertoleh-toleh di belakangnya. Bimbang lelaki yang di rasakan seorang yang gila mengekorinya. ‘Harap muka je hensem tapi giler, kesian. Muda-muda lagi dah giler…’ getus hatinya. Iyalah, apa lagi istilah yang boleh di gambarkan lagi seorang yang memeluk tiba-tiba. Giler…!!!

            Ruang tamu di lewatinya. Mahu segera ke dalam bilik yang di kongsi dengan sepupu-sepupu yang lain. Di ruang tamu kelihatan berkumpul kaum keluarganya. Masing-masing berborak dan bermesra sesama sendiri. Biasanya begitulah keadaan rumah neneknya jika terdapat majlis-majlis tertentu. Bising…!!! Namun itulah pengerat ikatan antara adik beradik dan antara sepupu- sepupunya. Ibu dan abinya juga ada. Tersenyum dan ketawa sahaja. Mungkin gembira kerana dapat berkumpul begitu.

            “Allah…!!!” Farha terdengar perkataan itu di sebut.

            “Maaf maksu…Farha tak sengaja.” Farha meminta maaf. Bahunya terasa sakit.

            Maya turut menggosok-gosok bahunya. Sakit namun dia tersenyum. “Farha nak ke mana? Tergesa-gesa je nampaknya?” soal Maya kepada anak saudaranya itu.

            “Farha nak naik ke bilik, maksu…” jujur memberitahu.

            “Emm…pergilah. Mengantuk ye? Ajak si Farah dan Fatin sekali. Nampaknya budak berdua tu pun mengantuk jugak tu…” Maya menunjuk ke arah Fatin dan Farah, kedua kembar tak seiras yang berusia 6 tahun. Kelihatan kedua-duanya sudah menguap beberapa kali.

            Farha segera menuju ke arah kedua kembar tidak seiras itu. Menggamit keduanya supaya mengikut ke tingkat atas. Terkedek-kedek keduanya berjalan mengekori Farha, kakak sepupu yang paling tua sambil masing-masing memegang Spongebob dan Patrick The Starfish seorang satu. Mainan yang tidak pernah di lepaskan malahan itulah ‘bantal busuk’ mereka.

            “Selamat malam maksu…” ucap Farha. Dia memeluk dan mencium pipi Maya.

            “Selamat malam manja…” ucapan balasan Maya kepada anak saudara.

Sebenarnya mereka berkongsi nama yang sama. Ibu saudara ialah Maya Kirana dan anak saudara ialah Farha Kirana. Nama yang sedikit unik. Ibu Farha tertarik dengan nama Kirana, walaupun tahu adik iparnya juga bernama Kirana. Katanya biarlah nama itu hampir sama sekalipun, jangan mereka berkongsi lelaki yang sama nanti. Hahaha…kata-kata seorang ibu kadang-kadang begitu mendalam maksudnya. Ataupun itu adalah naluri seorang ibu?

Maya menghantar pandang Farha, Fatin dan Farah menaiki anak tangga. Dia memegang pipinya dengan tangan kanan. Mengusap dan membawa tangannya ke hidung. Mencium bau. Bauan itu cukup di kenalinya. ORIGINAL Dunhill Pure EDT. Kenapa bauan itu melekat pada Farha? Matanya masih mengekori langkah gadis sunti itu menaiki tangga dengan memimpin kedua kembar.

“Yanggg…kenapa?” tiba-tiba Maya di kejutkan satu suara di tepi telinga seakan berbisik.

Maya memandang ke sisi. Tersenyum seseorang yang cukup di sayanginya kini. Seseorang yang menjadi masa depannya. Seseorang yang cukup sempurna pada pandangan matanya. Maya membalas senyuman dan memaut lengan suaminya. Bersama-sama mereka menuju ke ruang tamu rumah bagi menyertai himpunan adik beradik yang lain. Perihal bauan yang dia kenali tadi sudah luput dari ingatannya.

##########

            Farha terkelip-kelip memandang siling. Dia berkalih tubuh. Mengiring. Memandang kedua sepupu kembar, Fatin dan Farah yang sudah nyenyak tidur bertemankan Spongebob yang berwarna kuning dan Patrick The Starfish yang berwarna pink. Senang benar mereka terlelap. Di saat melabuhkan kepala tadi, terus keduanya di buai mimpi-mimpi indah. Ah, senang betul menjadi kanak-kanak. Segala perkara adalah permainan bagi mereka. Farha teringin menjadi kanak-kanak semula, andai itu yang boleh di putarkan waktu kepadanya.

            Tiba-tiba debaran menyerbu ke dada. Farha teringatkan lelaki gila yang tiba-tiba memeluknya tadi. Namun betul ke lelaki itu gila? Ada ke orang gila memakai perfume yang wangi? Mungkin ada agaknya…lelaki gila yang pembersih. Farha ketawa kecil. Tapi ada ke macam tu? Lelaki gila yang wangi dan pandai pula memandu kereta.

            Farha berkalih lagi tubuhnya. Telentang kembali. Memandang siling bilik. Kemudiannya memejamkan mata. Membayangkan sesuatu. Hatinya mengira butiran pasir di pantai. Satu persatu. Cuba mencuri rasa mengantuk masuk ke dalam mata. Tidak berjaya. Celik kembali. Beberapa saat kemudian memejamkan matanya semula. Hatinya mengira helaian uban rambut neneknya yang pernah di cabut. Cuba menjalin rasa mengantuk masuk ke dalam fikiran. Ahh! Masih tidak berjaya. Matanya segar. Di segarkan oleh wanginya yang masih melekat di tubuhnya. Wangian lelaki gila.

##########

            Izzad membuang pandang pada gambar di tangannya. Ianya untuk kali yang terakhir. Gambar di renyukkannya. Menggumpalnya menjadi seperti bola. Membuangnya ke dalam tong sampah besi. Di dalam tong itu juga terdapat banyak lagi gambar-gambar. Semuanya di rejukkan dan di gumpal. Lalu di nyalakan mancis dan melemparkannya ke dalam tong sampah besi itu. Marak. Api marak membakar segalanya yang berada di dalam. Menghapuskan segalanya. Tidak meninggalkan walau secebis pun. Semuanya menjadi debu. Moga angin akan menerbangkan pula debuan itu. Biar ianya tidak wujud langsung dalam diari hidupnya.

            Izzad memegang dadanya. Ianya menghentak bagaikan beduk yang di palu. Paluan itu bergendang lesu seketika. Sebahagian bahagianya telah di ragut oleh perempuan yang bernama Kirana. Maya Kirana. Namun tadinya, jantungnya bergendang hebat semula. Sebahagian bahagianya yang telah berlalu kini kembali. Mencantum kembali rasa bahagia itu. Dan bahagia itu kerana seorang lagi perempuan yang bernama Kirana. Farha Kirana.

Saturday 14 March 2015


3 + 3 = ABANG SADO…???

~ Mengarut…!!! Entah-entah perut enam lipatan tak…??? ~

            Riuh rendah sekali dalam kereta. Masing-masing menunjukkan skill ‘murai tercabut ekor’. Potpet…potpet…tak henti-henti. Macam-macam cerita. Macam-macam gaya penceritaan. Itulah jadinya kalau masing-masing sudah di kumpulkan bersama. Aeyfa, Dhila, Datzz, Syazana, Aina, Roxalynna, SyaAzwani, Alieya dan Ruby. Masing-masing mempunyai karektor tersendiri. Masing-masing punya aura tersendiri. Yang paling penting bagi mereka ialah ‘perduli apa orang nak kata’…muahahahaaa.

Tapi itulah…mereka memang tidak memperdulikan apa orang nak kata, tetapi dalam masa yang sama mereka jaga perlakuan, jaga pertuturan, jaga hati dan jaga segalanya. Jangan sampai ada yang mengkritik atau menyelar mereka dengan gelaran yang tidak baik. Itulah mereka. Para penulis muda, yang masing-masing masih tidak mempunyai buku langsung lagi…muahahahaaa.

“Weii…korang!!! Leh senyap sikit tak? Sakit telinga akak tau…” Ruby berpaling ke belakang memandang adik-adik yang kecoh.

“Alaa…kak Ruby. Kita orang berbisik je ni. Mana bising-bising. Tu kak Aina tak cakap apa-apa pun…” Roxalynna menuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Aina yang nampak tenang memandu.

“Kalau aku cakap kang…ada masuk longkang kete ni kang!!!” Aina tiba-tiba bersuara. Kuat dan memetir.

Terdiam seketika dalam MPV Ssangyong Starvic yang boleh memuatkan 11 orang penumpang itu. Namun sesaat dua kemudiannya, bisik-bisik kedengaran. Soksekk…soksekk…ahh, mana mungkin mulut 7 orang anak dara yang ada di belakang dapat di tutup. Agak-agaknya sumbat dengan biskut gula secotet, boleh??

Berbisik… “Datzz…kaukan teruk la…semalam ngapa tak balas wasap aku?” soal Aeyfa. Buntang mata dia memandang Datzz yang duduk di tepi tingkap sebelah kanan.

Datzz berpaling ke belakang. “Apa? Nak gaduh? Mehh laa…” senget bibir sengaja provoke Aeyfa.

“Bolehhhh…silakan. Tapi rasanya tangan aku dulu yang sampai kat kepala kau coz aku kat belakang…kau kat depan. Nak berpaling sepantas kilat rasanya tak boleh kot?” kening Aeyfa terjongket-jongket.

“Syyy…senyaplah korang berdua. Kang tak pasal-pasal kak Ruby dan kak Aina marah lagi kang…” Dhila yang duduk di sebelah Aeyfa menyampuk. Memberi amaran.

“Ahaaa…jangan bising la. Kak Ruby dan kak Aina marah kanggg…” Alieya turut menyampuk.

“Mujur Sya tak bising kan…kan…Kak Zana…” SyaAzwani berbisik di telinga Syazana yang duduk di sebelahnya.

“Yelah Sya…mujur akak tak bising jugak.” Ketawa perlahan Syazana. Menutup mulut dengan tangannya.

Kereta yang di pandu agak laju tadi bergerak agak perlahan pula. Kemudian berhenti di tepi jalan. Masing-masing Aeyfa, Dhila, Roxalynna, Alieya, Datzz, SyaAzwani dan Syazana sudah kecut perut. Adusss laaa…kak Aina sudah marah ke? Dalam kepala masing-masing sudah merangka jawapan bagi menepis amukan Aina nanti.

“Korang semua…keluar!” Aina menjenguk ke belakang dan memberi arahan.

“Waaaa…kak Aina! Ampunkan Faa...Faa janji Faa takkan bising lagi…” Aeyfa sudah kecut. Janganlah kena tinggal di tengah-tengah belantara ni.

“Ampunkan Datzz jugak kak Aina…Datzz janji takkan cuba cari gaduh dengan Faa lagi. Jangan tinggalkan daku kat sini….” Muka Datzz sudah memucat. Bukan setakat toreh, kalau kekah dengan gigi pun sure tidak berdarah rasanya.

“Koranglah…tak nak kena tinggal jugak kak Aina….” Rayu SyaAzwani, ahli paling muda di kalangan mereka. “Sya masih muda…taraf budak-budak lagi ni…” sambung SyaAzwani lagi. Bukan setakat perut kecut. Lutut pun sudah longgar.

Manakala Dhila, Syazana, Roxalynna dan Alieya sudah membungkam. Tanpa suara, hanya mata yang terkebil-kebil. Nampaknya tahap ‘kepanasan’ Aina sudah berada di puncak. Amukan Aina sememangnya di takuti oleh adik-adik. Namun kadang-kadang Aina adalah kakak yang paling cool jika berbicara tentang dunia penulisan. Ini berbeza dengan Ruby. Kurang bercakap namun gemar bergurau. Dia juga jarang bertegas dengan adik-adik tetapi dia pula yang boleh join sekali, meribenakan diri. Muahahahaaa….

Aina turun dari MPV Ssangsong Trarvic di ikuti dengan Ruby. Mengetuk pintu kereta di bahagian belakang yang tiba-tiba di kunci oleh Datzz tadi. Ketukan makin keras apabila pintu masih belum di buka. Teragak-agak SyaAzwani membukanya.

“Korang buat apa lagi ni? Turunlah cepat. Panas ni…” merah muka Aina. Bahang panas mentari bercampur dengan bahang kerana terasa adik-adik main-mainkannya.

Ruby yang berada di belakang hanya gelak saja. Kelakar melihatkan wajah masing-masing yang mendung namun masih belum hujan, turun dari kereta. “Lambat bebenor turun. Aku dahlah panas ni. Sengaja nak mainkan akak ke apa ni?” soal Aina. Tegas dan garang.

“Ampun kak Aina….” Bagaikan serentak pula ke tujuh-tujuh adik-adik meminta ampun kepada Aina.

“Ampun ke bendanya…tu tayar pancit!!” tunjuk Aina ke arah tayar belakang sebelah kiri kenderaan.

Masing-masing terarah matanya ke arah yang di tunjuk. “Alhamdulillah…ingatkan kami kena tinggal tadi. Puhhh…!!!” Aeyfa yang becok meraup mukanya beberapa kali.

Mengekek Datzz ketawa. Terasa lucu dengan perlakuan meraka semua tadi. Siap minta ampun beramai-ramai. Muahahahaaa…agaknya kalau ‘ampun’ tu adalah makhluk tentu ‘ampun’ akan turut bergelak ketawa dengan Datzz. Agaknyalah.

“Kau kenapa? Nak gaduh?” Soal Aeyfa kepada Datzz.

“Hahhh…mehh laaa. Aku pun teringin nak gaduh ni.” Datzz tak nak megalah. Matanya bulat-bulat memandang Aeyfa.

“Sudahlah korang berdua ni…ni cuba fikir macam mana nak tukar tayar…” Aina mula menyoal adik-adik.

“Ehh…kak Aina tak pandai tukar tayar ke?” Roxalynna menyoal. Kehairanan dengan situasi.

“Kalau akak pandai, buat apa lakk akak tanya korang…” habis cerita. Aina sudah menggaru-garu kepalanya. Senget sebelah tudung yang di pakainya.

“Kak Ruby…macam mana? Pandai tak tukar tayar?” Aina menyoal Ruby yang sedang mencari tempat teduh di bawah pokok.

“Errkkk…hahahaaaa…” turut menggaru-garukan kepalanya. Ruby tersengeh.

“Pandai tak akak ni?” soal Aina lagi.

“Ainaaa…kalau brek, klac dan wiper pun akak tak tau. Awak ingat…tukar tayar akak tau tak?” Ruby tak memjawab tetapi menyoal.

“Ahhh…bengang betul…kak Ruby ni selalu macam tu. Jawapan konar ke lain dulu. Tup tup…ingatkan lehh sampai matlamatnya. Rupa-rupanya…emm 2 X 5 = 5 X 2…sama je.” Kata-kata Aina mengundang tawa dari Ruby.

“Sape yang pandai tukar tayar?” soal Aina.

Masing-masing menggelengkan kepala. Memang masing-masing tidak tahu langsung cara-cara menukar tayar kereta. Bukan setakat tukar tayar kereta, rasanya kalau di tanya apa itu minyak hitam sure meraka tidak tahu apa ‘benda alah’ tu. Emm…agak-agaknya korang tau tak cara-cara menukar tayar…???

Pon…pon…sebuah kereta tiba-tiba turut berhenti di tepi jalan setelah memberikan honnya. Dan yang paling dahsyat ialah beberapa buah motorsikal, ehh…bukan! Hampir berbelas buah motorsikal berkuasa besar turut berhenti di tepi jalan. Wahhh….macam tengok cerita Azura lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud pula…banyaknya geng motor besar. Mereka semua…tayar pancit jugak ke?

Dari kereta yang berhenti tadi, keluar seorang wanita dengan di ikuti dua orang kanak-kanak. Lelaki dan perempuan. Anak dia barang kali. Melangkah dengan gaya yang anggun. Spek mata hitam bertenggek di atas tudung yang di pakai. Tersenyum mesra menyapa dari jauh.

“Kenapa dik?” tanya wanita itu. Manis wajahnya tersenyum.

“Tayar kereta kami pancit. Tapi tak ada yang pandai menukarnya.” Beritahu Ruby mewakili adik-adik.

“Ahaaa kak…kami memang fail bab-bab kasar macam ni.” Sampuk Aina.

“Oooo…tayar pancit. Emm…macam ni la…akak try tolong.” wanita itu menawarkan diri. Tersenyum manis lagi.

“Akak nak tolong?” macam terperanjat Aina bertanya. Mana tidaknya, wanita itu kelihatan kecik sahaja. Agaknya berat dia pun belum mencecah 45 kg.

Ketawa besar. “Emm…bukan akaklah. Tu geng-geng sado ada. Suami akak pun ada. And anyway…akak Nor Azlina Ali dan ini dua orang anak akak Muhammad Danish dan Nurul Athirah dan panggil akak, kak Nina saja.”

Soksek…soksek…terdengar suara-suara adik-adik Ribena. Ruby membulatkan matanya kepada adik-adik tanda memberi amaran ‘jangan macam-macam’. Masing-masing tersengeh saja. Mata pula bulat memandang geng sado yang bermotorsikal besar. Wahhh…siapalah tidak teruja melihat deretan motor-motor berkuasa besar begitu. Agak-agaknya semut pun boleh meloncat keterujaan.

Kak Nina menggamit seseorang yang berada di kumpulan penunggang motorsikal itu. dan kelihatan empat atau lima orang yang turut mengekori seorang lelaki yang kelihatan sebagai ketua. Manakala selebihnya, ada yang sudah menyemberangi jalan raya menuju ke  arah sebuah kedai makan. Ada juga yang masih lepak-lepak di atas motorsikal.

“Kenapa yang?” seorang lelaki bertanya.

“Tayar kereta budak-budak ni pancit. Abang tolong tengokkan.” Kak Nina memberitahu sekaligus seperti memberi arahan.

“Azrin…Zul dan Hairul…korang tolong tengokkan…” arah lelaki tadi.

“Ini suami akak, nama dia Muhamad Shahrizal. Panggil saja abang Rizal. Yang tiga orang tadi tu…Syah Azrin, Zulkarnaen dan Hairul Nizam. Dia orang memang paling rajin dalam bab-bab membentu kerja-kerja macam ni.” Terang kak Nina.

“Eh…sementara tu. Jom kak Nina dan abang Rizal…kita ke kedai di depan tu. Membasahkan tekak.” Pelawa Aina.

“Emm..ok boleh jugak. Danish…kakak…jom.” Kak Nina memanggil anak-anaknya yang sedang sibuk berborak dengan geng Ribena.

##########

            “Faa sebenarnya tak berapa suka dengan sado-sado ni…lebih-lebih lagi dengan lelaki yang suka naik motor besar ni. Biasanya dia orang ni macam liar sikit.” Bisik Aeyfa ke telinga Datzz. Ketika itu mereka sudah di meja makan dan sedang rilex menyedut air miuman.

            “Kaukan kalau bisik pun still kita orang boleh dengar tau…” beritahu Syazana.

SyaAzwani pula mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Syazana. Manakala mulutnya masih penuh dengan makanan. Aina sudah mula membulatkan matanya di ikuti dengan Ruby yang berdehem agak kuat.

“Syyy…korang berduakan…memang mulut tak leh duduk diam ekk???” Roxalynna turut rasa Datzz dan Aeyfa berbisik kuat.

“Fakta menyatakan maksud sado tu berasal dari perkataan ‘besar doh’. Ianya di lahirkan oeh seorang blogger ataupun wartawan. Iaitu di dalam Majalah Maskulin. Disingkatkan menjadi Sado.” Dhila menerangkan maksud sado yang dia pernah terbaca dulu.

“Tapi Dhilakan…ada jugak yang cakap, perkataan sado tu berasal dari watak kartun dalam anime Jepun iaitu Bleach. Sado ialah kawan kepada Ichigo. Badan dia memang berketul-ketul da nada 6 pack. Orang Negeri Sembilan pulak cakap, maksudnya ialah tegap.” Alieya pula memberitahu satu lagi fakta yang dia tahu.

“Tapi Datzz rasakan…maksud sebenar sado ialah…Sa – Salam…Do – Doyok…salam wak doyok heheheeee.” Datzz ketawa dengan di ikuti Aeyfa.

“Heheheeee…tapi kan…Faa rasakan…dia orang tu…” Aeyfa terhenti. Menelan liur.

“Sape?” Datzz teruja.

“Alaaa…mamat motor tulah…bukannya sado sangat kot. Bukannya ada 6 pack pun…entah-entah, ada 6 lipatan. Heheheeee….” Aeyfa tidak dapat menahan rasa geli hatinya. Datzz turut ketawa mengekek. Kelakar.

“Ehemm…!!!” deheman di belakang Aeyfa dan Datzz kedengaran lalu menghentikan tawa dari keduanya.

Perlahan-lahan Aeyfa dan Datzz memusingkan kepala mereka ke belakang. Dan…Ya Allah, si sado tiga orang kelihatan sedang tersenyum kepenatan. Salah seorangnya memandang tepat ke mata Aeyfa menyebabkan Aeyfa tertunduk, segan. Ketiga-tiga si sado kemudiannya berlalu masuk ke dalam kedai dan mengambil tempat.

“Sebab tu ada perumpamaan yang berbunyi ‘cakap siang pandang-pandang…cakap malam dengar-dengar’ faham??” Ruby menggelengkan kepalanya. Meneruskan suapan yang terhenti ketika mendengar omelan adik-adik.

“Hahahaaa…” Aina ketawa agak kuat. Betul-betul geli hati dengan datzz dan Aeyfa.

“3 + 3 = Abang Sado…” tiba-tiba Datzz bersuara lagi.

“Gapo namo ghima?” Aeyfa bertanya.

“Rimau mana pulak ni Faa…?” tanya Roxalynna serentak dengan Dhila dan Alieya.

“Hahaaa…ada rimau ke kak Faa?” Syazana bertanya pula.

Kali ini giliran Ruby dan Aeyfa pula yang ketawa serentak. Hampir berair mata keduanya ketawa. “Tu pertanyaan sebenarnya. Dalam bahasa Kelantan maksudnya… apa dia tu?” terang Ruby setelah gelaknya sudah menyurut.

Aina pula ketawa. “Ai ingatkan si Faa ni dah terkena panahan cinta. Sampai orang pun di panggilnya rimau.”

Aeyfa sudah merah mukanya. Errkkk…kak Aina perasan ke? Benaknya menyoal diri sendiri. “Mana ada kak Aina. Pandai-pandai je…Faa nak gi basuh tangan la…” terus bangun dan menuju ke arah singki yang terletak agak jauh ke dalam.

Tangannya di basuh perlahan-lahan. Fikiran melayang. Perut kenyang. Emm…malam ni atau esok, rasa-rasanya dia mahu menulis cerpen. Tajuknya ‘3 + 3 = Abang Sado?’ Dan taglinenya ‘Mengarut!! Entah-entah perut enam lipatan tak??’ Heheheeee…Aeyfa ketawa sendirian. Geli hati dengan tajuk pilihannya sendiri.

            “Orang kata…kalau ketawa dan cakap sendirian tu tandanya tahap pemikiran hampir mencapai ke tahap ‘aku giler…kau giler tak?’ hahahaaa…” tiba-tiba suara garau itu seakan berbisik di belakang.

            Perlahan-lahan Aeyfa berpaling dan mendongak. “Orang kata…kalau terlalu tinggi ni ‘hantu galah’. Awaklah hantu tu ekk…” tidak mahu mengalah. Pantang penulis sepertinya tidak pandai membalas kata-kata.

            Tersenyum. “Kalau terlalu pendek pulak, apa nama hantu tu?”

            “Emm..” Aeyfa kehilangan kata-kata.

            “Assalamualaikum…hai, saya Azrin. Syah Azrin…dan cik Faa…bukannya lipatan perut yang 6 tuu…tapi lipatan hati.” Ujar Azreen.

            “Ekkk…ada jugak hati yang terlipat-lipat.”

            “Ada…bila lipatan tu terjadi. Nak membukanya susah tapi nak menutupnya yang payah. Kalau sudah terbuka…alamat habislah. Masa tu lautan api pun sanggup di renangi.” Azreen bermain kata-kata.

            Berkerut dahi Aeyfa mendengarnya. Kelakar apabila seorang lelaki bercakap begitu sebenarnya. Ingatkan dalam novel-novel saja yang ada lelaki yang begitu. Rupanya di luar kehidupan yang betul pun ada juga. “Iye ke? Bukannya kalau air milo yang panas pun tiup lagi takutkan kepanasannya.” Memang tidak mahu mengalah.

            Ketawa besar Azreen mendengarnya. “Saya suka minum kopi cik Faa…bukan milo. So takdelah istilah tiup air milo k….”

            Tanpa menjawab Aeyfa mahu melangkah pergi. Malas melayan lelaki yang suka bercakap berbelit-belit umpamanya lidah yang panjang tetapi tersimpul mati. “Eh…kejap cik Faa…” langkahnya mati.

            “Mana awak tahu, bukan 6 pack yang ada pada si sado dan yang ada adalah 6 lipatan di perut?” soalan perangkap atau apa sebenarnya…

            “Emm…” kehilangan kata-kata lagi. Aeyfa memang tidak suka situasi itu. kehilangan kata-kata bagi seorang penulis bagaikan kehilangan deria ke enam. Ahhh…enam lagi!!

            “Awak pernah selak ke baju si sado?” soal Azreen lagi.

            Waaaa…Aeyfa memang terasa nak menangis saat ini. Apahal si sado ni? Gangguan seksual ke? Atau sengaja mengayat? Ataupun ‘aku giler…kau giler tak?’. Cepat-cepat dia melangkah laju tanpa menjawab pertanyaan dari si sado yang sadis sentap ke santai ke sadap laa luuu…geram tahap menjelma menjadi serigala ekor Sembilan si Naruto pula jadinya. Gigi Aeyfa menggeletup berbunyi. Berlaga-laga antara satu sama lain. Mukanya juga sudah merah berbelang-belang putih dan hitam sekaligus.

            “Kenapa Faa…” tanya Datzz. Dia perasan kelainan pada muka kawan gaduhnya itu.

            “Si sado…geram betul. Ingat dia dah tolong kita…dia boleh kata macam-macam kat Faa??” meluahkan rasa hati.

            “Sabaq Faa…sabaq…” SyaAzwani menepuk-nepuk bahu Aeyfa.

            “Yang kau layan sangat tu kenapa?” garang Aina menyoal.

            “Mana Faa layan…dia yang ada kat belakang Faa. Dahlah kurus, tinggi pulak tu…dah nampak pendek Faa ni….” Aeyfa membela diri.

            “kau memang pendek laa Faa…heheheee…” Roxalynna menyampuk. Ketawa mengekek. Tawanya di ikuti oleh yang lain-lain juga.

            Ruby yang tadinya pergi membayar di kaunter berdiri tegak di tepi meja. “Kenapa dengan Faa tu?” soalnya.

            “Si sado geng kak Nina…usik dia. Tengok tu, muka pun sudah jadi hijau. Ai tak tahu…kang tak pasal-pasal koyak baju Faa jadi Hulk kang....hahahaaaa…” Aina yang garang juga nampaknya sudah tidak dapat menahan diri dari ketawakan Aeyfa.

            “Oooo…patut laa…” Ruby duduk di kerusinya.

            “Kenapa Kak Ruby?” soal Syaazwani dan Syazana serentak.

            “Nah…ada sesuatu untuk Faa…” Ruby menghulurkan sebotol perfume.

            “Apa ni kak Ruby?” Aeyfa teruja. Menyambutnya dari tangan Ruby.

            “Kak Ruby bagi Faa…eaaa. Terima kasih…”

            “Bukan akak laa…tu si sado yang nama Azreen tu yang bagi.” Terang Ruby.

            “Waaaa…Faaa…ada secret admire…” Datzz menepuk-nepuk bahu Aeyfa.

            “Nak tahu apa maksud memberikan perfume kepada seseorang?” soal Dhila. Dia memang selalu suka dengan fakta-fakta.

            “Apa dia?” soal mereka semua serentak.

            “Maksudnya ‘tanda cinta’….” Beritahu Dhila.

            Datzz, Syazana, SyaAzwani, Roxalynna, Alieya, Ruby dan Aina serentak ketawa dan bertepuk tangan. Gembira bagi pihak Aeyfa. Manakala Aeyfa sudah mencebik bagaikan mahu menangis.

            “Faa tak sukaaaa….” Menyatakan rasa hati.

            “Faa…3 + 3 = Abang Sado?” Datzz sengaja mengusik.

            “Mengarut!! Entah-entah perut enam lipatan….” Balas Aeyfa. Muahahahaaaaa….merah menyala muka Aeyfa…

Sado sado…kalau tidak ada perkataan ini, agak-agaknya apa lagi istilah yang akan kita gunakan bagi menggambarkan ketegapan seorang lelaki. Boroi? Wakakakaaa… itu untuk perut yang terlebih. Sasa mungkin? Emm…istilah tu sudah lama di guna pakai. Mungkin sado adalah satu istilah yang baru bagi menggambarkan sasanya, tegapnya, gagahnya seorang lelaki….namun persoalan yang akak ingin bangkitkan di sini.

Sadokah seorang lelaki itu jika untuk mengangkat takbir pun culas? Sadokah seorang lelaki itu jika tangga masjid untuk berjemaah seminggu sekali pun malas? Sadokah seorang lelaki itu jika kesadoannya itu di gunakan untuk memukul perempuan dan kanak-kanak? Emm…fikirlah sendiri. Tepuk dada tanyalah iman. Jangan sampai menepuk air yang bertakung di dalam talam. Terpercik jugake atas muka sendiri.

Sekian…ini hanyalah cerpen pendek dan untuk santai-santai sahaja…jangan di tanya moral of the storynya…sebab nilai-nilai murni itu harus di teliti. Cari dan gali. Sekian dari akak…ruby nur airis…selamat pagi? Emm…waktu sudah menginjak ke angka 2:14 pagi… Assalamualaikum semua…salam CINTA di kejauhan ini….