3
+ 3 = ABANG SADO…???
~
Mengarut…!!! Entah-entah perut enam lipatan tak…??? ~
Riuh rendah sekali dalam kereta.
Masing-masing menunjukkan skill ‘murai tercabut ekor’. Potpet…potpet…tak
henti-henti. Macam-macam cerita. Macam-macam gaya penceritaan. Itulah jadinya
kalau masing-masing sudah di kumpulkan bersama. Aeyfa, Dhila, Datzz, Syazana,
Aina, Roxalynna, SyaAzwani, Alieya dan Ruby. Masing-masing mempunyai karektor
tersendiri. Masing-masing punya aura tersendiri. Yang paling penting bagi
mereka ialah ‘perduli apa orang nak kata’…muahahahaaa.
Tapi
itulah…mereka memang tidak memperdulikan apa orang nak kata, tetapi dalam masa
yang sama mereka jaga perlakuan, jaga pertuturan, jaga hati dan jaga segalanya.
Jangan sampai ada yang mengkritik atau menyelar mereka dengan gelaran yang
tidak baik. Itulah mereka. Para penulis muda, yang masing-masing masih tidak
mempunyai buku langsung lagi…muahahahaaa.
“Weii…korang!!!
Leh senyap sikit tak? Sakit telinga akak tau…” Ruby berpaling ke belakang
memandang adik-adik yang kecoh.
“Alaa…kak
Ruby. Kita orang berbisik je ni. Mana bising-bising. Tu kak Aina tak cakap
apa-apa pun…” Roxalynna menuncungkan mulutnya menunjuk ke arah Aina yang nampak
tenang memandu.
“Kalau
aku cakap kang…ada masuk longkang kete ni kang!!!” Aina tiba-tiba bersuara.
Kuat dan memetir.
Terdiam
seketika dalam MPV Ssangyong Starvic yang boleh memuatkan 11 orang penumpang
itu. Namun sesaat dua kemudiannya, bisik-bisik kedengaran. Soksekk…soksekk…ahh,
mana mungkin mulut 7 orang anak dara yang ada di belakang dapat di tutup.
Agak-agaknya sumbat dengan biskut gula secotet, boleh??
Berbisik…
“Datzz…kaukan teruk la…semalam ngapa tak balas wasap aku?” soal Aeyfa. Buntang
mata dia memandang Datzz yang duduk di tepi tingkap sebelah kanan.
Datzz
berpaling ke belakang. “Apa? Nak gaduh? Mehh laa…” senget bibir sengaja provoke
Aeyfa.
“Bolehhhh…silakan.
Tapi rasanya tangan aku dulu yang sampai kat kepala kau coz aku kat
belakang…kau kat depan. Nak berpaling sepantas kilat rasanya tak boleh kot?”
kening Aeyfa terjongket-jongket.
“Syyy…senyaplah
korang berdua. Kang tak pasal-pasal kak Ruby dan kak Aina marah lagi kang…”
Dhila yang duduk di sebelah Aeyfa menyampuk. Memberi amaran.
“Ahaaa…jangan
bising la. Kak Ruby dan kak Aina marah kanggg…” Alieya turut menyampuk.
“Mujur
Sya tak bising kan…kan…Kak Zana…” SyaAzwani berbisik di telinga Syazana yang
duduk di sebelahnya.
“Yelah
Sya…mujur akak tak bising jugak.” Ketawa perlahan Syazana. Menutup mulut dengan
tangannya.
Kereta
yang di pandu agak laju tadi bergerak agak perlahan pula. Kemudian berhenti di
tepi jalan. Masing-masing Aeyfa, Dhila, Roxalynna, Alieya, Datzz, SyaAzwani dan
Syazana sudah kecut perut. Adusss laaa…kak Aina sudah marah ke? Dalam kepala
masing-masing sudah merangka jawapan bagi menepis amukan Aina nanti.
“Korang
semua…keluar!” Aina menjenguk ke belakang dan memberi arahan.
“Waaaa…kak
Aina! Ampunkan Faa...Faa janji Faa takkan bising lagi…” Aeyfa sudah kecut.
Janganlah kena tinggal di tengah-tengah belantara ni.
“Ampunkan
Datzz jugak kak Aina…Datzz janji takkan cuba cari gaduh dengan Faa lagi. Jangan
tinggalkan daku kat sini….” Muka Datzz sudah memucat. Bukan setakat toreh,
kalau kekah dengan gigi pun sure tidak berdarah rasanya.
“Koranglah…tak
nak kena tinggal jugak kak Aina….” Rayu SyaAzwani, ahli paling muda di kalangan
mereka. “Sya masih muda…taraf budak-budak lagi ni…” sambung SyaAzwani lagi.
Bukan setakat perut kecut. Lutut pun sudah longgar.
Manakala
Dhila, Syazana, Roxalynna dan Alieya sudah membungkam. Tanpa suara, hanya mata
yang terkebil-kebil. Nampaknya tahap ‘kepanasan’ Aina sudah berada di puncak. Amukan
Aina sememangnya di takuti oleh adik-adik. Namun kadang-kadang Aina adalah
kakak yang paling cool jika berbicara tentang dunia penulisan. Ini berbeza
dengan Ruby. Kurang bercakap namun gemar bergurau. Dia juga jarang bertegas
dengan adik-adik tetapi dia pula yang boleh join sekali, meribenakan diri.
Muahahahaaa….
Aina
turun dari MPV Ssangsong Trarvic di ikuti dengan Ruby. Mengetuk pintu kereta di
bahagian belakang yang tiba-tiba di kunci oleh Datzz tadi. Ketukan makin keras
apabila pintu masih belum di buka. Teragak-agak SyaAzwani membukanya.
“Korang
buat apa lagi ni? Turunlah cepat. Panas ni…” merah muka Aina. Bahang panas
mentari bercampur dengan bahang kerana terasa adik-adik main-mainkannya.
Ruby
yang berada di belakang hanya gelak saja. Kelakar melihatkan wajah
masing-masing yang mendung namun masih belum hujan, turun dari kereta. “Lambat
bebenor turun. Aku dahlah panas ni. Sengaja nak mainkan akak ke apa ni?” soal
Aina. Tegas dan garang.
“Ampun
kak Aina….” Bagaikan serentak pula ke tujuh-tujuh adik-adik meminta ampun
kepada Aina.
“Ampun
ke bendanya…tu tayar pancit!!” tunjuk Aina ke arah tayar belakang sebelah kiri
kenderaan.
Masing-masing
terarah matanya ke arah yang di tunjuk. “Alhamdulillah…ingatkan kami kena
tinggal tadi. Puhhh…!!!” Aeyfa yang becok meraup mukanya beberapa kali.
Mengekek
Datzz ketawa. Terasa lucu dengan perlakuan meraka semua tadi. Siap minta ampun
beramai-ramai. Muahahahaaa…agaknya kalau ‘ampun’ tu adalah makhluk tentu
‘ampun’ akan turut bergelak ketawa dengan Datzz. Agaknyalah.
“Kau
kenapa? Nak gaduh?” Soal Aeyfa kepada Datzz.
“Hahhh…mehh
laaa. Aku pun teringin nak gaduh ni.” Datzz tak nak megalah. Matanya
bulat-bulat memandang Aeyfa.
“Sudahlah
korang berdua ni…ni cuba fikir macam mana nak tukar tayar…” Aina mula menyoal
adik-adik.
“Ehh…kak
Aina tak pandai tukar tayar ke?” Roxalynna menyoal. Kehairanan dengan situasi.
“Kalau
akak pandai, buat apa lakk akak tanya korang…” habis cerita. Aina sudah
menggaru-garu kepalanya. Senget sebelah tudung yang di pakainya.
“Kak
Ruby…macam mana? Pandai tak tukar tayar?” Aina menyoal Ruby yang sedang mencari
tempat teduh di bawah pokok.
“Errkkk…hahahaaaa…”
turut menggaru-garukan kepalanya. Ruby tersengeh.
“Pandai
tak akak ni?” soal Aina lagi.
“Ainaaa…kalau
brek, klac dan wiper pun akak tak tau. Awak ingat…tukar tayar akak tau tak?”
Ruby tak memjawab tetapi menyoal.
“Ahhh…bengang
betul…kak Ruby ni selalu macam tu. Jawapan konar ke lain dulu. Tup tup…ingatkan
lehh sampai matlamatnya. Rupa-rupanya…emm 2 X 5 = 5 X 2…sama je.” Kata-kata
Aina mengundang tawa dari Ruby.
“Sape
yang pandai tukar tayar?” soal Aina.
Masing-masing
menggelengkan kepala. Memang masing-masing tidak tahu langsung cara-cara
menukar tayar kereta. Bukan setakat tukar tayar kereta, rasanya kalau di tanya
apa itu minyak hitam sure meraka tidak tahu apa ‘benda alah’ tu.
Emm…agak-agaknya korang tau tak cara-cara menukar tayar…???
Pon…pon…sebuah
kereta tiba-tiba turut berhenti di tepi jalan setelah memberikan honnya. Dan
yang paling dahsyat ialah beberapa buah motorsikal, ehh…bukan! Hampir berbelas
buah motorsikal berkuasa besar turut berhenti di tepi jalan. Wahhh….macam
tengok cerita Azura lakonan Jamal Abdillah dan Fauziah Ahmad Daud
pula…banyaknya geng motor besar. Mereka semua…tayar pancit jugak ke?
Dari
kereta yang berhenti tadi, keluar seorang wanita dengan di ikuti dua orang
kanak-kanak. Lelaki dan perempuan. Anak dia barang kali. Melangkah dengan gaya
yang anggun. Spek mata hitam bertenggek di atas tudung yang di pakai. Tersenyum
mesra menyapa dari jauh.
“Kenapa
dik?” tanya wanita itu. Manis wajahnya tersenyum.
“Tayar
kereta kami pancit. Tapi tak ada yang pandai menukarnya.” Beritahu Ruby
mewakili adik-adik.
“Ahaaa
kak…kami memang fail bab-bab kasar macam ni.” Sampuk Aina.
“Oooo…tayar
pancit. Emm…macam ni la…akak try tolong.” wanita itu menawarkan diri. Tersenyum
manis lagi.
“Akak
nak tolong?” macam terperanjat Aina bertanya. Mana tidaknya, wanita itu
kelihatan kecik sahaja. Agaknya berat dia pun belum mencecah 45 kg.
Ketawa
besar. “Emm…bukan akaklah. Tu geng-geng sado ada. Suami akak pun ada. And
anyway…akak Nor Azlina Ali dan ini dua orang anak akak Muhammad Danish dan Nurul
Athirah dan panggil akak, kak Nina saja.”
Soksek…soksek…terdengar
suara-suara adik-adik Ribena. Ruby membulatkan matanya kepada adik-adik tanda
memberi amaran ‘jangan macam-macam’. Masing-masing tersengeh saja. Mata pula
bulat memandang geng sado yang bermotorsikal besar. Wahhh…siapalah tidak teruja
melihat deretan motor-motor berkuasa besar begitu. Agak-agaknya semut pun boleh
meloncat keterujaan.
Kak
Nina menggamit seseorang yang berada di kumpulan penunggang motorsikal itu. dan
kelihatan empat atau lima orang yang turut mengekori seorang lelaki yang
kelihatan sebagai ketua. Manakala selebihnya, ada yang sudah menyemberangi
jalan raya menuju ke arah sebuah kedai
makan. Ada juga yang masih lepak-lepak di atas motorsikal.
“Kenapa
yang?” seorang lelaki bertanya.
“Tayar
kereta budak-budak ni pancit. Abang tolong tengokkan.” Kak Nina memberitahu
sekaligus seperti memberi arahan.
“Azrin…Zul
dan Hairul…korang tolong tengokkan…” arah lelaki tadi.
“Ini
suami akak, nama dia Muhamad Shahrizal. Panggil saja abang Rizal. Yang tiga
orang tadi tu…Syah Azrin, Zulkarnaen dan Hairul Nizam. Dia orang memang
paling rajin dalam bab-bab membentu kerja-kerja macam ni.” Terang kak Nina.
“Eh…sementara
tu. Jom kak Nina dan abang Rizal…kita ke kedai di depan tu. Membasahkan tekak.”
Pelawa Aina.
“Emm..ok
boleh jugak. Danish…kakak…jom.” Kak Nina memanggil anak-anaknya yang sedang
sibuk berborak dengan geng Ribena.
##########
“Faa sebenarnya tak berapa suka
dengan sado-sado ni…lebih-lebih lagi dengan lelaki yang suka naik motor besar
ni. Biasanya dia orang ni macam liar sikit.” Bisik Aeyfa ke telinga Datzz.
Ketika itu mereka sudah di meja makan dan sedang rilex menyedut air miuman.
“Kaukan kalau bisik pun still kita
orang boleh dengar tau…” beritahu Syazana.
SyaAzwani
pula mengangguk-anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Syazana. Manakala mulutnya
masih penuh dengan makanan. Aina sudah mula membulatkan matanya di ikuti dengan
Ruby yang berdehem agak kuat.
“Syyy…korang
berduakan…memang mulut tak leh duduk diam ekk???” Roxalynna turut rasa Datzz
dan Aeyfa berbisik kuat.
“Fakta
menyatakan maksud sado tu berasal dari perkataan ‘besar doh’. Ianya di lahirkan
oeh seorang blogger ataupun wartawan. Iaitu di dalam Majalah Maskulin. Disingkatkan
menjadi Sado.” Dhila menerangkan maksud sado yang dia pernah terbaca dulu.
“Tapi
Dhilakan…ada jugak yang cakap, perkataan sado tu berasal dari watak kartun
dalam anime Jepun iaitu Bleach. Sado ialah kawan kepada Ichigo. Badan dia
memang berketul-ketul da nada 6 pack. Orang Negeri Sembilan pulak cakap,
maksudnya ialah tegap.” Alieya pula memberitahu satu lagi fakta yang dia tahu.
“Tapi
Datzz rasakan…maksud sebenar sado ialah…Sa – Salam…Do – Doyok…salam wak doyok heheheeee.”
Datzz ketawa dengan di ikuti Aeyfa.
“Heheheeee…tapi
kan…Faa rasakan…dia orang tu…” Aeyfa terhenti. Menelan liur.
“Sape?”
Datzz teruja.
“Alaaa…mamat
motor tulah…bukannya sado sangat kot. Bukannya ada 6 pack pun…entah-entah, ada
6 lipatan. Heheheeee….” Aeyfa tidak dapat menahan rasa geli hatinya. Datzz turut
ketawa mengekek. Kelakar.
“Ehemm…!!!”
deheman di belakang Aeyfa dan Datzz kedengaran lalu menghentikan tawa dari
keduanya.
Perlahan-lahan
Aeyfa dan Datzz memusingkan kepala mereka ke belakang. Dan…Ya Allah, si sado tiga
orang kelihatan sedang tersenyum kepenatan. Salah seorangnya memandang tepat ke
mata Aeyfa menyebabkan Aeyfa tertunduk, segan. Ketiga-tiga si sado kemudiannya
berlalu masuk ke dalam kedai dan mengambil tempat.
“Sebab
tu ada perumpamaan yang berbunyi ‘cakap siang pandang-pandang…cakap malam
dengar-dengar’ faham??” Ruby menggelengkan kepalanya. Meneruskan suapan yang
terhenti ketika mendengar omelan adik-adik.
“Hahahaaa…”
Aina ketawa agak kuat. Betul-betul geli hati dengan datzz dan Aeyfa.
“3
+ 3 = Abang Sado…” tiba-tiba Datzz bersuara lagi.
“Gapo
namo ghima?” Aeyfa bertanya.
“Rimau
mana pulak ni Faa…?” tanya Roxalynna serentak dengan Dhila dan Alieya.
“Hahaaa…ada
rimau ke kak Faa?” Syazana bertanya pula.
Kali
ini giliran Ruby dan Aeyfa pula yang ketawa serentak. Hampir berair mata
keduanya ketawa. “Tu pertanyaan sebenarnya. Dalam bahasa Kelantan maksudnya… apa
dia tu?” terang Ruby setelah gelaknya sudah menyurut.
Aina
pula ketawa. “Ai ingatkan si Faa ni dah terkena panahan cinta. Sampai orang pun
di panggilnya rimau.”
Aeyfa
sudah merah mukanya. Errkkk…kak Aina perasan ke? Benaknya menyoal diri sendiri.
“Mana ada kak Aina. Pandai-pandai je…Faa nak gi basuh tangan la…” terus bangun
dan menuju ke arah singki yang terletak agak jauh ke dalam.
Tangannya
di basuh perlahan-lahan. Fikiran melayang. Perut kenyang. Emm…malam ni atau
esok, rasa-rasanya dia mahu menulis cerpen. Tajuknya ‘3 + 3 = Abang Sado?’ Dan taglinenya
‘Mengarut!! Entah-entah perut enam lipatan tak??’ Heheheeee…Aeyfa ketawa
sendirian. Geli hati dengan tajuk pilihannya sendiri.
“Orang kata…kalau ketawa dan cakap
sendirian tu tandanya tahap pemikiran hampir mencapai ke tahap ‘aku giler…kau
giler tak?’ hahahaaa…” tiba-tiba suara garau itu seakan berbisik di belakang.
Perlahan-lahan Aeyfa berpaling dan
mendongak. “Orang kata…kalau terlalu tinggi ni ‘hantu galah’. Awaklah hantu tu
ekk…” tidak mahu mengalah. Pantang penulis sepertinya tidak pandai membalas
kata-kata.
Tersenyum. “Kalau terlalu pendek
pulak, apa nama hantu tu?”
“Emm..” Aeyfa kehilangan kata-kata.
“Assalamualaikum…hai, saya Azrin. Syah Azrin…dan cik Faa…bukannya lipatan perut yang 6 tuu…tapi lipatan hati.” Ujar Azreen.
“Ekkk…ada jugak hati yang
terlipat-lipat.”
“Ada…bila lipatan tu terjadi. Nak membukanya
susah tapi nak menutupnya yang payah. Kalau sudah terbuka…alamat habislah. Masa
tu lautan api pun sanggup di renangi.” Azreen bermain kata-kata.
Berkerut dahi Aeyfa mendengarnya. Kelakar
apabila seorang lelaki bercakap begitu sebenarnya. Ingatkan dalam novel-novel
saja yang ada lelaki yang begitu. Rupanya di luar kehidupan yang betul pun ada
juga. “Iye ke? Bukannya kalau air milo yang panas pun tiup lagi takutkan
kepanasannya.” Memang tidak mahu mengalah.
Ketawa besar Azreen mendengarnya. “Saya
suka minum kopi cik Faa…bukan milo. So takdelah istilah tiup air milo k….”
Tanpa menjawab Aeyfa mahu melangkah
pergi. Malas melayan lelaki yang suka bercakap berbelit-belit umpamanya lidah
yang panjang tetapi tersimpul mati. “Eh…kejap cik Faa…” langkahnya mati.
“Mana awak tahu, bukan 6 pack yang
ada pada si sado dan yang ada adalah 6 lipatan di perut?” soalan perangkap atau
apa sebenarnya…
“Emm…” kehilangan kata-kata lagi. Aeyfa
memang tidak suka situasi itu. kehilangan kata-kata bagi seorang penulis
bagaikan kehilangan deria ke enam. Ahhh…enam lagi!!
“Awak pernah selak ke baju si sado?”
soal Azreen lagi.
Waaaa…Aeyfa memang terasa nak
menangis saat ini. Apahal si sado ni? Gangguan seksual ke? Atau sengaja
mengayat? Ataupun ‘aku giler…kau giler tak?’. Cepat-cepat dia melangkah laju
tanpa menjawab pertanyaan dari si sado yang sadis sentap ke santai ke sadap laa
luuu…geram tahap menjelma menjadi serigala ekor Sembilan si Naruto pula
jadinya. Gigi Aeyfa menggeletup berbunyi. Berlaga-laga antara satu sama lain. Mukanya
juga sudah merah berbelang-belang putih dan hitam sekaligus.
“Kenapa Faa…” tanya Datzz. Dia perasan
kelainan pada muka kawan gaduhnya itu.
“Si sado…geram betul. Ingat dia dah
tolong kita…dia boleh kata macam-macam kat Faa??” meluahkan rasa hati.
“Sabaq Faa…sabaq…” SyaAzwani
menepuk-nepuk bahu Aeyfa.
“Yang kau layan sangat tu kenapa?”
garang Aina menyoal.
“Mana Faa layan…dia yang ada kat
belakang Faa. Dahlah kurus, tinggi pulak tu…dah nampak pendek Faa ni….” Aeyfa
membela diri.
“kau memang pendek laa Faa…heheheee…”
Roxalynna menyampuk. Ketawa mengekek. Tawanya di ikuti oleh yang lain-lain
juga.
Ruby yang tadinya pergi membayar di
kaunter berdiri tegak di tepi meja. “Kenapa dengan Faa tu?” soalnya.
“Si sado geng kak Nina…usik dia. Tengok
tu, muka pun sudah jadi hijau. Ai tak tahu…kang tak pasal-pasal koyak baju Faa
jadi Hulk kang....hahahaaaa…” Aina yang garang juga nampaknya sudah tidak dapat
menahan diri dari ketawakan Aeyfa.
“Oooo…patut laa…” Ruby duduk di
kerusinya.
“Kenapa Kak Ruby?” soal Syaazwani
dan Syazana serentak.
“Nah…ada sesuatu untuk Faa…” Ruby
menghulurkan sebotol perfume.
“Apa ni kak Ruby?” Aeyfa teruja. Menyambutnya
dari tangan Ruby.
“Kak Ruby bagi Faa…eaaa. Terima kasih…”
“Bukan akak laa…tu si sado yang nama
Azreen tu yang bagi.” Terang Ruby.
“Waaaa…Faaa…ada secret admire…” Datzz
menepuk-nepuk bahu Aeyfa.
“Nak tahu apa maksud memberikan
perfume kepada seseorang?” soal Dhila. Dia memang selalu suka dengan
fakta-fakta.
“Apa dia?” soal mereka semua
serentak.
“Maksudnya ‘tanda cinta’….” Beritahu
Dhila.
Datzz, Syazana, SyaAzwani,
Roxalynna, Alieya, Ruby dan Aina serentak ketawa dan bertepuk tangan. Gembira bagi
pihak Aeyfa. Manakala Aeyfa sudah mencebik bagaikan mahu menangis.
“Faa tak sukaaaa….” Menyatakan rasa
hati.
“Faa…3 + 3 = Abang Sado?” Datzz
sengaja mengusik.
“Mengarut!! Entah-entah perut enam
lipatan….” Balas Aeyfa. Muahahahaaaaa….merah menyala muka Aeyfa…
Sado
sado…kalau tidak ada perkataan ini, agak-agaknya apa lagi istilah yang akan
kita gunakan bagi menggambarkan ketegapan seorang lelaki. Boroi? Wakakakaaa…
itu untuk perut yang terlebih. Sasa mungkin? Emm…istilah tu sudah lama di guna
pakai. Mungkin sado adalah satu istilah yang baru bagi menggambarkan sasanya,
tegapnya, gagahnya seorang lelaki….namun persoalan yang akak ingin bangkitkan
di sini.
Sadokah
seorang lelaki itu jika untuk mengangkat takbir pun culas? Sadokah seorang
lelaki itu jika tangga masjid untuk berjemaah seminggu sekali pun malas? Sadokah
seorang lelaki itu jika kesadoannya itu di gunakan untuk memukul perempuan dan
kanak-kanak? Emm…fikirlah sendiri. Tepuk dada tanyalah iman. Jangan sampai
menepuk air yang bertakung di dalam talam. Terpercik jugake atas muka sendiri.
Sekian…ini
hanyalah cerpen pendek dan untuk santai-santai sahaja…jangan di tanya moral of
the storynya…sebab nilai-nilai murni itu harus di teliti. Cari dan gali. Sekian
dari akak…ruby nur airis…selamat pagi? Emm…waktu sudah menginjak ke angka 2:14
pagi… Assalamualaikum semua…salam CINTA di kejauhan ini….
terbaik kak ruby, klaka... dari awal sanpai habis saya gelak. Kak ruby memg pandai gali, yg perenggan terakhir tu memg terbaik. Betul ckp akk... apa guna sado klau agama x sesado badannya... suka...suka... saya bagi enam bintang utk akk... "6 lagi..." kikiki
ReplyDeleteHihihi
ReplyDeleteKelakor! XD
Uishh trbaiklh akak khihii and daebaklh.
ReplyDelete