MR.KILLER SMILE, KAU MEMBUNUHKU PERLAHAN
Bab 6
“Kau dah fikir masak-masak?” soal Anuar.
“Bukan sekadar masak… aku dah siap rebus
serta goreng sekali.” Seloroh Iskandar. Dia ketawa kecil.
“Aku tak fahamlah. I don’t understand. Tak faham but
why? Kenapa? Kan kita dah tahu cerita yang sebenarnya? But why kau masih mahu mengahwininya?” kening Anuar sudah bertaut kiri dan kanan.
Dia betul-betul tidak faham dengan tindakan Iskandar.
“Syyy… jangan kuat-kuat sangat suara tu.
Nanti orang dengar.” Jari diletakkan ke mulut. Mata Iskandar meliar ke luar
bilik pejabatnya. Kelihatan ramai pekerja yang tekun menjalankan tugasan
masing-masing.
Iskandar bangkit dan cepat menuju ke
pintu bilik yang terbuka luas. Daun pintu segera ditutup. Lagaknya ketika ini
seperti ada suatu rahsia yang amat besar bakal diberitahu. Anuar mengerutkan
dahinya sementara tangannya ligat menggaru-garu kepala yang terasa gatal
tiba-tiba. Usai menutup pintu pejabatnya Iskandar melabuhkan punggung di salah
satu sofa yang terdapat di situ. Warna merah dan hitam melatari warna sofa. Warna
yang bermaksud garang dan kekuasaan. Dia menggamit Anuar supaya datang duduk di
sebelahnya.
“Acu kau cuba cerita kat aku. Cerita
bagi aku betul-betul faham. Aku tak faham langsung apa benda yang kau cakap
tadi. Confuse betul!” tanpa sempat
Iskandar memulakan bicara Anuar terus bercakap. Risau dan keliru bercampur
menjadi satu.
“Aku memang akan kahwin dengan dia tapi
sebenarnya seperti tidak kahwin.” Iskandar berbicara aneh. Sengihannya terukir.
Bulat mata Anuar mendengar kata-kata
Iskandar. “Kahwin tapi macam tak kahwin? Kau nak kahwin kontrak ke dengan dia?
Ataupun kawen da nada perjanjian? Klise betul.”
“Apa pula kahwin kontrak? Kau ingat aku
nak buat macam cerita-cerita novel yang selalu kau baca tu ke?” tempelak
Iskandar. Dia tahu Anuar sering membaca novel-novel cinta yang menceritakan
perihal kahwin kontrak atau kahwin paksa. Betul-betul mamat jiwang.
“Dah tu apa dia? Setahu aku kalau dah
kahwin tu, lepas akad… kahwinlah
namanya. Apa lagi istilah yang nak diguna pakai? Ke kau nak ceraikan dia sebaik
selesai kau nikah?” makin bulat mata Anuar ketika menyoal Iskandar.
Ketawa besar Iskandar mendengar soalan
dan kata-kata sahabatnya itu. Kelakar. Ada ke orang kahwin untuk bercerai pula
selepas akad? Ada ke? Errkk… ke ada? Pernah ada kot? Ye ke ada? Mustahillah.
“Gila kau aku nak buat macam tu.
Silap-silap hari bulan kena kerat 14 tau tak? Kau bukan tak tahu Atuk bukan
main sayang kat si Auni tu. Macam ni la…. aku akan kawen dengan dia tapi aku
takkan sentuh dia, tidak sama sekali. Aku takkan ‘sentuh’ dia. Sikit pun tak.
Aku nak tengok betul ke dia dah ‘berisi’ seperti yang diberitahu makcik
semalam.” Senafas Iskandar menerangkan maksud kata-katanya tadi.
“La rugi la macam tu. Orang punya la
lawa… nak biar macam tu je ke?” kening kanan Anuar terjongket-jongket. Sumbing
pula senyumannya.
“Kau jangan nak macam-macam. Otak kuning
and jangan nak terfikir or terbayang rupa paras dan orangnya
sekali pun. Nahas kau.” Tiba-tiba serius Iskandar bersuara. Muka sudah sedikit
merah.
“Hah, tahu pun jealous! Dah kau tak nak ‘sentuh’… rugilah macam tu.” Mengekek
Anuar ketawa. Dia sengaja mengusik Iskandar.
“Takde maknanya aku nak jealous Nuar. Aku bukannya sukakan dia
pun.”
Anuar ketawa besar. “Okesss… kita tengok sajalah nanti.” Keningnya
terjongkit-jongkit. Senyuman melebar.
Iskandar meraup-raup rambutnya ke
belakang. Dia mundar-mandir. Sedikit resah.
“A… aku sebenarnya nak tengok perubahan
fizikal dia nanti. Kot-kot dia betul-betul mengandung… tu yang… yang aku tak
nak ‘sentuh’ dia. And… and… maybe dia
pun tak suka kalau aku ‘sentuh’ dia. Diakan awek si hidung tinggi…. aku ni
hanyalah nak menolong dia saja.” Suara Iskandar datar memberitahu. Dia
tersenyum tawar.
“Okaylah… aku faham. Habis tu kalau
baetul-betul dia mengandung, apa kau nak buat? Jadi pak sanggup? Dan kalau
sebenarnya dia tak pernah ‘buat’ perkara macam tu, apa pula kau nak buat? Kau
tak pernah fikir ke hal-hal macam tu? Begitu juga setelah Hanif dah balik
semula ke Malaysia nanti, kau nak buat macam mana? Nak lepaskan je si Auni tu?
Macam tu ke?” bertalu-talu soalan yang dilontarkan Anuar. Ya, memang dia risau
dengan situasi diri Iskandar. Gila betul kalau siapa yang tidak risau.
Iskandar duduk kembali di sofa yang dia
duduki tadi. Dia berpaling mengadap Anuar yang sedari tidak berganjak dari
situ.
“Aku dah fikir habis-habisan sebenarnya
soalan yang kau tanya tadi. Sejujurnya aku mengaku aku sendiri tak tahu
jawapannya. Tapi yang pasti, ada satu perkara yang kau perlu tahu and promise to me… promise
to keep this secret. The biggest secret of my life. Aku pun tak tahu
kenapa aku tak pernah beritahu kat kau sebelum ni.”
Dengan suara yang seakan berbisik,
Iskandar memberitahu sesuatu kepada sahabat baiknya. Air muka terkejut jelas
kelihatan di wajah Anuar, namun seketika kemudian dia tersenyum dan
menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia menepuk-nepuk bahu Iskandar tanda
berteguh hati menyimpan rahsia seorang sahabat. Sahabat yang turut percaya
jikalau dia sendiri mempunyai rahsia yang mahu disimpan suatu hari nanti.
##########
Makcik Ana menjuihkan bibirnya. Bibir
yang agak tebal semakin tebal kelihatannya. Di ruang matanya terbayang-bayang
wajah kedua-dua budak lelaki yang datang ke rumahnya semalam. ‘Kawan la konon…’
bibirnya dijuihkan lagi. Kedua-dua budak itu kelihatan segak dan bergaya.
Gaya-gaya seperti orang berada. Kereta yang mereka guna pun kelihatan mahal.
Tetapi zaman sekarang, ramai yang pandai menyamar. Serba-serbi pinjam untuk
mengaburi pandangan mata orang lain.
Kedua-duanya berkulit agak cerah, yang
asyik bercakap dengannya semalam kelihatan seperti budak melayu yang hensem.
Yalah, dia kelihatan seperti pelakon-pelakon tv atau filem yang kacak. Bersih
sahaja mukanya dan senyum sahaja apabila bercakap.
Manakala yang seorang lagi, yang
kelihatan agak sombong tu lagi kacak dan bergaya. Makcik Ana tidak pasti budak
itu berbangsa apa, sebab sekali imbas dia seperti Melayu namun ada iras-iras
Cina dan Inggeris sedikit. Namun tidak guna
juga muka kacak tapi sombong. Bibirnya makin dijuihkan.
Suara dari televisyen yang terpasang
sekali sekala mencuri ingatannya terhadap kedua-dua budak lelaki semalam.
‘Agaknya apa yang mereka mahu dari Auni?’ Makcik Ana kehairanan sedikit. Dalam
album gambar Auni yang pernah dirampasnya dulu tidak pernah pula kelihatan
wajah-wajah budak lelaki itu. Siapa agaknya mereka? Apa yang mereka mahu
sebenarnya? Persoalan itu berlegar-legar di kepala makcik Ana.
“Mok Ana… Ooo… Mok Ana!!” laungan satu
suara betul-betul mengejutkan Makcik Ana dari memikirkan perihal kedua budak
lelaki lawa dan si Auni.
Makcik Ana menjengah ke bawah. Borhan
tersengih menampakkan gigi seperti selalu. Tanpa disuruh dia memanjat naik
tangga yang setinggi 8 anak tangga itu. Makcik Ana tersenyum melihat anak
saudara kesayangannya itu.
“Saya dengar ada orang cari Auni malam
tadi. Betul ke?” tanpa dipelawa Borhan duduk di kerusi yang terdapat di situ.
“Emm…”
“La Mok Ana ni, saya tanya, jawap emm… je?”
“Habis tu aku nak jawap macam mana?”
“Jawab jelah, ya ada orang cari Auni
semalam, bukannya susah pong.”
“Dah tu… dah tahu nak tanya lagi.” Makcik Ana
menjuihkan lagi bibirnya.
“Mok Ana… dia orang cari Auni sebab
apa?”
“Tahh! Aku pun tak tahu… budak tu cakap
dia orang kawan lama Auni. Tak tahu pula kawan masa sekolah ke… kawan kat
universiti.”
“Habis tu Mok Ana cakap apa kat dia
orang?”
“Aku ceritalah perkara yang buruk-buruk
tentang Auni. Budak tu macam percaya je… asyik angguk-angguk kepala. Ni ha, ada
kad dia beri.” Makcik Ana menghulurkan satu kad kepada Borhan.
Borhan segera mengambil. “Saya rasalah…
budak-budak tu tahu kat mana Auni tu. Dia orang sebenarnya sengaja datang sini
nak tengok keadaan kita. Tah apa-apa dah yang si Auni cerita kat dia orang.” Dia
berprasangka.
“Mungkin juga. Tapi kalau dia orang tak
tahu, macam mana pula?”
“Tak pelah kalau dia orang tak tahu Mok
Ana, saya akan usaha cari juga si Auni sampai dapat. Hisss… geram betul la
dengan Auni tu, kalau dia tak lari dah lama dah saya ‘kenduri’kan dia tu. Biarpun
dia tak nak kahwin dengan saya, asalkan saya dapat tubuh dia.” Borhan
mengepal-ngepalkan penumbuk dia.
“Kau jangan nak buat hal, Borhan. Aku
nak kau kahwin juga dengan dia. Senang sikit tanah-tanah, kedai sewa dan rumah
sewa arwah pok dia jatuh ke tangan aku. Kalau kau buat hal, nanti makin dia
hilang, susah pula aku. Lepas kahwin, kau nak ‘kenduri’ ke ‘gulai’ ke aku dah
tak perduli. Nak kongsi-kongsi dengan kawan-kawan kau si Mail dan si Aziz tu
pun aku tak perduli. Faham?” Makcik Ana memberi amaran. Berapi matanya
mendengar omelan Borhan tadi. Risau juga dia kalau Borhan buat macam yang dia
katakan. Hilang pula nanti ‘lubuk emas’nya.
“Okay… okay… saya tak buat. Tapi Mok
Ana… berilah sikit pitih… dah kering
sangat dah ni.” Borhan tersengih-sengih memandang Makcik Ana.
Sengihannya semakin lebar apabila
not-not biru dan merah dikeluarkan Makcik Ana dan terus disambarnya pantas.
Dikucup-kucupnya duit di tangan.
“Kalau kau dapat cari dan kahwin dengan
Auni, lagi banyak duit aku beri nanti.” Makcik Ana mengumpan anak saudaranya.
“Okay… esok-esok ada masa saya cuba cari
dia tapi kena beri duit lagi laaa…” Sengih
Borhan.
“Yalah… yalah…”
“Saya pergi dulu Mok Ana.” Borhan segera
beredar. Tangga 8 tingkat tadi dilangkaunya sekaligus. Melompat terjun terus.
Makcik Ana menggelengkan kepalanya melihat tingkah anak saudaranya itu.
##########
Auni merenung langit yang terbentang
luas di atasnya. Gelap. Malam sudah menjelma menggantikan siang. Gelap lawannya
terang. Begitu juga perkara-perkara lain yang berada di sekeliling. Setiapnya
ada yang berpasangan. Kiri dan kanan. Belakang dan depan. Baik dan buruk.
Lelaki dan perempuan. Ahh! Buntu. Fikirannya buntu dan letih. Semalam adalah
gilirannya dan Mak Zah menjaga Dato’ Hasyim di hospital. Hari ini Iskandar pula
yang ada menemani Atuk. Giliran Abang Mie pula akan menyusul selepas itu.
Hari ini selepas balik dari
hospital, Auni terus tertidur seketika sebelum Asar. Sebenarnya bukan
kebiasaannya tidur di siang hari tetapi dia terasa amat letih. Auni tahu kalau
dia tidur selepas Asar banyak keburukan yang boleh berlaku. Dari sumber yang
pernah dia baca, keburukannya ialah muka akan kelihatan bengkak atau sembab dan
tidak bercahaya, boleh merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang
limpa serta melemahkan urat saraf dan juga melemahkan syahwat.
Langit yang gelap direnung lagi
tanpa jemu. Tiada ternampak bintang-bintang yang sering kelihatan di dada
langit. Mungkin sedikit masa nanti hujan akan turun. Auni sedar dia sekarang
punyai banyak masalah. Namun kata orang, makin banyak masalah makin tenang hati
dan jiwa kerana badan kita sudah biasa susah. Kita biasa berpayah dan tidak
mudah terasa. Jiwa juga tenang kerana fikiran kadang-kadang sudah cukup tepu
dan mampu menepis segalanya. Namun baginya setiap satu masalah adalah berlainan
maka setiap satunya memang menekan dirinya. Moga dia mampu menghadapinya.
InsyaAllah. Langkah diatur menuju ke dalam rumah. Meninggalkan bayang di
belakang.
##########
Telefon bimbit kepunyaan Iskandar yang
tertinggal di atas meja berhampiran tepi katil berbunyi. Teragak-agak Auni
mengangkatnya. Lebih-lebih lagi tiada nama yang terpapar dalam skrinnya. Hanya
ada nombor sahaja. Namun dia mengambilnya juga. Slide ke kanan dan meletakkan telefon ke telinganya.
“Hello, kenapa lambat sangat angkat
telefon?” suara kasar menerjah ke telinga Auni. Tanpa salam tanpa kata-kata
aluan.
“Maaf, Is… saya tak tahu siapa yang
telefon. Tak ada nombor dan ini telefon Is. Hak peribadi Is. Rasanya agak
bersalah kalau saya menceroboh hak peribadi orang lain.” Terang Auni. Ya, dia
memang tidak selesa menggunakan barang-barang orang lain.
“Habis tu… ni yang kau angkat ni.
Bukannya telah menceroboh hak peribadi aku namanya? Ataupun apa nama yang
sebetulnya?” soal Iskandar. Suaranya mula kedengaran tinggi.
Auni memandang telefon di tangan dan
dahinya berkerut namun kemudiannya meletakkan kembali ke telinga
“Telefon ni berbunyi hampir lima kali.
Saya kena jugak angkat. Kalau tak, rasa-rasanya sampai ke pagi esok ‘dia’
berbunyi agaknya.” Menjujurkan diri memberitahu kata hatinya. Moga Iskandar
faham.
“Jadi kau nak salahkan aku pulak
sekarang?” tanya Iskandar.
Auni mula menggaru-garukan hidungnya
yang tiba-tiba terasa gatal.
“Saya… saya tak salahkan Is. Oklah, saya minta maaf sebab
ambil phone awak tanpa kebenaran. Assalamualaikum
dan selamat malam.” Cepat-cepat Auni menutup telefon dan meletakkannya di atas
meja kecil tadi semula.
Dia terus naik ke atas katil,
berkira-kira hendak tidur. Jam pun sudah menunjukkan ke angka 11 malam. Auni
biasa tidur pukul 10 malam jika tidak study
atau ada hal-hal yang tidak boleh dielakkan. Saat dia ingin memejamkan mata,
tiba-tiba telefon berbunyi lagi. Auni terbangun namun dia membiarkan sahaja
bunyi telefon itu mati dengan sendirinya. Beberapa kali kemudiannya, telefon
berbunyi lagi.
“Kenapa lambat angkat?” soal
Iskandar pada saat Auni meletakkan telefon di telinganya.
“Errkkk… emmm…”
“Aku tanya, kenapa kau lambat
angkat? Dah tidur?” suara Iskandar kali ini kedengaran agak lembut nadanya.
“Sedang cuba tidur tadi.” Jujur
memberitahu tentang perkara yang sebenar.
“Oklah kalau macam tu. Selamat
malam… assalamualaikum.” Iskandar mengakhiri perbualannya.
Auni memandang telefon di tangan.
Skrin pelahan-lahan mengelam dan hitam. Huhhh! Keluahan itu terluah juga. Auni
tidak faham langsung perangai Iskandar yang sentiasa berubah. Jika dikatakan
pantai berubah kerana sering dipukul ombak. Apakah istilah yang boleh digelar
untuk Iskandar? Dialah pantai dan jugalah ombak yang menghempas. Yang sering
berubah dan merubahkan sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment