Labels

Showing posts with label Tertulis. Show all posts
Showing posts with label Tertulis. Show all posts

Saturday, 18 April 2015

BAB 5 : TERTULIS


Jika Itu Yang Tertulis

‘Seperti kaburnya cahaya mentari kerana gelapnya awan. Seperti kaburnya impian kerana pudarnya harapan. Aku memegang kemas kenangan. Moga kenangan tidak tinggalkan aku. Namun perlukah aku kembara kembali ke masa lalu?’


Bab 5

            Farha riang melihat mamanya yang setia menunggu. Puan Zira juga riang melihat kesayangan sudah kembali. Pelukan erat dan kemas menyambut sang puteri sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah. Tangisan Puan Zira juga berlagu syahdu bagaikan menyambut perwira negara yang baru menjejak Tanah Air tercinta. Encik Zamir hanya menggelengkan kepala melihat tingkah kedua beranak. Sama-sama sengal. Sama-sama senget. Namun itulah permata hatinya. Farha Kirana anak yang manja dan Murni Azira isteri yang setia.

            Izzad yang melihat turut tersenyum melihat tingkah comel dari keduanya. Benarlah kata orang, ‘manakan tumpah kuah jika tidak ke nasinya sahaja’. Karektor yang hampir serupa ibu dan anak. Terasa makin ceria masa depannya. Pelahan-lahan Izzad menghampiri keluarga Farha dengan debaran yang semakin kuat.

            “Assalamualaikum uncle…aunty…” sapa Izzad sebaik sahaja menghampiri. Tangan dihulurkan kepada Encik Zamir. Tangannya disambut mesra.

            Farha sudah tersenyum lebar memandang Izzad. Manakala Puan Zira dan Encik Zamir berpandangan sesama sendiri namun tersenyum kemudiannya. Kening Puan Zira terjongkit, begitu juga kening Encik Zamir. Mereka berdua saling berpandangan dan mengjongkitkan kening. Berbalas isyarat yang hanya keduanya yang tahu apa maksudnya. Izzad melihat itu dan ianya menambah resah di dada. Cuba berlagak tenang dengan melemparkan senyuman.

            “Awak…kalau awak senyum…cantik sangat!” Farha tidak menahan, dia terus menyatakan kebenaran.

            Izzad sudah menggarukan kepalanya. Makin resah. “Errkk…” speechless. Izzad hanya mampu terdiam dan bibirnya masih mengukir senyuman.

            “Betullah tu. Killer smile dan harap Izad tak membunuh aunty dan Farha dengan senyuman tu.” Puan Zira pula menambah rasa resah di dada Izzad.

Encik Zamir  sudah tidak mampu menahan tawanya. Dia ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Izzad sudah terpinga-pinga namun rasa resahnya lari. Ianya lari bersama rasa gundah yang pernah menghuni hatinya. Sikap terbuka yang dilihatnya dalam keluarga Farha telah menambah rasa yakin dalam dirinya.

Izzad membetulkan suaranya. “Maaf uncle…aunty…”

“Ya…” Encik Zamir menghentikan tawanya.

“Emm…macam ni. Saya rasa saya patut berterus-terang sahaja.” Menelan liur yang tiba-tiba terasa pahit dan kelat.

“Saya sukakan anak uncle dan aunty.” Puhh, lega! Itulah perasaannya tika ini. Senyuman di bibirnya mati menandakan dia serius dengan apa yang di perkatakannya.

Encik Zamir memandang Puan Zira dengan berisyarat kening seperti tadi. Farha pula semakin lebar senyumannya. Dia sendiri tidak menyangka sebenarnya Izzad berani menyatakan perkara itu kepada kedua ibu bapanya. Rasa kagumnya pula mengatasi rasa sukanya kepada lelaki itu. Mulutnya ternganga. Puan Zira yang nampak mulut Farha ternganga segera menolak rahang bawah ke atas. Menutup mulut anaknya dengan berhemah sambil tersenyum dan kenyitan di mata kanan.

Izzad ketawa kecil melihat aksi comel dari keduanya. Kelucuan jelas terlihat dari kedua ibu dan anak. Kesengalan juga ternampak dari keduanya. Mungkin itulah faktor penyumbang kepada kecomelan yang terserlah di wajah Farha. Wajah yang keanak-anakan. Senyuman yang cute. Aksi yang comel dan polos. Menandakan tiada ‘hitam’ di dalam hati gadis kecil itu. Izzad tersa bahagia.

“Seminggu nanti…bawalah keluarga datang ke rumah uncle.” Encik Zamir memberitahu. Dia memandang Izzad.

“Ke rumah? Kenapa pakcik? Emm…ayah saya ada di sini.”

“Ayah ada di sini? Mana?” Encik Zamir memandang sekeliling. Kelihatan beberapa pelajar dan ibu bapa masing masih ada di situ.

“Ada. Mungkin dia sedang uruskan sesuatu.” Terang Izzad.

“Ayah sayalah yang kendalikan kem motivasi ini.” Dia menyambung lagi. Memberitahu kebenaran tentang dirinya dan keluarga.

“Siapa?” soal Farha pula. Selama seminggu di kem kendalian ADV Camp & Motivation team, tidak pula dia ketahui bahawa Izzad ada kaitan dengan sesiapa di situ.

Izzad tersenyum mendengar soalan Farha. Dia tahu gadis kecil itu tidak mengetahui tentang itu. Sebenarnya tidak ramai yang tahu dan penglibatan dia di situ juga hanyalah sambilan sahaja. Dia masih lagi menyambung pelajaran di university. Jika ada waktu terluang atau cuti sekolah sahaja dia akan membantu di kem.

“Mejar (B) Mazlan itu ayah saya. Nama betul dia, Izz Mazlan.” Terang Izzad.

Farha sekali lagi ternganga dan seperti biasa Puan Zira menolak lembut rahang anaknya, menutup mulut. Izzad ketawa kecil lagi melihat aksi comel itu.

“Bawa family dan kita akan bincang pasal kamu dan Farha.” Encik Zamir memberitahu lagi dan menyatakan tujuannya yang sebenar.

Izzad terdiam. Sebenarnya dia lebih kepada terkejut. Namun bunga-bunga dihatinya kembang dan mewangi sekaligus. Wanginya itu bagai tercium oleh hidungnya. Dia tersenyum memandang Farha yang turut senyum dengan riang. Wajah gadis kecil itu begitu bercahaya dan berseri. Cahaya yang bakal menerangi hidupnya kelak. Menyinari sehari-harinya nanti.

Berseri dengan sinar yang memancar. Tidak menyilaukan hingga tidak nampak oleh mata tetapi sinar yang mampu mengelipkan mata sang pungguk yang sering rindukan bulan. Sinar yang mampu menghentikan badai yang sering menghempas pantai. Sinar yang mampu menongkat kukuh menara condong Pisa dari terus menyondong. Itulah Farha si gadis kecilnya. Gadis kecil yang mampu menghapuskan terus kelibat seseorang dengan hanya satu kejadian di malam hari dulu.

“InsyaAllah uncle. Saya pun sebenarnya tak nak bertangguh dalam perkara macamni tapi…takpe ke? Farha masih muda dan sebenarnya saya pun masih belajar lagi.” Sedikit kegusaran jelas di wajah Izzad.

“Emm…macam yang Izad kata tadi…perkara baik tak elok bertangguh. Uncle memang tidak suka bertangguh dan satu lagi, Izad…”

“Apa, uncle?”

“Lepas Farha SPM…terus kita langsungkannya…”

Terkejut. Sekali lagi Izzad terkejut. Kali ini dia pula yang ternganga. Liurnya ditelan pelahan-lahan. Mudah dan cepat perjalanan hidupnya kali ini. Farha dipandangnya penuh kasih. Ya, kasihnya di segenap hati telah tumpah kepada gadis kecil itu. Segenap rasa cinta sedang membungai jiwanya. Segenap rasa sayang telah menguasai seluruh dirinya. Jika itu yang telah dituliskan untuknya, dia terima seadanya. Itu lebih baik dari bercinta bertahun tetapi berpisah sesaat selepas itu. Ya, itulah lebih baik. Bercinta dengan kekasih halal.

##########

            Izzad sudah hampir ketawa namun ditahannya. Senyuman pun disoroknya dalam-dalam. Bimbang terencat pula syair atau madah yang julung-julung kalinya diperdengarkan oleh ayahnya. Mejar (B) Mazlan membetulkan suaranya. Ini kali ketiga dia cuba mengalunkan kata-kata puitisnya. Tadi, kali pertama setakat satu baris ayat sahaja. Kemudian sampai dua baris, sekarang dia mencuba lagi.

Seiring madah puitis menyusun santun ,

Kami berbicara bagai pantun dilagukan,

Satu irama maksudnya nyata dan tersusun,

Dekat dan jauh kami rapat dan hubungkan,

Moga kekal hingga ke akhir hubungan,

Hajat teruna kami sampai dan ungkapkan,

Moga sang dara tidak punya halangan,

Tuan rumah menyulam senyuman,

Harap kami semua tidak pulang kesorangan.

            Encik Zamir sudah tersenyum. Dia menggaru-garukan kepala. “Maaf mejar… sebenarnya saya tak pandai nak bermadah puitis ni sebenarnya.” Dia memberitahu sebuah kebenaran dengan jujur.

Mejar (B) Mazlan ketawa dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki yang lain. Izzad turut tidak dapat menahan tawanya juga. Rasa yang menggeletek di dalam tadi terburai. Namun dia masih menahan sebahagian tawanya, bimbang ianya mengundang perhatian. Sesekali matanya melirik mencari kelibat Farha. Namun bukan sahaja kelibat, bayang pun tidak kelihatan. Mungkin si gadis bersembunyi.

“Kita teruskan sahaja mejar dengan matlamat kita. Saya sebenarnya tiada halangan untuk menyegerakan perkara yang baik. Jika diikutkan hati, hari ni juga saya mahu nikahkan mereka tetapi itulah, Farha akan mengambil peperiksaan yang penting akhir tahun ini. Jadi hari ini peminangan ini kami terima dengan hati yang terbuka dan kita teruskan sahaja dengan pertunangan. Macam mana tu mejar?” Mejar (B) Mazlan dipandangnya dengan senyuman.

“Saya pun sebenarnya tak reti bab-bab bermadah ni…hahahaaaa tadi nervous sangat sampai terkeluar segala ayat.” Tersengih Mejar (B) memandang Encik Zamir.

Kata-kata mejar mengundang tawa dari setiap yang hadir. Izzad hanya tersenyum. Dia menggaru-garu belakang tengkuknya. Terfikir di benaknya, ayahnya sedang nervous hingga boleh terkeluar segala ayat-ayat yang sebegitu. Agaknya jika tidak nervous, bagaimana agaknya. Cepat-cepat Izzad menekup mulutnya sendiri. Rasa yang menggeletek tadi hampir meledak. Rupanya dalam seriusnya mejar ada juga sifat kelakar yang terlindung. Dalam seriusnya wajah mejar ada rupanya sifat selamba yang mencuit hati.

########

            Izzad hampir selesai makan. Dia membawa dirinya makan di gazebo milik keluarga Farha. Di hadapan gazebo terdapat pula pancuran air buatan yang mengalirkan air dan airnya betul-betul jatuh cantik ke dalam kolam ikan yang sederhana besar luasnya. Suapan terakhirnya, tiba-tiba segelas air dihulurkan seseorang. Dia memanggung wajahnya. Dan hatinya terdetik satu nama.

            “Nah air…I takut you tercekik nanti.” Kirana meletakkan air di tangan setelah huluran tadi tidak tersambut.

            Izzad tidak menyentuh gelas yang dihulurkan Kirana tadi sebaliknya dia mencapai gelas yang telah dia bawa sendiri tadi. Meneguknya dengan laju. Bangun membasuh tangan di sebelah gazebo. Terdapat pili paip di situ. Selesai segalanya dia duduk kembali di gazebo. Beberapa meter sebelahnya, Kirana duduk santai dengan kakinya yang terjulur berayun-ayun perlahan. Kirana turut melemparkan senyuman manis. Senyuman yang dulu Izzad tidak pernah terfikir akan kehilangannya. Senyuman Maya Kirana.

            “You buat apa kat sini?” soal Izzad. Dahimya sudah berkerut. Hatinya berkata-kata.

            “Sepatutnya…I yang tanya you..you buat apa kat sini.” Farhan menyerlahkan karektornya.

            Izzad menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya jatuh kepada pakaian Kirana. Sendat dan jarang walaupun berbaju kurung. Rambutnya yang dulunya berwarna hitam sudah bertukar warna. Cara mekapnya juga berubah. Namun Izzad menelan liur. Dia tahu rasa yang dulu masih ada pada Kirana. Bertahun menyulam kasih, masakan rasa itu boleh 100% hilang. Kirana tersenyum memandang Izzad. Senyuman itu masih sama malahan lebih cantik lagi kelihatannya. Izzad menelan liur berkali-kali.

            “You nak tau sesuatu?” Kirana bertanya.

            Izzad tidak menjawab. Dia membuang pandang ke arah kolam dan pancuran air. “Farha tu…my niece. So you tunangan anak sedara I. And you nak tau apa maksudnya?”

            Masih tidak menjawab. Sebenarnya Izzad lebih kepada terkejut. Kenyataan bahawa Farha anak saudara kepada Kirana sedikit sebanyak meresahkannya. Jadi…apa yang terjadi sekarang? Dia membuang pandang ke hadapan lagi. Tidak mahu rasanya berpaling ke sisi. Bimbang hatinya berubah kepada perempuan yang pernah bertahun menghuni hatinya.

            “It’s mean…you akan sentiasa dekat dengan I…da nada satu perkara lagi yang I nak beritahu kat you…” Kirana masih menguntum senyumnya. Dia tahu Izzad lemah dengan senyumannya.

            “I tak bahagia…” suaranya lirih. Bernada sayu.

            Izzad berpaling. Kirana sudah menundukkan wajahnya. “Tak bahagia?” Izzad membuka mulutnya juga. Keinginan rupanya mengatasi prinsip.

            Kirana memanggung wajahnya. Tersenyum lagi. “Ya…I tak bahagia. Kenapalah agaknya I bodoh tinggalkan you dulu. Kalau tidak tentu kita yang bertunang tadi.”

            Izzad resah. Dia turut gelisah. Wajah polos Farha terbayang di ruangan matanya. “Emm…kita takde jodoh. Lupakanlah. Seperti yang you pernah cakap dulu. Nama you dan I tidak mungkin akan bersatu.” Ujar Izzad perlahan.

            “Tapi I tak bahagia Izad…and I masih sayangkan you.” Kenyataan berani dari Kirana terluncur laju dari mulutnya.

            “Kita bersama semula…boleh?” permintaan yang menyentakkan Izzad.

            “You dah gila…you isteri orang dan baru sebentar tadi…I tunang kepada anak saudara you sendiri. Your niece, remember?” mata Izzad membulat. Mukanya membahang seperti rasa hatinya. Panas dan geram. Nafasnya sudah turun naik.

            “I tak bahagia Zad…you tak kesiankan I ke? Bukankah dulu you begitu sayangkan I?” Kirana seperti merayu.

            “Habis tu.. husband you nak letak mana? Atas kepala?” sedikit berang. Bagi Izzad, Kirana sengaja mencari bala.

            “You jangan kawen dengan Farha, Zad…please…” Kirana bagai tidak mendengar kata-kata Izzad. Dia merayu lagi.

            “You memang betul-betul dah gila ke Kirana? You isteri orang…”

            “Habis tu...kalau I bukan isteri orang lagi. You nak terima I semula?”

            Izzad makin berang. Dia bangun dari duduknya. “You jangan nak macam-macam. Kalau pun betul you bukan wife sesiapa pun lagi. I takkan terima you dengan senang-senang. Apa masalah you ni? Apa yang tak bahagianya? Bukan ke you dah dapat segalanya?”

            Kirana turut bangun. “Memang I dapat apa yang I mahukan selama ni tapi dia yang tak mampu bagi apa yang paling penting bagi seorang isteri.”

            “Apa lagi? I betul-betul tak faham dengan you…agaknya permintaan you terlalu tinggi walaupun suami you Dato’!!” Izzad meraup-raup mukanya dengan kedua telapak tangan. Kusut dengan tingkah Kirana.

            “Dia…dia ‘tak mampu’.”

            “Apa? I tak faham?”

            “Suami I…dia ‘tak mampu’ dalam bahasa sebenarnya. Dia mati pucuk. You faham tak apa maksud I?” Kirana berterus terang. Perasaan malunya hilang dengan menceritakan perihal rumah tangganya.

            Izzad terdiam. Mukanya merah. Dia pula yang terasa malu. Kirana dipandangnya. Wajah itu keruh. Ternyata ceritanya bukan di buat-buat. “I tak dapat nak menolong you dalam perkara ini. Suruhlah dia pergi berubat.”

            “Izzad…I kesunyian. I perlukan you. Hanya you yang boleh redakan kesunyian I.” Kirana bagaikan tidak mendengar saranan Izzad. Dia hanya tahu merayu lelaki di hadapannya.

            Izzad menggeleng-gelengkan kepalanya. “Sebenarnya you nak apa? Ypu tak bagi I kawen dengan Farha. You cerita suami you lemah dan ini apa pulak? Perlukan I? Apa sebenarnya yang you mahu?”

            “I nak you jadi ‘selimut malam’ I. You jadi kekasih gelap I. Please Izad, I really need you. Hangatkan malam I.” Kirana mendekati Izzad. Tangan Izzad di capai dan dibawa ke dadanya. Dia tahu Izzad masih rindukan pelukan yang pernah dia berikan dulu.

            Menggeletar tubuh Izzad mendengar kata-kata Kirana. Sesuatu itu dia fahami. Bodoh kalau dia tidak faham apa maksud Kirana. Namun nafasnya sesak tatkala tangannya dibawa ke dada. Tangannya kaku seketika. Rasa kasihnya yang dulu bagaikan membahang kini. Memang dari dulu, Kirana begitu di dambakan. Tipu jika di katakan seorang lelaki tidak mendambakan kehangatan seorang perempuan. Lebih-lebih lagi untuk perempuan yang begitu di cintai. Namun itu dulu.

            Cepat-cepat Izzad menarik tangannya dari dipegang Kirana. “You gila? You tahukan I memang tak suka dengan sikap lepas laku you dari dulu lagi. Menjadi ‘selimut malam’? Hahahahaaa…yaou silap orang Kirana. I bukan orang yang begitu.”

            “Tapi dulu…masa I peluk you. You macam suka. Ahh, lelaki! Lelaki mana yang mampu menolak ‘kehangatan’ yang bakal I berikan…” Kirana bermain kata-kata lagi.

            “Dulu? Itu…semasa you terjatuh dan I menyambut you? Itu you kata kita berpeluk? Nonsence…hanya sedikit pertolongan sebegitu, you sudah kata I suka memeluk you? Tapi you tak tahu. bila I balik ke rumah, I mandi berjam-jam bagai boleh mencuci dosa memeluk bukan mahram I. Itu you memang tak tahukan?” sinis Izzad menyatakannya. Kebenaran yang tidak pernah diberitahunya kepada Kirana.

            “Ahh, sudahlah Kirana! Bye…you teruskanlah dengan angan-angan you tu. I bukan lelaki yang begitu. Farha adalah matlamat I sekarang. I bakal milik dia dan dia milik I nanti. Muktamad. Noktah. Bye…” Izzad menghentikan perbualan mereka. Dia sudah malas mendengar kata-kata Kirana. Cepat Izzad melangkah mahu meninggalkan tempat itu.

            “Izzad…you takkan terlepas sayang. I akan pastikan you akan jatuh ke tangan I jugak nanti dan tiada siapa yang boleh miliki you walaupun Kirana. Muktamad.” Kata-kata Kirana jelas di pendengaran Izzad sebelum dia betul-betul meninggalkan tempat itu.

            Izzad yang semakin menjauh hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun hatinya resah. Seresah kenyataan bahawa Farha adalah anak saudara Kirana. Hatinya gundah. Segundah rasa yang tiba-tiba rasa takutnya dengan kenyataan akhir Kirana. Perempuan itu betul-betul menakutkan. Namun Izzad harus cekalkan hati dan perasaannya supaya dia dan Farha dapat bersatu kelak.

Friday, 10 April 2015

BAB 3 dan Bab 4 : TERTULIS


Jika Itu Yang Tertulis

Definisi rasa itu pelbagai. Definisi cinta juga pelbagai. Yang bukan pelbagai adalah aku. Akulah yang satu. Tiada duanya. Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah kau…?

Bab 3

            “Farha dah siap?” entah kali yang ke berapa dia di tanya.

            “Sudahlah mama. Hahahaaa…dari tadi mama asyik tanya je.” Tidak dapat menahan, Farha ketawa .

            Puan Zira terus memeluk anak kesayangan. “Mama tanya sebab mama sayangkan Farha…” wajah anak tercinta di tatapnya.

            “Maaa…Farha bukan kecik lagi tau. Ni nak pergi seminggu je. Bukannya lama laa maaa…” sambil menentukkan kepala ke bahu mamanya.

            “Bagi mama…setiap anak mama, masih baby lagi. Semua mama sayang. Semua mama risau.” Puan Zira meluahkan rasa hatinya.

            “Mamanya…janganlah nak buat drama air mata pulak. Nanti tak jadi pulak Farha nak pergi. Dah…dah…tu. Jom Farha, abah hantarkan ke sekolah.” Encik Faizal terus mengambil beg yang paling besar lalu membawanya keluar dari bilik.

            “Mamaaa…” Farha memeluk mamanya pula. Si mama pula, siap berendam air mata memeluk dan mencium anak kesayangan.

            “Sudah-sudahlah tu…” si papa terpaksa masuk bilik semula dan menarik tangan Farha. Adengan betul-betul macam kisah rebutkan hak penjagaan anak kesayangan.

            “Anakku…bila duduk di sana seminggu. Jangan lupakan mama yang merindu. Jika jumpa pakwe hansem dan katang-katang. Jangan lupa juga beritahu mama, siapkan pelamin untuk bertunang. Inagt tu…anakku.” Puan Zira berdrama sambil mengesat air matanya.

            “MAMAAAA….!!!” Jerit Farha. Muncung mulutnya sudah sedepa. Manakala si mama mengekek ketawa dalam tangisan.

            Papa turut ketawa. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Faham dengan tingkah isteri kesayangan yang suka bergurau walau apa situasi pun. Sekaligus menceriakan hari-harinya. Tambahan pula mereka hanya mempunyai Farha seorang sahaja. Itulah permata hati mereka. Itulah segalanya. Sebenarnya hati lelakinya juga gundah mahu melepaskan anak kesayangan pergi. Namun kerana perginya adalah untuk menimba ilmu, maka dia melepaskannya. Demi sebuah ilmu.

##########

            “Farha dah sampai…” badan Farha di goyang-goyangkan oleh Noreen.

            Perlahan-lahan Farha membuka matanya. Menggosok-gosokkannya. Tangan menutup mulut yang menguap. “Kat mana ni?”

            Menepuk dahi Farha dengan kuat. “Kat kemlah. Apa laa kau ni…mamai. Dah jom turun. Kang tak pasal-pasal, hari pertama dan di saat yang pertama. Kita kena denda pulak.” Noreen sudah mencapai beg pakaiannya dan berdiri.

            Cepat-cepat Farha mencapai beg pakaiannya dan menyandang satu beg kecil di bahunya. Kedua-duanya bergegas turun dan menyertai rakan-rakan yang lain. Sebenarnya mereka adalah antara pelajar tingkatan lima dan tiga di sekolah yang menyertai kem motivasi di situ. Kem ajuran sekolah telah di adakan di kawasan rekreasi Jeram Tengkek dan Baghulu Camp. Segala aktivitinya adalah di bawah kelolaan ADV Camp & Motivation team.

            Farha dan Noreen, masing-masing berdoa dalam hati, berharap segala latihan di kem ini tidaklah terlalu keras disiplinnya. Iyalah, keduanya adalah antara pelajar perempuan yang selayaknya di gelar puteri lilin kerana jarang meyertai aktiviti padang di sekolah. Keduanya lebih tertumpu pada ‘permainan dalaman’ sebagai aktiviti kokorikulum. Kem ajuran sekolah ini mereka sertai pun kerana ianya di wajibkan oleh pihat sekolah.

##########

            “Noreen..temankan aku ke tandas. Dah tak tahan ni…” Farha menarik baju Noreen dari berjalan laju.

            “Ala Farha…tahanlah kejap. Kan dah di beri penerangan tadi. Selepas letak beg masing-masing, sila ke tempat perhimpunan. Jangan ada yang lambat walaupun sesaat.” Noreen sudah buat muka cuak.

            “Aku betul-betul tak tahan ni, Noen. Macam nilah…kalau kau nak pergi. Pergilah. Aku memang nak ke tandas. Kena denda pun aku tak kisah dari aku malu sebab terkencing di depan umum.” Sebaik berkata-kata, laju Farha membelok ke sebelah kanan. Di situ terletak kawasan tandas dari signboard yang tertulis.

Noreen menggaru-garukan kepalanya dan kemudiannya dia mengekori Farha ke tandas. Baginya apalah erti persahabatan kalau seorang sahabat di tinggalkan hanya kerana takutkan sesuatu perkara. Ya, sahabat adalah selamanya menjaga kita walau tidak pada zahirnya. Namun pada batin atau hati, sahabat ialah yang mendoakan kesejahteraan hidup seorang sahabat yang lain.

##########

            Beberapa langkah lagi mereka akan menghampiri bangunan yang menempatkan para pelajar. Suara gemaan dari pelajar jelas kedengaran. Suara itu menyebabkan kaki keduanya lagi cepat melangkah. Jauh di hadapan, kelihatan seorang lelaki yang agak tergesa melangkah menuju ke arah bertentangan. Sesaat kemudian mereka berselisih. Keduanya langsung tidak memperdulikan lelaki itu yang kelihatannya bukanlah sebahagian dari anggota jurulatih.

            Namun langkah keduanya terhenti apabila satu suara memanggil. Keduanya segera berpaling sambil mengerutkan dahi masing-masing. Lelaki tadi melangkah berhadapan dengan keduanya. Dia tersenyum dan mengjongkitkan kening. Memeluk tubuhnya sendiri.

            “Awak berdua terlambat?” soalanya.

            Kedua-duanya mengelip-ngelipkan mata berkali-kali tanpa menjawab pertayaan dari lelaki itu. Sebenarnya mereka lebih kepada rasa kagum. Perasaan itu terbit dari hati. Yupp…siapalah yang tidak kagum. Pemandangan di hadapan mata begitu mengujakan. Umpama salji putih yang berterbangan hinggap ke tangkai hati. Sejuk dan damai bercantum tidak mahu melepaskan antara satu sama lain.

            Tap! Tap! Jari di petik di hadapan mata kedua Farha dan Noreen. “Korang ni kenapa? Patung cendana? Atau alien yang terjaga di tengah-tengah bumi?”

            “Abang Korea…kami minta maaf…” Noreen bersuara bagi pihak dirinya dan Farha.

            Kening sudah terjongkit dan sengihan terukir di bibir. “Abang Korea? Agak-agaknyalah…tahun berapa ibu bapa korang berdua melahirkan abang Korea ini?”

            Noreen menelan liur manakala Farha hanya menutup mulutnya dari berkata-kata. “Sa…saya minta maaf abang Korea…” Noreen meminta maaf. Dia menyigung-nyigung Farha supaya turut meminta maaf.

            “Kan tadi sudah di beritahu? Jangan panggil abang..!!” suara halilintar mula kedengaran. Nada keras yang menyongsang dari wajah yang terpamer.

Tersentak keduanya. Apa tidaknya. Dari segi raup wajah, jelas ternampak baik dan sopannya si dia. Namun…sekali memetir, memadamkan angan perempuan yang teruja melihat keindahan yang di ciptakan Yang Maha Kuasa.  Noreen walaupun tersentak namun masih dapat mengawal rasa gementarnya. Namun Farha, dia sudah menggeletar kecil.

“Maaf. Saya dan kawan saya ni…minta maaf abang Korea.” Ujar Noreen sepenuh hati tanpa menyedari satu kesalahan yang dia buat.

“Hei, budak kecik…! Kan tadi sudah beritahu…jangan panggil aku abang…!! Dan yang paling penting…don’t call me, abang Korea…!!! Dan yang sorang lagi ni. Dia takde mulut ke nak minta maaf sendiri?” sinis sifat yang sengaja di pamerkan. Matanya tajam merenung kedua pelajar perempuan di hadapan.

“Sa…sa…saya minta maaf, abang…”Farha bersuara. Perlahan. Rasa gementarnya usah di tanya. Semuanya menggigil di dalam.

“Apa? Tak dengar? Cuba kuat sikit suara tu? Dan sekali lagi nak kasi tau…JANGAN PANGGIL AKU…ABANG…A.B.A.N.G…” dia mengulanginya. Siap mengeja, kot-kot kedua pelajar perempuan di hadapannya tidak pandai mengeja.

Namun…Farha yang menggigil tadi, rebah tiba-tiba. Cepat di sambut. Terkejut. Noreen turut terkejut. Gadis itu di dukung dan cepat membawanya ke bilik sakit yang terletak tidak jauh dari situ. Noreen yang cemas cepat juga mengekorinya.

“Panggil saja saya…Izad.” Sempat pula Izad memberitahu Noreen yang mengekori dari belakang. Dia semakin laju melangkah sambil mendukung Farha yang tidak sedarkan diri.

##########

            Noreen cepat menerpa tatkala melihat Farha menggerak-gerakkan tubuhnya. “Kita kat mana ni Noen?” perlahan Farha bertanya.

            “Ni bilik sakit…” terang Noreen. Dia membetul-betulkan kedudukan bantal supaya Farha senang duduk bersandar.

            “Terima kasih…” sengihan lebar di pamerkan.

            “Untuk apa?” pelik dengan ucapan itu. Noreen bertanya.

            “Sebab kau tolong aku. Tolong temankan aku ke toilet. Tolong angkat aku bila aku pengsan tadi. Tolong betulkan bantal aku kejap tadi. Tolong…” Farha sengih dengan lebih lebar lagi.

            “Wait…wait…tolong angkat kau?” Noreen sudah menggaru kepalanya.

            Berkerut dahi Farha. Hairan. “Ehh…bukan kau ke yang angkat aku?”

            “Mana aku larat nak angkat kau. Cuba tengok…tubuh kau dengan tubuh aku lebih kurang sama saja saiznya. Mana aku mampu angkat kau.” Membelek diri sendiri. Noreen siap memegang lengannya yang sama besar dengan lengan Farha.

            “Habis tu…semut boleh angkat ‘benda’ yang berkali ganda berat dirinya sendiri tu…takkan kau tak boleh angkat aku yang sama berat dengan kau?” Farha tidak puas hati dengan penafian Noreen.

            Menepuk dahinya dengan tangan. “Itu semut laa sayang oii…adehhh laa…kenapalah aku boleh berkawan dengan budak sengal macam kau ni…” dan berkali-kali menepuk dahinya.

            Farha ketawa mengekek. “Aku tahu kau sebenarnya suka berkawan dengan akukan? Noen…kau tahu tak?” matanya berkelip-kelip memandang Noreen.

            “Apa dia?” mendekatkan diri. Noreen berdebar, bimbang Farha pengsan lagi.

            Memegang perutnya. “Aku laparlah….”

            Menepuk dahinya lagi. Berkali-kali. “Sengal…!! Aku ingatkan kau nak pengsan lagi tadi.” Dia menggeleng-gelengkan kepala.

            “Aku serius ni. Aku laparlah.” Buat muka simpati. Matanya juga berkelip-kelip macam lampu signal.

            “Ehemm…” suara deheman yang membuatkan kedua-duanya berpaling ke arah pintu.

            Mata kedua-duanya berkelip-kelip memandang susuk tubuh yang melangkah. Mulut pula sudah ternganga. Lebih-lebih lagi apabila sang arjuna senyum sepanjang melangkah masuk. Dia meletakkan satu bungkus di atas meja yang berdekatan kepala katil. Bau wangi dari bungkusan itu menerjah di setiap ruang bilik kecil. Hidung Farha sudah kembang kempis. Dia makin ternganga tatkala melihat sang arjuna menarik satu kerusi dan duduk berdekatan katil tempat dia berbaring.

            “Berat kau berapa yekk?” soalan yang membuatkan mulut Noreen dan Farha makin ternganga.

            “Kenapa?” soal Farha. Hidungnya makin menyerap bauan wangi dari bungkusan tadi. Laparlahhh…apa lagikan?

            “Ringan semacam jee…kau makan tak pagi tadi. Breakfast??” dengan kening terangkat Izzad bertanya. Sengihannya juga terukir.

            “Saya dah makanlah. Tadi mama masak nasi lemak. Hampir dua pinggan saya makan…” menjujurkan diri memberitahu. Mempertahankan diri dari serangan yang nampak sipi-sipi bagai mahu menyerang.

            “Errkkk…banyaknya makan…!!” nada terkejut.

            “Tapi kenapa boleh pengsan dan badan ringan macam kapas?” menyambung dengan soalan pula. Izzad menyengetkan bibirnya. Killer grinnya terpamer.

            “Sebab…sebab…saya masih lapar…” Farha turut senyum. Senget.

            Izzad menepuk dahinya. Noreen yang mendengar sedari tadi pula ketawa mengekek. Tidak dapat menahan rasa geli hati dengan kesengalan kawan baik sendiri. “Encik Izad…maaflah. Hahahaaaa…bff saya ni memang macam ni. Senget dan sengal sekaligus…hahahaaaaa…” bunyi tawanya bergema dalam bilik kecil itu.

            Izzad pula terasa ingin menghantukkan dahinya ke dinding. Siapa sangka gadis yang kecil dan ringan di hadapannya kuat makan. Boleh pula pengsan bila kurang makan. Memang tidak menjaga badan langsung. Begitu berbeza dengan seseorang yang di kenalinya. Begitu ketara perbezaannya. Jantungnya berdegup laju. Wajah polos di hadapannya ditatap penuh rasa. Nama yang hampir sama. Namun berbeza karektor dan cara pemikiran. Memang jauh bezanya. Terlalu jauh.

Satu rasa itu membahang dan berapi. Rasa itu menyeluruh membakar urat darah. Mengepam laju darah ke jantung. Mengalirkan sesuatu yang nyata namun sengaja dia pendamkan dulu. Izzad mahu pendamkan dahulu. Dia mahu lihat permainan yang jelas dahulu. Tidak mahu terburu-buru seperti dahulu. Walaupun rasa itu bagaikan menghanguskan dirinya. Bagaikan rasa itu membalut kemas dirinya. Biarlah dahulu. Masa masih panjang. Usia masih muda. Dan yang pentingnya, biar si gadis mempunyai rasa yang sama dahulu.

“Emm…kat atas meja tu ada nasi minyak dan air. Saya belikan untuk awak berdua. Makanlah.” Izzad bangun. Tidak boleh berlama di situ. Ada tugasan yang menanti.

“Wahhh…abang korea!! Ada nasi…terima kasih abang korea!!” Farha bertepuk tangan. Dia senyum makin lebar.

Izzad memandang wajah polos. Hatinya terdetik. Bahagia. Namun, “Kan sudah beritahu tadi…jangan panggil aku, abang! A.b.a.n.g…!! Dan…abang korea?” nada sedikit tinggi. Dia memang tidak mahu menahan rasa tidak suka tentang panggilan itu.

Farha sedikit tersentak. Namun mulutnya mengomel-ngomel kecil. Izzad melihat itu semua. Comel. Hatinya terdetik lagi rasa itu. Dia memegang dadanya. Kemas. Takut jatuh tergolek dan tidak sempat untuk dia mengejarnya nanti. Bimbang bila sudah tergolek, di sepak seseorang. Bukan sahaja jadi luka malahan parah. Melantun-lantun bagai belon dan terbang ke langit biru. Lagi parah. Izzad tidak mahu parah sebelum masanya. Izzad tidak mahu di sepak sebelum waktunya. Titik.

Bab 4

            Izzad mempercepatkan langkahnya. Dia sudah terlewat hampir setengah jam. Sudah beberapa kali dia membelek jam di tangan. Di kejauhan sayup-sayup terdengar suara budak-budak berkawad. Kiri kanan..kiri kanan…terdengar bergema di seluruh kem. Mahu taknya, hampir seramai 200 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad berada di situ. Pelajar-pelajar adalah terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima.

 ADV Camp & Motivation yang di ketuai Mejar (B) Mazlan. Pembantu-pembantunya ialah Mejar (B) Zulkifli, Encik Megat, Puan Suhaila, Encik Rafizal dan beberapa orang lagi. Tugas Izzad hanyalah sebagai fasilitator sahaja. Itupun jika khidmatnya di perlukan. Tugas dia lebih kepada pengurusan sebenarnya. Kiranya dia adalah orang kanan kepada ADV Camp & Motivation team. Tanpa dia mungkin agak pincang perjalanan kem tersebut.

“Maaf tuan, saya terlambat.” Izzad memberi tabik kepada Mejar (B) Mazlan yang tegap berdiri memerhatikan anak buahnya membimbing aktiviti kawad.

“Emm…macam mana dengan pelajar tadi?” Izzad di pandangnya.

“Sudah sedar tuan.” Ringkas jawapan.

“Emm…budak tu puteri lilin ke?” soal Mejar (B) Mazlan.

Izzad menggaru-garukan kepalanya. “Errkk…bukan.”

“Habis tu…macam mana boleh pengsan. Susah kita kalau dia pengsan lagi.”

“Dia…dia lapar. Sebab tu pengsan.” Izzad sudah menahan rasa geli hati di dalam.

“Tak breakfast ke tadi?”

“Sudah. Dia kata hampir dua pinggan dia makan nasi lemak mama dia masakkan.” Rasa geli hati makin menggeletek di dalam. Izzad mengikat senyumannya.

“Habis tu…kenapa boleh pengsan pulak.” Mejar (B) Mazlan kehairanan.

“Sebab dia lapar lagi hahahaaa…” Izzad sudah tidak dapat menahan rasa. Dia ketawa besar dan kuat. Masih terbayang kelakuan sang gadis di dalam mindanya. Senget dan sengal.

Mejar (B) Mazlan memandang sepi perlakuan Izzad. Baginya tiada yang lucu dan kelakar tentang perkara itu. “Emm…saya nak awak awasi pelajar tersebut. Kalau boleh jangan bagi dia lapar lagi. Bimbang akan pengsan berkali-kali.” Tegas nada yang di tuturkan Mejar (B) Mazlan.

Izzad yang tadinya hampir menamatkan tawanya semakin menyambung ketawa. Terasa lucu pulak kenyataan yang di dengari dari Mejar (B) Mazlan. ‘Bimbang pengsan berkali-kali.’ Adoilah…dia sendiri tidak sangka mejar yang garang dan tegas itu pandai membuat lawak juga rupanya. Dan yang paling lucunya pula ialah selamba sahaja mejar menuturkannya. Wajahnya tetap serius. Hanya Izzad yang semakin kuat ketawa.

##########

            Aktiviti kem berjalan seperti biasa. Macam-macam yang mereka lakukan sepanjang aktiviti tersebut. Ada team building yang melibatkan aktiviti 5 hentian, sarang labah-labah dan guli emas. Ada leadership dengan aktiviti simpul mati, batik jawa dan jengo. Aktiviti yang paling mencabar adalah dari jati diri iaitu melakukan aktiviti flaying panda, operasi burung hantu dan anaconda king. Qiamulai turut di adakan. Untuk jamuan batin dan pengisian jiwa para pelajar. Sepanjang program tersebut, Izzad jarang dapat mendekati Farha. Gadis itu hanya diintai di kejauhan. Kelihatan dia sentiasa ceria di samping rakan-rakannya yang lain. Wajahnya sentiasa manis dengan senyuman.

            Malam itu adalah malam terakhir kesemua para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad. Aktivitinya adalah BBQ yang di sediakan oleh pihak pengurusan dan malam persembahan oleh para pelajar. Pelajar yang telah di bahagikan dengan beberapa kumpulan akan membuat persembahan berkumpulan dan juga individu. Dalam keriuhan masing-masing mempersiapkan diri bagi memantapkan lagi persembahan.

            “Saya sebagai wakil kumpulan lavender akan mempersembahkan satu lagu. Ini adalah persembahan individu…terimalah ‘Ketika cinta bertasbih’…emmm” suara lembut itu mengisi kesunyian di dalam dewan.

            “Bertuturlah cin…”

            “Kejap…!!” Izzad menyampuk. Dia yang berada di sebelah kanan pentas naik dan tiba-tiba mengambil mikrofon dari tangan Farha.

            Farha kebingungan. Mulutnya kelihatan mengembung. “Kenapa?” soalnya tidak puas hati dan geram dengan Izzad yang mengacau tiba-tiba.

            “Lagu tu bukannya lagu duet?” soal Izzad. Semua di dewan dapat mendengarnya.

            “Ye…kenapa?”

            “Bukannya kena ada pasangan lelaki?”

            “Saya boleh jadi penyanyi lelaki dan pompuan…” Farha tidak mahu mengalah.

            Izzad tersengih. Keningnya terjongkit. “Kalau part lelaki tu…awak boleh jadikan suara tu garau?” sengaja mengenakan.

            Farha mengetap gigi. Geram. “Habis tu…awak nak jadi pasangan duet saya?” dia juga sengaja mengenakan. Tersengih. Dia tidak yakin si pengacau boleh menyanyi dengan baik. Suara katak puru tertelan biji matahari pun lebih baik agaknya dari suara Izzad.

            “Ok...!!” jawapan ringkas yang membuatkan Farha ternganga.

            Izzad turun dari pentas. Dia mencapai gitar yang terletak di atas meja. Manakala seorang pembantu mengambil dua mikrofon berserta standnya dan sebuah kerusi. Izzad menyelesakan dirinya duduk di kerusi. Membetul-betulkan mikrofon untuk gitar dan suaranya. Berdehem beberapa kali, memberi isyarat kepada Farha supaya bersedia dan mula memetik gitarnya.

~Bertuturlah cinta mengucap satu nama…

Seindah goresan sabdamu dalam kitabku…

Cinta yang bertasbih mengutus hati ini…

Ku serhkan hidup dan matiku padaMu…

~Bisikkan doaku dalam butiran tasbih…

Kupanjatkan pintaku padaMu Maha Cinta…

Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah…

Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit…

~Ketika cinta bertasbih…

Nadiku berdenyut merdu…

Kembang kempis dadaku…

Merangkai butir cinta…

Garis tangan tergambar…

Tak bisa aku menentang…

Sujud syukur padaMu…

Atas segala cinta…

            Gemuruh bunyi tepukan di dalam dewan. Masing-masing bangun memberikan penghormatan kepada pasangan duet Farha dan Izzad. Farha sudah tersenyum lebar. Gembira sangat bila dia mendapat tepukan gemuruh. Dia turut bertepuk tangan memberi penghormatan kepada diri sendiri. Di keriuhan itu, Izzad menapak turun dari pentas bersama satu rasa yang hampir meletus. Jantungnya mengepam laju darah hingga menyebabkan tubuhnya menggigil kecil. Mujur kakinya yang sedikit goyah masih mampu menampung tubuh. Izzad membawa dirinya.

            Tangannya memegang dada yang bergentar hebat. Di saat Farha mengalunkan suara, dia sebenarnya sudah menggigil kecil. Cuma sebagai lelaki, Izzad masih mampu mengawal dirinya. Gentaran sehebat itu tidak pernah di alaminya walau dengan Maya Kirana sekalipun. Mahu saja di saat itu dia melafazkan kata-kata cinta yang agung. Di saat itu ingin dia meluahkan bisikan rindu yang menggunug. Namun siapalah dia dari pandangan mata seorang remaja perempuan. Biar waktu sahaja yang menentukannya.

            ‘Aku begitu merasakan bisikan itu berlagu di hati dan jiwa. Bisikan rindu yang bertamu tanpa di undang. Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah kau, manja?’

            “Awak…” tiba-tiba terdengar suara halus menegurnya. Izzad berpaling.

            Farha melangkah dengan senyuman. “Awak…emm saya nak cakap sesuatu…boleh?”

            Izzad hanya menganggukkan kepalanya. Dia sudah kehilangan kata-kata. Terasa bimbang tatkala mulutnya bersuara, hanya kata-kata cinta yang terlafaz. Bimbang sang gadis terkejut dan menjauhkan diri. Nafasnya di hela panjang bersama senyuman untuk sang gadis.

            “Emm…saya rasa…saya rasakan…” Farha menelan liurnya. Dia menunduk tetapi kemudiannya mengangkat wajah memandang Izzad yang kelihatan serius.

            “Sejujurnya…ini betul-betul jujur dan ikhlas dari hati saya. Harap awak tak marah atau fikir yang bukan-bukan tentang saya. Emm…oleh kerana malam ni malam terakhir saya di sini. Itu yang saya berani nak cakap perkara ni.” Kelihatan Farha kesukaran meneruskan kata-kata.

            Izzad terasa tidak sabar dengan tingkah Farha. “Pasal apa ni?” soalnya bersama degupan jantung yang masih tidak sekata.

            “Emm…awakkkkk…abang korea.” Farha bagaikan sengaja menangguhkan ayat.

            Izzad tersengih. Gadis di hadapannya kelihatan comel dengan gayanya yang tersendiri. “Kan dahh cakap…”

            Tidak sempat meneruskan kata-kata. Farha terus menyambungnya, “Jangan panggil a.b.a.n.g atau abang korea…saya ingatlah…” Farha masih mempamerkan gaya comel.

            “Ok..macam nilah. Biar saya saja yang tanya. Awak nak cakap apa sebenarnya?” Izzad menyoal. Wajah di hadapan di tatapnya penuh rasa.

            “Emm..saya rasakan…rasakan…saya dah jatuh suka kat awaklah. Betul-betul suka ni…masa awak nyanyi dan petik gitar tadi. Terasa saya jatuh suka berkali-kali kat awak. Jatuh suka 9999 kali…” Farha tersengih. Dia mengelip-ngelipkan matanya.

            Ternganga. Izzad sudah ternganga. Terkejut dan teruja bercampur-baur. Terkejut dengan keberanian seorang gadis remaja. Fahamkah si dia tentang apa yang telah diucapkannya? Teruja. Teruja dengan kata-kata yang keluar dari mulut kecil itu. Jatuh suka…istilah itu begitu comel dari pandangan mata Izzad. Secomel dan secantik orangnya.

            “Awak…abang korea…saya jugak dan pun telah terjatuh cinta kat awaklah.” Farha menunduk. Rupanya sang gadis masih mempunyai sifat malu walaupun adakalanya kelihatan sang gadis main redah sahaja.

            Izzad tersenyum. Hatinya berbunga namun, “Emm…simpan sajalah dulu rasa suka, rasa cinta awak tu manja…saya akan tunggu sampai awak habis SPM…” hanya itu yang mampu dia ucapkan kepada sang gadis.

            Farha memanggung wajahnya bersama senyuman manis. Matanya juga kelihatan bersinar. “Janji tau…lepas SPM, awak masuk meminang saya.”

            Izzad sudah menepuk dahinya. Dia ketawa bersama rasa yang makin merajai hatinya. Bersama satu debaran yang makin menggila. Debaran yang menguasai jiwa. ‘Sengal betul budak ni tapi inilah jantung hatiku’, hanya itu yang bermain di mindanya. Izzad sudah melihat masa depannya yang bersinar bersama Farha Kirana.