Jika
Itu Yang Tertulis
‘Seperti
kaburnya cahaya mentari kerana gelapnya awan. Seperti kaburnya impian kerana
pudarnya harapan. Aku memegang kemas kenangan. Moga kenangan tidak tinggalkan
aku. Namun perlukah aku kembara kembali ke masa lalu?’
Bab 5
Farha riang melihat mamanya yang
setia menunggu. Puan Zira juga riang melihat kesayangan sudah kembali. Pelukan
erat dan kemas menyambut sang puteri sebaik sahaja tiba di perkarangan sekolah.
Tangisan Puan Zira juga berlagu syahdu bagaikan menyambut perwira negara yang
baru menjejak Tanah Air tercinta. Encik Zamir hanya menggelengkan kepala
melihat tingkah kedua beranak. Sama-sama sengal. Sama-sama senget. Namun itulah
permata hatinya. Farha Kirana anak yang manja dan Murni Azira isteri yang
setia.
Izzad yang melihat turut tersenyum
melihat tingkah comel dari keduanya. Benarlah kata orang, ‘manakan tumpah kuah
jika tidak ke nasinya sahaja’. Karektor yang hampir serupa ibu dan anak. Terasa
makin ceria masa depannya. Pelahan-lahan Izzad menghampiri keluarga Farha dengan
debaran yang semakin kuat.
“Assalamualaikum uncle…aunty…” sapa Izzad sebaik sahaja menghampiri. Tangan dihulurkan
kepada Encik Zamir. Tangannya disambut mesra.
Farha sudah tersenyum lebar
memandang Izzad. Manakala Puan Zira dan Encik Zamir berpandangan sesama sendiri
namun tersenyum kemudiannya. Kening Puan Zira terjongkit, begitu juga kening
Encik Zamir. Mereka berdua saling berpandangan dan mengjongkitkan kening.
Berbalas isyarat yang hanya keduanya yang tahu apa maksudnya. Izzad melihat itu
dan ianya menambah resah di dada. Cuba berlagak tenang dengan melemparkan
senyuman.
“Awak…kalau awak senyum…cantik
sangat!” Farha tidak menahan, dia terus menyatakan kebenaran.
Izzad sudah menggarukan kepalanya.
Makin resah. “Errkk…” speechless.
Izzad hanya mampu terdiam dan bibirnya masih mengukir senyuman.
“Betullah tu. Killer smile dan harap Izad tak membunuh aunty dan Farha dengan senyuman tu.” Puan Zira pula menambah rasa
resah di dada Izzad.
Encik
Zamir sudah tidak mampu menahan tawanya.
Dia ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya. Izzad sudah terpinga-pinga
namun rasa resahnya lari. Ianya lari bersama rasa gundah yang pernah menghuni
hatinya. Sikap terbuka yang dilihatnya dalam keluarga Farha telah menambah rasa
yakin dalam dirinya.
Izzad
membetulkan suaranya. “Maaf uncle…aunty…”
“Ya…”
Encik Zamir menghentikan tawanya.
“Emm…macam
ni. Saya rasa saya patut berterus-terang sahaja.” Menelan liur yang tiba-tiba
terasa pahit dan kelat.
“Saya
sukakan anak uncle dan aunty.” Puhh, lega! Itulah perasaannya
tika ini. Senyuman di bibirnya mati menandakan dia serius dengan apa yang di
perkatakannya.
Encik
Zamir memandang Puan Zira dengan berisyarat kening seperti tadi. Farha pula
semakin lebar senyumannya. Dia sendiri tidak menyangka sebenarnya Izzad berani
menyatakan perkara itu kepada kedua ibu bapanya. Rasa kagumnya pula mengatasi
rasa sukanya kepada lelaki itu. Mulutnya ternganga. Puan Zira yang nampak mulut
Farha ternganga segera menolak rahang bawah ke atas. Menutup mulut anaknya
dengan berhemah sambil tersenyum dan kenyitan di mata kanan.
Izzad
ketawa kecil melihat aksi comel dari keduanya. Kelucuan jelas terlihat dari
kedua ibu dan anak. Kesengalan juga ternampak dari keduanya. Mungkin itulah
faktor penyumbang kepada kecomelan yang terserlah di wajah Farha. Wajah yang
keanak-anakan. Senyuman yang cute. Aksi yang comel dan polos. Menandakan tiada
‘hitam’ di dalam hati gadis kecil itu. Izzad tersa bahagia.
“Seminggu
nanti…bawalah keluarga datang ke rumah uncle.” Encik Zamir memberitahu. Dia
memandang Izzad.
“Ke
rumah? Kenapa pakcik? Emm…ayah saya ada di sini.”
“Ayah
ada di sini? Mana?” Encik Zamir memandang sekeliling. Kelihatan beberapa
pelajar dan ibu bapa masing masih ada di situ.
“Ada.
Mungkin dia sedang uruskan sesuatu.” Terang Izzad.
“Ayah
sayalah yang kendalikan kem motivasi ini.” Dia menyambung lagi. Memberitahu
kebenaran tentang dirinya dan keluarga.
“Siapa?”
soal Farha pula. Selama seminggu di kem kendalian ADV Camp & Motivation
team, tidak pula dia ketahui bahawa Izzad ada kaitan dengan sesiapa di situ.
Izzad
tersenyum mendengar soalan Farha. Dia tahu gadis kecil itu tidak mengetahui
tentang itu. Sebenarnya tidak ramai yang tahu dan penglibatan dia di situ juga
hanyalah sambilan sahaja. Dia masih lagi menyambung pelajaran di university. Jika
ada waktu terluang atau cuti sekolah sahaja dia akan membantu di kem.
“Mejar
(B) Mazlan itu ayah saya. Nama betul dia, Izz Mazlan.” Terang Izzad.
Farha
sekali lagi ternganga dan seperti biasa Puan Zira menolak lembut rahang
anaknya, menutup mulut. Izzad ketawa kecil lagi melihat aksi comel itu.
“Bawa
family dan kita akan bincang pasal
kamu dan Farha.” Encik Zamir memberitahu lagi dan menyatakan tujuannya yang
sebenar.
Izzad
terdiam. Sebenarnya dia lebih kepada terkejut. Namun bunga-bunga dihatinya kembang
dan mewangi sekaligus. Wanginya itu bagai tercium oleh hidungnya. Dia tersenyum
memandang Farha yang turut senyum dengan riang. Wajah gadis kecil itu begitu
bercahaya dan berseri. Cahaya yang bakal menerangi hidupnya kelak. Menyinari
sehari-harinya nanti.
Berseri
dengan sinar yang memancar. Tidak menyilaukan hingga tidak nampak oleh mata
tetapi sinar yang mampu mengelipkan mata sang pungguk yang sering rindukan
bulan. Sinar yang mampu menghentikan badai yang sering menghempas pantai. Sinar
yang mampu menongkat kukuh menara condong Pisa dari terus menyondong. Itulah
Farha si gadis kecilnya. Gadis kecil yang mampu menghapuskan terus kelibat
seseorang dengan hanya satu kejadian di malam hari dulu.
“InsyaAllah
uncle. Saya pun sebenarnya tak nak bertangguh dalam perkara macamni tapi…takpe
ke? Farha masih muda dan sebenarnya saya pun masih belajar lagi.” Sedikit
kegusaran jelas di wajah Izzad.
“Emm…macam
yang Izad kata tadi…perkara baik tak elok bertangguh. Uncle memang tidak suka
bertangguh dan satu lagi, Izad…”
“Apa,
uncle?”
“Lepas
Farha SPM…terus kita langsungkannya…”
Terkejut.
Sekali lagi Izzad terkejut. Kali ini dia pula yang ternganga. Liurnya ditelan
pelahan-lahan. Mudah dan cepat perjalanan hidupnya kali ini. Farha dipandangnya
penuh kasih. Ya, kasihnya di segenap hati telah tumpah kepada gadis kecil itu.
Segenap rasa cinta sedang membungai jiwanya. Segenap rasa sayang telah
menguasai seluruh dirinya. Jika itu yang telah dituliskan untuknya, dia terima
seadanya. Itu lebih baik dari bercinta bertahun tetapi berpisah sesaat selepas
itu. Ya, itulah lebih baik. Bercinta dengan kekasih halal.
##########
Izzad sudah hampir ketawa namun
ditahannya. Senyuman pun disoroknya dalam-dalam. Bimbang terencat pula syair
atau madah yang julung-julung kalinya diperdengarkan oleh ayahnya. Mejar (B)
Mazlan membetulkan suaranya. Ini kali ketiga dia cuba mengalunkan kata-kata
puitisnya. Tadi, kali pertama setakat satu baris ayat sahaja. Kemudian sampai
dua baris, sekarang dia mencuba lagi.
Seiring
madah puitis menyusun santun ,
Kami
berbicara bagai pantun dilagukan,
Satu
irama maksudnya nyata dan tersusun,
Dekat
dan jauh kami rapat dan hubungkan,
Moga
kekal hingga ke akhir hubungan,
Hajat
teruna kami sampai dan ungkapkan,
Moga
sang dara tidak punya halangan,
Tuan
rumah menyulam senyuman,
Harap
kami semua tidak pulang kesorangan.
Encik Zamir sudah tersenyum. Dia
menggaru-garukan kepala. “Maaf mejar… sebenarnya saya tak pandai nak bermadah
puitis ni sebenarnya.” Dia memberitahu sebuah kebenaran dengan jujur.
Mejar
(B) Mazlan ketawa dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki yang lain. Izzad
turut tidak dapat menahan tawanya juga. Rasa yang menggeletek di dalam tadi
terburai. Namun dia masih menahan sebahagian tawanya, bimbang ianya mengundang
perhatian. Sesekali matanya melirik mencari kelibat Farha. Namun bukan sahaja
kelibat, bayang pun tidak kelihatan. Mungkin si gadis bersembunyi.
“Kita
teruskan sahaja mejar dengan matlamat kita. Saya sebenarnya tiada halangan
untuk menyegerakan perkara yang baik. Jika diikutkan hati, hari ni juga saya
mahu nikahkan mereka tetapi itulah, Farha akan mengambil peperiksaan yang
penting akhir tahun ini. Jadi hari ini peminangan ini kami terima dengan hati
yang terbuka dan kita teruskan sahaja dengan pertunangan. Macam mana tu mejar?”
Mejar (B) Mazlan dipandangnya dengan senyuman.
“Saya
pun sebenarnya tak reti bab-bab bermadah ni…hahahaaaa tadi nervous sangat
sampai terkeluar segala ayat.” Tersengih Mejar (B) memandang Encik Zamir.
Kata-kata
mejar mengundang tawa dari setiap yang hadir. Izzad hanya tersenyum. Dia menggaru-garu
belakang tengkuknya. Terfikir di benaknya, ayahnya sedang nervous hingga boleh
terkeluar segala ayat-ayat yang sebegitu. Agaknya jika tidak nervous, bagaimana
agaknya. Cepat-cepat Izzad menekup mulutnya sendiri. Rasa yang menggeletek tadi
hampir meledak. Rupanya dalam seriusnya mejar ada juga sifat kelakar yang
terlindung. Dalam seriusnya wajah mejar ada rupanya sifat selamba yang mencuit
hati.
########
Izzad hampir selesai makan. Dia membawa
dirinya makan di gazebo milik keluarga Farha. Di hadapan gazebo terdapat pula
pancuran air buatan yang mengalirkan air dan airnya betul-betul jatuh cantik ke
dalam kolam ikan yang sederhana besar luasnya. Suapan terakhirnya, tiba-tiba
segelas air dihulurkan seseorang. Dia memanggung wajahnya. Dan hatinya terdetik
satu nama.
“Nah air…I takut you tercekik nanti.”
Kirana meletakkan air di tangan setelah huluran tadi tidak tersambut.
Izzad tidak menyentuh gelas yang
dihulurkan Kirana tadi sebaliknya dia mencapai gelas yang telah dia bawa
sendiri tadi. Meneguknya dengan laju. Bangun membasuh tangan di sebelah gazebo.
Terdapat pili paip di situ. Selesai segalanya dia duduk kembali di gazebo. Beberapa
meter sebelahnya, Kirana duduk santai dengan kakinya yang terjulur berayun-ayun
perlahan. Kirana turut melemparkan senyuman manis. Senyuman yang dulu Izzad
tidak pernah terfikir akan kehilangannya. Senyuman Maya Kirana.
“You buat apa kat sini?” soal Izzad.
Dahimya sudah berkerut. Hatinya berkata-kata.
“Sepatutnya…I yang tanya you..you
buat apa kat sini.” Farhan menyerlahkan karektornya.
Izzad menggeleng-gelengkan
kepalanya. Matanya jatuh kepada pakaian Kirana. Sendat dan jarang walaupun
berbaju kurung. Rambutnya yang dulunya berwarna hitam sudah bertukar warna. Cara
mekapnya juga berubah. Namun Izzad menelan liur. Dia tahu rasa yang dulu masih
ada pada Kirana. Bertahun menyulam kasih, masakan rasa itu boleh 100% hilang.
Kirana tersenyum memandang Izzad. Senyuman itu masih sama malahan lebih cantik
lagi kelihatannya. Izzad menelan liur berkali-kali.
“You nak tau sesuatu?” Kirana
bertanya.
Izzad tidak menjawab. Dia membuang
pandang ke arah kolam dan pancuran air. “Farha tu…my niece. So you tunangan
anak sedara I. And you nak tau apa maksudnya?”
Masih tidak menjawab. Sebenarnya Izzad
lebih kepada terkejut. Kenyataan bahawa Farha anak saudara kepada Kirana
sedikit sebanyak meresahkannya. Jadi…apa yang terjadi sekarang? Dia membuang
pandang ke hadapan lagi. Tidak mahu rasanya berpaling ke sisi. Bimbang hatinya
berubah kepada perempuan yang pernah bertahun menghuni hatinya.
“It’s mean…you akan sentiasa dekat
dengan I…da nada satu perkara lagi yang I nak beritahu kat you…” Kirana masih
menguntum senyumnya. Dia tahu Izzad lemah dengan senyumannya.
“I tak bahagia…” suaranya lirih. Bernada
sayu.
Izzad berpaling. Kirana sudah
menundukkan wajahnya. “Tak bahagia?” Izzad membuka mulutnya juga. Keinginan rupanya
mengatasi prinsip.
Kirana memanggung wajahnya. Tersenyum
lagi. “Ya…I tak bahagia. Kenapalah agaknya I bodoh tinggalkan you dulu. Kalau tidak
tentu kita yang bertunang tadi.”
Izzad resah. Dia turut gelisah. Wajah
polos Farha terbayang di ruangan matanya. “Emm…kita takde jodoh. Lupakanlah. Seperti
yang you pernah cakap dulu. Nama you dan I tidak mungkin akan bersatu.” Ujar Izzad
perlahan.
“Tapi I tak bahagia Izad…and I masih
sayangkan you.” Kenyataan berani dari Kirana terluncur laju dari mulutnya.
“Kita bersama semula…boleh?”
permintaan yang menyentakkan Izzad.
“You dah gila…you isteri orang dan
baru sebentar tadi…I tunang kepada anak saudara you sendiri. Your niece,
remember?” mata Izzad membulat. Mukanya membahang seperti rasa hatinya. Panas dan
geram. Nafasnya sudah turun naik.
“I tak bahagia Zad…you tak kesiankan
I ke? Bukankah dulu you begitu sayangkan I?” Kirana seperti merayu.
“Habis tu.. husband you nak letak
mana? Atas kepala?” sedikit berang. Bagi Izzad, Kirana sengaja mencari bala.
“You jangan kawen dengan Farha, Zad…please…”
Kirana bagai tidak mendengar kata-kata Izzad. Dia merayu lagi.
“You memang betul-betul dah gila ke
Kirana? You isteri orang…”
“Habis tu...kalau I bukan isteri
orang lagi. You nak terima I semula?”
Izzad makin berang. Dia bangun dari
duduknya. “You jangan nak macam-macam. Kalau pun betul you bukan wife sesiapa
pun lagi. I takkan terima you dengan senang-senang. Apa masalah you ni? Apa
yang tak bahagianya? Bukan ke you dah dapat segalanya?”
Kirana turut bangun. “Memang I dapat
apa yang I mahukan selama ni tapi dia yang tak mampu bagi apa yang paling penting
bagi seorang isteri.”
“Apa lagi? I betul-betul tak faham
dengan you…agaknya permintaan you terlalu tinggi walaupun suami you Dato’!!”
Izzad meraup-raup mukanya dengan kedua telapak tangan. Kusut dengan tingkah
Kirana.
“Dia…dia ‘tak mampu’.”
“Apa? I tak faham?”
“Suami I…dia ‘tak mampu’ dalam
bahasa sebenarnya. Dia mati pucuk. You faham tak apa maksud I?” Kirana berterus
terang. Perasaan malunya hilang dengan menceritakan perihal rumah tangganya.
Izzad terdiam. Mukanya merah. Dia pula
yang terasa malu. Kirana dipandangnya. Wajah itu keruh. Ternyata ceritanya
bukan di buat-buat. “I tak dapat nak menolong you dalam perkara ini. Suruhlah dia
pergi berubat.”
“Izzad…I kesunyian. I perlukan you. Hanya
you yang boleh redakan kesunyian I.” Kirana bagaikan tidak mendengar saranan
Izzad. Dia hanya tahu merayu lelaki di hadapannya.
Izzad menggeleng-gelengkan
kepalanya. “Sebenarnya you nak apa? Ypu tak bagi I kawen dengan Farha. You cerita
suami you lemah dan ini apa pulak? Perlukan I? Apa sebenarnya yang you mahu?”
“I nak you jadi ‘selimut malam’ I.
You jadi kekasih gelap I. Please Izad, I really need you. Hangatkan malam I.” Kirana
mendekati Izzad. Tangan Izzad di capai dan dibawa ke dadanya. Dia tahu Izzad
masih rindukan pelukan yang pernah dia berikan dulu.
Menggeletar tubuh Izzad mendengar
kata-kata Kirana. Sesuatu itu dia fahami. Bodoh kalau dia tidak faham apa
maksud Kirana. Namun nafasnya sesak tatkala tangannya dibawa ke dada. Tangannya
kaku seketika. Rasa kasihnya yang dulu bagaikan membahang kini. Memang dari
dulu, Kirana begitu di dambakan. Tipu jika di katakan seorang lelaki tidak
mendambakan kehangatan seorang perempuan. Lebih-lebih lagi untuk perempuan yang
begitu di cintai. Namun itu dulu.
Cepat-cepat Izzad menarik tangannya
dari dipegang Kirana. “You gila? You tahukan I memang tak suka dengan sikap
lepas laku you dari dulu lagi. Menjadi ‘selimut malam’? Hahahahaaa…yaou silap
orang Kirana. I bukan orang yang begitu.”
“Tapi dulu…masa I peluk you. You macam
suka. Ahh, lelaki! Lelaki mana yang mampu menolak ‘kehangatan’ yang bakal I
berikan…” Kirana bermain kata-kata lagi.
“Dulu? Itu…semasa you terjatuh dan I
menyambut you? Itu you kata kita berpeluk? Nonsence…hanya sedikit pertolongan
sebegitu, you sudah kata I suka memeluk you? Tapi you tak tahu. bila I balik ke
rumah, I mandi berjam-jam bagai boleh mencuci dosa memeluk bukan mahram I. Itu
you memang tak tahukan?” sinis Izzad menyatakannya. Kebenaran yang tidak pernah
diberitahunya kepada Kirana.
“Ahh, sudahlah Kirana! Bye…you
teruskanlah dengan angan-angan you tu. I bukan lelaki yang begitu. Farha adalah
matlamat I sekarang. I bakal milik dia dan dia milik I nanti. Muktamad. Noktah.
Bye…” Izzad menghentikan perbualan mereka. Dia sudah malas mendengar kata-kata
Kirana. Cepat Izzad melangkah mahu meninggalkan tempat itu.
“Izzad…you takkan terlepas sayang. I
akan pastikan you akan jatuh ke tangan I jugak nanti dan tiada siapa yang boleh
miliki you walaupun Kirana. Muktamad.” Kata-kata Kirana jelas di pendengaran
Izzad sebelum dia betul-betul meninggalkan tempat itu.
Izzad yang semakin menjauh hanya
mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun hatinya resah. Seresah kenyataan
bahawa Farha adalah anak saudara Kirana. Hatinya gundah. Segundah rasa yang
tiba-tiba rasa takutnya dengan kenyataan akhir Kirana. Perempuan itu
betul-betul menakutkan. Namun Izzad harus cekalkan hati dan perasaannya supaya
dia dan Farha dapat bersatu kelak.
No comments:
Post a Comment