Bidadara Putera
Bab
7
“Abang… Abang Qai…”
“Qai… Qai… Awak…”
“Dia tak bangun lagi?”
“Tak… tidur kot?”
“Tepi sikit….biar aku yang tolong
kejutkan.”
GEDEBUK!!! Ooo… papa… mama… SAKITNYA!
Hampir tercabut rasa jantung, Qai membebel dalam hati
Memandang tajam Harris yang tersengih.
Qai betul-betul rasa Harris kurang ajar. Qai dihumbannya dari kereta sorong.
Qai bangun perlahan-lahan dengan dibantu oleh Puteri Diana dan Putera Aiman.
Belakang seluarnya ditepuk-tepuk bagi membuang debu.
“Kau berangan naik Ferrari ke tadi?”
Harris bertanya. Dia memeluk tubuhnya sambil bersandar di tepi tiang. Ada
sengihan senget di bibirnya
“Ferrari?” Qai ketawa terbahak-bahak.
Ketawa yang sengaja dibuat-buatnya.
“Ingatkan aku naik rollercoaster tadi.
Cuma rollercoaster ni ‘semput’ sikit. Kadang-kadang tu rasa macam keretapi yang
takde roda… berkeriuk-keriuk bunyinya.” Qai sengih senget juga.
Apa, si Harris itu ingat dia seorang
saja yang pandai sengih senget? Gumam Qai dalam hati sambil melebarkan
sengihannya.
“Harris…Qai…sudah-sudah la tu. Jom kita
ke bilik saya. Rawat dulu luka tu.” Puteri Diana cepat-cepat meleraikan sebelum
perbalahan terjadi. Dia berdiri di tengah-tengah antara Qai dan Harris.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Puteri
Diana melangkah masuk. Diikuti oleh Qai yang melangkah perlahan, Putera Aiman
dan Harris. Nombor 5 ditekan, menandakan bilik yang ditujui berada di tingkat
lima bangunan.
Qai memicit kepala. Tiba-tiba terasa
pening sedikit. Namun bibirnya mengorak senyuman lebar.
“Pinjam tubuh awak sekejap.” Tanpa
amaran Qai memeluk pinggang Puteri Diana dengan tangan kanannya dan melentokkan
kepala ke bahu.
Puteri Diana tersentak. “A… a… awak…”
Qai mengangkat sedikit wajahnya,
memandang si gadis.
“Kenapa? Tak boleh ke?” pertanyaan
dengan diikuti kening yang terangkat oleh Qai.
“Errr….” Puteri Diana kelihatan sedikit gugup.
“Kejap je….” Qai melentokkan kembali
kepalanya ke bahu Puteri Diana. Sebelum dia rebahkan kepala sempat juga
mengenyitkan mata sekilas sambil senyum kepada gadis itu.
Tiba-tiba Qai ditarik oleh Harris dengan
kasar.
“Kau ni tak tahu hukum halal haram ke?”
pandangan mata Harris kelihatan berapi.
Qai tersenyum. Sempat juga dia merasakan
Harris lucu dengan pertanyaan sebegitu.
“Dia tak marah pun. Kau saja yang
lebih-lebih. Aku boleh jadi yang halal dengan dialah.” Qai tidak mahu mengalah.
Bibirnya senget-senget tersengih.
“Ma… maksud kau… kawen dengan dia?”
Harris sudah kelihatan blur.
Ketawa
besar Qai mendengar Harris berkata begitu. Betul-betul kelakar. Rupanya
tak sangka, Harris pandai membuat joke!
“Are you jealous? Yeah, I saw that
before… in your eye! In your face! You like her, right?” tebak Qai. Sebelah
keningnya terangkat tinggi.
“What a nonsense? Jealous? Aku bercakap
pasal hukum Tuhan, bukannya cakap-cakap tanpa faedah! Atau perlu ke aku tolong
belikan sebuah lagi otak untuk kau pakai guna jikalau otak di kepala kau sudah
tidak mampu berfikir? Haram tetap haram. Lelaki dan perempuan tidak boleh
bersentuhan. Muktamad.” Bersungguh Harris memberitahu.
‘Malas nak jawab. Sekarang ini aku
sakit. Seluruh badan aku sakit dan aku mahu berehat. Tunggulah aku sudah ‘baik’
sikit nanti.’ Hanya gumaman yang berbuku dalam hati. Qai masih dengan sengihan
panjang.
Tiba-tiba Harris menarik Qai. Menjauhi Puteri
Diana yang menunduk sedari tadi. Qai dibawa ke tengah antara dia dan Putera
Aiman.
Muka Qai sudah berubah warna. Terasa
Harris melampau dengan tindakannya.
Tapi tiba-tiba. “Eh, apahal ni?” Qai
betul-betul terkejut.
Harris memegang tangan kanan Qai dan
dibawa melingkari pinggangnya. Cepat-cepat Qai menolak tubuh Harris dengan
pantas. Dia betul-betul rasa tidak selesa.
“Laa… tadi beria sangat nak tumpang
Diana. Ni, tumpang aku je lah. Tak pun kau tumpang saja si Aiman tu.” Harris
menerangkan tindakannya.
“Yelah, Abang Qai tumpang tubuh saya pun
tak pe.” Putera Aiman menyampuk.
“It’s ok. Tak pe… tak pe…” Qai tersengih
memandang ke dua-dua mereka.
##########
“Masuk la Harris… Aiman…” Puteri Diana
mempelawa Harris dan Aiman.
Qai? Sebaik sahaja Puteri Diana membuka
pintu biliknya, tanpa segan silu melulu Qai masuk dan sekarang siap terbaring
cantik atas katil yang bercadar warna pink. Mata Qai liar memandang sekeliling.
‘Cantik! Pandai sang Puteri ini menghias biliknya. Seluruh bilik di cat warna
putih. Manakala perabot yang ada berwarna pink lembut dan merah.’ Qai terkagum
seketika dengan seni hiasan dalam bilik Puteri Diana.
“Kau orang tak nak masuk ke?” aku
kehairanan melihat Harris dan Aiman masih tercegat di depan pintu.
“Tak.” Jawapan dari Harris.
“Boleh ke?” jawapan dari Aiman.
Kelakar betul la melihat kedua-dua
makhluk tuhan yang bernama lelaki itu. Hendak masuk bilik perempuan pun
takut-takut. Bukan kena makan pun dan si Harris pun satu. Semasa membelasah
geng penyangak celup tepung ubi a.k.a goreng pisang melekit, bukan main garang
dan berani lagi tapi bab masuk bilik perempuan….hishishis…penakut rupanya.
“Masuk jelah. Takut kena tangkap khalwat
ke? Kau orang jangan risau la. Takkan Puteri ni kena kawen dengan 3 orang
sekaligus. Lagipun khalwatkan sebab berdua-duaan tapi kita berempat dan pintu
pun terbuka luas.” Cewah, aku terasa aku betul-betul pandai bab hukum la pulak
tapi betul ke apa yang aku cakap tadi? Minta penjelasan dari yang pakar!
##########
“Thanks Puteri sebab tolong cucikan
luka.” Aku betul-betul berterima kasih dengan Puteri Diana walaupun betapa
sakitnya muka aku bila di cuci dengan Dettol tadi.
“Tak pe. Biasa je, lagipun awak luka
sebab saya dan Aiman. Sepatutnya saya yang kena berterima kasih.” Puteri Diana
tersenyum manis. Cantik.
“Emm…cermat kerja awak. Cantik….secantik
tuannya.” Aku membelek-belek mukaku di hadapan cermin muka kepunyaan gadis itu.
“Betul ke awak tak nak saya tengok badan
awak? Kot-kot ada luka jugak tak pun lebam-lebam.” Sekali lagi Puteri Diana
bertanya soalan itu kepadaku.
“Emm…it’s okay…I think.”
“Bagi jelah dia tengok….kot-kot ada
luka.” Harris yang tadi macam orang bisu kembali bersuara bagaikan sengaja
menghangatkan suasana.
“It’s okay….aku rasa takde luka pun.
Kalau lebam pun sikit je kot. Oouhhh…”
Harris tiba-tiba menekan sikit
belakangku dengan tangannya. Oouhhh…sakit!! “Tuu….sakitkan?” dia bertanya. Matanya
tajam memandang aku.
“Aku kata tak apa-apa, tak apa-apalah!!”
susah betul dengan guard seekor ni. Betul-betul tidak faham bahasa.
Dan dia memang betul-betul tidak faham
bahasa, tiba-tiba cuba menarik bajuku dari belakang. Aku betul-betul marah
dengan tindakannya. Terasa mukaku sudah betul-betul bertukar menjadi Ghost
Rider. Berapi dan membakar namun masih kacak. Aku pantas bangun, berpusing dan
bergerak ke belakang Harris. Menarik pantas tangan kirinya dan mengilas. Aku
juga menjatuhkan Harris dan lutut kiriku menekan kuat belakang badannya. Cis,
rasakanlah kau Jebat durhaka!!
“Qai!!” jerit Puteri Diana. Terkejut.
Aku faham maksud jeritan itu.
Perlahan-lahan aku bangun. Harris juga kelihatan macam terkejut dengan tindakan
refleks aku, duduk sambil menggosok-gosokkan tangan kirinya. Dahinya berkerut.
Matanya tajam memandang aku tanpa suara.
“Akukan dah cakap, aku tak apa-apa!!
Yang kau tak faham bahasa tu, kenapa?” aku memang betul-betul bengang
sebenarnya dengan makhluk yang bernama Harris.
“Qai….sudahlah tu. Saya pun minta maaf
sebab asyik tanya pasal badan awak. Maafkan saya.” Sayu kedengaran suara Puteri
Diana.
Aku memandang gadis itu. Wajah itu
keruh. “It’s okay…Puteri. Awak tak salah apa-apa. Emm…lupakanlah.” Aku sudah
malas hendak fikirkan perkara yang remeh-remeh.
“Thanks…Puteri, terima kasih sekali lagi
sebab tolong rawat luka aku.” Aku melemparkan senyuman sekacak mungkin untuk
Puteri Diana. Biar dia tidak lena tidur malam ini.
“Tak pe. Awak…emm…Qai…saya pun nak
ucapkan terima kasih sebab tolong saya dan Aiman tadi.” Puteri Diana turut
melemparkan senyuman manisnya.
Aku segera melangkah, mahu keluar dari
bilik pink putih sang Puteri. Harris dan Aiman pula sudah sedia menunggu di hadapan pintu.
Selangkah lagi dari muka pintu tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku segera
berpaling dan melangkah menghampiri Puteri Diana yang masih tercegat berdiri
memerhatikan kami, hero-hero Malaya.
Sampai di hadapan Puteri Diana, aku
mencapai tangan kanannya dan mencium lembut tangan itu. “Merci. Nous esperons
vous revoir et esperer d se familiarises advantage avec vous. (Terima kasih.
Moga kita berjumpa lagi dan harap dapat berkenalan lebih rapat dengan awak.)”
Sekilas aku mengenyitkan mata dan tersenyum kepada Puteri Diana yang ternganga
mulutnya.
“Ehemmm!!!” Harris berdehem kuat.
Hahaha….aku tahu dia marah. Ya…ya…ya…aku
faham maksudnya. Perempuan jangan di sentuh!! Tapi….aku tidak perduli. Tangan
aku…aku punya sukalah hendak ‘sentuh’ siapa-siapa pun. Mulut aku…aku punya
sukalah nak ‘cium’ gadis mana pun, apa kau perduli?
Aku melangkah keluar dari bilik Puteri
Diana namun langkahku sedikit perlahan. Sakit sebab jatuh tersembam tadi masih
terasa. Begitu juga sakit sebab di terajang oleh penyangak 5 ekor tadi. Putera
Aiman mengekori dari belakang manakala Harris sudah berjalan beriringan dengan
aku. Cis, tinggi sungguhlah budak bidadara yang tidak faham bahasa ni! Terasa
aku ‘rendah’lah pulak. Nasib baik Putera Aiman lebih rendah dari aku.
“Kau nak tahu kenapa kadang-kadang ada
lelaki lebih sukakan kecantikan dari kepintaran?” tiba-tiba Harris bertanya.
Pelik betul soalan tu. “Emm…entahlah.
Mungkin sekarang ni lebih ramai perempuan cantik dan seksi walaupun dia orang
buat plastic surgery daripada perempuan yang hodoh dan nerd?” jawapan yang
terbaik aku berikan untuk soalan yang pelik dan tidak berfaedah langsung.
“Sebab sebenarnya ialah ramai lelaki
yang bodoh berbanding lelaki yang buta.”
Aku berhenti melangkah dan memandang
tajam ke wajah Harris. “Apa maksud kau sebenarnya?” rasa-rasanya dia mahukan
‘hadiah’ terbaik aku kot?
“Seperti aku katakan tadi. Perlukah aku
tolong belikan sebuah lagi otak untuk kau guna pakai jikalau otak di kepala kau
sudah tidak mampu berfikir? Agaknya inilah yang Tuan Pengerusi cakapkan kat aku
pasal kau.” Harris memberitahu.
“Papa cakap apa? Pasal apa?” aku sudah
sedikit berdebar. Apa yang papa ceritakan tentang aku kepada si Harris ini.
“Abang Harris…abang Qai….” Suara Putera
Aiman mengendurkan suasana yang tiba-tiba terasa hangat kembali.
Aku dan Harris berpaling serentak
memandang budak kecil itu. Kami sama-sama tersenyum kepadanya. Kesian pula
melihat rupa suci Putera Aiman. Agaknya dia berumur berapa tahun yek? Aku
agak-agak, mungkin dia berumur 12 atau 13 tahun. Tipikal budak Melayu yang
masih belum baligh lagi, rendah dan kecil sahaja tubuh mereka namun masih cute
dengan cara mereka yang tersendiri.
“Kita sambung nanti…” aku berkata seakan
berbisik kepada Harris. Dia mengangguk-angguk tanda faham.
“Emm…Aiman baliklah ke kelas Aiman
yek…abang dan abang Qai nak keluar sekejap dari sekolah.” Harris menepuk-nepuk
mesra bahu Putera Aiman. Dia turut mengukirkan senyuman kepada budak itu.
“Ok…thanks abang Harris dan abang
Qai…sebab dah tolong saya dan kakak Diana tadi.” Putera Aiman turut tersenyum.
Tiba-tiba dia menerpa ke arah Harris dan
memeluk mesra Harris tanda betul-betul berterima kasih. Putera Aiman berpaling
ke arah aku selepas melepaskan pelukannya dari Harris. Oh, no! Dia nak peluk
aku jugak ke? Oh, tidak!
Segera aku menepuk-nepuk dan mengusap
rambutnya. Senyuman turut aku lemparkan. “ It’s okey, Aiman. Tak payah
berterima kasih. Kalau Aiman perlukan apa-apa pertolongan lagi, you just call
me. Abang akan jadi Superman terbang macam taufan. Abang akan jadi Flash lari
macam kilat. Abang juga akan jadi
Wolverine menunjukkan cakar untuk melindungi Aiman.” Bersungguh-sungguh aku
memberitahu.
Putera Aiman tersenyum. Namun ketawa
kecil yang bagai di tahan kedengaran dari Harris. Ye…ye…aku tahu, kata-kata aku
ini macam budak kecil je. Budak kecil yang masih tidak matang dan dewasa.
Yap…nama pun budak kecil dan umur aku pun baru 14 tahun bukannya 17 tahun
seperti sangkaan orang lain.
BEST 3X NAK LAGI.
ReplyDelete