Bab
4
Qai menepuk-nepuk bahu Putera Aiman.
“Aku tak apa-apa…” Hanya itu yang keluar
dari mulut Qai.
“Mu… mulut awak berdarah!” jeritan kecil
tercetus. Tangan Puteri Diana menutup mulutnya.
Puteri Diana kelihatan cemas. Tangan
halusnya menyentuh hujung mulut Qai. Qai turut menyentuh bibirnya yang
tiba-tiba terasa pedih. Ada darah? Bibirnya berdarah? Bibir nipis nan merah dia
berdarah? Cepat Qai halakan pandangan tajamnya ke arah 5 penyangak celup tepung
beras a.k.a pisang goreng melekit. Kelihatan penyangak kecik sedang sedap ketawa pulak. Siap tekan-tekan perut.
Gigi diketapkan. Liurnya ditelan
berteguk-teguk. Qai bingkas bangun. Semangat juangnya memunculkan diri. Mereka
tidak kenal lagi siapa Qai rupanya. Segala Man pernah tersangkut di hujung
namanya dulu. Ultraman, superman tapi bukan lawakman. Nampaknya hari itu, Qai
telah dijadikan lawakman. Hati Qai membahang, kemarahan.
“Awak!”
Qai berpaling memandang suara yang
memanggilnya.
“Awak… mari kita pergi sajalah. Jangan
cari pasal dengan dia orang tu.” Puteri Diana memberitahu.
Putera Aiman menganggukkan kepalanya.
Tanda mengiyakan kata-kata Puteri Diana.
“Eh! Bukan ke tadi awak pun cari pasal
dengan dia orang, kan?” Qai bertanya, sedikit kehairanan sebenarnya.
“Tadi… tadi tu… saya takde pilihan.”
“Ok… faham. Aku pun takde pilihan jugak
ni. Dia orang telah ‘mengoyakkan’ salah satu eset aku. Memang dah takde
pilihan. Nah, tolong pegang beg aku!” Qai melangkah berhadapan dengan 5 penyangak.
“Dah jatuh terlentang dan terkoyak mulut
pun masih nak tunjuk hero lagi?” sindir Johar. Dia menyengihkan bibirnya.
Terbuka. Nampak ada yang sudah hilang asset depan. Cantikkkkk sangat…
“Mujur tak tertonggeng… kan boss? Sure luka berlubang lutut.” Si mat latah
Zamri menyampuk. Matanya sengaja dijulingkan ke atas.
“Setakat luka sebesar lubang jarum, tak
jadi hal laa. Cuba kau try buat
lubang sebesar kepala biul kau, boleh?” Qai sengaja menyengetkan senyuman
sinisnya.
“Kau kata apa? Biul?” Johar mengepal-ngepalkan
penumbuknya.
Qai senyum senget lagi, sengaja
menyemarakkan kemarahan penyangak. Biar kemarahan menjadi api dan dia pasti api
itu bakal dipadamkan dengan satu tiupan saja. Tanpa bicara, satu tumbukan Johar
lepaskan. Tidak seperti tadi, kali ini Qai telah bersedia. Hanya mengelak
sedikit saja menyebabkan Johar terdorong sendiri ke hadapan. Nampak sangat dia
tiada ilmu berlawan. Qai terasa mahu ketawa tapi ditahannya.
Borhan dan Azhar pula menyerang
serentak. Sedikit kelam kabut juga Qai mengelak, Tidak sangka sebenarnya mereka
mahu menyerang serentak. Main tipu betul nampaknya. Qai tundukkan badan dan itu
menyebabkan Borhan dan Azhar menumbuk sesama sendiri. Wah, ini dah macam
kartunlah pulak. Serius? Dia orang tidak tahu ilmu berlawan? Penyangak apa
macam ni?
“Awak! Belakang!” suara Puteri Diana
serentak dengan tendangan yang singgah di belakang Qai.
Qai terdorong ke depan namun masih dapat
mengimbangi diri. Mat latah Zamri rupanya. Pengecut. Qai mengosok-gosok
belakangnya. Sakit! Namun tanpa bersedia tiba-tiba Zamri, Johar dan Remy
menyerang serentak pula. Seorang menumbuk rusuk kiri, seorang menumbuk muka dan
seorang lagi menghabiskan dengan tendangan yang mengenai perut. Kali ini Qai
betul-betul jatuh dengan impak yang kuat. Tanpa beg yang tadinya menjadi
penebat, dia betul-betul terasa sakit.
“Macam mana? Kau nak aku koyakkan muka
‘lawa’ kau ni?” Johar sinis bertanya.
Qai memang tidak mampu menjawab,
kesakitan menyeluruh seperti menarik keupayaannya untuk menjawab dengan sinis
juga. Hisss! Hati Qai terasa amat sakit. Johar mengangkat kakinya. Tinggi.
Wait!
Dia nak buat apa? Oh, no! Habislah
muka lawa aku. Qai cemas seketika dan dapat mengagak Johar hendak buat apa.
Tiba-tiba Qai teringatkan bodyguard
yang guard dari jauh. Kenapalah
saat-saat macam ni dia tidak memunculkan dirinya?
‘Stupid
punya bodyguard… kau ke mana?’ Qai
berdesir sakit dengan dirinya sendiri.
Dengan susah payah Qai cuba bangun tapi
badannya bagaikan melekat. Melekat pada lantai kotor tempat dia cantik landing tadi. Berat pula terasa badan
kurusnya sendiri. Sejak bila pula badannya seberat ini? Saat kaki busuk a.k.a
kaki Johar pula kelihatan mahu mencium muka lawa Qai. Tetapi sempat pula Qai
terlihat satu terjahan padu maut menghentam belakang Johar.
‘Yes… yes… yes… bodyguard aku dah
datang,’ Qai bersorak riang. Sangat riang dan gembira.
Johar terlingkup di sisi Qai. Qai senyum
memandang Harris yang berdiri tegap di hadapan. Harris menghulurkan tangan dan
Qai menyambutnya. Sekali tarikan saja Qai sudah dapat berdiri semula. Eh! Tak
melekat rupanya tubuh dengan si lantai kotor? Ajaib betul. Qai sangka kan dia
sudah melekat tadi.
“Kau apahal?” Johar menyoal Harris
setelah dia dapat bangun dengan bantuan mat latah Zamri. Dia turut meludah ke
lantai.
“Kau tu apahal? Dengan budak pompuan, budak kecik dan budak kurus pun kau nak ‘baham’ ke?” Harris menjawab.
Tangan memeluk tubuh.
Budak pompuan? Oh, mesti ini Puteri Diana yang Harris maksudkan. Budak kecik? Ini mesti Putera Aiman tapi…
tapi… tapi budak kurus tu siapa? Aku ke? Qai sudah mengomel kecil. Segera dia berpaling
dan memandang tajam si Harris.
Harris pula bagaikan tahu dia dipandang,
segera menoleh ke arah Qai. Kening Harris naik, dahinya berkerut.
“Kenapa pandang aku macam tu?” sempat
juga Harris menyoal.
‘Eelehhh, dia bertanya pula. Aku lesing
kang,’ gumam Qai.
“Kau panggil aku budak kurus?” lantas
terbit soalan dari mulut Qai.
“Dah kau memang kurus. Takkanlah aku nak
panggil budak gemuk pulak.” Harris dengan senget mulut, menjawab.
Aik! Jawab macam tu pulak? Hati Qai berdongkol
geram. “Panggil jelah nama aku. Susah sangat ke?” Wah! Berangin pula rasanya
tubuh Qai.
‘Akukan Qai… Q.A.I… tuan muda dia.
Buat-buat lupa pulak,’ kecik besar kecik besar sahaja Harris pada pandangan
mata Qai.
“Maaf, aku tak kenal kau dan tak pernah
mengenali kau. Kau sape, budak
kurus?” dahinya dikerutkan lagi. Sekilas Harris mengenyitkan mata kanannya.
Wah! Mujurlah Qai tiba-tiba faham
kenyitan yang diisyaratkan tadi. Baru dia teringat, dia dan Harris ‘saling
tidak mengenali’. Qai mendehemkan suaranya, menutup keterlanjurannya sendiritadi.
Mujur ‘rahsia’ masih rahsia.
“Kau orang ni apahal? Marilah kita
selesaikan hal kita… SEKARANG!” Jerit Johar.
Serentak perkataan ‘sekarang’, Johar dan
Zamri menghadiahkan tendangan yang mengenai tubuh Qai dan Harris. Mereka
menyerang hendap. Permainan penyangak muda.
Sekali lagi Qai terlentang ke belakang.
Sakitnya memang tidak mampu diingati. Rasa-rasanya tulang sudah patah beberapa
batang! Harris juga terbaring namun cepat dia bangun dengan memasang kekudanya.
Qai pula bersusah payah bangun sendiri. Telinga dia pula tiba-tiba seakan lali
menangkap bunyi jeritan Puteri Diana. Hari itu sahaja entah berapa kali agaknya
sang puteri menjerit. Semacam dia pula yang terlentang terlingkup sedari tadi.
Kalau dah perempuan tu perempuan jugaklah. Asyik menjerit sahaja.
Azhar dan Remy kelihatan menyerang
serentak Harris dengan tendangan dan tumbukan. Namun kelihatannya Harris memang
pandai mempertahankan dirinya. Senang-senang saja dia mengelak ke kiri dan ke
kanan. Sempat pula tumbukannya dilepaskan dan mengenai rusuk Azhar. Manakala
Remy mendapat tanda di mukanya. Lebam. Kelihatan Johar dan Zamri turut
menyerang Harris.
Qai pula digasak Borhan. Nampaknya
Borhan sedikit pandai ‘berlawan’. Susah payah jugak Qai mengelak dan menepis.
Sesekali dapat juga Qai menumbuk perut Borhan. Namun Borhan semacam Terminator.
Tumbukan Qai langsung tiada kesan pada tubuh Borhan. Memang dia Terminator!
Tangan Qai pula terasa sakit. Tiba-tiba Qai terlentang lagi. Satu tumbukan padu
mengenai muka lawanya lagi.
‘Ciss! Asyik muka aku saja yang kena.
Hilanglah wajah tampan aku.’ Qai mendengus kasar. Geram sudah bercampur aduk
dengan marah.
Kali ini Qai memang terasa badannya melekat
pada lantai. Seluruh tubuhnya terasa sakit dan bisa. Memang dia sudah tidak
larat. Habislah! Borhan menerpa, dia duduk atas perut Qai. Mencuba menumbuk
muka lawa. Namun tiba-tiba Borhan ditarik ke belakang oleh Harris. Terus dia
dilemparkan macam kapas ke arah 4 orang lagi penyangak yang sudah terdampar.
Bertindih antara satu sama lain.
Wow! Harris yang menewaskan mereka
semua? Patut pun dia diberi kepercayaan oleh Tuan Yusuf Bakti untuk meng guard Qai.
Qai dipaut Harris. Tangan kirinya
disangkut ke bahu Harris. Senget sebab Harris tinggi dan Qai rendah. Memang
nampak lucu. Putera Aiman turut membantu. Tangan kanan Qai disangkutkan ke
bahunya. Senget juga. Dia rendah manakala Qai tinggi. Ini memang nampak
kelakar. Sangat kelakar.
“Kau ni sebenarnya reti tak berlawan?” Harris menyoal ketika kami melangkah pelahan
menuruni tangga.
“Emm…” balas Qai. Malas menjawab versi
jawapan penuh.
“Reti
tak ni?” soal Harris lagi.
“Bolehlah sikit-sikit.”
“Sikit je?” mata Harris mencerlung
memandang Qai.
“Aku pandai karate la…” Qai cepat menjawab.
Ringkas.
‘Belajar dari movie Karate Kid lakonan Jacky Chan dan Jaden Smith la… kau tahu
apa?’ Qai menjawab lagi dalam hati.
“Tapi kenapa macam kelam kabut je tadi?
Tak pernah berlawan secara live ke?”
Harris menyoal lagi.
“Tak. Ini first time.” Qai menjawab jujur. Memang dia tidak pernah berlawan.
kebiasaannya abangnya yang selalu menjadi banteng Qai.
“Ok la tu untuk orang yang first time macam kau. Tapi lain kali
jangan cuba masuk campur urusan orang lain kalau ilmu tak penuh di dada.”
Harris memberi nasihat.
Terasa sayu pula hati Qai. Qai begitu terasa
abangnya masih ada di sisi. Dia hanya menganggukkan kepala. Badan pula terasa
berat dan sakit-sakit.
Dan… ‘Oh! My muka lawa. Mesti esok habis bengkak. Malam ni aku nak tengok
cerita Police Story lakonan Jacky
Chan pula. Atau pun cerita KL Gangster… nak belajar cara berlawan free stail pula.’ Qai berbisik dengan
diri sendiri dan menanam azam.
“Dalam mencari kehidupan… bukan hidup
namanya jika tiada kesusahan dan kepayahan dalam mengharunginya. Dalam mencari
kebahagiaan… bukan bahagia namanya jika tidak disulami kekecewaan dan derita di
hati. Jadi kita haruslah bersyukur dengan nikmat atau kesusahan yang
dikurniakan kepada kita oleh-Nya. Susah
payah, kecewa, derita, bahagia dan kesenangan itu hanyalah mainan duniawi…
hanya di ‘sana’ nanti kita semua akan ‘pergi’… bila tiba masanya, insyaAllah.”
Harris tiba-tiba menitipkan kata-kata berharga. Untuk… Qai a.k.a budak senget.
No comments:
Post a Comment