Saturday 28 February 2015

KEKASIH by Devotees

Kasih...
Telah terbina sebuah sebuah mahligai...
Menjadi tanda agungnya cinta kita...
Kasih...
telah kubinakan sebuah istana...
Menjadi tanda cinta sejati...
Mekar menghiasai taman kasih kita...
dan di iringi harum haruman Firdausi...
Dikaulah permaisuri di hati suami...
Penyejuk mata penyenang di hati...
Tapi angin yang mendatang...
Bagaikan badai yang melanda...
Kau pergi dulu tanpa menungguku...
Kerna takdir ku relakan jua...
Kekasih...
Akan kupahatkan doaku...
Di dalam lena dan jua jagaku...
Kekasih...
Akan kusirami pusaramu...
dengan cinta sejati...
Oh...
Andai takdir kita bersama lagi...
Ku ingin hidup bahagia bersamamu...


~kekasih...bahagia bersamamu...
  perhatian yang tidak pernah kurang..
~kekasih...tanpa hadirmu...
  pincang segala langkahku...
~kekasih...dengan cintamu...
  kita ke syurga bersama...







Sunday 15 February 2015

Salam CINTA dikejauhan...kenapa CINTA? Kerana bagi akak dalam cinta ada segalanya..kasih, sayang, rindu, belaian, manja, lelah, gelisah, resah, benci dan juga dendam... Segalanya berkaitan cinta...n photo kat bawah takde kena mengena langsung dengan CINTA..hehehe...tu hanyalah photo yg di curik ambik dek adik aka Ady or Carl...chehh konon nak jadi omputeh dgn nama camtu...hahaha..n akak terperasan pulak diri cam model air oren twister...ohmaiiii...perasannya aku...erkkk...tak kisah apa orang nak kata. Asalkan air tu penghilang dahaga kannn..

Monday 9 February 2015

BAB LAPAN : BIDADARA


Bidadara Putera




Bab 8

 

 “Kita nak ke mana?” aku bertanya ketika kami menghampiri kawasan parking sekolah.

“Aku nak bawa kau ke rumah aku.” Ringkas jawapan Harris.

“Apahal pulak nak ke rumah kau? Aku nak keluar sekejap je dari sekolah ni dan lepas tu balik rumah aku.”

Langkah Harris terhenti. “Aku dah beritahu Tuan Pengerusi pasal incident yang berlaku dan aku beritahu dia, aku akan tolong ‘jaga’kan kau seminggu dua ni.”

“Apahal kau beritahu dia? Aku kan dah cakap tadi, aku tak nak papa tahu pasal perkara ni? Dan…dan…aku boleh duduk rumah aku sampai bengkak kat muka ni baik. Lagipun makcik Zaiton ada, dia boleh tolong ‘jaga’kan aku.” Geram tahap Gaban dah aku ni. Siapa dia pandai-pandai hendak tolong ‘jaga’kan aku? Macamlah aku budak kecik!

“Tuan Pengerusi beritahu pembantu rumah kau tak de. Tiba-tiba saja dia ada emergency tadi, cucunya jatuh dan patah tangan. Mungkin lama dia akan duduk di rumah anaknya. Kau jangan risaulah, kat rumah aku tak de sesiapa pun. Aku duduk sorang je.”

“Aku boleh duduk sorang-sorang la kat rumah aku dan…dan…aku tak selesa dan tak pernah duduk rumah orang lain.”

“Emm…macam nilah. Kau call Tuan Pengerusi dan cakap sendiri dengan dia. Aku hanya ikut arahan sahaja.” Harris cuba berdiplomasi.

Tenang…tenang Qai…. “Okay, aku call papa. But kalau dia kata aku boleh duduk sendirian, kau jangan cuba pandai-pandai nak ingkar arahan.”

Cepat-cepat aku mendail nombor handphone papa. Malas hendak melambatkan perkara yang tiba-tiba penting pada saat ini. Aku sebenarnya tidak percaya bahawa papa suka-suka hati sahaja memberi perlepasan Harris supaya men ‘jaga’ aku dan mustahil pula rasanya papa mengizinkan aku duduk di rumah Harris. Macamlah aku tidak berumah.

Nada dering berbunyi sesaat sebelum di angkat. “Assalamualaikum papa. I want to ask you something….it that true that makcik Zaitun was not at home? And I have to stay at Harris’s house?”

Aku mendengar berhati-hati tiap patah perkataan yang di beritahu oleh papa. “Emm…if you say like that….it’s okay….and are he know?”

Aku menganggukkan kepala dan sedikit lega sebenarnya dengan penjelasan papa. Telefon aku hulurkan kepada Harris kemudiannya, papa hendak bercakap dengannya pula.

Aku mendengar sahaja perbualan Harris dengan papa. “Yes, tuan. Saya akan jaga Qai dengan baik. Ok…ok…” telefon di serahkan kembali kepadaku.

“Kita ke rumah kau dulu kemudian barulah balik rumah aku. Kemas pakaian untuk seminggu dua dan jangan bawa banyak sangat barang.” Harris berkata dan dia berhenti melangkah di tempat parking untuk motorsikal.

Terdapat deretan motosikal di situ. Nampaknya ramai juga murid di sekolah ini menaiki motor ke sekolah selain di hantar pemandu dan membawa sendiri kereta. Emm…apa hendak di hairankan. Sekolah prive dan terkenal di Kuala Terengganu ini mempunyai ramai murid-murid dari golongan berada. Parents mereka mampu menyediakan apa juga kemudahan untuk mereka. Ramai juga murid-murid yang tinggal di asrama, atas sebab-sebab tertentu seperti berasal dari negeri yang lain dan mungkin juga mahu study berkumpulan di waktu prep lebih-lebih lagi bagi yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kalau ada duit, apa-apa pun boleh jadi.

Aku sedikit teruja sebenarnya melihat deretan motorbike yang berbagai jenama dan warna. Aku betul-betul teringin menunggang dan memiliki sebuah motorbike namun kerana faktor umur dan masih belum memiliki lesen menyebabkan hasrat itu terpendam sahaja. Agak-agaknya apa jenama motorbike si Harris yek?

##########

Aku rasa sepanjang perjalanan ke rumah aku, sudah beberapa orang dah berpaling memandang kami berdua dengan pandangan yang pelik. Pelik tetapi benar. Muka aku pun sudah naik tebal. Kali ini memang aku betul-betul geram tahap Gaban bercampur tahap SuperSaiya Goku, ada ke patut rupa yang kacak dan segak ini membonceng motorsikal entah dari zaman bila tah! Agak-agak aku la, motor ini sudah berdekad tidak di keluarkan apatah lagi dipakai orang. Helmet pulak macam helmet askar zaman jepun je. Motorsikal Honda C70 berwarna merah.

Aku betul-betul musykil, Harris ini bukan anak orang berada ke? Tetapi macam mana pulak dia boleh bersekolah di sekolah papa? Dan siapa dia sebenarnya? Banyak perkara yang aku musykil sekarang ini. Dia bagaikan mempunyai rahsia. Papa tahu ke? Dan…dan….lambatnya sampai……bontot aku dah berkematu duduk atas motor antik ini.

 

##########

 

“Kita dah sampai.”

Aku segera turun dari motorbike Honda CBR 250R bukannya motorsikal Honda C70. Emm…motor tu sebenarnya dan sepatutnya kepunyaan abang. Papa yang sediakan untuk abang supaya senang dia hendak pergi dan balik dari sekolah. Di sebabkan perkara yang berlaku kepada abang, motor ini tersadai saja di depan rumah. Dan di sebabkan motor antik Harris itu begitu memukau kalbu, maka aku dengan senang hatinya menyerahkan kepadanya motorbike abang. Habis cerita. Mujur juga Harris tidak banyak kerenah menerima dan sudi menggunakan motorbike abang. Esok-esok aku nak belikan dia jaket dan glove yang betul-betul sepadan pulak. Harap dia terima juga.

“Ini ke kampung kau?” aku yang sudah menanggalkan helmet segera bertanya.

“Ye…kampung aku. Kg.Che Amar, Atas Tol.Tempat aku bermain. Jemputlah naik.”

Aku memandang Harris yang sudah memanjat tangga rumahnya. Rumah kampung yang unik pada pandangan mataku. Bumbungnya begitu cantik, ciri-ciri tradisional Terengganu begitu menyerlah. Rumah kayu itu memang cantik tetapi kelihatan agak suram mungkin kerana tidak bercat. Perlahan-lahan aku turut memanjat tangga yang diperbuat daripada kayu juga.

Ruang tamu yang agak luas, ada beberapa buah kerusi rotan menghiasi ruang itu. Sebuah TV hitam dan kecil yang terletak di atas rak besi berwarna hitam juga ada. Hiasan yang simple di dalam ruang yang luas. Pelik gayanya dekorasi yang di pamerkan. Citarasa siapalah agaknya? Harris? Ye kot? Tapi macam tak padan pulak dengan karakter yang di pamerkan oleh tuan empunya badan. Harris….emm…apa ya…hendak aku gambarkan. Lelaki misteri? Budak tinggi aneh? Hehehe….itulah gambaran aku.

“Qai….kau gunalah bilik tengah ni. Bilik ni elok sikit tapi sorilah sebab ada katil dan almari je.” Harris muncul dari bilik tengah dengan penyapu di tangan.

“Bilik kau mana?”

“Bilik aku sebelah bilik kau je yang depan sekali. Kenapa? Kau nak tukar bilik ke?”

“Tak…”

“Kalau kau nak tukar….boleh jugak tapi bilik aku serupa je dengan bilik tengah ni cuma kat hujung katil, lantai dia reput dah sikit. Bimbang kot-kot kau tersalah pijak, naya…”

Aku menjenguk bilik Harris. Ada katil kelamin yang bertiang tinggi, antik. Almari dan meja study. Simple. “Emm…aku duduk bilik tengah jelah.” Aku berpaling dan masuk ke bilik tengah, bilik yang elok sikit kata Harris tadi.

Backpack aku letakkan di sisi katil. Katil bujang yang bercadar warna kuning, bercorak abstrak. Aku terus merebahkan tubuh, penat dan badanku betul-betul terasa sakit kini. Perlahan-lahan aku lepaskan keluhan. Nampaknya macam-macam perkara telah terjadi semenjak aku di Malaysia. Sebulan lalu abang dan aku di timpa kemalangan. Abang terlantar di katil dan aku cedera di belakang badanku. Sikit je tetapi luka di belakang bahuku terpaksa di jahit. 3 jahitan.

Kini, hari ini, demi menolong orang. Aku di belasah. Memang aku melawan dan membelasah juga tetapi kerana aku tidak pernah berlawan secara live dan yang paling penting, sebenarnya aku tidak pernah belajar mana-mana seni mempertahankan diri pun. Cuma cara berlawan itu aku kutip dari filem-filem aksi yang pernah aku tonton dan sedikit keberanian.

Aku mengeluh lagi. Sakit. Badan aku sakit tetapi sebenarnya tidak sesakit hati kerana seorang bodygourd. Selain melindungi aku, rupanya dia juga bermulut pedas. Sedikit pendiam tetapi kalau bercakap….sinis dan mencucuk. Mujur juga aku ni jenis yang turut cakap ‘mencucuk’. Padanlah aku di gourd oleh bodygourd yang saling ‘cucuk mencucuk’. Padan muka aku…hehehe….tapi….

Rasanya sebelum aku terlelap dalam wheelchair tadi aku seperti terdengar Harris seperti berbisik. Jelas kedengaran di telingaku dan kata-kata akhirnya ‘wahai budak yang berumur 14 tahun, aku tahu kau belum matang dan dewasa dan aku harap kematangan aku akan merubah kau menjadi sedikit ‘dewasa’ kerana aku tahu kau seorang budak yang tabah serta kuat.’ 14 tahun!! Dia tahu aku berumur 14 tahun? Papa yang beritahu? Tapi kenapa? Apa lagi yang papa beritahu kepadanya?

 

##########

 

“Qai….” Harris memanggil.

Dia menjengah. “Tidur rupanya….” Terdengar dia bercakap sendirian.

Aku sengaja memejamkan mataku. Aku malas hendak ‘mencucuk’ dia sekarang. Aku penat dan sakit. Badan sakit. Hati sakit. Rasa geram pun ada. Geramkan papa. Geramkan Harris. Mujur juga Harris sedikit ‘baik’ sejak di rumahnya ini. Jadi aku juga mahu ‘baik’.

“Tidurlah budak….tidurlah dengan damai dan tenteram. Aku akan menjaga kau seperti adikku sendiri. Namun dalam tidurmu, ingatlah dalam hidup ini….biasanya jalan yang selalu di sukai dan di lalui orang lain tidak semestinya kita lalui juga. Jalan yang kita sukai pula tidak semestinya orang lain suka dan lalui. Setiap hamba Allah SWT di berikan jalan yang berlainan. Kita sebagai hambaNya haruslah bersyukur dengan setiap jalan yang di beri. Hadapi dan tempuhi tanpa rasa kecewa dan marah. Di akhir jalan nanti kita pasti temui kebahagian yang dijanjikanNya. Jadi tabahlah wahai budak….mungkin jalan yang diberi ini berliku dan berduri….insyaAllah selagi aku memegang amanah, kau akan selamat. InsyaAllah.”

Aku membuka mataku perlahan-lahan setelah Harris menutup kembali pintu bilik. Terkelip-kelip mataku. Otak kecilku ligat mencerna maksud setiap kata-kata Harris tadi. Kata-katanya melambangkan kematangannya. Terlebih matangkah budak yang berumur 17 tahun itu? Ataupun ada ‘rahsia’ yang tersembunyi? Entahlah.
 

Friday 6 February 2015


SESUNGGUHNYA…SEBENARNYA...SELAMANYA…

"Setinggi mana langit yang terpaksa kuterbang. Selebar mana bumi yang terpaksa kulari. Sedalam mana lautan yang terpaksa kurenang. Sepanas mana api yang terpaksa kugenggam. Kau tetap bintang di hati ini, berkelip dan bersinar bak cahaya yang menerangi seluruh alam maya. Menerangi segalanya."

Itulah kata-kata yang membuatkan aku terasa dekat dengan dia. Kata-kata yang membuatkan aku melekat dan mencair sekaligus tidak dapat memisahkan diriku dengan dirinya. Di kejauhan aku selalu perhatikannya atau nama lainnya ialah skodeng, mengintai, stalk dia secara senyap-senyap. Ataupun lebih tepat lagi, aku telah jatuh cinta terhadapnya.

“Zamin…walau kau tak pernah memandang diri ini. Walau kau tak pernah sedar kewujudan ini. Aku akan tetap menyintai kau…” aku memandang lagi dia yang bernama Zamin.

Tappp!! Tiba-tiba bahuku di tepuk perlahan. Aku memandang ke sisi. Tersenyum lebar DikNa atau nama betulnya ialah Roslina. Keningnya memberikan isyarat bertanyakan sesuatu yang hanya aku dan dia faham.

“Kau stalk dia lagi ke?”

“Emm..nak buat macam mana DikNa…jantung aku lemah kalau sehari tak memandang wajahnya.” Jujur aku memberitahu. DikNa sudah mengambil tempat di sebelahku.

“Aku tidak pasti selama aku menyintainya, selama aku merinduinya. Adakah perasaan itu tidak pernah hadir dalam dirinya?” aku mula berkaca di mata. Sedih.

DikNa mengusap-ngusap tanganku yang berada di atas meja. “Sabarlah Suzie…suatu hari nanti dia pasti tahu tentang perasaan kau…emmm…apa kata kau beritahu terus terang kepadanya? Habis cerita.”

“Tapi…tapi…kalau dia menolak…macam mana? Mana aku nak sorok muka aku ini. Kalau aku ni burung unta takpelah. Sorok kepala dalam tanah.” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak mahulah aku. Malu.

“Hahh, betullah tu…sorok kepala macam burung unta. Tapi badan masih nampak.” Dikna mengekek ketawa.

Sudahnya aku terdiam. Berpura-pura menulis sesuatu di atas buku. Sesungguhnya tiada siapa yang mengerti perasaan ini. Perasaan yang hadir tiba-tiba. Sebenarnya sudah puas aku menolak. Sudah puas aku menepis. Namun segalanya bagaikan menahan curahan air hujan dengan kedua telapak tangan. Tidak dapat menampung, tidak dapat menadah. Akhirnya ia tetap melimpah, tetap tercurah. Bukan sedikit tetapi banyak.

Hati kecilku mengembang. Bukan dua kali ganda tetapi berganda-ganda. Cuma menunggu masa untuk pecah. Ya Allah, aku cintai dia. Aku rindukannya. Namun rasa cinta itu tidak pernah hadir dalam dirinya. Rasa rindu itu tidak pernah berlagu dalam jiwanya. Inginku tanyakan kepadanya, mengapa rasa itu tidak pernah berbunga dalam hatinya. Namun dengan kesedaran diri yang tinggi dan rasa malu yang berat, aku tutup mulut menahan segala.

“Suzie…” suara garau itu menyapa cuping telingaku.

Aku memanggung muka. Menatap jernih mata dia. Zamin tersenyum seperti selalu. “Apa?” jawabku acuh tak acuh.

“Kau dah siap tak lukisan yang aku suruh kau lukis hari itu?” Zamin duduk di atas mejaku hinggakan aku terpaksa mengalihkan kedudukan diri dari terkena kakinya.

“Errr…dah…dah…” tergugup seketika. Jantungnya hampir melompat keluar sebenarnya.

Kenapalah dia selalu duduk begitu? Setiap kali Zamin bercakap dengan aku, begitulah cara dia. Meja aku sudah menjadi tempat duduk dia. Gaya santai itu begitu mendera hatiku. Tidakkah dia tahu, aku boleh mati kerana perkara sebegitu.

“Cun tak kau lukis ni?” Zamin senyum lagi.

Aku terdiam. Sedikit terasa hati dengan pertanyaan itu. Aku tarik nafas panjang-panjang dan menghembuskannya perlahan. Senyuman aku lemparkan kepadanya. “Tak tahulah Zamin. Setakat ni aku rasa ok kot…tapi kalau kau rasa tak elok. Nanti aku cuba buatkan yang lain.”

Zamin menghulurkan tangannya. “Mari sini…bagi kat aku. Nak tengok.”

Aku mengambil gulungan kertas dan memberikan kepadanya. Di buka dan di tatap. Dahinya berkerut. Kenapa? Ada yang tak kena ke? Aku resah menanti apa jua yang bakal terlontar dari mulutnya. Liur kutelan perlahan-lahan. Wajah kacaknya aku tatap tidak berkelip. Begitu sempurna ciptaanNya. Tiba-tiba Zamin mengangkat mukanya dan aku terkantoi sendiri. Cepat-cepat aku senyum kepadanya, cuba menutup rasa malu yang menyerbu.   

“Emm…boleh tak kau tambah kata-kata kat lukisan ini.”

“Tambah kata-kata? Maksudnya?” tak faham maksud dia.

“Kau tolong tuliskan di bawah, kata-kata atau ayat” Zamin memandang tepat ke mataku. Aku? Aku tertunduk saja. Malu.

“Nak tulis apa, Zamin?”

“Emm…kau tulis…sesungguhnya…sebenarnya…selamanya…”

Dahiku berkerut. Aku memandang dia namun dia bagaikan merenung jauh ke hadapan. Apakah itu? Entah apa-apa maksudnya? Sesungguhnya…sebenarnya…selamanya… Emm…kenapalah kata-kata dan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya selalunya puitis dan berseni. Maksudnya dalam. Tersirat dalam tersurat. Aku kadang-kadang tak faham apa yang ingin dia sampaikan namun aku suka dengan segalanya.

“Kau nak aku tulis macam tu kat potret wajah kau ni?” aku soal betul-betul. Bimbang pulak takut-takut tersalah sangka pula. Habis rosak lukisan potret tu, sayang.

“Yup…sesungguhnya aku menyintainya…menyayanginya…menrinduinya…sebenarnya… aku tidak mengerti…aku tidak faham…aku tidak tahu…selamanya…aku pendam segalanya.. simpan semua…balut kemas-kemas…takkan melepaskannya…emm…yup itulah yang aku nak kau tulis.” Zamin memberitahu. Aku? Blur?

“Nak tulis panjang-panjang tu ke?” soalan yang menampakkan kebodohan aku ke? Atau kegagalan aku mencerna maksaud dia?

Dia ketawa. Lucu agaknya pertanyaan aku. dan darah merah menyerbu naik ke mukaku. Malu dan terasa segan sendiri. Dan akhirnya aku tersenyum sahaja. Menahan malu dan segan.

“Tak…aku nak kau tulis pendek je…sesungguhnya…sebenarnya…selamanya…itu saja. Ayat yang aku cakap tadi, tu tak payah tulis. Itu spontan saja terkeluar dari mulut aku ni.” Tawanya tadi mengendur dan Zamin memberitahu apa yang perlu di tuliskan.

##########

Siapalah yang tidak kenal dengan Zamin. Serata kampus terutama penuntut-penuntut perempuan mengenalinya. Dengan berbekalkan wajah yang kacak dan susuk tubuh yang mantap. Dia tidak perlu di perkenalkan kepada sesiapa pun. Cukup kelibatnya sahaja mampu membuatkan perempuan ternganga. Sifatnya yang suka berkawan dengan sesiapa pun cukup menaikkan sahamnya. Kata-kata yang keluar dari mulutnya juga umpama gula batu yang di telan berkilo-kilo sekaligus. Manis dan menyelerakan.

“Jika aku di beri pilihan. Aku tidak akan tinggalkanmu. Akan kubawa dirimu walau jauhnya beribu batu. Kaulah hati yang ada di dadaku, kaulah nadi yang menggerakkan aku, kaulah nafas di setiap helaku, kaulah nyawa di seluruh hidupku…” Zamin berpuitis di pagi hari. Tepukan kedengaran di segenap penjuru kelas.

Aku? Aku tetap menahan rasa itu. Jika Zamin menyatakan seseorang itu adalah nadi yang menggerakkannya. Nah, ini dialah! Dialah yang umpama nadi dalam diriku. Bukan saja menggerakkan tetapi dia bagaikan menentukan hidup dan matiku. Hariku mati jika tidak menyebut namanya. Hariku hidup walau hanya mendengar suaranya.

“Zamin…nah dah siap!” aku menghulurkan lukisan.

Zamin mengambilnya dan membuka. Senyuman terukir di bibir. Aku melihat keindahan di hadapan mata sebelum menunduk tatkala dia mengangkat wajahnya.

“Aku tahu kau the best Suzie…kau tahu apa kehendak aku. betul-betul menepati citarasa. Thanks sayang.” Melebar senyuman Zamin.

Aku termanggu seketika. Dia…dia sebut sayang ke? Atau aku yang salah dengar? Mukaku sudah memerah. Cepar-cepat aku berpaling ingin segera berlalu dari situ. Malu.

“Eh, kau nak ke mana?” cepat dia berada di hadapan mujur aku tidak terlanggar.

“Err…aku…aku nak balik ke tempat akulah. Kenapa?” mata sengaja di bulatkan. Namun seketika sebab aku tak sanggup menatap mata dia lama-lama.

“Maaf aku tersalah sebut tadi.” Dia menggaru-garukan kepalanya.

“Sebut? Apa dia?” blur seketika.

“Tadi…emm..aku sebut thanks sayang…” senyum lagi.

Aku terdiam. Malu dan faham. Aku faham dia tersalah sebut. Lagipun siapalah aku untuk di ucapkan perkataan itu. Dia ramai teman wanita. Tentu dia biasa menyebut perkataan itu. sayang untuk yang di sayangi. Sayang untuk yang berhak. Aku tersenyum saja.

“Takpe Zamin. Aku faham. Tepi sikit…aku nak balik tempat aku.” aku menutup gundah di hati. Aku menahan rasa yang ada.

Jika kau tanya tentang hati. Aku tidak bisa huraikannya. Tetapi jika kau tanya tentang jiwa. Aku pasti dengan jawapannya. Jiwaku lara, jiwaku resah, jiwaku hampir musnah. Lara yang larat bagai menghanyutkan jiwaku. Resah tidak berpenghujung memarut hebat luka. Musnah dengan jiwa sendiri. Musnah dengan lara dan resah sendiri. Itulah aku, sang semut hitam yang tidak akan mungkin terlihat di batuan hitam. Itulah aku sang pelangi yang pudar mengelam lantas menghitam tanpa sinar dan warna.

“Suzie…aku dengar si Zamin itu sudah ada makwe baru dua tiga hari lepas.” DikNa memberitahu. Dia tetap sahabat yang baik.

“Aku tau tu DikNa. Agaknya sebab itulah dia suruh aku lukiskan potret wajah dia kot. Untuk di berikan kepada makwe baru dia. Bukannya kita tak tahu, setiap makwe dia mesti dapat hadiah potret wajah diakan?” aku memang arif dengan si Zamin.

“Betul tu. Hadiah untuk makwe. Dan setiap kalinya kau yang tolong lukiskan. Emm..ini memang menarik.” Dikna mengusap-ngusap dagunya tanda berfikir.

“Tapikan DikNa…lukisan terbaru ni…dia suruh aku tolong tuliskan sesuatu pula di atasnya.” Aku mengadap DikNa yang berada di sebelah.

“Ehh…betul ke? Itu sudah peliklah Suzie. Dia suruh tulis apa?”

“Sesungguhnya…sebenarnya…selamanya…”

“Apa maksudnya Suzie?” Dikna kehairanan.

“Sesungguhnya aku menyintainya…menyayanginya…merinduinya…Sebenarnya aku tidak mengerti…aku tidak faham…aku tidak tahu…Selamanya aku pendam segalanya…simpan semua…balut kemas-kemas…takkan melepaskannya…” senafas aku memberitahu. Yup, aku ingat segalanya yang dia katakan.

“Wow…siapalah gadis yang bertuah tu kan Suzie?” bercahaya mata DikNa. Ya, siapalah yang tidak teruja mendengar kata-kata itu.

“Emm…entahlah DikNa. Dan yang pasti itu bukan kita berdua.” Datar. Aku bersuara datar.

##########

“Aku pendam rasa hati ini. Aku tidak akan meluahkannya. Namun jika kau sedar, setiap kata-kata. Setiap ayat yang tersebut. Semua untuk kau. Aku tidak mampu luahkannya kerana aku takut. Takut penolakkan. Takut di tinggalkan. Takut kehilangan. Jika di bandingka diri ini dengan dirimu. Aku hanya satu dalam seribu. Tanpa ada kelebihan sedikit pun. Kau sedar atau tidak sayangku. Kaulah permata yang di sebut-sebut lelaki yang lain. Kaulah impian mereka untuk menjadi suri di hati.”

“Namun perasaan yang hadir ini menyakitkan jika di pendam lama. Aku tidak mahu parah sebelum berjuang. Aku tidak mahu pasrah sebelum bertempur. Di saat dan tika ini. Sudilah mendengar luahan hati kecilku ini. Sayang…kaulah sayangku. Kaulah cintaku. Kaulah hidup dan matiku. Kaulah nadiku. Kaulah sesungguhnya…sebenarnya dan selamanya.”

Zamin berpuitis lagi di hadapan kelas. Namun kurang bunyi tepukan sebab sudah ramai yang keluar dari kelas setelah tamatnya pelajaran hari itu. Yang ada hanyalah beberapa pelajar lelaki, aku dan DikNa yang masih belum berganjak. DikNa senyum sahaja dan aku…aku membeku. Aku sudah melekat dan cair. Siapalah gadis bertuah itu?

“Suzie…” sapa Zamin lembut. Dia sudah duduk di atas mejaku seperti selalu.

“Nah! Untuk kau…” dia menghulurkan sesuatu.

Aku mengambilnya teragak-agak. Membuka dan aku terpana. Perlahan-lahan aku memanggung wajah mencari matanya. Dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“Sesungguhnya…sebenarnya…dan selamanya…kita.” ucap Zamin perlahan namun aku mendengar dan aku fahami.

Air hangat terasa mengalir di pipi juga di hati. Ya, aku terharu. Ya, sesungguhnya… sebenarnya…selamanya…dia…dan aku.
Lama tak meluahkan perasaan kat dalam benda ni...nak di ikutkan hati...semua benda nak tulis...semua perkara nak di luahkan...emmm...apa yg ingin aku tulis hari ini ialah...aku sedang mencuba menarik perhatian reader membaca karya aku yg satu lagi iaitu Bidadara? Siapa? Aku atau dia?..karya ini tercetus dari lagu Arjuna Beta sebenarnya...tapi dalam karya ini memang takde kena mengena langsung dengan lagu tu...cuma cetusan idea sahaja..
N karya ini juga dari cetusan movie City Hunter lakonan Lee Min Ho...n sekali lagi aku nak beritahu...karya ini takde kena mengena langsung dengan movie itu...hanya cetusan idea sahaja..
Sebahagian kata2 heronya...I really desired you like crazy...I always prayed that I could see you again...
Enjoy yourself...moga2 karya ini akan menjadi karya yg di minati seperti MrKiller Smile, Kau Membunuhku Perlahan...