SESUNGGUHNYA…SEBENARNYA...SELAMANYA…
"Setinggi
mana langit yang terpaksa kuterbang. Selebar mana bumi yang terpaksa kulari.
Sedalam mana lautan yang terpaksa kurenang. Sepanas mana api yang terpaksa
kugenggam. Kau tetap bintang di hati ini, berkelip dan bersinar bak cahaya yang
menerangi seluruh alam maya. Menerangi segalanya."
Itulah
kata-kata yang membuatkan aku terasa dekat dengan dia. Kata-kata yang
membuatkan aku melekat dan mencair sekaligus tidak dapat memisahkan diriku
dengan dirinya. Di kejauhan aku selalu perhatikannya atau nama lainnya ialah
skodeng, mengintai, stalk dia secara senyap-senyap. Ataupun lebih tepat lagi,
aku telah jatuh cinta terhadapnya.
“Zamin…walau
kau tak pernah memandang diri ini. Walau kau tak pernah sedar kewujudan ini.
Aku akan tetap menyintai kau…” aku memandang lagi dia yang bernama Zamin.
Tappp!!
Tiba-tiba bahuku di tepuk perlahan. Aku memandang ke sisi. Tersenyum lebar
DikNa atau nama betulnya ialah Roslina. Keningnya memberikan isyarat
bertanyakan sesuatu yang hanya aku dan dia faham.
“Kau
stalk dia lagi ke?”
“Emm..nak
buat macam mana DikNa…jantung aku lemah kalau sehari tak memandang wajahnya.”
Jujur aku memberitahu. DikNa sudah mengambil tempat di sebelahku.
“Aku
tidak pasti selama aku menyintainya, selama aku merinduinya. Adakah perasaan
itu tidak pernah hadir dalam dirinya?” aku mula berkaca di mata. Sedih.
DikNa
mengusap-ngusap tanganku yang berada di atas meja. “Sabarlah Suzie…suatu hari
nanti dia pasti tahu tentang perasaan kau…emmm…apa kata kau beritahu terus
terang kepadanya? Habis cerita.”
“Tapi…tapi…kalau
dia menolak…macam mana? Mana aku nak sorok muka aku ini. Kalau aku ni burung
unta takpelah. Sorok kepala dalam tanah.” Aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak
mahulah aku. Malu.
“Hahh,
betullah tu…sorok kepala macam burung unta. Tapi badan masih nampak.” Dikna
mengekek ketawa.
Sudahnya
aku terdiam. Berpura-pura menulis sesuatu di atas buku. Sesungguhnya tiada
siapa yang mengerti perasaan ini. Perasaan yang hadir tiba-tiba. Sebenarnya
sudah puas aku menolak. Sudah puas aku menepis. Namun segalanya bagaikan
menahan curahan air hujan dengan kedua telapak tangan. Tidak dapat menampung,
tidak dapat menadah. Akhirnya ia tetap melimpah, tetap tercurah. Bukan sedikit
tetapi banyak.
Hati
kecilku mengembang. Bukan dua kali ganda tetapi berganda-ganda. Cuma menunggu
masa untuk pecah. Ya Allah, aku cintai dia. Aku rindukannya. Namun rasa cinta
itu tidak pernah hadir dalam dirinya. Rasa rindu itu tidak pernah berlagu dalam
jiwanya. Inginku tanyakan kepadanya, mengapa rasa itu tidak pernah berbunga
dalam hatinya. Namun dengan kesedaran diri yang tinggi dan rasa malu yang
berat, aku tutup mulut menahan segala.
“Suzie…”
suara garau itu menyapa cuping telingaku.
Aku
memanggung muka. Menatap jernih mata dia. Zamin tersenyum seperti selalu.
“Apa?” jawabku acuh tak acuh.
“Kau
dah siap tak lukisan yang aku suruh kau lukis hari itu?” Zamin duduk di atas
mejaku hinggakan aku terpaksa mengalihkan kedudukan diri dari terkena kakinya.
“Errr…dah…dah…”
tergugup seketika. Jantungnya hampir melompat keluar sebenarnya.
Kenapalah
dia selalu duduk begitu? Setiap kali Zamin bercakap dengan aku, begitulah cara
dia. Meja aku sudah menjadi tempat duduk dia. Gaya santai itu begitu mendera
hatiku. Tidakkah dia tahu, aku boleh mati kerana perkara sebegitu.
“Cun
tak kau lukis ni?” Zamin senyum lagi.
Aku
terdiam. Sedikit terasa hati dengan pertanyaan itu. Aku tarik nafas
panjang-panjang dan menghembuskannya perlahan. Senyuman aku lemparkan
kepadanya. “Tak tahulah Zamin. Setakat ni aku rasa ok kot…tapi kalau kau rasa
tak elok. Nanti aku cuba buatkan yang lain.”
Zamin
menghulurkan tangannya. “Mari sini…bagi kat aku. Nak tengok.”
Aku
mengambil gulungan kertas dan memberikan kepadanya. Di buka dan di tatap.
Dahinya berkerut. Kenapa? Ada yang tak kena ke? Aku resah menanti apa jua yang
bakal terlontar dari mulutnya. Liur kutelan perlahan-lahan. Wajah kacaknya aku
tatap tidak berkelip. Begitu sempurna ciptaanNya. Tiba-tiba Zamin mengangkat
mukanya dan aku terkantoi sendiri. Cepat-cepat aku senyum kepadanya, cuba menutup
rasa malu yang menyerbu.
“Emm…boleh
tak kau tambah kata-kata kat lukisan ini.”
“Tambah
kata-kata? Maksudnya?” tak faham maksud dia.
“Kau
tolong tuliskan di bawah, kata-kata atau ayat” Zamin memandang tepat ke mataku.
Aku? Aku tertunduk saja. Malu.
“Nak
tulis apa, Zamin?”
“Emm…kau
tulis…sesungguhnya…sebenarnya…selamanya…”
Dahiku
berkerut. Aku memandang dia namun dia bagaikan merenung jauh ke hadapan. Apakah
itu? Entah apa-apa maksudnya? Sesungguhnya…sebenarnya…selamanya… Emm…kenapalah
kata-kata dan ayat-ayat yang keluar dari mulutnya selalunya puitis dan berseni.
Maksudnya dalam. Tersirat dalam tersurat. Aku kadang-kadang tak faham apa yang
ingin dia sampaikan namun aku suka dengan segalanya.
“Kau
nak aku tulis macam tu kat potret wajah kau ni?” aku soal betul-betul. Bimbang
pulak takut-takut tersalah sangka pula. Habis rosak lukisan potret tu, sayang.
“Yup…sesungguhnya
aku menyintainya…menyayanginya…menrinduinya…sebenarnya… aku tidak mengerti…aku
tidak faham…aku tidak tahu…selamanya…aku pendam segalanya.. simpan semua…balut
kemas-kemas…takkan melepaskannya…emm…yup itulah yang aku nak kau tulis.” Zamin
memberitahu. Aku? Blur?
“Nak
tulis panjang-panjang tu ke?” soalan yang menampakkan kebodohan aku ke? Atau
kegagalan aku mencerna maksaud dia?
Dia
ketawa. Lucu agaknya pertanyaan aku. dan darah merah menyerbu naik ke mukaku.
Malu dan terasa segan sendiri. Dan akhirnya aku tersenyum sahaja. Menahan malu
dan segan.
“Tak…aku
nak kau tulis pendek je…sesungguhnya…sebenarnya…selamanya…itu saja. Ayat yang
aku cakap tadi, tu tak payah tulis. Itu spontan saja terkeluar dari mulut aku
ni.” Tawanya tadi mengendur dan Zamin memberitahu apa yang perlu di tuliskan.
##########
Siapalah
yang tidak kenal dengan Zamin. Serata kampus terutama penuntut-penuntut perempuan
mengenalinya. Dengan berbekalkan wajah yang kacak dan susuk tubuh yang mantap.
Dia tidak perlu di perkenalkan kepada sesiapa pun. Cukup kelibatnya sahaja
mampu membuatkan perempuan ternganga. Sifatnya yang suka berkawan dengan
sesiapa pun cukup menaikkan sahamnya. Kata-kata yang keluar dari mulutnya juga
umpama gula batu yang di telan berkilo-kilo sekaligus. Manis dan menyelerakan.
“Jika
aku di beri pilihan. Aku tidak akan tinggalkanmu. Akan kubawa dirimu walau
jauhnya beribu batu. Kaulah hati yang ada di dadaku, kaulah nadi yang
menggerakkan aku, kaulah nafas di setiap helaku, kaulah nyawa di seluruh
hidupku…” Zamin berpuitis di pagi hari. Tepukan kedengaran di segenap penjuru
kelas.
Aku?
Aku tetap menahan rasa itu. Jika Zamin menyatakan seseorang itu adalah nadi
yang menggerakkannya. Nah, ini dialah! Dialah yang umpama nadi dalam diriku.
Bukan saja menggerakkan tetapi dia bagaikan menentukan hidup dan matiku. Hariku
mati jika tidak menyebut namanya. Hariku hidup walau hanya mendengar suaranya.
“Zamin…nah
dah siap!” aku menghulurkan lukisan.
Zamin
mengambilnya dan membuka. Senyuman terukir di bibir. Aku melihat keindahan di
hadapan mata sebelum menunduk tatkala dia mengangkat wajahnya.
“Aku
tahu kau the best Suzie…kau tahu apa kehendak aku. betul-betul menepati
citarasa. Thanks sayang.” Melebar senyuman Zamin.
Aku
termanggu seketika. Dia…dia sebut sayang ke? Atau aku yang salah dengar? Mukaku
sudah memerah. Cepar-cepat aku berpaling ingin segera berlalu dari situ. Malu.
“Eh,
kau nak ke mana?” cepat dia berada di hadapan mujur aku tidak terlanggar.
“Err…aku…aku
nak balik ke tempat akulah. Kenapa?” mata sengaja di bulatkan. Namun seketika
sebab aku tak sanggup menatap mata dia lama-lama.
“Maaf
aku tersalah sebut tadi.” Dia menggaru-garukan kepalanya.
“Sebut?
Apa dia?” blur seketika.
“Tadi…emm..aku
sebut thanks sayang…” senyum lagi.
Aku
terdiam. Malu dan faham. Aku faham dia tersalah sebut. Lagipun siapalah aku
untuk di ucapkan perkataan itu. Dia ramai teman wanita. Tentu dia biasa
menyebut perkataan itu. sayang untuk yang di sayangi. Sayang untuk yang berhak.
Aku tersenyum saja.
“Takpe
Zamin. Aku faham. Tepi sikit…aku nak balik tempat aku.” aku menutup gundah di
hati. Aku menahan rasa yang ada.
Jika
kau tanya tentang hati. Aku tidak bisa huraikannya. Tetapi jika kau tanya
tentang jiwa. Aku pasti dengan jawapannya. Jiwaku lara, jiwaku resah, jiwaku
hampir musnah. Lara yang larat bagai menghanyutkan jiwaku. Resah tidak
berpenghujung memarut hebat luka. Musnah dengan jiwa sendiri. Musnah dengan
lara dan resah sendiri. Itulah aku, sang semut hitam yang tidak akan mungkin
terlihat di batuan hitam. Itulah aku sang pelangi yang pudar mengelam lantas
menghitam tanpa sinar dan warna.
“Suzie…aku
dengar si Zamin itu sudah ada makwe baru dua tiga hari lepas.” DikNa memberitahu.
Dia tetap sahabat yang baik.
“Aku
tau tu DikNa. Agaknya sebab itulah dia suruh aku lukiskan potret wajah dia kot.
Untuk di berikan kepada makwe baru dia. Bukannya kita tak tahu, setiap makwe
dia mesti dapat hadiah potret wajah diakan?” aku memang arif dengan si Zamin.
“Betul
tu. Hadiah untuk makwe. Dan setiap kalinya kau yang tolong lukiskan. Emm..ini
memang menarik.” Dikna mengusap-ngusap dagunya tanda berfikir.
“Tapikan
DikNa…lukisan terbaru ni…dia suruh aku tolong tuliskan sesuatu pula di
atasnya.” Aku mengadap DikNa yang berada di sebelah.
“Ehh…betul
ke? Itu sudah peliklah Suzie. Dia suruh tulis apa?”
“Sesungguhnya…sebenarnya…selamanya…”
“Apa
maksudnya Suzie?” Dikna kehairanan.
“Sesungguhnya
aku menyintainya…menyayanginya…merinduinya…Sebenarnya aku tidak mengerti…aku
tidak faham…aku tidak tahu…Selamanya aku pendam segalanya…simpan semua…balut
kemas-kemas…takkan melepaskannya…” senafas aku memberitahu. Yup, aku ingat
segalanya yang dia katakan.
“Wow…siapalah
gadis yang bertuah tu kan Suzie?” bercahaya mata DikNa. Ya, siapalah yang tidak
teruja mendengar kata-kata itu.
“Emm…entahlah
DikNa. Dan yang pasti itu bukan kita berdua.” Datar. Aku bersuara datar.
##########
“Aku
pendam rasa hati ini. Aku tidak akan meluahkannya. Namun jika kau sedar, setiap
kata-kata. Setiap ayat yang tersebut. Semua untuk kau. Aku tidak mampu
luahkannya kerana aku takut. Takut penolakkan. Takut di tinggalkan. Takut
kehilangan. Jika di bandingka diri ini dengan dirimu. Aku hanya satu dalam
seribu. Tanpa ada kelebihan sedikit pun. Kau sedar atau tidak sayangku. Kaulah
permata yang di sebut-sebut lelaki yang lain. Kaulah impian mereka untuk
menjadi suri di hati.”
“Namun
perasaan yang hadir ini menyakitkan jika di pendam lama. Aku tidak mahu parah
sebelum berjuang. Aku tidak mahu pasrah sebelum bertempur. Di saat dan tika
ini. Sudilah mendengar luahan hati kecilku ini. Sayang…kaulah sayangku. Kaulah
cintaku. Kaulah hidup dan matiku. Kaulah nadiku. Kaulah sesungguhnya…sebenarnya
dan selamanya.”
Zamin
berpuitis lagi di hadapan kelas. Namun kurang bunyi tepukan sebab sudah ramai
yang keluar dari kelas setelah tamatnya pelajaran hari itu. Yang ada hanyalah
beberapa pelajar lelaki, aku dan DikNa yang masih belum berganjak. DikNa senyum
sahaja dan aku…aku membeku. Aku sudah melekat dan cair. Siapalah gadis bertuah
itu?
“Suzie…”
sapa Zamin lembut. Dia sudah duduk di atas mejaku seperti selalu.
“Nah!
Untuk kau…” dia menghulurkan sesuatu.
Aku
mengambilnya teragak-agak. Membuka dan aku terpana. Perlahan-lahan aku
memanggung wajah mencari matanya. Dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya.
“Sesungguhnya…sebenarnya…dan
selamanya…kita.” ucap Zamin perlahan namun aku mendengar dan aku fahami.
Air
hangat terasa mengalir di pipi juga di hati. Ya, aku terharu. Ya, sesungguhnya…
sebenarnya…selamanya…dia…dan aku.
No comments:
Post a Comment