Jika
Itu Yang Tertulis
Definisi
rasa itu pelbagai. Definisi cinta juga pelbagai. Yang bukan pelbagai adalah
aku. Akulah yang satu. Tiada duanya. Senafas rindu telah kuucapkan. Semerdu
kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup kau tadahkan. Sanggupkah
kau…?
Bab 3
“Farha dah siap?” entah kali yang ke
berapa dia di tanya.
“Sudahlah mama. Hahahaaa…dari tadi
mama asyik tanya je.” Tidak dapat menahan, Farha ketawa .
Puan Zira terus memeluk anak
kesayangan. “Mama tanya sebab mama sayangkan Farha…” wajah anak tercinta di
tatapnya.
“Maaa…Farha bukan kecik lagi tau. Ni
nak pergi seminggu je. Bukannya lama laa maaa…” sambil menentukkan kepala ke
bahu mamanya.
“Bagi mama…setiap anak mama, masih
baby lagi. Semua mama sayang. Semua mama risau.” Puan Zira meluahkan rasa
hatinya.
“Mamanya…janganlah nak buat drama
air mata pulak. Nanti tak jadi pulak Farha nak pergi. Dah…dah…tu. Jom Farha,
abah hantarkan ke sekolah.” Encik Faizal terus mengambil beg yang paling besar
lalu membawanya keluar dari bilik.
“Mamaaa…” Farha memeluk mamanya
pula. Si mama pula, siap berendam air mata memeluk dan mencium anak kesayangan.
“Sudah-sudahlah tu…” si papa
terpaksa masuk bilik semula dan menarik tangan Farha. Adengan betul-betul macam
kisah rebutkan hak penjagaan anak kesayangan.
“Anakku…bila duduk di sana seminggu.
Jangan lupakan mama yang merindu. Jika jumpa pakwe hansem dan katang-katang.
Jangan lupa juga beritahu mama, siapkan pelamin untuk bertunang. Inagt
tu…anakku.” Puan Zira berdrama sambil mengesat air matanya.
“MAMAAAA….!!!” Jerit Farha. Muncung
mulutnya sudah sedepa. Manakala si mama mengekek ketawa dalam tangisan.
Papa turut ketawa. Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Faham dengan tingkah isteri kesayangan yang
suka bergurau walau apa situasi pun. Sekaligus menceriakan hari-harinya.
Tambahan pula mereka hanya mempunyai Farha seorang sahaja. Itulah permata hati
mereka. Itulah segalanya. Sebenarnya hati lelakinya juga gundah mahu melepaskan
anak kesayangan pergi. Namun kerana perginya adalah untuk menimba ilmu, maka
dia melepaskannya. Demi sebuah ilmu.
##########
“Farha dah sampai…” badan Farha di
goyang-goyangkan oleh Noreen.
Perlahan-lahan Farha membuka
matanya. Menggosok-gosokkannya. Tangan menutup mulut yang menguap. “Kat mana
ni?”
Menepuk dahi Farha dengan kuat. “Kat
kemlah. Apa laa kau ni…mamai. Dah jom turun. Kang tak pasal-pasal, hari pertama
dan di saat yang pertama. Kita kena denda pulak.” Noreen sudah mencapai beg
pakaiannya dan berdiri.
Cepat-cepat Farha mencapai beg
pakaiannya dan menyandang satu beg kecil di bahunya. Kedua-duanya bergegas
turun dan menyertai rakan-rakan yang lain. Sebenarnya mereka adalah antara
pelajar tingkatan lima dan tiga di sekolah yang menyertai kem motivasi di situ.
Kem ajuran sekolah telah di adakan di kawasan rekreasi Jeram Tengkek dan
Baghulu Camp. Segala aktivitinya adalah di bawah kelolaan ADV Camp &
Motivation team.
Farha dan Noreen, masing-masing
berdoa dalam hati, berharap segala latihan di kem ini tidaklah terlalu keras
disiplinnya. Iyalah, keduanya adalah antara pelajar perempuan yang selayaknya
di gelar puteri lilin kerana jarang meyertai aktiviti padang di sekolah.
Keduanya lebih tertumpu pada ‘permainan dalaman’ sebagai aktiviti kokorikulum.
Kem ajuran sekolah ini mereka sertai pun kerana ianya di wajibkan oleh pihat
sekolah.
##########
“Noreen..temankan aku ke tandas. Dah
tak tahan ni…” Farha menarik baju Noreen dari berjalan laju.
“Ala Farha…tahanlah kejap. Kan dah
di beri penerangan tadi. Selepas letak beg masing-masing, sila ke tempat
perhimpunan. Jangan ada yang lambat walaupun sesaat.” Noreen sudah buat muka
cuak.
“Aku betul-betul tak tahan ni, Noen.
Macam nilah…kalau kau nak pergi. Pergilah. Aku memang nak ke tandas. Kena denda
pun aku tak kisah dari aku malu sebab terkencing di depan umum.” Sebaik berkata-kata,
laju Farha membelok ke sebelah kanan. Di situ terletak kawasan tandas dari
signboard yang tertulis.
Noreen
menggaru-garukan kepalanya dan kemudiannya dia mengekori Farha ke tandas.
Baginya apalah erti persahabatan kalau seorang sahabat di tinggalkan hanya
kerana takutkan sesuatu perkara. Ya, sahabat adalah selamanya menjaga kita
walau tidak pada zahirnya. Namun pada batin atau hati, sahabat ialah yang
mendoakan kesejahteraan hidup seorang sahabat yang lain.
##########
Beberapa langkah lagi mereka akan
menghampiri bangunan yang menempatkan para pelajar. Suara gemaan dari pelajar
jelas kedengaran. Suara itu menyebabkan kaki keduanya lagi cepat melangkah.
Jauh di hadapan, kelihatan seorang lelaki yang agak tergesa melangkah menuju ke
arah bertentangan. Sesaat kemudian mereka berselisih. Keduanya langsung tidak
memperdulikan lelaki itu yang kelihatannya bukanlah sebahagian dari anggota
jurulatih.
Namun langkah keduanya terhenti
apabila satu suara memanggil. Keduanya segera berpaling sambil mengerutkan dahi
masing-masing. Lelaki tadi melangkah berhadapan dengan keduanya. Dia tersenyum
dan mengjongkitkan kening. Memeluk tubuhnya sendiri.
“Awak berdua terlambat?” soalanya.
Kedua-duanya mengelip-ngelipkan mata
berkali-kali tanpa menjawab pertayaan dari lelaki itu. Sebenarnya mereka lebih
kepada rasa kagum. Perasaan itu terbit dari hati. Yupp…siapalah yang tidak
kagum. Pemandangan di hadapan mata begitu mengujakan. Umpama salji putih yang
berterbangan hinggap ke tangkai hati. Sejuk dan damai bercantum tidak mahu
melepaskan antara satu sama lain.
Tap! Tap! Jari di petik di hadapan
mata kedua Farha dan Noreen. “Korang ni kenapa? Patung cendana? Atau alien yang
terjaga di tengah-tengah bumi?”
“Abang Korea…kami minta maaf…” Noreen
bersuara bagi pihak dirinya dan Farha.
Kening sudah terjongkit dan sengihan
terukir di bibir. “Abang Korea? Agak-agaknyalah…tahun berapa ibu bapa korang
berdua melahirkan abang Korea ini?”
Noreen menelan liur manakala Farha
hanya menutup mulutnya dari berkata-kata. “Sa…saya minta maaf abang Korea…”
Noreen meminta maaf. Dia menyigung-nyigung Farha supaya turut meminta maaf.
“Kan tadi sudah di beritahu? Jangan
panggil abang..!!” suara halilintar mula kedengaran. Nada keras yang
menyongsang dari wajah yang terpamer.
Tersentak
keduanya. Apa tidaknya. Dari segi raup wajah, jelas ternampak baik dan sopannya
si dia. Namun…sekali memetir, memadamkan angan perempuan yang teruja melihat
keindahan yang di ciptakan Yang Maha Kuasa.
Noreen walaupun tersentak namun masih dapat mengawal rasa gementarnya.
Namun Farha, dia sudah menggeletar kecil.
“Maaf.
Saya dan kawan saya ni…minta maaf abang Korea.” Ujar Noreen sepenuh hati tanpa
menyedari satu kesalahan yang dia buat.
“Hei,
budak kecik…! Kan tadi sudah beritahu…jangan panggil aku abang…!! Dan yang
paling penting…don’t call me, abang Korea…!!! Dan yang sorang lagi ni. Dia
takde mulut ke nak minta maaf sendiri?” sinis sifat yang sengaja di pamerkan.
Matanya tajam merenung kedua pelajar perempuan di hadapan.
“Sa…sa…saya
minta maaf, abang…”Farha bersuara. Perlahan. Rasa gementarnya usah di tanya.
Semuanya menggigil di dalam.
“Apa?
Tak dengar? Cuba kuat sikit suara tu? Dan sekali lagi nak kasi tau…JANGAN
PANGGIL AKU…ABANG…A.B.A.N.G…” dia mengulanginya. Siap mengeja, kot-kot kedua
pelajar perempuan di hadapannya tidak pandai mengeja.
Namun…Farha
yang menggigil tadi, rebah tiba-tiba. Cepat di sambut. Terkejut. Noreen turut
terkejut. Gadis itu di dukung dan cepat membawanya ke bilik sakit yang terletak
tidak jauh dari situ. Noreen yang cemas cepat juga mengekorinya.
“Panggil
saja saya…Izad.” Sempat pula Izad memberitahu Noreen yang mengekori dari
belakang. Dia semakin laju melangkah sambil mendukung Farha yang tidak sedarkan
diri.
##########
Noreen cepat menerpa tatkala melihat
Farha menggerak-gerakkan tubuhnya. “Kita kat mana ni Noen?” perlahan Farha
bertanya.
“Ni bilik sakit…” terang Noreen. Dia
membetul-betulkan kedudukan bantal supaya Farha senang duduk bersandar.
“Terima kasih…” sengihan lebar di
pamerkan.
“Untuk apa?” pelik dengan ucapan
itu. Noreen bertanya.
“Sebab kau tolong aku. Tolong
temankan aku ke toilet. Tolong angkat aku bila aku pengsan tadi. Tolong
betulkan bantal aku kejap tadi. Tolong…” Farha sengih dengan lebih lebar lagi.
“Wait…wait…tolong angkat kau?”
Noreen sudah menggaru kepalanya.
Berkerut dahi Farha. Hairan.
“Ehh…bukan kau ke yang angkat aku?”
“Mana aku larat nak angkat kau. Cuba
tengok…tubuh kau dengan tubuh aku lebih kurang sama saja saiznya. Mana aku
mampu angkat kau.” Membelek diri sendiri. Noreen siap memegang lengannya yang
sama besar dengan lengan Farha.
“Habis tu…semut boleh angkat ‘benda’
yang berkali ganda berat dirinya sendiri tu…takkan kau tak boleh angkat aku
yang sama berat dengan kau?” Farha tidak puas hati dengan penafian Noreen.
Menepuk dahinya dengan tangan. “Itu
semut laa sayang oii…adehhh laa…kenapalah aku boleh berkawan dengan budak
sengal macam kau ni…” dan berkali-kali menepuk dahinya.
Farha ketawa mengekek. “Aku tahu kau
sebenarnya suka berkawan dengan akukan? Noen…kau tahu tak?” matanya
berkelip-kelip memandang Noreen.
“Apa dia?” mendekatkan diri. Noreen
berdebar, bimbang Farha pengsan lagi.
Memegang perutnya. “Aku laparlah….”
Menepuk dahinya lagi. Berkali-kali.
“Sengal…!! Aku ingatkan kau nak pengsan lagi tadi.” Dia menggeleng-gelengkan
kepala.
“Aku serius ni. Aku laparlah.” Buat
muka simpati. Matanya juga berkelip-kelip macam lampu signal.
“Ehemm…” suara deheman yang
membuatkan kedua-duanya berpaling ke arah pintu.
Mata kedua-duanya berkelip-kelip
memandang susuk tubuh yang melangkah. Mulut pula sudah ternganga. Lebih-lebih
lagi apabila sang arjuna senyum sepanjang melangkah masuk. Dia meletakkan satu bungkus
di atas meja yang berdekatan kepala katil. Bau wangi dari bungkusan itu
menerjah di setiap ruang bilik kecil. Hidung Farha sudah kembang kempis. Dia
makin ternganga tatkala melihat sang arjuna menarik satu kerusi dan duduk
berdekatan katil tempat dia berbaring.
“Berat kau berapa yekk?” soalan yang
membuatkan mulut Noreen dan Farha makin ternganga.
“Kenapa?” soal Farha. Hidungnya
makin menyerap bauan wangi dari bungkusan tadi. Laparlahhh…apa lagikan?
“Ringan semacam jee…kau makan tak
pagi tadi. Breakfast??” dengan kening terangkat Izzad bertanya. Sengihannya
juga terukir.
“Saya dah makanlah. Tadi mama masak
nasi lemak. Hampir dua pinggan saya makan…” menjujurkan diri memberitahu.
Mempertahankan diri dari serangan yang nampak sipi-sipi bagai mahu menyerang.
“Errkkk…banyaknya makan…!!” nada
terkejut.
“Tapi kenapa boleh pengsan dan badan
ringan macam kapas?” menyambung dengan soalan pula. Izzad menyengetkan
bibirnya. Killer grinnya terpamer.
“Sebab…sebab…saya masih lapar…”
Farha turut senyum. Senget.
Izzad menepuk dahinya. Noreen yang
mendengar sedari tadi pula ketawa mengekek. Tidak dapat menahan rasa geli hati
dengan kesengalan kawan baik sendiri. “Encik Izad…maaflah. Hahahaaaa…bff saya
ni memang macam ni. Senget dan sengal sekaligus…hahahaaaaa…” bunyi tawanya
bergema dalam bilik kecil itu.
Izzad pula terasa ingin
menghantukkan dahinya ke dinding. Siapa sangka gadis yang kecil dan ringan di
hadapannya kuat makan. Boleh pula pengsan bila kurang makan. Memang tidak
menjaga badan langsung. Begitu berbeza dengan seseorang yang di kenalinya.
Begitu ketara perbezaannya. Jantungnya berdegup laju. Wajah polos di hadapannya
ditatap penuh rasa. Nama yang hampir sama. Namun berbeza karektor dan cara
pemikiran. Memang jauh bezanya. Terlalu jauh.
Satu
rasa itu membahang dan berapi. Rasa itu menyeluruh membakar urat darah.
Mengepam laju darah ke jantung. Mengalirkan sesuatu yang nyata namun sengaja
dia pendamkan dulu. Izzad mahu pendamkan dahulu. Dia mahu lihat permainan yang
jelas dahulu. Tidak mahu terburu-buru seperti dahulu. Walaupun rasa itu
bagaikan menghanguskan dirinya. Bagaikan rasa itu membalut kemas dirinya.
Biarlah dahulu. Masa masih panjang. Usia masih muda. Dan yang pentingnya, biar
si gadis mempunyai rasa yang sama dahulu.
“Emm…kat
atas meja tu ada nasi minyak dan air. Saya belikan untuk awak berdua.
Makanlah.” Izzad bangun. Tidak boleh berlama di situ. Ada tugasan yang menanti.
“Wahhh…abang
korea!! Ada nasi…terima kasih abang korea!!” Farha bertepuk tangan. Dia senyum
makin lebar.
Izzad
memandang wajah polos. Hatinya terdetik. Bahagia. Namun, “Kan sudah beritahu
tadi…jangan panggil aku, abang! A.b.a.n.g…!! Dan…abang korea?” nada sedikit
tinggi. Dia memang tidak mahu menahan rasa tidak suka tentang panggilan itu.
Farha
sedikit tersentak. Namun mulutnya mengomel-ngomel kecil. Izzad melihat itu
semua. Comel. Hatinya terdetik lagi rasa itu. Dia memegang dadanya. Kemas.
Takut jatuh tergolek dan tidak sempat untuk dia mengejarnya nanti. Bimbang bila
sudah tergolek, di sepak seseorang. Bukan sahaja jadi luka malahan parah.
Melantun-lantun bagai belon dan terbang ke langit biru. Lagi parah. Izzad tidak
mahu parah sebelum masanya. Izzad tidak mahu di sepak sebelum waktunya. Titik.
Bab 4
Izzad mempercepatkan langkahnya. Dia
sudah terlewat hampir setengah jam. Sudah beberapa kali dia membelek jam di
tangan. Di kejauhan sayup-sayup terdengar suara budak-budak berkawad. Kiri
kanan..kiri kanan…terdengar bergema di seluruh kem. Mahu taknya, hampir seramai
200 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad berada di situ.
Pelajar-pelajar adalah terdiri daripada pelajar tingkatan tiga dan tingkatan
lima.
ADV Camp & Motivation yang di ketuai Mejar
(B) Mazlan. Pembantu-pembantunya ialah Mejar (B) Zulkifli, Encik Megat, Puan
Suhaila, Encik Rafizal dan beberapa orang lagi. Tugas Izzad hanyalah sebagai
fasilitator sahaja. Itupun jika khidmatnya di perlukan. Tugas dia lebih kepada
pengurusan sebenarnya. Kiranya dia adalah orang kanan kepada ADV Camp &
Motivation team. Tanpa dia mungkin agak pincang perjalanan kem tersebut.
“Maaf
tuan, saya terlambat.” Izzad memberi tabik kepada Mejar (B) Mazlan yang tegap
berdiri memerhatikan anak buahnya membimbing aktiviti kawad.
“Emm…macam
mana dengan pelajar tadi?” Izzad di pandangnya.
“Sudah
sedar tuan.” Ringkas jawapan.
“Emm…budak
tu puteri lilin ke?” soal Mejar (B) Mazlan.
Izzad
menggaru-garukan kepalanya. “Errkk…bukan.”
“Habis
tu…macam mana boleh pengsan. Susah kita kalau dia pengsan lagi.”
“Dia…dia
lapar. Sebab tu pengsan.” Izzad sudah menahan rasa geli hati di dalam.
“Tak
breakfast ke tadi?”
“Sudah.
Dia kata hampir dua pinggan dia makan nasi lemak mama dia masakkan.” Rasa geli
hati makin menggeletek di dalam. Izzad mengikat senyumannya.
“Habis
tu…kenapa boleh pengsan pulak.” Mejar (B) Mazlan kehairanan.
“Sebab
dia lapar lagi hahahaaa…” Izzad sudah tidak dapat menahan rasa. Dia ketawa
besar dan kuat. Masih terbayang kelakuan sang gadis di dalam mindanya. Senget dan
sengal.
Mejar
(B) Mazlan memandang sepi perlakuan Izzad. Baginya tiada yang lucu dan kelakar
tentang perkara itu. “Emm…saya nak awak awasi pelajar tersebut. Kalau boleh
jangan bagi dia lapar lagi. Bimbang akan pengsan berkali-kali.” Tegas nada yang
di tuturkan Mejar (B) Mazlan.
Izzad
yang tadinya hampir menamatkan tawanya semakin menyambung ketawa. Terasa lucu
pulak kenyataan yang di dengari dari Mejar (B) Mazlan. ‘Bimbang pengsan
berkali-kali.’ Adoilah…dia sendiri tidak sangka mejar yang garang dan tegas itu
pandai membuat lawak juga rupanya. Dan yang paling lucunya pula ialah selamba
sahaja mejar menuturkannya. Wajahnya tetap serius. Hanya Izzad yang semakin
kuat ketawa.
##########
Aktiviti kem berjalan seperti biasa.
Macam-macam yang mereka lakukan sepanjang aktiviti tersebut. Ada team building
yang melibatkan aktiviti 5 hentian, sarang labah-labah dan guli emas. Ada leadership
dengan aktiviti simpul mati, batik jawa dan jengo. Aktiviti yang paling
mencabar adalah dari jati diri iaitu melakukan aktiviti flaying panda, operasi
burung hantu dan anaconda king. Qiamulai turut di adakan. Untuk jamuan batin
dan pengisian jiwa para pelajar. Sepanjang program tersebut, Izzad jarang dapat
mendekati Farha. Gadis itu hanya diintai di kejauhan. Kelihatan dia sentiasa
ceria di samping rakan-rakannya yang lain. Wajahnya sentiasa manis dengan
senyuman.
Malam itu adalah malam terakhir
kesemua para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Arshad. Aktivitinya
adalah BBQ yang di sediakan oleh pihak pengurusan dan malam persembahan oleh
para pelajar. Pelajar yang telah di bahagikan dengan beberapa kumpulan akan
membuat persembahan berkumpulan dan juga individu. Dalam keriuhan masing-masing
mempersiapkan diri bagi memantapkan lagi persembahan.
“Saya sebagai wakil kumpulan
lavender akan mempersembahkan satu lagu. Ini adalah persembahan individu…terimalah
‘Ketika cinta bertasbih’…emmm” suara lembut itu mengisi kesunyian di dalam
dewan.
“Bertuturlah cin…”
“Kejap…!!” Izzad menyampuk. Dia yang
berada di sebelah kanan pentas naik dan tiba-tiba mengambil mikrofon dari
tangan Farha.
Farha kebingungan. Mulutnya
kelihatan mengembung. “Kenapa?” soalnya tidak puas hati dan geram dengan Izzad
yang mengacau tiba-tiba.
“Lagu tu bukannya lagu duet?” soal
Izzad. Semua di dewan dapat mendengarnya.
“Ye…kenapa?”
“Bukannya kena ada pasangan lelaki?”
“Saya boleh jadi penyanyi lelaki dan
pompuan…” Farha tidak mahu mengalah.
Izzad tersengih. Keningnya terjongkit.
“Kalau part lelaki tu…awak boleh jadikan suara tu garau?” sengaja mengenakan.
Farha mengetap gigi. Geram. “Habis
tu…awak nak jadi pasangan duet saya?” dia juga sengaja mengenakan. Tersengih. Dia
tidak yakin si pengacau boleh menyanyi dengan baik. Suara katak puru tertelan
biji matahari pun lebih baik agaknya dari suara Izzad.
“Ok...!!” jawapan ringkas yang
membuatkan Farha ternganga.
Izzad turun dari pentas. Dia mencapai
gitar yang terletak di atas meja. Manakala seorang pembantu mengambil dua
mikrofon berserta standnya dan sebuah kerusi. Izzad menyelesakan dirinya duduk
di kerusi. Membetul-betulkan mikrofon untuk gitar dan suaranya. Berdehem beberapa
kali, memberi isyarat kepada Farha supaya bersedia dan mula memetik gitarnya.
~Bertuturlah
cinta mengucap satu nama…
Seindah
goresan sabdamu dalam kitabku…
Cinta
yang bertasbih mengutus hati ini…
Ku
serhkan hidup dan matiku padaMu…
~Bisikkan
doaku dalam butiran tasbih…
Kupanjatkan
pintaku padaMu Maha Cinta…
Sudah
di ubun-ubun cinta mengusik resah…
Tak
bisa kupaksa walau hatiku menjerit…
~Ketika
cinta bertasbih…
Nadiku
berdenyut merdu…
Kembang
kempis dadaku…
Merangkai
butir cinta…
Garis
tangan tergambar…
Tak
bisa aku menentang…
Sujud
syukur padaMu…
Atas
segala cinta…
Gemuruh bunyi tepukan di dalam
dewan. Masing-masing bangun memberikan penghormatan kepada pasangan duet Farha
dan Izzad. Farha sudah tersenyum lebar. Gembira sangat bila dia mendapat
tepukan gemuruh. Dia turut bertepuk tangan memberi penghormatan kepada diri
sendiri. Di keriuhan itu, Izzad menapak turun dari pentas bersama satu rasa
yang hampir meletus. Jantungnya mengepam laju darah hingga menyebabkan tubuhnya
menggigil kecil. Mujur kakinya yang sedikit goyah masih mampu menampung tubuh.
Izzad membawa dirinya.
Tangannya memegang dada yang
bergentar hebat. Di saat Farha mengalunkan suara, dia sebenarnya sudah
menggigil kecil. Cuma sebagai lelaki, Izzad masih mampu mengawal dirinya. Gentaran
sehebat itu tidak pernah di alaminya walau dengan Maya Kirana sekalipun. Mahu saja
di saat itu dia melafazkan kata-kata cinta yang agung. Di saat itu ingin dia
meluahkan bisikan rindu yang menggunug. Namun siapalah dia dari pandangan mata
seorang remaja perempuan. Biar waktu sahaja yang menentukannya.
‘Aku begitu merasakan bisikan itu
berlagu di hati dan jiwa. Bisikan rindu yang bertamu tanpa di undang. Senafas rindu
telah kuucapkan. Semerdu kata telah kulagukan. Semoga sejambak kasih sanggup
kau tadahkan. Sanggupkah kau, manja?’
“Awak…” tiba-tiba terdengar suara
halus menegurnya. Izzad berpaling.
Farha melangkah dengan senyuman. “Awak…emm
saya nak cakap sesuatu…boleh?”
Izzad hanya menganggukkan kepalanya.
Dia sudah kehilangan kata-kata. Terasa bimbang tatkala mulutnya bersuara, hanya
kata-kata cinta yang terlafaz. Bimbang sang gadis terkejut dan menjauhkan diri.
Nafasnya di hela panjang bersama senyuman untuk sang gadis.
“Emm…saya rasa…saya rasakan…” Farha
menelan liurnya. Dia menunduk tetapi kemudiannya mengangkat wajah memandang
Izzad yang kelihatan serius.
“Sejujurnya…ini betul-betul jujur
dan ikhlas dari hati saya. Harap awak tak marah atau fikir yang bukan-bukan
tentang saya. Emm…oleh kerana malam ni malam terakhir saya di sini. Itu yang
saya berani nak cakap perkara ni.” Kelihatan Farha kesukaran meneruskan
kata-kata.
Izzad terasa tidak sabar dengan
tingkah Farha. “Pasal apa ni?” soalnya bersama degupan jantung yang masih tidak
sekata.
“Emm…awakkkkk…abang korea.” Farha
bagaikan sengaja menangguhkan ayat.
Izzad tersengih. Gadis di hadapannya
kelihatan comel dengan gayanya yang tersendiri. “Kan dahh cakap…”
Tidak sempat meneruskan kata-kata.
Farha terus menyambungnya, “Jangan panggil a.b.a.n.g atau abang korea…saya
ingatlah…” Farha masih mempamerkan gaya comel.
“Ok..macam nilah. Biar saya saja
yang tanya. Awak nak cakap apa sebenarnya?” Izzad menyoal. Wajah di hadapan di
tatapnya penuh rasa.
“Emm..saya rasakan…rasakan…saya dah
jatuh suka kat awaklah. Betul-betul suka ni…masa awak nyanyi dan petik gitar
tadi. Terasa saya jatuh suka berkali-kali kat awak. Jatuh suka 9999 kali…”
Farha tersengih. Dia mengelip-ngelipkan matanya.
Ternganga. Izzad sudah ternganga. Terkejut
dan teruja bercampur-baur. Terkejut dengan keberanian seorang gadis remaja. Fahamkah
si dia tentang apa yang telah diucapkannya? Teruja. Teruja dengan kata-kata
yang keluar dari mulut kecil itu. Jatuh suka…istilah itu begitu comel dari
pandangan mata Izzad. Secomel dan secantik orangnya.
“Awak…abang korea…saya jugak dan pun
telah terjatuh cinta kat awaklah.” Farha menunduk. Rupanya sang gadis masih mempunyai
sifat malu walaupun adakalanya kelihatan sang gadis main redah sahaja.
Izzad tersenyum. Hatinya berbunga
namun, “Emm…simpan sajalah dulu rasa suka, rasa cinta awak tu manja…saya akan
tunggu sampai awak habis SPM…” hanya itu yang mampu dia ucapkan kepada sang
gadis.
Farha memanggung wajahnya bersama
senyuman manis. Matanya juga kelihatan bersinar. “Janji tau…lepas SPM, awak
masuk meminang saya.”
Izzad sudah menepuk dahinya. Dia ketawa
bersama rasa yang makin merajai hatinya. Bersama satu debaran yang makin
menggila. Debaran yang menguasai jiwa. ‘Sengal betul budak ni tapi inilah
jantung hatiku’, hanya itu yang bermain di mindanya. Izzad sudah melihat masa
depannya yang bersinar bersama Farha Kirana.
BEST.
ReplyDelete