BIDADARA PUTERA
Bab
1
Dia tersenyum lebar. Bangunan besar itu
sudah jelas kelihatan di hadapan mata. Kereta yang dinaiki juga sudah berhenti.
Pantas sahaja dia membuka pintu kereta tanpa sempat pemandu membuka untuk dia.
“Come…
Qai… walk with me…” Gamit Yusuf Bakti apabila Qai masih
tidak bergerak di hadapan pintu besar bak gerabak keretapi itu.
“Yes,
papa. I’m coming.” Berlari-lari anak. Qai berlelah
mengejar Yusuf Bakti yang kian menjauh.
Sekali-sekala Qai berselisih dengan
beberapa orang pelajar yang berpakaian seragam hitam putih. Agaknya sekolah ini
pakaian seragam dia orang hitam putih je
kot? Ah, tak seronoknya! Kenapalah selalu ada peraturan sebegini? Tak boleh
ke pakai baju berkaler-kaler? Barulah
ceria kehidupan. Hatinya selalu berbisik nakal.
“Eh, bidadaralah!” satu suara menerpa
dan hinggap ke telinga.
Qai berpusing menoleh ke arah sekumpulan
pelajar perempuan yang kelihatan teruja. ‘Eh, dia orang cakap pasal aku ke? Ya,
kot?’ Qai melemparkan senyuman ke
arah mereka.
“Eh, dia senyumlah. Sweet nya.”
“Kacaknya. Hensemnya.”
“Aku nak pengsanlah.”
“Aaaaa…”
Macam-macam versi yang Qai dengar.
Harap-harap yang cakap nak pengsan tu tak pengsan betul-betul. Qai pasti dia
tidak larat nak mengangkatnya. Itu baru dia senyum. Kalau tiba-tiba sengaja dia
buat dajal, kiss dia orang ke…. harus
ada yang mati pula. Hey, jangan! Anak orang tu. Kesian dengan mak bapak dia
orang susah payah melahirkan dan membesarkan. Last-last nya mati sebab kena kiss
dengan Qai? Qai ketawa kecil. Emm… lagi pun ianya satu dosa. Kalau dosa…tuhan
marah.
“Qai!!
Hurry up, boy!!” suara Yusuf Bakti menerjah keras di
belakang.
“Yes,papa.
I’m sorry.” Qai menggaru-garu kepala. Rambut yang
baru dipotong pendek semalam sengaja Qai raup-raupkan dengan jari. Sengaja
tunjuk kacak depan pelajar-pelajar permpuan tadi.
“Wow!!”
“I’m
melting.”
“Aku pengsan…”
Qai ketawa kecil lagi. ‘Agaknya memang
ada yang pengsan betul-betul kot.
Baik aku pergi cepat, susah nanti. Tak mahu aku bertanggungjawab,’ desir hati
Qai lagi. Cepat dia berpaling, melangkah.
“Qai!!” Yusuf Bakti memanggil lagi.
Kini Yusuf Bakti sudah melangkah
melangkaui satu pintu yang tertera namanya. Qai turut melangkah masuk. Besar.
Sebenarnya ini kali pertama Qai menjejakkan kaki ke pejabat papanya
“Nice.”
Puji Qai. Cantik. Memang cantik dan kemas.
“Thanks
my son. Please have a sit.” Yusuf Bakti mengambil tempatnya.
Ah, kalau papanya tak suruh pun Qai
tetap akan duduk juga. Qai duduk pada satu kerusi yang terdapat di hadapan
meja. Kenapa dia kata satu? Sebab sebenarnya ialah terdapat 3 buah kerusi di
situ. Jadi dia hanya duduk di satu kerusi sahaja. Kalau tiga? Itu namanya lutut
dan hujung kaki yang naik sekali.
“How’s
your day?” Yusof Bakti tersenyum.
“Ok.” Qai menjawab sepatah.
“Just
ok?”
“Yeah…”
Senyuman Yusuf Bakti mati. Dia memandang
sayu ke arah Qai dan di matanya
kelihatan ada genangan air. Qai berpaling ke kanan, tidak sanggup rasanya
melihat papanya menitiskan air mata lagi. Menitiskan air mata setelah apa yang
berlaku kepada mereka kira-kira sebulan yang lalu.
“I’m
ok papa…. don’t worry. I can handle myself.” Qai cuba
memujuk Yusuf Bakti.
Menganggukkan kepalanya. “Yes… I know you can.” Yusuf Bakti sudah
mula tersenyum semula.
Satu ketukan kedengaran di pintu
menghalangnya dari meneruskan perbualan dengan papanya. Segera Qai berpaling ke
belakang. Pintu dibuka setelah Yusuf Bakti membenarkan tuan yang empunya tubuh
masuk. Seorang budak lelaki masuk.
“Tuan pengerusi panggil saya?” tanya
budak itu.
“Ya… mari saya kenalkan anak saya.”
Yusuf Bakti berdiri dan berjalan menuju ke arah budak lelaki itu. Menepuk
perlahan bahunya dan menggamit Qai supaya bangun.
Perlahan-lahan dan dengan malas Qai
bangun. Menapak setapak dua dan berhenti betul-betul berhadapan Yusuf Bakti dan
budak lelaki tersebut. Tangan diselukkan ke dalam kocek seluar jeans yang
dipakainya. Kedua-dua tangan dalam kocek. Senyuman yang budak lelaki itu
lemparkan tidak dibalasnya. Bukannya dia sombong tapi lebih kepada malas. Itu
aje sebenarnya.
“Ini anak saya… emm… Qairul Bunyamin.”
Yusuf Bakti memperkenalkan mereka.
Qai mendongak sikit memandang budak
lelaki itu. Nak tahu kenapa dia sebut mendongak? Tinggi… budak lelaki tu tinggi
sangat. Qai yang setinggi 170cm ini pun terpaksa mendongak. Berapa agaknya
tinggi dia? 180cm? 185cm? Atau 190cm? Tak pun dia ‘hantu galah’ kot?
“Qai…
this is Harris. Alharris Syah, he’s your bodyguard now.”
Yusuf Bakti memperkenalkan budak itu pula.
“Assalamualaikum…. hai, I’m Alharris Syah. You can call me Harris. Nice to meet you.” Harris menghulurkan tangan
kanannya untuk bersalam.
Tangan yang dihulurkan Qai pandang sepi.
Kedua-dua tangannya masih di dalam kocek seluar. Sedikit pun senyuman tidak
berikan kepada Harris. Namun sempat pula Qai meneliti raup wajah Harris.
‘Bidadara.’ Terdetik perkataan itu di benak Qai. Huh, nampaknya ada saingan di
sekolah ini. Di sekolah papanya. Yusuf Bakti Private School.
Yeah… sekolah papanya tapi Yusuf Bakti
bukanlah pengetua di sekolah ini, dia hanya pengasas dan tuan yang empunya.
Jadi sebenarnya Qai adalah anak tuan yang empunya sekolah. Apa-apa benda
kepunyaan Yusuf Bakti adalah kepunyaan Qai juga. Tapi iye ke begitu?
“I’m
your bodyguard now and I will protect you like I protect my ownself. And just
give me an instruction, InsyaAllah I will obey you.” Harris
menarik tangannya yang tidak disambut
salam oleh Qai dan memberi tabik hormat pula.
Emm... macam-macamkan mamat hantu galah
ni! Kutuk Qai di dalam hati.
“Vous?
Vous me proteger? Vous le faites? Ressemble pas meme le plus fort. (Bahasa
Perancis – awak? Awak akan lindungi saya? Awak
boleh ke? Nampak macam tak kuat pun.” Qai
mencebik.
‘Boleh percaya ke mamat bidadara ni? Eh,
aku gelar dia bidadara?’ Qai menggaru-garu kepalanya yang gatal tiba-tiba.
Harris tersengih. Killer grin? “Sorry… I can’t understand what you’re saying. Sorry.”
Matanya tepat memandang Qai dan tersengih lagi.
Yusuf Bakri ketawa kecil. Qai segera
palingkan kepala dan memandang papanya. Sengaja Qai bulatkan mata kepada Yusuf
Bakti. Geram. Bukannya tidak tahu, Qai memang tidak suka orang melayu sengaja
mencairkan lidah sendiri bercakap English dengannya. Kalau orang Melayu
mestilah cakap Melayu tetapi kalau setakat sikit-sikit Bahasa English itu masih
ok kecuali papa dan abangnya. Hanya mereka berdua sahaja yang dibenarkan
berkomunikasi English dengan Qai.
Papa menepuk-nepuk bahu Harris. “Harris…
Harris… maaf saya terlupa nak beritahu awak. Qai sebenarnya tidak suka orang
Melayu bercakap English dengan dia.”
“Habis tu saya nak bercakap bahasa apa
dengan dia?”
‘Bahasa Arab atau Bahasa Jepun? Bahasa
Jepun kot?’ desir hati Harris.
“Dalam Bahasa Jepun- maafkan saya sebab
saya tak tahu awak tak suka orang
melayu bercakap English dengan awak.).” Selepas bercakap Harris tersengih ke arah
Qai. Mamat sengih agaknya.
Kali ini Qai betul-betul menggaru
kepala. Kuat pula tu, ada kutu atau kelemumur? Hei, inikan Qai… takkanlah
‘benda alah’ tu lekat kat kepala kot? Nonsense.
Dan kini giliran Qai pula ternganga. Entah apa yang Harris cakap… Qai tidak
faham langsung. Yusof Bakti makin galak ketawa. Sampai berair mata dan
menekan-nekan perutnya. Harris pula kelihatan terpinga-pinga. Dia tidak faham
kenapa Tuan Pengerusi begitu. Namun sempat Qai terfikir dalam kepala, bagus
juga Harris tak faham sebab Qai sudah termalu sendiri. Itulah niat di hati mahu
mengenakan orang tapi diri sendiri yang terkena.
“Apa awak ingat saya duduk lama kat luar
negara tu tak reti langsung ke cakap Bahasa Melayu? Sorry lah… ini Qailah…. banyak bahasa yang saya tahu.” Qai mula
mendabik dada cuba menutup rasa malu.
“Qai…
please behave!” tiba-tiba Yusuf Bakti mendiamkan Qai.
“Sorry
papa…” Qai mengakui keterlanjuran bicaranya.
“Oklah Harris. Awak boleh keluar
sekejap, tunggu sehingga saya panggil semula. Saya nak cakap sikit dengan anak
saya.” Yusuf Bakti memberi arahan kepada Harris.
Harris menganggukkan kepalanya dan tanpa
bersuara dia terus keluar dari pejabat papa. Suasana sunyi sedetik dua. Yusuf
Bakti memandang anaknya, Qai dan menghela nafasnya panjang.
No comments:
Post a Comment