Kasih, sayang, cinta, harapan, impian dan cita-cita. Itulah engkau dihatiku, dijiwaku, dijasadku dan diseluruh hidupku...
Labels
- Bidadara (11)
- cerpen (4)
- Cinta (3)
- Delete (2)
- Lagu n Cinta (4)
- Lain-lain (6)
- Luahan Hati Kecilku (11)
- Mr.Killer Smile (10)
- Tertulis (3)
Thursday, 20 August 2015
Cara Tangani Panik?? Iye ke??
Salam CINTA dikejauhan ini...
Lama tidak menaip bicara hati di sini.... kesibukan dalam cubaan merealisasikan impian membatasan masa akak... namun hari ini, dalam masa kebuntuan mengarang ayat yang padu... akak lakarkan sedikit coretan yang merapu... bukan idea takde, ada dan banyak... namun setakat idea tanpa penghayatan dan seninya bicara buku... apa gunanya... sebagai seorang penulis contengan yang alam tidak nyata ini... akak telah membina satu 'tanda' untuk akak rupanya... akak tidak sedari itu semua jika tiada yang bercerita... rupanya gaya penulisan dan penceritaan telah akak bina tanpa akak sedari.. emm ramai yang menyukainya... namun akak percaya...yang tidak suka pun ramai... biasalah tu setiap manusia tidak akan pernah sempurna... dan bukan semua orang akan sukakan kita sepertimana kita juga adakalanya tidak sukakan seseorang... sebab? kadangkala sesuatu perkara itu tidak ada sebab..
sekarang akak sebenarnya mendapat serangan PANIK... panik apabila dateline semakin menghampiri... ia menghimpit sesak nafas dan jantung akak... akak jarang melayan rasa panik itu namun adakalanya kepala masih teringatkan date... jika itu terjadi... perbagai cara akak lakukan untuk hilangkan rasa panik itu antaranya ialah...
1- Akak akan upkan teaser cerita-cerita lain...
2- Akak mula mencari gambar-gambar yang menarik, download dan akak edit. Bukan edit gambar tu tapi ia lebih kepada akak menambah kata-kata ke atas gambar.
3- Mula timbul segala macam kata-kata rapuan daripada akak yang akak upkan di fb akak...
4- Cuba siapkan secepat mungkin....
Ok itu sahaja rapuan daripada akak hari ini... dan terimalah sebahagian panic akak...
SEMILIR KASIH ( novel yang ketiga bakal akak siapkan...)
Segalanya kudendangkan...
seputih hati kuberikan...
Moga leraian kasih kau lagukan...
Aku tak punya jiwa...
JIka itu penyebab lara...
Aku hanya sekujur tubuh...
Tanpa harapan cinta...
Jika sudi lenyapkan duka...
Nyanyian syahdu...
Cinta dan lara bersatu..
lenyapkan segala nestapa...
~ Ruby Nur Airis ~
Thursday, 13 August 2015
Cerpen : BILA BULAN BERBICARA
Kata-kata : Hidup
tidak sesenang yang ditulis dan dimadahkan. Setiap satunya ada misteri di
dalamnya. Jika kita berkehendak dan diizinkan oleh DIA. Pasti semua perkara
akan jadi mudah. InsyaAllah.
Bila
Bulan Berbicara
Nukilan
Ruby Nur Airis
Biarlah
bulan berbicara..
Menyambung
cerita tentang dia..
Dengarkan
tentang rasa..
Moga
hasrat tidak dipersia..
Biarlah
bulan berbicara..
Hanya
dia dan dia yang berkata..
Usah
dirisau apakah punca..
Kerana
aku tahu tentang dia..
Bila
aku dan bulan berbicara..
Tanyalah
semua tentang dia..
Aku
pasti tentang jawapannya..
Namun
jangan tanya tentang aku..
Kerana
aku sendiri tidak tahu..
Siapakah
aku dari pandangan mata itu..
Udara pagi-pagi hari memang nyaman.
Lebih-lebih lagi ketika di kampung. Tanpa adanya pencemaran dari udara seperti
di bandar. Amir menarik nafas panjang-panjang. Ahhhh, segarnya! Dia meregangkan
tangan dan kaki. Bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Tangan dan kakinya silih
berganti, berayun dan meregang. Senaman ringkas atau pun warming up yang sering dia lakukan sebelum dia berjogging. Amir
sekarang kelihatan lebih santai dengan hanya mengenakan pakaian untuk beriadah.
Dengan hanya sepasang t’shirt berleher bulat bewarna putih dan seluar trek suit bewarna biru gelap, kesegakan
dia tidak dapat disangkal lagi.
Perlahan-lahan Amir memulakan
rentak. Lariannya sekata. Tidak laju dan tidak pula terlalu perlahan. Nama pun
jogging, sudah semestinya rentak larian sebegitu. Dalam dua tiga minggu ini,
Amir sering ke kampung itu. Kampung Semarak Hati, nama yang unik untuk sesebuah
kampung. Entah apa maksud disebalik nama itu, Amir pun tidak tahu dan dia tidak
mahu ambil tahu sebenarnya. Apa yang dia tahu kini ialah dia selesa bercuti di
hujung minggu di kampung itu.
“Assalamualaikum, Amir!” sapa Izuan
yang sudah beriringan berlari bersama.
Amir tersenyum, “Waalaikummussalam,”
membalas.
Larian keduanya diperlahankan dan
langsung berhenti. Masing-masing kemudiannya membuat senaman yang ringkas.
Menggerak-gerakkan kaki dan tangan kiri dan kanan. Tertib. Seketika kemudian
mereka berjalan menuju ke sebuah bangku yang terdapat di taman rekreasi itu.
melepaskan lelah dan penat setelah satu pusingan taman itu telah mereka
kelilingi tadi.
“Macam mana bro?” tanya Izuan.
“Macam mana apa? Aku tak faham.”
Amir mengelap peluh yang meleleh di dahinya dengan tuala kecil yang selalu dia
bawa ketika berjoging.
Izuan ketawa sambil menepuk-nepuk bahu
Amir, “Yang tulah… kan kau kata nak jumpa seseorang di kampung ni dan sebab
tulah kau sanggup datang sini tiap minggu.” Izuan menerangkan maksud
pertanyaannya tadi.
“Ooo… yang tu. Malam nanti aku akan
jumpa dia. Harap dia adalah datang malam ni macam seminggu lepas,” Amir
mempamerkan senyumannya. Pandangannya jauh ke hadapan. Terbayangkan seseorang
itu.
“Malam? Kenapa malam? Siapa
sebenarnya ni bro?” Izuan kehairanan.
Berkerut-kerut dahinya memandang Amir yang sudah menampakkan gigi tersengih.
“Adalah… kau tak boleh tahu. Hidup
ini diselubungai rahsia!!” Amir bingkas bangun selepas menjawab pertanyaan
Izuan.
Berlari-lari anak. “Aku perlu
dapatkan beberapa pusingan lagi pagi ni,” jerit Amir sebelum dia berlari lebih
laju lagi.
Izuan
menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tingkah Amir yang hampir sebaya
dengannya. Dia mengenali Amir semenjak pemuda itu menginap di salah satu rumah
kepunyaan ayahnya yang telah dijadikan homestay.
Selama 2 hingga 3 minggu ini, Amir kerap datang dan menginap di homestay. Hujung minggu sahaja Amir akan
datang. Seorang anank muda yang punyai semangat hidup yang tinggi. Sebenarnya
Izuan tidak tahu apakah pekerjaan Amir yang sebenar tetapi rasanya pemuda itu
mesti mempunyai kerjaya yang elok berdasarkan jenama kereta dan pakaiannya.
Amir pernah memberitahunya dia mempunayi dua jenis pekerjaan. Dan hanya di
hujung minggu dia akan membuat kerjanya yang kedua.
#########
“Sudah lama tunggu?” suara yang dinanti menyapa Amir.
Amir senyum tanpa menjawab.
“Kenapa pandang saya macam tu? Mata macam tak berkelip?”
“Saya pandang begini ada sebabnya?” Amir sengaja
meninggalkan persoalan kepada si gadis.
“Kenapa?”
“Saya bimbang Aisyah akan hilang dari pandangan jika saya
berpaling ke arah lain ataupun berkelip sekalipun. Saya tak mahu saat-saat saya
menikmati keindahan di hadapan mata, tiba-tiba dia hilang.” Amir menyatakan
kebenaran tentang perasaan hati.
Gadis
yang dipanggil Aisyah tadi ketawa kecil. Lembut pada pendengaran Amir. Umpama
benang sutera yang dipintal menjadi kain yang paling lembut iaitu kain sutera.
Kelembutan semulajadi begitu memikat. Menawan hati lelakinya semenjak kali
pertama mereka bertemu. Wajah gadis itu dipandangnya lagi. Hatinya berbunga
indah tatkala si gadis mengukir kuntum senyuman kepadanya.
“Awak ingat tak bila kali pertama
kita bertemu?” Amir sengaja bertanya.
“Ingat… masa tu awak macam nampak
hantu ajee,” seloroh Aisyah. Dia ketawa kecil.
Amir turut ketawa. Hantu apanya
kalau cantik jelita begitu. 1001 kali diberitahu pun dia tidak akan percaya.
Wajah bersih Aisyah ditatapnya. Mata yang bundar, bibirnya nipis dan merah,
pipi licin dan seakan disapukan pemerah pipi di situ. Rambutnya sentiasa
bersanggul, berkebaya dan bersarung batik. Cantik dan seanggunnya wanita
melayu.
“Kenapa ye hari tu awak menangis?”
Amir memberanikan diri bertanya. Persoalan itu memang sudah lama berlegar di
benaknya semenjak hari pertama bertemu.
“Awak betul-betul nak tahu sebab apa
saya menangis?”Aisyah menyoal.
Amir menganggukkan kepalanya. Dia
betul-betul mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku kepada Aisyah 2 minggu
lepas. Bagaimana seorang perempuan bersendirian di malam hari dan menangis
kesedihan. Ketika itu dia baru balik dari pekan berdekatan untuk makan malam.
Sengaja dia ke pekan walaupun di kampung itu terdapat lebih dari dua buah juga
kedai makan. Waktu beroperasinya sampai ke pukul 2.00 pagi.
Kereta yang dipandunya tiba-tiba
hampir melanggar seseorang yang melintas. Mujur cepat dia menekan brek dan
secepat itu juga dia turun dari kereta, “Cik… cik tak apa-apa?” tanya Amir
sambil bertinggung.
Perempuan itu memanggung kepala dan
memperlihatkan wajah. Subhanallah… cantik seumpama bidadari. Perumpamaan itu
sememangnya boleh dipakai. Hampir terbuka mulut Amir dan hatinya beberapa kali
menyebut subhanallah… Cantik secantiknya. Seingat Amir, dalam usianya sekarang
inilah kali pertama dia bertemu dengan perempuan secantik itu.
##########
“Kenapa Aisyah menangis?” tanya Amir
lagi.
“Sebelum saya bercerita, saya mohon
Amir percaya dan bersedia. Itu saja,” pinta Aisyah. Mata coklatnya memandang
Amir yang sudah mengerutkan dahi.
“Ingat tak masa kita mula-mula
bertemu?”
Amir menganggukkan kepalanya, “Awak
cerita yang awak sedang mencari ayah awak di kampung tapi tak bertemu.
Hinggalah ke malam dan dalam perjalanan balik tu yang saya hampir terlanggar
awak.”
“Nampak tak bulan tu?” Aisyah
menunjuk ke arah bulan di langit.
“Nampak. Sekarang bulan sedang
mengambang penuh. kenapa? Apa kena mengena antara bulan dengan cerita yang
bakal awak ceritakan?” Amir kehairanan. Matanya tidak lepas memandang bulan dan
Aisyah bergilir-gilir.
“Apa yang awak akan lakukan jika bulan
tu boleh berbicara?” menyoal dengan teka teki yang mengelirukan.
“Bila bulan berbicara? Tentunya saya
akan terpaku tanpa kata. Nak dengar tak satu kata-kata atau lebih tepat lagi
satu puisi. Itupun kalau boleh dinamakan puisi.”
Aisyah mengangguk-anggukkan
kepalanya. Dia mengukir senyuman membalas senyuman yang dilemparkan Amir.
“Biarlah bulan berbicara… menyambung
cerita tentang dia… dengarkan tentang rasa… moga hasrat tidk dipersia. Biarlah
bulan berbicara… hanya dia dan dia yang berkata… usah dirisau apakah punca…
kerana aku tahu tentang dia. Bila aku dan bulan berbicara… tanyalah semua
tentang dia… aku pasti jawapannya… namun jangan tanya tentang aku… kerana aku
sendiri tidak tahu… siapakah aku dari pandangan mata itu.”
Aisyah berkaca di mata, “Awak
jahat!”
“Kenapa pulak?” menyoal kehairanan.
“Awak telah buat saya jatuh hati
dengan awak. Saya tak sepatutnya jatuh hati dengan awak. Itu syarat yang
pertama dari dia,” Aisyah mengesat matanya. Namun disebalik birai matanya masih
bersisa air mata.
Amir ketawa kuat. Dia tidak
menyangka sebenarnya Aisyah menyatakan rasa hatinya. Nampaknya dia tidak
bertepuk sebelah tangan. Sedari awal pertemuan, Amir sudah jatuh hati dengan
Aisyah. Gadis yang sedikit misteri namun dia tidak perdulikan itu semua. Baginya
hanya cinta dalam hati dan ianya berbalas. Hati lelakinya kembang dengan
bunga-bunga kasih. Jiwanya bersinar bagaikan mentari di pagi hari.
Namun tawanya terhenti. Dahinya
berkerut, “Syarat? Syarat apa? Siapa yang memberi syarat tu?” bertalu-talu soalan
ditanya.
“Sebelum itu saya nak awak bersedia.
Kalau tak nak percaya pun takpelah tapi saya tak pernah berbohong tentang
sesuatu,” masih berteka-teki. Namun wajah Aisyah muram. Dia menunduk seketika
sebelum memandang tepat ke wajah Amir.
Bercerita tanpa sekatan. Berbicara
tanpa halangan. Aisyah menceritakan semuanya. Tentang hakikat siapakah dirinya
yang sebenar. Tentang ayah yang dia cari. Tentang syarat pertama, kedua dan
ketiga yang dikenakan kepadanya. Namun berkali-kali Aisyah menyatakan dia tidak
berbohong atau sengaja mereka cerita. Semuanya benar tiada pembohongan. Amir
terdiam tanpa kata. Benarlah rupanya apabila bulan berbicara, dia akan terpaku
tanpa kata!
Selesai bercerita, Aisyah menanti
penuh sabar apa yang akan Amir bicarakan. Dia memandang penuh harapan. Amir
turut memandang Aisyah. Wajah, tingkah dan tutur katanya penuh kelembutan.
Tidak mungkin ada pembohongan pada pemilik nama itu. Aisyah, nama yang penuh
kelembutan dan kebenaran. Aisyah, nama secantik orangnya. Mustahil orang secantik
Mahsuri akan berbohong. Jadi, Amir percaya semuanya. Walau rasa kelat menelan
hakikat sebuah kebenaran.
“Kalau begitu… walau beribu tahun
sekali pun. Saya akan tetap menunggu awak. Menanti dengan setia moga waktu
terlerai syarat itu, awak akan menjadi milik saya,” putus Amir. Dia tekad.
Halangan cimta tidak akan dijadikan apa-apa alasan untuk berundur dari mencari
bahagia.
“Terima kasih awak. Tepat rupanya
rasa cinta ini saya serahkan. Moga tiba waktu syarat terlerai, kita bertemu dan
bersama. Namun buat masa ini, hanya jika cahaya bulan ada menerangi malam.
Waktu itu barulah saya bisa munculkan diri. Harap awak sabar menanti pabila
waktu bulan tidak kelihatan. Segelap malam itulah segelap hati saya tika
itu. segelap malam tika itulah saya akan
merindu,” Aisyah jujur memberitahu rasa hatinya.
Tiba-tiba angin bertiup. Makin lama
makin kencang. Aisyah sudah cemas, “Awak… saya harus pulang sekarang. Jika
diizinkan-Nya kita akan bertemu esok, di sini seperti biasa.”
Tanpa sempat Amir menjawab atau berkata
apa-apa, Aisyah segera berlari-lari anak. Bagaikan mengejar sesuatu. Lariannya
kadang-kadang perlahan, kadang-kadang laju. Sesekali dia menoleh ke belakang.
Memandang dikejauhkan kekasih hati. Amir terpaku melihat langkah Aisyah. Gadis
cantik itu bagaikan terbang terawang-awang di udara. Berlari tanpa menjejakkan
kakinya ke tanah. Dia bagaikan melayang namun rupanya kaki masih jejak di bumi.
Si gadis jauh dan terus jauh sebelum hilang dikegelapan malam yang masih
disinari cahaya bulan yang makin melimpah mempamerkan dirinya.
“Aisyah, gadisku. Aku akan
menunggumu. Percayalah. Akukan tunggu!” Amir berkata-kata sendirian sebelum dia
turut meninggalkan tempat yang dijadikan pertemuan mereka berdua.
###########
“Izuan… kau tahu tak cerita
lama-lama tentang susur galur keturunan kau?” Amir bertanya ketika dia dan
Izuan sedang bersarapan di kedai Makcik Gemuk.
“Tau jugak sikit-sikit. Kenapa?”
kening diangkat tinggi.
“Boleh kau cerita tak sikit-sikit?”
“Kau ni kenapa? Tengah buat research pasal orang dulu-dulu ke?”
Izuan terusan bertanya. Sedikit kehairanan.
“Ahahh, nak research sikit untuk next
project aku. kau taukan aku kerja apa. Kerja tak menentu macam nilah Izuan…
kena usaha sendiri. Kena banyak bertanya, banyak mengkaji, banyak berjalan.”
Amir menerangkan tentang skop kerjanya.
“Nak aku cerita bila? Sekarang?”
sesuap nasi lemak dimasukkan ke dalam mulutnya.
“Boleh ke sekarang? Tak kacau kau
ke?”
“Kacau apa pulak? Aku bukan tengah
buat kerja pun. Makan je… aku tak kisah nak bercakap walau sedang makan pun…
kalau nasi terkeluar dari mulut aku, terbang atas muka kau… kau sapu je…
hahahaaa.” Izuan ketawa besar dan ada beberapa butir nasi dari mulutnya
terjatuh atas meja.
##########
“Jadi sampai sekarang moyang kau tak
tahu ke mana anak bongsu dia selalu pergi?” soal Amir. Dia begitu teruja
mendengar cerita daripada Izuan.
“Aku tak pasti tentang tu tapi tok
aku cakap, adik bongsu dia tu selalu cakap nak jumpa seseorang yang istimewa
dalam hidupnya. Sebelum kelakuan pelik adik tok aku tu, dia pernah cakap nak
cari ayah mereka. Itu sajalah yang dia tahu. perkara-perkara selebihnya dia tak
tahu,” bersungguh Izuan menceritakan perihal adik kepada datuknya.
“Habis tu ke mana adik atuk kau
sekarang?” Amir bertanya lagi.
“Dia… masih ada. Tapi hanya tok aku
yang tahu adik dia di mana sekarang. Sebelum tok meninggal dia ada cerita
tentang adiknya tu dan bersebab sebenarnya kenapa dia menyorokkan adiknya. Aku
pun sebenarnya sampai sekarang tak pernah jumpa tok sedara aku tu, apatah lagi
ayah aku. Ayah aku pun tak pernah jumpa mak sedara dia,” cerita Izuan lagi.
Suapan terakhir dari bungkusan kedua nasi lemaknya disuapkan ke dalam mulutnya.
Amir mengangguk-anggukkan kepalanya
tanda faham. kini misteri tentang susur galur keluarga Izuan dapat dia
ketahuinya sikit-sikit. Apa yang telah diceritakan Aisyah malam tadi hampir
sama dengan apa yang telah Izuan ceritakan. Ini bermaksud Aisyah dan keluarga
Izuan mempunyai pertalian saudara dan ikatan darah.
“Kau nak tulis cerita tentang
keturunan aku ke?” tidak bertapis pertanyaan Izuan. Dia sudah tersengih
menampakkan gigi.
“Errkkk… takdelah,” sengihan dibalas
sengihan juga.
Masing-masing membisu kemudiannya
sebelum beredar dari kedai makan Makcik Gemuk dan membawa haluan masing-masing.
Amir mengambil keputusan pergi ke tepi pantai. Kampung Semarak Hati memang
letaknya di pinggiran pantai. Cantik pemandangannya dengan berlatarkan
pokok-pokok kelapa yang sentiasa melambai bagai menggamit hati seseorang supaya
lebih menyintai. Itulah Kampung Semarak Hati.
Kini Amir bagaikan mengerti kenapa
kampung itu dinamakan begitu. Rupanya ia menyebabkan seseorang tidak betah
menahan aliran cinta yang bagaikan menderu masuk ke dalam hati. Menyemarakkan
rasa di dalam dada. Rasa cinta yang tidak mampu dihalang atau dihindari.
Begitulah yang dia rasakan kini. Aisyah, nama itu bergema di mana-mana. Amir
tahu dia telah terjatuh cinta pandang pertama dengan gadis misteri itu.
“Aku telah menjadi seorang perindu
kini. Dari saat itu hinggalah ke saat ini. Biarlah misteri itu tetap misteri.
Aku akan sentiasa menyintai dan merinduimu, sayang.” Amir mengucapkan kata-kata
yang lahir dari hatinya. Rasa cinta yang membara.
#########
“Kenapa kita tak boleh berjumpa
waktu siang?” pertanyaan itu ditanya lagi walaupun Amir tahu jawapan itu tetap
sama.
Aisyah mengukir senyuman, “Apa yang
pnting dalam sesuatu hubungan?” solan Amir tiada jawapan namun persoalan yang
Aisyah ajukan kepada Amir.
“Cinta…” penuh yakin Amir
memberitahu jawapan. Dia pasti itulah jawapannya.
“Sebenarnya bukan cinta yang penting
dalam sesuatu hubungan,” senyuman tetap diukirkan Aisyah.
Mekar senyuman itulah yang memakukan
pandangan Amir terhadap gadis itu. Cantik atau lebih tepat lagi, si gadis
sejelita Mahsuri jika itulah yang ditanya. Lembut tutur kata juga telah
merebahkan hati Amir terhadap si gadis.
“Bukan cinta yang penting dalam hati
tetapi keikhlasan. Setulus hatimu. Ikhlaskah kau. Ikhlaskah menerima segala
kekurangan?” tutur Aisyah lembut namun tegas dalam soalan yang diutarakannya.
Amir memakukan matanya memandang
Aisyah berkata-kata. Seumpama berbutir-butir permata yang keluar dari mulut
Aisyah. Dia sanggup menadah telinga berjam lamanya hanya untuk mendengar
bait-bait kata permata dari Aisyah. Namun sakarang ada persolan ynag ingin dia
tanyakan kepada si gadis.
“Awak… Aisyah, boleh beritahu saya
tak siapa yang beri kebenaran dan membuka tabir waktu?” lega rasanya hati
apabila dapat juga dia bertanyakan tentang itu.
“Saya rasa tak perlu saya beritahu
tentang siapa dia kerana saya bimbang dia ‘mendengar’nya. Dalam perantaraan
angin dan kabus, dia bisa mendengarnya. Ini pun dia begitu baik hati
membenarkan saya berada di sini, lama dan hampir hari-hari. Itu sahaja.” Aisyah
begitu keberatan memberitahu nama ‘dia’.
“Kalau begitu. Beritahu saya kenapa
mesti ada syarat dan apakah syarat tu?” Amir masih bertanya. Dia ingin tahu
segalanya tentang Aisyah.
“Awak tidak percayakan saya ke?”
soal Aisyah pula.
“Bukan tak pecaya tetapi saya ingin
lebih mengenali diri awak. Ingin lebih memahami diri awak kerana saya rasa saya
sudah tidak mampu hidup tanpa awak. Ingin rasanya saat ini juga menyunting dan
melamar menjadi suri yang kekal di dalam hati dan hidup,” senafas kata Amir
memberitahu tentang rasa hatinya.
“Tapi kita mungkin tidak dapat
bersatu jika syarat tidak terlerai dengan sesuatu. Saya sendiri tidak tahu
apakah yang boleh meleraikan syarat itu. Dia ada memberitahu tetapi saya kurang
pasti dan tidak faham.” Aisyah mula terasa sebak di dada. Dia juga ingin mereka
berdua bersama namun halangan begitu ketara.
“Cuba awak beritahu apa yang ‘dia’
katakan boleh meleraikan syarat itu? Manalah tahu, mungkin saya boleh mencari
jawapannya,” bersungguh Amir bertanya. Dia penuh dengan harapan moga tabir yang
dibuka sesekali itu dapat dihapuskan dan membolehkan mereka berdua bersatu
selamanya.
“Mencari jejak malam purnama.
Mencari bayang siang terbilang. Melembutkan besi dengan lepuh tanganmu.
Mengukuhkan air dengan hangat tubuhmu. Carilah satu dalam berjuta. Carilah
sinar dalam cahaya. Bila ketemu ia. Getar tiada dalam jiwa. Gegar tiada dalam
hati. Nescaya bukan itu yang dikau mahu. Bukan itu pelerai cara. Ketemunya
tiada terduga. Umurnya tiada percaya. Hanya itu pemisah ia. Tabir pasti milik
berdua.”
Amir kebingungan, “Apa tu?”
“Itulah kata-kata ‘dia’. Hanya
itulah pelerai tabir dan syarat-syarat yang diberi akan terlerai dengan
sendirinya.” Aisyah menerangkan.
“Awak tahu apa maksudnya?” soal
Amir.
Aisyah menggelengkan kepala, “Tidak
tahu. Saya memang tidak pandai dengan perkara-perkara sebegitu dan sebenarnya
saya tidak terpikir akan cuba meleraikan tabir sebelum ini.”
“Kenapa awak tak pernah terfikirkan
perkara itu?”
“Sebab saya sangkakan saya tidak
akan terjatuh cinta dengan awak.” Aisyah jujur memberitahu hakikat sebuah
kebenaran.
“Itulah syarat pertama yang ‘dia’
syaratkan kepada saya jika mahu ke sini. Jangan jatuh cinta dengan manusia
sebelah sini,” ujar Aisyah memberitahu syarta pertama yang dikenakan kepadanya.
“Syarat kedua apa pulak?” Amir
bertanya.
Angin tiba-tiba terasa meniup.
Lembut namun kedua Amir dan Aisyah berpandangan sesame sendiri. Tahu tentang
hakikat perpisahan sementara pasti berlaku sebentar lagi.
“Apabila saya telah melanggar syarat
pertama, inilah syarat keduanya awak. Hindari angin kencang yang diutuskan dia.
Amir, bisakah kita bersatu nanti?” tanya Aisyah. Dia bimbang. Betul-betul
bimbang.
Deruan angin yang semakin kencang
bagaikan menenggelamkan jawapan dari Amir. Aisyah semakin menjauh. Dia bagaikan menjejaki rumput yang
tidak terjejas dengan tiupan keras sang angin. Perlu menjejakinya kerana itulah
syarat untuk dia ke situ lagi. Hindari angin dan jejaki rumput yang tidak
terjejas. Itulah syaratmya.
“Percaya tak? Kaulah cinta yang
takkan terhapus dalam hatiku walaupun beribu tahun lamanya. Aku akan menunggumu
sehingga saat kita boleh bersatu nanti. Aku akan tunggu!!” Amir melaungkan
kata-kata. Dia hanya mampu melihat Aisyah yang semakin menjauh menjejaki sang
rumput.
Sang kekasih sudah menghilang
bersama hilangnya deruan angin yang keras menerpa tadi. Amir masih di situ.
Memerhati jikalau Aisyah kembali semula nanti. Namun hampa di hati tika
mendongak ke kaki langit. Cahaya bulan makin pudar. Mungkin esok akan hilang
cahaya bulan yang menerangi malam selama ini. Jikalau begitu, nampaknya masa
untuk bertemu sang kekasih sudah ditamatkan dengan sendirinya.
“Aisyah, aku akan menunggu
kembalinya cahaya bulan menerangi malam di bumi. Sebelum masa itu tiba akan
kutahan rasa rindu yang menggebu. Hanya kepada-Nya aku berserah kini. Moga
waktu yang berlalu dapat kulakukan dengan beribadat kepada-Nya dan mnghilangkan
rasa rindu itu. Aisyah, aku akan sabar menahan rasa cinta. Aku juga berharap
kau akan sentiasa sabar dan ingatlah kepada-Nya. Itulah syarat paling penting
sebagai seorang Islam.” Amir mula mengatur langkah. Meninggalkan tempat
pertemuan.
##########
Aisyah berteleku. Menahan rasa
rindunya yang mengalir laju. Baru sebentar tadi dia terpaksa meninggalkan Amir
begitu sahaja. Dalam hati dia berdoa moga-moga Amir akan setia menantinya.
Menanti walau beribu tahun lamanya, seperti yang disebut oleh Amir. Seribu
tahun akan ditunggu. Perlahan air matanya mengalir. Tanpa menyapunya, dia
membiarkan air mata itu kian lesu. Dan terhenti dengan sendirinya.
“Ingat Aisyah… hapuskan dulu tabir
itu barulah kamu berdua bisa bersatu. Ingat lagi tak ayat yang tok beritahu tu?
Jika mahu kamu berdua bersatu dan bersama. Ikutklah syarat!” nada tegas namun
penuh maksud.
Aisyah memandang seketika tok tapi
kemudiananya berteleku kembali. Menutup kelopak matanya dengan gambaran wajah
sang kekasih. Dan dalam hati berdoa moga-moga hatinya sendiri tetap setia
kepada sang arjuna. Moga hatinya sendiri tidak menduakan Amir. Moga mereka akan
bertemu nanti. Suatu masa nanti.
~
Ceritanya Belum Berakhir… Masih Tiada Akhirnya Kisah ‘Biar Bulan Berbicara’~
Subscribe to:
Posts (Atom)