ANAKKU TERTINGGAL
DI IKEA
“Uuuuu…”
aku menjeling orang di sebelah.
“Emmm…”
ringkas je.
“Awakkkk…”
aku sudah mengadap dia.
“Emmm…”
itu pun jawapan jugakkan?
“Abangggg…!!!”
aku sudah geram. Rasa nak cekik-cekik je tukang jawab ‘emmm’ tadi.
“Haa…kan
sedap je bunyi panggilan tu hehehe…” dia ketawa. Suka sangat ketawa.
Aku?
Menarik muncung anak itik hodohku. Dia makin kuat ketawa. Apa? Hodoh sangat ke
aku ni?
“I
think I’m ugly…and nobody wants to love me…just like her…I wanna be
pretty…don’t lie to my face…telling me I pretty…couse I know I’m ugly…” kuat
aku menyanyi. Sengaja. Biar dia tahu aku terasa hati dengan tawanya.
“Mummy…”
satu suara kecil di belakangku memanggil.
Segera
aku berpaling. “Adam…kan ibu dah cakap jangan panggil ibu, mummy!”
Dia
yang berada di sebelah ketawa lagi. Badannya bergerak-gerak macam tangannya
yang memulas stereng. Adoilah…anak dengan bapak sama saja. Bapak tukang
ketawakan aku. anak pulak asyik panggil mummy…mummy…tak nak…aku tak suka…bunyi
macam mumia…takut aku!
“Mummy…ugly
tu apa?” petah sungguh Adam bertanya. Anak siapalah yang cerdik sangat tu?
Hehehe…
“Ugly
tu macam mummy la sayang…” si dia ketawa lagi sambil memberitahu.
Aku
menjeling tajam. Muncungku makin panjang. Mujur muncung yang panjang, kalau
hidung yang panjang? Pinochio moden rasanya aku sekarang.
“Adam…kan
ibu dah beritahu banyak kali, jangan panggil ibu, mummy!” suaraku makin kuat.
Geramkan bapak, geramkan anak. Dua-dua aku geram.
“Sayang…”
si dia pula yang menjeling.
Sentap
sekejap. Aku terdiam. Kesian Adam, tak pasal-pasal kena marah dengan seorang
ibu yang garang macam harimau tak bertaring. Dan inchik suami yang penyabar
selalu sahaja mententeramkan aku. Panas di dalam di simbah ais berketul-ketul.
Cepat betul sejuk.
“Sorry
sayang…ibu minta maaf! I’m sorry okay!!” itulah aku, selalu cepat minta maaf
jika betul aku yang salah. Tapi kalau aku rasa aku betul? Memang tak makan
berminggulah si tukang yang buat salah tu.
“It’s
ok mummy…actually I know, what is ugly mean. Tapi Adam rasa my mummy is a
beautiful mum in the word. Ratu cantik pun kalah.” Wow, my Adamkah itu? Aku
terpesona dengan anak sendiri.
Inchik
suami ketawa lagi. “That’s my boy. Tengok tu…mummy dah ternganga.” Memang
sengaja dia mengenakan aku.
Sabar
sajalah Rin. Terimalah kenyataan bahawasanya si bapak itu memang tukang sakat,
tukang ketawa dan tukang menyabarkan aku. Sehingga akhir nanti. Dan yang
mewarisinya pun begitu juga. Pandai mengayat macamlah sudah besar. Baru berumur
4 tahun sudah pandai mencairkan hati perempuan. Anak siapalah tu?
“Abangggg…”
aku sengaja melembutkan suara. Menggoda.
“Emmm…”
jawapan itu lagi.
“Bangggg…”
menggoda lagi. Kali ini tangan kirinya yang berada di gearbox aku main-mainkan
dengan jari jemariku.
“Kita
singgah Ikea ye?” hasrat hati terus aku sampaikan. Lagi beberapa meter bangunan
Ikea akan kelihatan.
“Nak
buat apa ke sana?”
“Rin
ingat nak beli kuali la. Yang lama tu dah tak elok.” Hasrat hati jangan di
pendam. Takut nanti, merana diri. Siapa yang susah? Berbulan aku yang susah
hehehe…
“Ehh…bukannya
kuali baru lagi kita beli? Baru seminggu rasanya.” Dia bertanya. Sesekali aku
di jelingnya.
“Dah
rosak. Semalam rosak.” Jujur aku memberitahu. Hidup ini mestilah kena jujur
jika mahu hajat di penuhikan?
“Rosak?”
nada pelik kedengaran keluar dari mulut dia.
“Emmm…”
aku menjawab sebaik mungkin.
“Kuali
yang stainless steel, coated with Teflon platinum and guarantee 5 years dah
rosak?” nada terkejut. Mata dia pun bulat semacam je.
“Abah…mummy
rosakkan masa nak masak telur semalam.” Adam yang petah memberitahu. Dia memang
tukang mengadu. Huhhh…
“Kenapa
rosak? Bukankah ianya tahan lama?” nada pelik lagi kedengaran.
Apa
pelik sangat ke kalau ada guarantee 5 tahun tapi hanya tahan 5 hari? Mesin
basuh yang guarantee 4-5 tahun pun boleh rosak dalam masa setahunkan? Aku rasa
tidak ada yang pelik tentang kerosakan yang berlaku.
“Habis
tu dah nak rosak. Rin nak buat macam mana?” rasa-rasa nak merajuk ke tidak ni?
Muncung dan hidung aku rasanya dah memanjang.
Hidung
aku di cuitnya. Dia ketawa lagi. Kenapalah aku bersuamikan lelaki yang suka
ketawa yekk? Rajuk yang mahu di panjangkan sudah terbantut jadinya. Aku
mengukir senyuman sebab aku tahu, nanti hajat mahukan kuali yang baru akan
tercapai. Si dia bukannya boleh menolak kuasa godaan dan rajuk aku lama-lama.
Bahagianya hidupku sebagai seorang Sharina. Encik Faizal memang suami yang baik
dan suka ketawa.
“Abah…”
si kecik di belakang memanggil manja.
“Yes,
my son.”
“Kuali
tu rosak sebab mummy buat ketuk lipas!”
Errkkk…anakku!
Kenapa kau beritahu? Aku sudah merah muka. Geram. Adam aku pandang dengan mata
yang sengaja aku bulatkan. Si dia pun membulatkan matanya juga tetapi memandang
ke arah aku.
“Kuatnya
Rin ketuk!” terkejut ke nak perli aku ni?
“Abanggg…abangkan
tahu Rin tak suka lipas. Time tu nak gorengkan telur untuk Adam. Tiba-tiba seekor
lipas datang kat kaki Rin. Rin ketuklah lipas kotor tu dengan kuali. Tak pecah
pun, kan ianya dari steel.” Panjang dan senafas aku bercerita. Janganlah dia
cancelkan nak ke Ikea. Tak pasal-pasal tak sampai hajt di hati.
“Kalau
tak pecah…kenapa nak beli baru?”
“Errr…tak
pecah tapi…tapi… bengkok dua.”
Dia
ketawa. Ketawa lagi. Kuat dan besar pulak tu. Adam di belakang turut ketawa.
Aku? aku rasa nak menangis. Waaa…kenapalah hidup aku di kelilingi oleh
lelaki-lelaki yang suka ketawakan aku? Anak dan bapak memang betul-betul
serupa.
##########
“Rin
pilihlah yang mana Rin suka ok.” Lampu hijau sudah di berikan.
Aku
menolak troli perlahan-lahan. Adam, aku letakkan di dalam troli. Bimbang dia
akan terlepas. Bukannya apa…aku kurang percaya sikit dengan budak nakal tu.
Biasanya kalau dia berjalan sendiri, habis semua benda di pegangnya. Semua mahu
di belinya. Anak siapalah itu agaknya? Si dia juga perlahan-lahan beriringan
berjalan. Mataku sudah rambang. Kenapa aku rasa makin banyak barang yang ada di
Ikea ni? Rasanya baru seminggu lalu aku turun ke situ. Hari ini sudah ada
barang yang lain pulak.
Tangan
mencapai Gunstig tea towel. Emm…yang kat rumah sudah hampir lusuh rasanya. Beberapa
helai tuala kecik itu aku masukkan ke dalam troli.
“Mummy…I
want that.” Adam menunjukkan ke arah barang-barang yang menempatkan mainan dan
barangan untuk kanak-kanak.
“Itu?
Tu untuk girls…boys main benda macam tu.”
“I
want that! I want that!” Laa anak siapakah itu? Aku serba salah.
“Biar
jelah Rin…” lembut dia berkata.
Aku
menurunkan Adam dari troli. Cepat je budak tu berlari dan mencapai beberapa
barang. Duktig plate / bowl, duktig 7-piece baking set dan duktig soft toy
salmon. Apakah itu? Bukannya mainan untuk budak perempuan? Aduhlah
Adam…nampaknya ibu kena belek semula benda tu…kot-kot dah tertukar pulak.
“Hey,
Dadam pun ada cine?” suara halus itu menerjah ke telingaku. Halus tapi nyaring.
Aku
berpaling. Seorang budak perempuan kecil sedang memegang duktig soft toy salmon
bersuara. Emil Emeriz. Aku mencari mamanya. Tersenyum lebar mama Emeriz, Mazira
memandang aku. oh, my best friend. Segera aku memeluk Zie. Dia mengekek ketawa.
Zie memang suka ketawa. Suaminya, Syahril turut ada. Bersalaman dan berbual
dengan suami aku, Faizal. Kami memang karib sejak zaman belajar lagi. Sekarang
lagi rapat apabila tinggal berdekatan. Hanya selang dua buah rumah.
Anak
pun hampir sebaya. Adam berumur 4 tahun dan Emeriz berumur 3 tahun. Sebenarnya
aku pernah bertanyakan Zie, kenapa menamakan anaknya Emeriz. Setahu aku ada
satu movie yang wataknya bernama Emeriz, iaitu Merlin si tukang sihir. Tak
pasti apa jawapan Zie, aku pun bukannya ingat sangat.
“Kenapa
Adam nak main toys tu sayang…” Zie bertanya setelah di lihatnya dalam troli terdapat
mainan itu.
Aku
terpaksa ketawa sikit. “I pun tak taulah Zie. Nampaknya terpaksa tengok semula
benda tu, kot-kot tertukar.” Sengaja melawak.
Mengekek
lagi Zie ketawa. Dia memang boleh join dengan suami aku nampaknya. Suka sanagt
ketawa. Suaminya si Syahril pun kuat ketawa. Cuma aku yang kurang ketawa, di
ketawakan adalah. Meriah hidupku.
“Takpelah
Rin. Budak-budak lagi. Barangan dapur pun boleh jadi mainan boys jugak. Nanti
dah besar dia akan tahu sendiri nak tolong kita kat dapur. Lelaki pun kena
pandai memasak tau sekarang. Menolong isteri di dapur. Suami mithali.”
“Itu
aku tau Zie…tapi sebagai seorang ibu kepada anak lelaki ni..takut jugak.
Bimbang jadi acuan yang lain. Seram…” aku memegang tengkukku yang sudah
meremang.
##########
“Dah
dapat kuali tu?” suamiku bertanya.
Aku
hanya menganggukkan kepala. Semua barang yang mahu di bayar, aku letakkan di
atas kauter. Bukan setakat kuali yang aku beli.saucepan, steamer pun aku beli.
Orang kata dah alang-alang sampai Ikea. Borong sajalah.
Selesai
membayar, cepat aku menarik tangan suamiku keluar. Aku mahu terus balik ke
rumah. Sebentar tadi ada client yang telefon. Cupecake sebanyak 100 cawan di
tempah. Esok mahunya. Adoilah, pelanggan pun satu. Kalau hendak banyak,
sepatutnya tempah awal-awal. Ini tidak. Petang esok sudah mahunya. Mujur juga
masih ada bahan-bahan untuk membakar. Kalau tidak, harus aku baking ketuhar
saja.
“Cepatlah
bang…” aku menarik kuat tangan inchik suami yang sedang menjawab telefon.
“Yelah…cepatlah
ni.”
Barang-barang
segera aku masukkan ke dalam kereta. Si dia langsung tidak menolong. Dia
pandang saja. Aku mengerutkan dahi. Keningku angkat, bertanya dengan bahasa
isyarat.
“Rin
tak tinggal apa-apa?” soalnya.
Aku
membelek-belek barang-barang yang ada dalam bonet kereta. “Takde…semua ada.
Kuali Rin beli dua terus. Kalau dah bengkok dua sebab ketuk lipas. Nanti ada
lagi satu.” Aku memberitahu.
“Emm..oklah
kalau macam tu. Jom”
Dalam
kereta, aku memasang radio. Mencari siaran Era ataupun Sinar FM. Itu antara
siaran radio yang aku minat. Huhh, iklan. Banyaknya iklan. Aku tergelak mendengar
satu iklan maggi yang terbaru.
‘Pandai
mak ajar maggi buat kari.’ Hahaha…pandai sungguh budak tu. Anak siapalah
agaknya? Serupa macam Adam. Ehhh, mana Adam? Aku berpaling ke belakang. Adam
takde? Aku pandang inchik suami yang sedang memandu. Rilex je dia. Dia tak
perasan ke, Adam takde? Atau…aku menjengok ke belakang lagi. Kot-kot Adam
tertidur atau dia sengaja menyorok. Ehh, memang takdelah. Hatiku mula cuak.
“Bang…bang…huhuhu…”
aku sudah tidak dapat berkata-kata. Menangis kuat.
“Kenapa?”
dia bertanya.
“Adam
takde! Dia takde!! Dia tertinggal kat Ikea ke?” aku menangis lagi. “Patah
balik…patah balik…” sudah macam orang sasau aku menangis. Kuat dan menguatkan.
Inchik
suami ketawa. Ketawa saja yang dia tahu. huhuhu…anakku. Kamu di mana? Panggil
mummy pun mummylah…jadi mumia pun ibu sanggup. Aku makin melalak kuat tetapi
inchik suami makin kuat ketawa.
“Tadi
Zie dan Syahril dah call abang. Dia orang kata Adam sedang bermain dengan
Emeriz. Tulah. Lain kali kalau ke Ikea. Kena tengok selalu anak-anak ni. Dan
jangan cepat-cepat nak balik. Barang ada tapi anak tertinggal.” Ketawa si dia
lagi.
Aku?
aku menangis lagi. Benci. Benci bila di usik begitu. Rupanya sebelum keluar
dari parking Ikea lagi dia dah tahu Adam bersama Zie dan Syahril. Patut pun dia
tanya tadi, takde barang yang tertinggal ke? Huaaa…memang sengaja.
Dan
yang menjadi persoalannya…anakku tertinggal di Ikea??